Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Thursday, January 18, 2018
Pesan Buat Bakal Jodoh
Assalammualaikum awak,
Saya tak tahu awak di mana.
Saya tak tahu siapa awak.
Saya tak tahu segala tentang awak.
Saya tak tahu adakah awak jauh dari saya
Atau sebenarnya awak dekat dengan saya.
Saya tak tahu sama ada kita tidak mengenali sesama kita
Atau kita sememangnya kenal rapat.
Namun,
Ketahuilah bahawa hati ini pernah mengalami musim lara yang panjang.
Dan saya mengharapkan kehadiran awak nanti akan membawa musim bunga yang beraneka dalam hidup saya walaupun sesekali musim luruh menjengah kita.
Ketahuilah, awak sentiasa dalam doa saya.
Saya tidak mendambarkan awak sesoleh Muhammad kerana saya bukan salehah seperti Khadijah.
Saya tidak dambarkan awak setampan Yusof kerana saya bukan secantik Zulaikha.
Saya tidak dambarkan awak sekaya Sulaiman kerana saya tidak sehebat Balqis.
Cuma harapan saya pada awak,
Bersamalah kita membina cinta dan bahagia dalam agama Allah.
Saya tak kisah siapapun awak, sejarah silam awak kerana manusia itu dibekalkan dengan segala kekurangan. Semua manusia mempunyai sejarah silamnya sendiri. Siapalah saya yang mahu menghukum awak di masa lalu sedangkan saya tidak sesuci Rabiatul Adawiah.
dari manapun awak tidak saya titikberatkan.
Yang penting, awak ikhlas terima segala kekurangan dan kelemahan saya.
Awak,
Selagi waktu berjalan,
Selagi Bumi beredar
Dan nafas masih saya hela,
Saya nantikan awak di sini.
Jagalah diri awak kerana saya akan cuba sebaiknya menjaga diri saya untuk awak.
Bersiap sedialah untuk menjadi imam sekurang-kurangnya untuk saya dan zuriat kita
Dan saya juga akan mempersiapkan diri saya untuk menjadi makmum awak.
Jika hari ini awak belum lagi mampu menjadi imam,
Belajarlah untuk menjadi imam.
Kerana pada awaklah nanti segala tanggungan dipersoalkan.
Saya harap awak setia menanti dan mencari saya
Sebagaimana saya juga sentiasa menanti kehadiran awak dalam hidup ini.
Andai kata bukan di sini tempat kita bertemu, Jannah jua saya mohon untuk kita disatukan.
Sekian untuk kali ini.
Saya akan terus mencoretkan isi hati saya buat awak di masa-masa akan datang.
Saya nak balik. Harap awak doakan keselamatan saya sebagaimana saya selalu mendoakan awak.
Daripada
Saya yang menanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment