SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, January 17, 2018

SK II - Basic Set

Assalammualaikum semua, salam sejahtera. Walaupun musim sejuk sedikit demi sedikit berakhir, persekitaran saya tetap musim sejuk hahahaha... Sejuk ciptaan saya sendiri dengan izin Allah. Apa dia? Aircon la. Baik kat rumah atau kat pejabat. Sekarang duduk dalam bilik tak adalah bergaduh dengan orang-orang yang tak tahan sejuk asyik nak tutup aircon. Swaiter tak nak pakai. Lepas tu menyusahkan orang. Siapa tahan duduk dalam panas? Semua orang yang bertandang ke bilik saya semua kata bilik peti ais. Yelah, dah orangnya pun hati ais. Boleh gitu? Meh nak cerita pasal SK II ni. Ada kawan saya pun berminat dengan SK II ni. Tapi saya suggest dia untuk beli trial pack kat kedai online yang saya beli masa mula-mula nak pakai SK II ni. Barang mahalkan, janganlah melabur sebarang. Tak sesuai nanti duit dah lebur. Benarlah kot kata sebuah blog yang pernah saya baca, SK II ni naik RM10.00 setiap tahun bagi produknya. Contoh, masa first time beli, clansernya cuma berharga RM199.00 kalau tak silap tahun 2012 or 2013 dulu. So, semalam gigihlah saya ditemani Amjat memanjat NU Sentral. Hahahaha... Tak adalah gigih manapun, memang laluan saya nak balik. Fade up betul ni Kaunter SK II NU Sentral ni. Asyik tak ada je staffnya. Cuti je memanjang. Kalau tak cuti pergi rehat. Mujur ada staff Packson tolong layan. Cuti dua hari, menyampah. Takkanlah letak sorang je kat kaunter kau. Orang nak beli mestilah nak consultation dan lain-lain. Kalau nak beli produk yang dah biasa guna macam saya beli semalam OK la. Tu pun mujur saya dah Tanya harga sebelum ni sebab bila dia sebut harga tak ada harga yang saya nak. Rupanya pack promotion. Siap membeli masuk bab pembayaran. Saya memang malas bawa cash. Guna je debit. Exit limit la pulak. Sebenarnya salah saya sebab saya tak pernah tahupun limit untuk kad saya ni. Oleh kerana saya dah tengok baki dalam akaun secara online sebelum ke sana, tak adalah saya panic takut tak cukup duit. Amjat mencadangkan agar redraw cash. Saya setuju. Dah terpaksa keluar dulu cari ATM. Si Mejat pun dah kalut, naik escalator punyalah tinggi rupanya ATM satu floor bawah ke atas je dari SK II tu. Hahaha... Mujurlah Amjat ni bukan lelaki yang suka marah dan asyik nak cepat je. Dia relax je dan biasalah dengan gila-gila dia tu. Sempat melawak. Biasalah bersembang tak ingat dunia. Mujur si Disah tak ada. Kalau tak lagi ketawa tak henti-henti lepas tu gaduh dan saling mengenakan. Gaduh-gaduh nakal je bukan gaduh betul. Kami kembali ke kaunter dan buat pembayaran. Lepas tu naik semula ke tingkat 2 untuk ambil voucher Packson. Rugi wooo kalau tak ambil. Banyak tuuuu... Boleh jimat sakan dalam pembelian akan datang. Hahahaha... Mujur ada kawan yang boleh melayan. Kaunter CSO Packson tak ramai orang. Cepat dan smooth jelah urusan kami. Saya dapat seratus voucher!!! Nak beli sun block SK II pulak nanti dengan voucher tu. Tambah duit sikit. Kalau tak pun beli foundation LancĂ´me. Kami berpecah dan saya terus ke Guardian membeli kapas muka. Kan barang-barang penjagaan muka dah beli so cuci mukalah malam tadi. OK, ni harga terkini untuk produk SK II bagi tahun 2018. Produk yang saya pakai jelah ya. Bolehlah korang budget or target mana nak beli dulu. Saya beli tiga yang asas dulu. Tu yang paling penting. Supplement boleh tambah kalau ada rezeki lebih. Clear lotion 230 ML =RM283.00 Facial Treatment Gentle Cleanser 120 G =RM249.00 Facial Treatment Essence Promotion set (Facial Essence 75 ML, Clear Lotion 30 ML - sesuai untuk travel dan sekeping mask) =RM219.00 Total: RM751.00 melayang dari akaun saya semalam. Tak apalah, insya-Allah, tujuh bulan lagi baru beli satu. Mungkin cleanser tahun depan baru beli. Clear Lotion tu mungkin lama gak lagi baru beli. Essence tu yang paling sikit. Kalau beli yang pack biasa mahal, ada tiga saiz yang berharga RM457.00, RM657.00 dan RM842.00. Beli 75 ML pun lama boleh guna. Daaa... Nak pergi side visit dah.

No comments: