Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, January 30, 2018
Allah Terus Menguji
Assalammualaikum readers,
Dah seminggu lebih rasanya saya tak update blog. Banyak benda yang nak saya coretkan di sini. Namun masa tidak mengizinkan.
Minggu lepas saya sibuk dengan program hujung minggu baru sudah di PD. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancer.
OK, terus kepada cerita sebenar.
Doktor gigi yang merawat gigi saya sering kata, gigi saya bersih dan cantik.
Kawan pula selalu cakap, saya memiliki gigi yang putih berseri. Apabila saya memakai lipstick warna tertentu keserian dan putih gigi saya akan lebih terserlah.
Tapi... Janji Allah, manusia itu tiada yang sempurna. Saya sering mengalami masalah sakit akar gigi. Rawatan Akar Gigi bukanlah satu rawatan yang murah. Ia mahal walaupun tidak semahal memakai pendakap gigi. Kos yang selalu dikenakan kepada saya RM900.00 dan akan menjadi seribu lebih untuk lain-lain perkhidmatan yang diperlukan bagi menyokong rawatan tersebut.
Sejak akhir tahun lepas, saya mula rasa sakit pada gigi saya. Saya tahu, sakit ini bukan sakit gigi. Oleh kerana saya telah dua kali mengalami sakit akar gigi, tidaklah payah bagi saya mengenali sakit itu berulang.
Waktu di Kelantan, saya pergi ke klinik gigi. Doktor sekadar membuka semula tampalan gigi saya dan menggantikan tampalan putih dengan tampalan Amagam iaitu sejenis tampalan berwarna hitam. Nanti saya akan buat posting beza tampalan hitam dan putih tersebut Meskipun kesakitan yang saya alami sekadar ketika meminum air, tapi saya tahu ia berpunca dari akar gigi. Saya berharap agar tampalan akan menyembuhkan sakit tersebut. Malangnya, ia tidak berkurangan. Saya berdoa agar ia tidak menjadi terlalu sakit seperti tahun lepas.
Saya hubungi Klinik Zalinda untuk buat temujanji dengan Doktor Azizah iaitu doctor yang merawat saya. Tapi, Doktor Azizah cuti panjang pada awal tahun. Lantaran takut sakit akan menjadi teruk, saya ke Klinik Family, klinik gigi berdekatan pejabat saya. Doktor Banati yang baru saya kenali mengatakan sakit itu berpunca dari ruang antara gigi dan gusi saya. Lalu, beliau menampal bahagian tersebut. Namun, sakit yang saya alami tidak berkurangan dan sembuh. Saya nekad untuk bertemu Doktor Azizah. Temujanji saya buat.
Minggu lepas, hari yang dijanjikan, saya bertemu Doktor Azizah kesukaan saya. Doktor memeriksa gigi saya. Gigi saya yang saya katakan sakit masih elok dan cantik. Bagi memastikan masalah sebenar, Doktor Azizah melakukan X-ray ke atas dua batang gigi saya.
Doktor Azizah kata, mungkin saya confuse gigi mana yang sakit. Kata doctor lagi, gigi di sebelah yang saya kata sakit itu sebenarnya kelihatan akarnya. Saya tahu, mungkin penyelesaiannya rawatan akar la. Apa lagi. Tapi doctor cuba untuk merawat gigi yang saya kata sakit. Doktor minta saya pulang setelah rawatan dan datang semula pada tarikh yang ditetapkan.
Bila saya balik, sakit itu tetap ada. Beberapa hari kemudian, betullah seperti kata Doktor Azizah, gigi yang dikatakan akar telah terbuka itu yang sakit. Malam tadi, seperti biasa saya menggosok gigi sebelum tidur. Sakitnya berlarutan walaupun setelah siap berkumur. Syukur sakitnya tidak menghalang saya tidur.
Pagi tadi, jam 9.30, saya kembali ke Klinik Zalinda untuk bertemu Doktor Azizah. Segera saya adukan kepada doctor tentang sakit saya. Doktor memeriksa dan dia meminta pembantunya membawa gambar X-ray gigi saya tempoh hari. Setelah meneliti imej X-ray, doctor memutuskan untuk membuka tampalan amagam bagi melihat sendiri bagaimana keadaan di dalam. Doktor melakukan kerjanya setelah saya memberikan persetujuan. Kali ini, proses membuka tampalannya berlainan sedikit dari kebiasaannya. Mungkin tampalan amagam ini merbahaya jika tertelan. Doktor menerangkan kepada saya apa yang akan dilakukannya. Katanya, dia akan memasukkan sesuatu ke dalam mulut saya iaitu sehelai kain getah bagi mengelakkan saya tertelan sisa amagam. Kain berkenaan melebar di dalam mulut serta bahagian luar mulut saya termasuk di bibir saya. Doktor melakukan kerjanya melalui kain tersebut.
Belum habis doctor membuka tampalan saya, doctor memberitahu bahawa, akar gigi saya sudah kelihatan. Tampalan berkenaan seolah bersambung dengan akar tersebut. Doktor meminta kebenaran saya untuk menjalankan prosedur Rawatan Akar Gigi. Saya setuju. Tak perlu saya Tanya kosnya kerana saya tahu berapa kos yang akan dikenakan. Apalah gunanya wang ringgit jika saya sakit. Sesungguhnya kesihatan itu amat berharga bagi saya. Biar saya belanja lebih sedikit yang penting saya sihat.
Prosedur berlangsung selama satu jam lebih. Untuk mengelakkan saya rasa sakit, doctor menyuntik ubat bius membuatkan sebelah bibir, pipi dan gusi saya terasa kebas. Semasa prosedur dijalankan, sekali lagi doctor mengambil X-ray mungkin untuk melihat bahagian dasar sana kerana lubang gigi saya kecil. Alhamdulillah, akhirnya, prosedur selesai. Saya perlu berulang-alik ke klinik tiga kali lagi untuk rawatan susulan. Itu pun telah sedia saya maklum. Doktor memberitahu saya bahawa akar gigi saya telah dicabut. Semoga gigi saya ini sembuh sakitnya dan terus dapat saya gunakan seperti dua gigi yang telah menjalani Rawatan Akar Gigi sebelum ini.
Doktor memberi saya ubat tahan sakit dan antibiotic yang perlu dihabiskan. Waktu dalam perjalanan ke Air Asia tadi, baru kebas kesan bius hilang dan digantikan dengan rasa sakit seperti yang dimaklumkan oleh doctor. Pada awalnya, saya menyangkakan gigi sebelah yang sakit. Saya selalu confuse dengan sakit gigi saya. Saya rasa Doktor Azizah pun dah masak dengan perangai saya ni. Baru sekejap, saya cuba untuk menekan gigi yang saya rasa sakit tapi tak sakitpun. Saya tekan pula gigi yang baru menjalani rawatan pagi tadi. Ya, dialah yang sakit sebenarnya. Alhamdulillah, segera saya panjatkan kesyukuran buat Ilahi kerana bukan gigi lain yang sakit. Kata doctor, saya akan rasa sakit akibat daripada pembuangan akar gigi. Itu adalah normal setelah menjalani rawatan berkenaan. Sayapun dah lupa dulu saya sakit ke tak lepas jalani prosedur sama. Yang pastinya, doctor memang bekalkan saya ubat tahan sakit. Sekarang sakit ni makin terasa. Saya cuba untuk bertahan. Seandainya tidak terlawan sakit ni, saya akan telan ubat tahan sakit.
Readers, mohon doakan kesihatan saya. Mohon doakan juga saya cepat sembuh. Rasa nak nangis je sakit ni.
Monday, January 22, 2018
Ujian Buat Sahabat
eAssalammualaikum semua.
Selamat petang.
Hari ini, seperti kebiasaannya whatsapp bersilih ganti menembusi talian, memasuki talian telefon saya. Hati saya tergerak untuk segera membuka whatsapp group perumahan saya.
Subhanallah! Dada saya berombak kencang dan jantung berdegup laju demi membaca tulisan namaseseorang yang dikhabarkan telah dijemput Ilahi. Tak mungkin! Desis hati saya. Sesungguhnya, meskipun sekadar kawan, saya tidak bersedia menerima berita ini secepat ini.
Saya lantas menyusun jemari saya, menaip aksara-aksara bisu di skrin telefon bimbit menyoal balas dalam group berkenaan.
'Idrus suami Mas Suni ke?'
Doa saya dalam hati agar jawapan balas mengatakan tidak. Idrus yang sekian-sekian.
Saya menanti balasan penuh debaran. Masa serasa lambat berjalan. Saya menutup cover IPhone. Menyambung kerja tertangguh.
Ting! Beberapa whatsapp menerobos, kembali memasuki telefon saya. Segala kekuatan saya himpun dengan harapan saya akan membaca aksara membentuk perkataan "tidak".
Saya lihat ada satu mesej tidak dibaca dalam group perumahan saya. Rabiatul Adawiah membalas 'Ya'.
Ya Allah!!! Kenapa cepat kau ambil dia? Isterinya masih memerlukannya. Saya lantas teringat kepada isterinya. Mereka suami-isteri sangat baik terhadap saya. Isterinya yang banyak memberi semangat kepada saya sewaktu saya dilanda musim murung dahulu. Sang suami sangat memahami. Memberi keizinan buat isterinya bercakap dengan saya meskipun panjang perbualan kami tanpa mengira masa. Pernah allahyarham membawa isterinya bertemu saya demi bertanya khabar dan memberi semangat untuk saya secara berhadapan. Malam tu, kami keluar bertiga. Mereka mengajak saya makan di Mc Donald. Suaminya memberi ruang kepada kami untuk berbicara dari hati ke hati. Dia cuma memerhati dan sesekali menyampuk memberi semangat atau sama-sama ketawa apabila ada kata-kata yang kelakar.
Allahyarham sangat baik. Ya Allah, kenapa cepat sangat orang yang baik pergi dari kita? Sedangkan saya hanya kawan merasa pemergiannya? Bagaimanalah perasaan isterinya? Bagaimana kehidupan mereka anak-beranak setelah ketiadaannya? Saya memikirkan nasib Mas Suni selepas ini. Siapa yang akan menguruskannya? Allah memberikan cahaya mata ketiga kepadanya. Anak itu baru berusia tiga hari suaminya pergi meninggalkannya.
Ya Allah,
Kau berikan kekuatan kepada Mas Suni untuk menjalani hidup ini tanpa suami tercinta.
Kau berikan rahmat kepada allahyarham agar ia tenang di sana. Dia orang yang baik. Berikan rahmatMu kepadanya.
Satukan kembali mereka di Jannah sana.
Amin...
Saturday, January 20, 2018
Perompak Yang Gila
Assalammualaikum semua, selamat tengahari...
Pagi ni, saya terima panggilan dari mama.
Subhanallah, rumah mami dimasuki perompak. Dari cara masuk ia seperti orang yang biasa dengan rumah tersebut. Kata mama, dia memasuki rumah melalui bilik air malam tadi. Tikar getah bilik mami tidur rosak teruk kerana tolakan pintu yang kuat. Mami meletakkan kerusi rodanya di hadapan pintu. Jadi, agak sukar untuk mereka memasuki bilik. Dua orang lelaki bertopeng, menyuluh ke dalam bilik menggunakan telefon bimbit sebelum bertindak.
Mereka meminta mami barangan kemas. Mami memberitahu mereka yang mami sudah tua. Tidak ada barangan kemas kerana ianya sudah tidak berguna lagi untuk mami. Syukur mereka tidak mengapa-apakan mami menggunakan pisau lipat berdekatan mami. Telefon bimbit mami diambil. Mereka seterusnya meminta wang. Mami memberikan wang yang ada berdekatannya. Saya tidak pasti jumlahnya kerana masih belum bercakap dengan mami. Abah dan mama balik menjenguk mami. Waktu kejadian adalah dalam jam 3.00 pagi dikala hujan lebat. Pastinya jeritan tidak langsung membantu mami ketika itu.
Ya Allah,
Apakah kemanusiaan semakin tandus di Bumi Malaysia ini? Mengapa orang tua yang uzur dan tinggal bersendirian mahu dirompak mereka? Tidakkah mereka belas terhadap orang tua? Cuba mereka bayangkan jika hal yang sama berlaku kepada keluarga mereka, ibu dan nenek mereka. Kenapa? Kenapa begini jadinya bangsaku? Saya semakin tak faham dengan manusia zaman sekarang. Bangsa manusia yang berperangaikan syaitan.
Friday, January 19, 2018
Rosken Penawar Kulit Kaki Pecah
Memang hari ni hari penjagaan diri kot. Masih lagi nak cerita tentang produk penjagaan diri. Kali ni, penjagaan kulit tapak kaki.
Saya diciptakan bukanlah seorang yang cantik dan sempurna segala-galanya. Sedari kecil, saya memang sukakan kecantikan. Dari kecil lagi saya dah pandai pakai lotion seluruh badan. Abah akan bagi saya lotion satu penutup untuk saya pakai sendiri. Masa tu lotion dari jenama Amway. Kalau orang yang biasa dengan produk Amway, korang akan tahu sebesar mana penutup Amway tu kan? Untuk si kecil, memang cukuplah untuk sekali sapuan sebanyak tu. Abah letak penuh. Abah memang suka melayan anak-anaknya. Nak suami yang suka melayan jugak! Hahaha... Tetiba keluar topic.
Masa kecik-kecik dulu, saya diasuh oleh arwah moyang dan mami. Saya sering melihat arwah moyang perempuan saya iaitu chek, memberus kaki dan tangannya sebelum mandi. Saya pun mulalah meniru.
Bila saya besar terutamanya setelah memasuki alam pekerjaan, kesihatan kulit kaki saya merosot. Tapak kaki saya pecah-pecah, kering dan ada bahagian yang mengeras. Saya sangat risaukan kulit kaki saya. Nanti tak cantik. Semua nak cantik hahahaha... Ada kawan suruh saya pakai kasut untuk mengelakkan kulit kaki pecah. Tapi saya tak nak. Susah. Nanti kena air dah basah kasut saya. Baik pakai sandal. Saya ikhtiar untuk memulihkan kulit kaki saya dengan menyapu lotion. Masa saya dengan awak dulu, awak pernah membelikan saya lotion kaki. Tapi lotion tu berminyak dan sangat membuatkan saya rasa tak selesa bila pakai kasut or selipar pada keesokan harinya jika saya menyapu lotion tersebut pada malam hari. Ada jugak lotion dan skrap kaki yang saya pakai menambahkan pecah kaki saya. Kulit saya memang sensitive. Cepat beriaksi dengan sesuatu produk. Lama-lama saya give up. Saya bosan. Malas nak ambil tahu. Tapi setiap kali pegang tapak kaki, saya pasti risau. Mungkin jugak sebab rumah saya ber tiles so ianya memburukkan keadaan.
Sampailah kepada kejadian di Pulau Pangkor yang menyebabkan kaki saya dijahit. Setiap hari saya perlu mencuci luka di klinik pejabat ni. Doktor dan nurse selalu bising kat saya pasal tapak kaki saya. Mereka kata, muka lawan kaki tak cantik. Oh my God! Sedihnya saya. Tapi kata-kata mereka menjadi motivasi kepada saya untuk berusaha mencari produk kaki yang sesuai.
So, dengan bertemankan Kak Sha, saya masuk ke Guardian. Kami melihat-lihat produk penjagaan kaki. Ada banyak jenama dan pilihan. Saya bertawakal. Dalam hati berdoa agar produk yang saya pilih kali ni bersesuaian dengan saya. Paling penting, tidak berminyak pada keesokan harinya sebab saya akan gunakannya pada waktu malam. Lalu saya memilih lotion kaki Rosken. Menurut saranan doctor, saya juga beli batu apung dan sikat kaki serta kuku. Batu apung ni datang dalam satu pakej. Saya beli di farmasi NU Sentral.
Malam tu, saya excited sangat. Saya mula menyapu seluruh kaki dengan lotion dan berharap agar keesokan harinya ada perubahan berlaku. Baunya Wangi, ada bau min sikit. Tekstur lotionnya lembut. Alhamdulillah, setelah disapukan ia tidak berminyak. Kulit kaki di bahagian atas kaki pun ada yang kering dan mengeras. Semuanya saya letak Rosken.
Keesokan harinya, saya menggunakan batu apung untuk menggosok kaki saya. Masya-Allah, banyaknya habuk keluar. Habuk itu sebenarnya kulit saya yang gugur apabila digosok. Lama jugak saya menggosok kaki. Saya jadi bersemangat apabila makin digosok, makin banyak kulit yang keluar. Setelah itu, saya mencuci kaki. Hasilnya, kulit menggelupas di tapak kaki saya berkurangan. OK, ni mungkin psikologi saya je kot sebab excited guna lotion baru.
Kalau tak silap, hari kedua atau ketiga saya menggunakan Rosken, doctor dan nurse terkejut melihat tapak kaki saya. Tulah, siapa suruh kutuk saya hahaha... Saya senyum simpul.
Nurse: You pergi pedicure ke?
Saya: Taklah. Nak pedicure macam mana kalau luka ni tak sembuh.
Doktor: Habis you buat macam mana?
Saya: Doktor kata pakai lotion. Saya beli lotionlah.
Nurse: Hei, lotion apa you pakai? Cepatnya? Lebih elok dari kaki I now.
Saya: Apa entah. Rosken kot.
Doktor: You ambil bagi I tengok. Nanti I boleh syorkan pada orang lain pulak.
Saya lantas mengambil lalu menunjukkan lotion berkenaan kepadanya. Kata mereka, Rosken adalah satu jenama yang bagus. Ia adalah jenama perubatan, bukan kosmetik. Nurse pun pakai lotion badan dan tangan Rosken. Mereka tak sangka yang Rosken mampu bertindak sebegitu pantas terhadap kaki saya yang teruk kulit tapaknya
Alhamdulillah pencarian penawar kaki saya akhirnya Allah temukan. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Saya yakin itu. Dan sekarang saya masih memakai kasut apabila keluar dari rumah. Saya kulit tapak kaki saya. Sekarang masih ada sedikit kulit keras yang tinggal. Maklumlah, bertahun lamanya ia keras. So, jangan malas Tinta. Setiap malam kena pakai Rosken. Dah berapa malam tak pakai. Malas la tu. Malam ni mula balik tau. Jangan sampai kulit ni pecah balik.
Sesiapa yang ada masalah kulit kaki, silalah cuba. Tapi tak semestinya kita akan dapat result yang sama. Ianya bergantung kepada kesesuaian masing-masing.
Harganya saya lupa. Tapi atas RM20 dan kurang daripada RM30.00 rasanya. Tube nya tak besar. Bolehlah untuk pakai sebulan kalau setiap malam digunakan. Jangan letak banyak sangat. Cukup sekadar ia meliputi seluruh kaki.
Anmyna Dalam Percubaan
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Setiap orang yang saya jumpa kat pejabat ni hari ni semua bagi saya kerja. Hahahaha... Dah saya tak pandai bodek, buat kerjalah Tinta.
Malas cerita pasal tu. Meh nak cerita tentang satu produk yang saya sedang cuba ni.
Anmyna adalah satu produk buatan Korea untuk penjagaan diri dan wajah. Wajah tu insya-Allah tak cubalah selagi SK II ni memberi kenyamanan pada kulit saya. Sekarang ni saya cuba shampoo, conditioner dan lotion. Barangan Anmyna diperbuat daripada alovera atau lidah buaya bahasa kampungnya.
1. Shampoo Dan Conditioner:
Kebetulan shampoo saya habis so, kawan saya si Jihah sibuk duk promot, saya try la Anmyna ni. Saya hentikan penggunaan L'occitane yang sangat saya suka tu. Kalau Anmyna ni sesuai dengan saya, baguslah. Murah sikit belanja shampoo saya. Sebotol Loccitane dah RM100.00 lebih sedangkan Anmyna RM118.00 beserta conditioner dan saiz shampoonya lebih besar dari L'occitane.
Review:
Setakat hari ni, dari segi prestasinya pada rambut memang bagus. Ia melembut dan melicinkan rambut. Namun, rambut tetap berminyak cepat seperti menggunakan shampoo biasa. So, keputusan, saya akan kembali menggunakan L'occitane buatan Perancis kesayangan saya.
Conditioner:
Conditioner Anmyna berbau kuat dan Wangi. Saya sukakan baunya. Tetapi seperti biasa, rambut saya memang bermasalah dengan conditioner. Orang lain pakai conditioner, rambut akan lembut dan cantik. Tapi saya, pakai conditioner akan membuatkan rambut saya kasar. Sesetengah conditioner pernah membuatkan hujung rambut saya pecah. Nanti saya cuba lagi conditioner ni. Mungkin saya sememangnya tidak perlu menggunakan conditioner. Conditioner L'occitane yang pernah saya cuba memang elok untuk rambut saya. Sayangnya, ia membuatkan kulit tangan saya menggelupas dan kasar.
2. Lotion:
Harganya RM99.00. Lotion Anmyna ni baunya Wangi. Tapi sama je seperti Victoria Secret yang saya gunakan. Memandangkan saya tak suka guna produk order ni, mungkin saya akan kembali menggunakan Victoria Secret Pure Seduction kegemaran saya. Kedainya di NU Sentral je. Dekat. Sambil lalu boleh singgah. Harga? Lebih kurang je cuma kalau ada promotion Victoria Secret lebih murah sebab jual tiga serangkai. Untuk Victoria Secret memang saya guna lotion, mandian dan body mist. Masa promotion tu boleh je kalau nak beli ketiga-tiganya lotion. Yang penting kena beli tiga.
Hahahaha... Mami kan suka kata saya hantu pari kalau lepas mandi. Sebab bau saya akan semerbak. Hahahahaha... Kawan UiTM saya cakap, dia suka mandi bilik air lepas saya mandi. Katanya, macam bilik air tu baru dicuci. Banyaklah. Kesian saya orang pertama yang masuk. Tak Wangi pun bilik air.
Review kat atas ni adalah dari pengalaman saya ya. Mungkin lain orang, lain kesesuaiannya.
Thursday, January 18, 2018
Pesan Buat Bakal Jodoh
Assalammualaikum awak,
Saya tak tahu awak di mana.
Saya tak tahu siapa awak.
Saya tak tahu segala tentang awak.
Saya tak tahu adakah awak jauh dari saya
Atau sebenarnya awak dekat dengan saya.
Saya tak tahu sama ada kita tidak mengenali sesama kita
Atau kita sememangnya kenal rapat.
Namun,
Ketahuilah bahawa hati ini pernah mengalami musim lara yang panjang.
Dan saya mengharapkan kehadiran awak nanti akan membawa musim bunga yang beraneka dalam hidup saya walaupun sesekali musim luruh menjengah kita.
Ketahuilah, awak sentiasa dalam doa saya.
Saya tidak mendambarkan awak sesoleh Muhammad kerana saya bukan salehah seperti Khadijah.
Saya tidak dambarkan awak setampan Yusof kerana saya bukan secantik Zulaikha.
Saya tidak dambarkan awak sekaya Sulaiman kerana saya tidak sehebat Balqis.
Cuma harapan saya pada awak,
Bersamalah kita membina cinta dan bahagia dalam agama Allah.
Saya tak kisah siapapun awak, sejarah silam awak kerana manusia itu dibekalkan dengan segala kekurangan. Semua manusia mempunyai sejarah silamnya sendiri. Siapalah saya yang mahu menghukum awak di masa lalu sedangkan saya tidak sesuci Rabiatul Adawiah.
dari manapun awak tidak saya titikberatkan.
Yang penting, awak ikhlas terima segala kekurangan dan kelemahan saya.
Awak,
Selagi waktu berjalan,
Selagi Bumi beredar
Dan nafas masih saya hela,
Saya nantikan awak di sini.
Jagalah diri awak kerana saya akan cuba sebaiknya menjaga diri saya untuk awak.
Bersiap sedialah untuk menjadi imam sekurang-kurangnya untuk saya dan zuriat kita
Dan saya juga akan mempersiapkan diri saya untuk menjadi makmum awak.
Jika hari ini awak belum lagi mampu menjadi imam,
Belajarlah untuk menjadi imam.
Kerana pada awaklah nanti segala tanggungan dipersoalkan.
Saya harap awak setia menanti dan mencari saya
Sebagaimana saya juga sentiasa menanti kehadiran awak dalam hidup ini.
Andai kata bukan di sini tempat kita bertemu, Jannah jua saya mohon untuk kita disatukan.
Sekian untuk kali ini.
Saya akan terus mencoretkan isi hati saya buat awak di masa-masa akan datang.
Saya nak balik. Harap awak doakan keselamatan saya sebagaimana saya selalu mendoakan awak.
Daripada
Saya yang menanti.
Wednesday, January 17, 2018
SK II - Basic Set
Assalammualaikum semua, salam sejahtera.
Walaupun musim sejuk sedikit demi sedikit berakhir, persekitaran saya tetap musim sejuk hahahaha... Sejuk ciptaan saya sendiri dengan izin Allah. Apa dia? Aircon la. Baik kat rumah atau kat pejabat. Sekarang duduk dalam bilik tak adalah bergaduh dengan orang-orang yang tak tahan sejuk asyik nak tutup aircon. Swaiter tak nak pakai. Lepas tu menyusahkan orang. Siapa tahan duduk dalam panas? Semua orang yang bertandang ke bilik saya semua kata bilik peti ais. Yelah, dah orangnya pun hati ais. Boleh gitu?
Meh nak cerita pasal SK II ni. Ada kawan saya pun berminat dengan SK II ni. Tapi saya suggest dia untuk beli trial pack kat kedai online yang saya beli masa mula-mula nak pakai SK II ni. Barang mahalkan, janganlah melabur sebarang. Tak sesuai nanti duit dah lebur. Benarlah kot kata sebuah blog yang pernah saya baca, SK II ni naik RM10.00 setiap tahun bagi produknya. Contoh, masa first time beli, clansernya cuma berharga RM199.00 kalau tak silap tahun 2012 or 2013 dulu.
So, semalam gigihlah saya ditemani Amjat memanjat NU Sentral. Hahahaha... Tak adalah gigih manapun, memang laluan saya nak balik. Fade up betul ni Kaunter SK II NU Sentral ni. Asyik tak ada je staffnya. Cuti je memanjang. Kalau tak cuti pergi rehat. Mujur ada staff Packson tolong layan. Cuti dua hari, menyampah. Takkanlah letak sorang je kat kaunter kau. Orang nak beli mestilah nak consultation dan lain-lain. Kalau nak beli produk yang dah biasa guna macam saya beli semalam OK la. Tu pun mujur saya dah Tanya harga sebelum ni sebab bila dia sebut harga tak ada harga yang saya nak. Rupanya pack promotion.
Siap membeli masuk bab pembayaran. Saya memang malas bawa cash. Guna je debit. Exit limit la pulak. Sebenarnya salah saya sebab saya tak pernah tahupun limit untuk kad saya ni. Oleh kerana saya dah tengok baki dalam akaun secara online sebelum ke sana, tak adalah saya panic takut tak cukup duit. Amjat mencadangkan agar redraw cash. Saya setuju. Dah terpaksa keluar dulu cari ATM. Si Mejat pun dah kalut, naik escalator punyalah tinggi rupanya ATM satu floor bawah ke atas je dari SK II tu. Hahaha... Mujurlah Amjat ni bukan lelaki yang suka marah dan asyik nak cepat je. Dia relax je dan biasalah dengan gila-gila dia tu. Sempat melawak. Biasalah bersembang tak ingat dunia. Mujur si Disah tak ada. Kalau tak lagi ketawa tak henti-henti lepas tu gaduh dan saling mengenakan. Gaduh-gaduh nakal je bukan gaduh betul.
Kami kembali ke kaunter dan buat pembayaran. Lepas tu naik semula ke tingkat 2 untuk ambil voucher Packson. Rugi wooo kalau tak ambil. Banyak tuuuu... Boleh jimat sakan dalam pembelian akan datang. Hahahaha... Mujur ada kawan yang boleh melayan. Kaunter CSO Packson tak ramai orang. Cepat dan smooth jelah urusan kami. Saya dapat seratus voucher!!! Nak beli sun block SK II pulak nanti dengan voucher tu. Tambah duit sikit. Kalau tak pun beli foundation LancĂ´me.
Kami berpecah dan saya terus ke Guardian membeli kapas muka. Kan barang-barang penjagaan muka dah beli so cuci mukalah malam tadi.
OK, ni harga terkini untuk produk SK II bagi tahun 2018. Produk yang saya pakai jelah ya. Bolehlah korang budget or target mana nak beli dulu. Saya beli tiga yang asas dulu. Tu yang paling penting. Supplement boleh tambah kalau ada rezeki lebih.
Clear lotion 230 ML =RM283.00
Facial Treatment Gentle Cleanser 120 G =RM249.00
Facial Treatment Essence Promotion set (Facial Essence 75 ML, Clear Lotion 30 ML - sesuai untuk travel dan sekeping mask) =RM219.00
Total: RM751.00 melayang dari akaun saya semalam. Tak apalah, insya-Allah, tujuh bulan lagi baru beli satu. Mungkin cleanser tahun depan baru beli. Clear Lotion tu mungkin lama gak lagi baru beli. Essence tu yang paling sikit. Kalau beli yang pack biasa mahal, ada tiga saiz yang berharga RM457.00, RM657.00 dan RM842.00. Beli 75 ML pun lama boleh guna.
Daaa... Nak pergi side visit dah.
Tuesday, January 16, 2018
Rangkuman Kenangan Silam 2012-2016
Bila terjaga dari tidur pagi tadi, saya teringatkan awak. Bukan berharap sejarah berulang. Tapi saya masih mencari di mana salah saya sehingga awak berubah, tak seperti dulu.
Awak ingat tak awak?
- Dulu kalau saya naik LRT untuk berurusan dan bawa barang, awak mesti Tanya, "Kenapa tak bagi tahu nak pergi? Saya boleh hantarkan,"
Dan saya akan jawab "Tak apalah. Saya dah biasa naik LRT. Saya OK,"
Awak akan balas "Dulu awak tak ada saya. Tapi sekarang, awak ada saya. So, awak kena share dengan saya kalau saya boleh buat, saya akan buat," Lama jugak keadaan ni berterusan dan akhirnya baru saya yakin untuk share dan minta tolong awak.
Ingat tak awak? Kalau susah nak cari parking lepas tu dapat parking, awak mesti kata, "Ni mesti rezeki awak. Awakkan rajin solat,"
Apabila kita bergaduh.
Saya mesti diam bila awak marah. Tak sampai lima minit, mesti awak cakap, "Awak, sorry awak. Saya minta maaf ya,"
Dan saya akan Tanya, "Kenapa?"
Jawapan awak "Sebab saya marah awak."
"OK, sayapun minta maaf ya awak. Saya pun salah jugak," Saya akan balas macam tu sebab tak nak awak terus rasa bersalah.
Dan awak akan teruskan, "Saya tak tahulah. Awak selalu menang dengan saya,"
"Menang? Saya tak bertekak dengan awak pun," Saya pelik.
"Sebab awak diam. Kelembutan awak tu membuatkan saya kalah dan rasa bersalah,"
Sebenarnya diam apabila lelaki marah ni saya belajar dari pengalaman dengan abah. Abah akan cepat pujuk saya balik kalau saya diam bila dia marah.
"Tapi kadang-kadang apa yang awak marah tu betulkan?"
"Ya, tapi saya tak perlulah marah,"
"Terima kasih awak, buat saya tenang," Saya selalu tuturkan ayat ni.
Bila awak bawa saya makan kat kedai atau bagi saya makanan, awak akan Tanya, "OK tak awak? Best tak?"
Saya akan senyum dan jawab "Best awak,"
Kadang-kadang, tak sempat awak Tanya, saya yang akan Tanya awak dulu, "Awak OK?"
Awak akan balas, "OK,"
"Sedap tak awak?"
"Sedap,"
Masa kita baru-baru dulu, saya takut nak call awak selalu sedangkan, saya nak selalu bercakap dengan awak. Sebab my first one marah bila saya call dia. Awak selalu cakap, "Awak boleh call saya bila-bila masa. Saya takkan marah. Kalau saya sibuk, saya bagi tahu dan akan call awak balik. Kalau awak tersedar pukul 3 4 pagipun, awak boleh call saya kalau tak boleh tidur,"
Dan ingat tak awak? Saya pernah call awak jam 3 pagi sebab mimpi buruk saya? Awak tenangkan saya dan saya tidur semula.
Ingat tak awak, awak pulang dari kampung dan sampai KL lewat malam? Paginya saya tengok Whatsapp awak tak aktif dan saya call kejutkan awak. Bila saya di office, awak whatsapp saya dan still ucap terima kasih sebab kejutkan awak walaupun tak disuruh sedangkan masa saya kejutkan awak, awak dah ucap terima kasih kat saya.
Lupakah awak yang awak pernah minta saya install Life360 kat phone saya? Sebab awak nak tahu ke mana saja saya pergi supaya awak tak risaukan saya? Awak siap buat alert bila saya sampai ke rumah dan office. Begitu jugak kalau awak sampai ke perkarangan rumah dan office saya, Life360 akan beri tahu saya. Saya pergi latihan Gunung Kinabalu pun awak perhati je jalan mana yang saya guna untuk larian.
Ingat tak awak, saya pernah merajuk dengan awak? Saya tak jawab call awak beberapa hari. Masuk hari ketiga, waktu saya duduk-duduk tunggu waktu Isyak, Life360 berbunyi dan notifikasi yang awak berada di halaman rumah saya. Saya terkejut. Sebenarnya saya happy sangat tapi saja je buat-buat masih merajuk. Awak call, saya tak jawab tapi saya terus buka pintu. Awak menghulurkan saya durian, antara buah kegemaran saya. Awak cakap, "Tadi saya pergi makan dengan kawan-kawan. Semua orang belikan untuk keluarga dia. Saya tak ada keluarga kat sini. Saya ada awak je. So, saya beli untuk awak. Awak makan ya,"
"Terima kasih awak," Saya menyambut pemberian awak. Awak terus balik dan saya pun makan durian tu dengan housemate saya.
Awak ingat tak pasu bunga yang awak beli dan awak tulis dengan cat emas kat bawahnya, saya dan awak. Awak beli pasu tu sebab saya mengadu kat awak, bunga yang awak beli dari Cameron Highland dan bagi saya dah nak kering. Dah layu. Awak ambil balik bunga tu dan awak jemur bagi kering dan awak cat semuanya dan isi dalam pasu tu dan hantar semula kat saya. Saya masih simpan awak pasu tu.
Bila saya bawa awak jumpa kawan-kawan saya, on the way balik je awak akan Tanya, "Awak, OK tak awak saya layan kawan-kawan awak?" Dan selalunya awak memang layan kawan-kawan saya dengan baik.
Awak selalu belanja kawan-kawan saya makan. Sampai kawan-kawan saya segan dan sayapun segan. Saya cakap dengan awak,
"Awak, awak tak belanja dia orang pun tak apa. Dia orang pun cakap, dia orang boleh bayar sendiri. Dia orang segan,"
Awak cakap, "Tak apa awak. Saya bukan selalu ada dengan awak. Bukan selalu boleh tolong awak waktu awak memerlukan. Nak-naknya bila saya pergi outstation. Kawan-kawan awak yang tolong awak. So, ini adalah pemberian saya sebab hargai dia orang yang selalu tolong awak. Saya akan baik dengan siapa saja yang baik dengan awak. Kalau suka kawan dengan orang tu, saya pun akan baik dengan dia,"
Ingat tak awak, awak pernah kata, "Awak, nanti kita ajak Haida keluar makan ya, awak,"
Saya pelik. "Kenapa awak?"
"Haida kan baik dengan awak. Selalu temankan awak. Awak selalu keluar dan makan best-best. Kita bawa Haida pulak."
"Terima kasih awak sebab baik dengan Haida. Haida baik sebenarnya. Gaduh-gaduh tu biasalah. Adik-beradik,"
Bila awak bagi saya barang, dua tiga hari saya still cakap terima kasih kat awak. Sampai awak cakap "Tak ada apa awak. Sikit je yang saya bagi awak. Awak kan dah ucap terima kasih hari tu,"
Bila kita keluar shopping. Saya semestinya beli barang-barang saya. Dan awak akan kata,
"Tak apa, saya bayar dulu,"
"Berapa awak barang saya tadi?" Saya akan Tanya harga untuk bayar balik kat awak.
"Awak, saya bagi awak semua tu."
"Eh, janganlah. RM200 lebih kot semua tu,"
"Tak apa saya bagi kat awak. Sebab awak baik sangat dengan saya. Saya tak minta awak balas. Cukuplah kalau awak sentiasa baik dengan saya. Saya akan buat yang terbaik selagi saya ada dengan awak supaya esok kalau berlaku apa-apa saya tak menyesal, sebab dah buat terbaik untuk awak,"
"Kenapa awak cakap macam tu?" Saya sedih.
"Kita tak tahu apa yang akan berlaku awak,"
Masa mula-mula awak ambil saya kat rumah, dari pintu yang terbuka, awak Nampak dalam rumah saya. Awak kata, rumah saya bersih. Saya pandai jaga rumah. Tapi kosong. Awak kata,
"Awak sebenarnya ada peluang untuk dapatkan apa yang awak nak dengan baik dengan orang. Maksud saya, dengan orang-orang yang minat kat awak."
Saya bukan macam tu,"
"Saya tahu awak tak macam tu, sebab tu rumah awak kosong tak ada barang," Ya, sememangnya saya takkan minta walaupun dengan kesayangan saya. Kalau dia bagi, saya terima.
Bila ada orang yang mengayat saya kat Facebook, awak cakap,
"Saya tahu awak bukan orang yang mudah untuk jatuh hati. Sayapun susah nak buat awak percayakan saya."
Masa saya mula-mula bela Si Chimuk, Chimuk beranak. Awak yang belikan sangkar untuk Chimuk dan hantar ke rumah saya.
Kita bahagia awak. Kenapa ya jadi macam ni? Apa salah saya? Kat mana kurangnya saya?
Kasih Seorang Suami
Assalammualaikum dan selamat pagi semua,
Pengorbanan seorang isteri selalu kita dengar. Pengorbanan seorang suami tu agak jarang. Tapi ada. Bertuahlah sang isteri yang dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Kawan saya Lele, dimasukkan ke hospital akibat kuman di paru-paru. Katanya, dia, adik dan saudaranya menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Namun dia mengalami sesak nafas dan turun di Wakaf Che Yeh lalu menaiki teksi ke hospital. Dia dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Suaminya di Kuala Lumpur, tidak ikut pulang bersama. Namun, sebaik sahaja mendengar berita yang isterinya dimasukkan ke wad, sang suami bergegas pulang ke Kelantan menaiki flight. Apa yang saya tahu, sang suami menjaga isterinya di wad tanpa meninggalkan si isteri bersendirian. Sejak hari pertama dia tiba di hospital hinggalah sekarang, dia masih menjaga isterinya di wad. Mungkin faktor kerjanya membolehkan dia menjaga isteri yang dicintainya.
Ya Allah, terharunya saya mendengar cerita ini. Sesungguhnya Kak Lele memang beruntung dikurniakan suami sebaik ini. Dan apa yang lebih mengagumkan, suaminya seorang yang tidak Nampak tapi sanggup bersusah-payah demi kecintaannya. Orang normal pun belum tentu nak buat semua ni. So, Nampak atau tidak bukanlah faktor yang menghalang seseorang menzahirkan rasa cintanya waktu kesusahan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau sempurna macam manapun, ada je alas an untuk tidak melakukannya jika enggan berbuat demikian.
Saya doakan agar pasangan ini terus dilimpahi cinta serta kasih-sayang hingga ke Jannah. Ya Allah, janganlah Engkau uji mereka dengan perpisahan. Teguhkan cinta mereka seteguh Tembok China untuk menghadapi segala rintangan.
Amin...
Monday, January 15, 2018
Mesin ATM Bersuara
Ada someone tag saya di FB dalam komennya tentang Mesin ATM bersuara. Ada yang terlalu emosi membincangkan hal ni. Tak apa. Pasti mereka berasa kecewa dan marah kerana telah sekian lama hal ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan dan pihak berkenaan. Saya faham apa yang mereka rasa. Jika saya tidak bekerja dalam bidang Aksesibiliti pun, pasti saya akan bertindak demikian juga.
Bersabarlah komunitiku. Kami di NGO sangat prihatin dan tahu akan kesukaran kalian. Cuma, banyak aspek aksesibiliti perlu diperjuangkan. So, kita kena buat satu persatu. Tak boleh serentak. Kalau tak, semuanya kita tak dapat.
Tentang isu mesin ATM ni kami telah mulakan langkah sejak tahun lepas lagi. Macam-macam forum, siri perbincangan dan mesyuarat telah diadakan. Perjuangan bukan mudah. Ia menuntut waktu dan kesabaran. Kita perlu sedarkan pihak berkenaan tentang hak kita kemudian baru boleh berbincang tentang system, pelaksanaan, penguatkuasaan dan lain-lain. Menurut perbincangan dengan Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank Malaysia dan wakil-wakil semua bank dalam Negara dan luar Negara yang beroperasi di Malaysia, system perlu ditukar. Mereka masih dalam kajian untuk melaksanakan hal ini. Malah mereka turut meneliti system bank sama ada mesin ATM sedia ada hendak diubahsuai fungsinya atau menukar mesin berkenaan dengan mesin yang bersesuaian.
Harus diingat, perjuangan itu perlu ada cara dan diplomasi. Tidak boleh mendesak dan kasar. Walaupun orang kata saya garang, sombong dan berlagak, tapi saya masih tahu adab dalam memperjuangkan hak yang diperlukan. Orang tak faham sebenarnya, saya bukan garang, tapi saya tegas. Tegas dengan kerja dan tegas dengan pendirian.
Kami akan terus berjuang dan mencuba yang terbaik semampu kami. Mohon kalian doakan agar perjuangan ini membuahkan hasil untuk kemudahan kita semua.
Thank you to DG for sharing your usage of talking ATM Machine video. Your kind effort much appreciated.
Saya =TV
Assalammualaikum semua...
Selamat pagi...
Alhamdulillah, setakat jam 11.00 pagi ni, mood saya OK dan ceria. Belum ada lagi yang mengganggu mood saya. Harapnya mood ni akan baik sampai ke petang. Paling penting hari ni ada Air Asia. Korang tunggu miss datang eh. Hahahaha... Poyo!
Macam yang saya tulis kat FB, saya ni memang suka bersembang. Mungkin sebab saya duduk sorang kot. Tak ada orang nak sembang. Sembang dengan Chiko je. So, sesiapa yang call atau whatsapp saya, saya akan layan selagi dia tak mengada-ngada. Hahahaha... Pilih-pilih pulak tu. Kalau yang ngada-ngada sikit tu yang boleh diterima bolehlah saya layan. Tapi kalau melampaui batas, free pun saya cakap saya sibuk or lebih teruk, saya tak jawab call langsung.
So, adalah sorang mamat ni call saya minggu lepas. Kami pun sembang-sembang. Masuk cerita bab vacuum. Saya ceritalah pasal Lazada buat sale minggu lepas dan saya beli Aurora.
Entah macam mana, masuk bab dia beli smart TV. Mahal jugaklah harganya. Kalau tak silap RM4,000.00 lebih. Saya lupa jenama apa.
Saya: Amboi, mahalnya. Saya duduk sorang je. Tak perlulah TV mahal macam tu. Sayapun tak sempat nak tengok.
Dia: Yelah, smart TV.
Saya: Saya tahu TV tu. Macam-macam boleh tengok termasuk Youtube. Boleh guna thumb drive dan connect to wifi. Abah saya beli untuk rumah saya kat Kelantan.
Dia: Macam-macam boleh buat, sebab tulah mahal. Kalau bayar mahal tapi berbaloi OK la. Abang tak kisah bayar lebih yang penting berbaloi. Macam awaklah.
Saya: Hah? Saya? Apasal pulak saya disamakan dengan TV? Saya manusia, TV tu barang.
Dia: Yelah, kalau bagi awak hantaran mahal, abang tak kisah. Sebab macam-macam awak boleh buat, pandai masak, kemas rumah, gosok baju, jaga baby, rajin, suara sedap, cantik, bijak, manja.
Saya: Ah, melampaulah tu. Tak ada maknanya. Saya buat tu semua bukan sebab rajin, tapi sebab saya kena buat dan nak buat. Kalau bukan saya yang buat, siapa nak buat? Chiko?
Hmmm... Tak payahlah korang nak berkata-kata manis lelaki. Saya dah malas nak percaya cakap-cakap manis macam ni. Belum dapat, memanglah. Kalau dah dapat esok, silap-silap, saya pun dia tak layan. Nak kembang-kembang kena puji tu tak ada dahlah. Mungkin dah lali kot. Saya bukan lagi saya yang dulu. Saya sekarang ada focus dan focus saya bukan lelaki dan cinta. Kalau Allah bagi Alhamdulillah. Mencari, malas.
Yang tak boleh-belah tu samakan saya dengan TV. Hahahahahaha... Melampau sungguh perumpamaan dia. Nasib baiklah dia ni saya kenal dah lama. Dah 11 tahun dah tahun ni. Bayangkanlah, dari dia bujang sampai dah anak 3. So tak adalah saya rasa nak larikan diri. Sebab dah masak sangat dengan perangai dia tu. Bila ingat balik, sebenarnya dia lelaki yang baik. Pernah cuba tackle saya tapi masa tu saya ada someone. Hahahaha... So saya upgreat dia jadi abang angkat saya. Tu yang kadang-kadang katanya tak tahan rindu, so call saya. Diapun dah masak dengan perangai saya, garang, suka nangis, manja bak kata kawan saya, saya ni kememeh. Hahahaha... Dah itu perangai saya nak buat macam mana. Yang bab manja tu susah nak buanglah. Dari kecik dimanjakan so terbawa-bawa sampai sekarang.
Saturday, January 13, 2018
Surat Buat Semua Kesayangan Saya
Wahai semua kesayangan saya...
Tahukah kalian betapa kalian bermakna dalam hidup saya?
Tahukah kalian bahawa saya dambarkan hari-hari yang telah terlewati bersama kalian?
Tahukah kalian, apabila saya menyayangi, kasih itu pasti lahir dari hati yang paling dalam?
Tahukah kalian, betapa saya tulus menyayangi kalian?
Tahukah kalian, saya sentiasa ingatkan kebaikan kalian pada saya?
Tahukah kalian, segala yang melukakan hati saya segera saya padamkan dari ingatan agar ia tidak berbekas di hati?
Kenapa?
Kerana saya ingin terus menyayangi kalian tanpa ada rasa kurang sedikitpun.
Dan saya mampu melakukannya meskipun kadang-kadang kata kalian bisa menusuk
Tingkah kalian canggung hingga saya tersinggung.
Tapi kenapa?
Kenapa semua ni berlaku?
Saya tidak ingin kita begini.
Tidak mahu rencah kehidupan ini menjadi racun buat kita dalam meniti batas waktu membelah.
Saya sayang kalian.
Moga kasih sayang ini akan kembali hangat seperti semalam.
P/S: Entri ini tidak ditujukan kepada kawan-kawan yang pergi meninggalkan saya kerana saya telah relakan mereka pergi setelah penghinaan, fitnah dan kata-kata senda yang mereka berikan kepada saya untuk kali kedua.
Semoga Allah berikan Kesembuhan Padanya
Minggu lepas, ada seorang rakan Facebook tulis kepada saya. Kami tak pernah bertemu. Sekadar berkawan di FB.
Katanya, walaupun dia tak komen status saya, tapi dia selalu baca dan like. Ya, saya selalu tengok dia like status saya.
Katanya lagi, dia tak tahu kenapa, dia sukakan status-status saya. Menurutnya, saya jujur dalam status, bila marah, saya tulis marah, bila saya happy, tulis happy. Dan macam-macam lagi. Katanya, status-status saya membuatkan dia rasa dekat dengan saya dan dia rasa sayangkan saya.
Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih kerana mengirimkan seseorang untuk menyayangi saya.
Beberapa hari lepas, saya terkejut bila melihat statusnya. Rupanya dia seorang penghidap barah tulang. Tanpa dibendung saya menangis. Ya Allah, Kau angkatlah sakitnya. Izinkan saya merasa kasih sayang dari seorang yang tulus itu lebih lama Ya Allah. Saya masih belum puas untuk merasai kasih sayang seorang kakak. Seperti tulisannya kepada saya yang dia rasa macam saya adiknya.
Dia dimasukkan ke hospital dan dirawat selama 15 jam. Barah tulangnya semakin menjadi-jadi. Sementara gula dalam darah kekurangan.
Kak Nani, Tinta doakan supaya Kak Nani sembuh. Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak. Tinta pun sayangkan akak. Insya-Allah suatu hari nanti, Tinta datang jumpa akak.
Kisah Seorang Kawan
Assalammualaikum semua,
Selamat tengahari...
Bahagianya rasa hidup saya hari ni. Nak tahu kenapa? Sebab sejuk. Hahahahaha...
Thursday, January 11, 2018
My Assistant Tak Perform
Assalammualaikum semua...
Baru jap tadi saya post entri yang ada dalam draf saya semalaman.
Ni baru betul entri hari ni.
Demi mendengarkan berita yang GM terlajak pandai saya ni cakap orang kata assistant saya tak perform dengan baik sejak duduk department saya, saya rasa sakit hati sangat. Katanya, Kak Sha lebih perform masa duduk kat HR dulu. Hello, siapa kau nak judge assistant saya perform tak perform ni?
Memanglah kau Nampak assistant aku tu tak sibuk macam dia duduk HR dulu sebab HR buat rutin work. HR jugak banyak berhubung dengan staff kat sini. So kau rasalah dia banyak kerja. Department saya case by case. Department saya jugak banyak berhubung dengan orang luar. So, memanglah kau tak Nampak kerja dia. Habis yang dia duduk mengadap computer, cari fail, buat macam-macam yang saya suruh tu apa? Bukan kerja? Janganlah sebab dia tak uruskan korang, korang kata dia tak ada kerja, tak perform. Perform tak perform, terserah pada unit tulah punya penilaian. Yang kau kepoci sangat kenapa? Yang kau sibuk nak cerita kat GM pasal assistant aku tu, kerja kau siap ke tak? Kalau setakat arahkan volunteer buat kerja kau, jangan kau kata kau perform pulak. Aku pun boleh buat kerja macam tu. Memang perform sangatlah kan?
Iiii... Bengang betul aku. Mujurlah bila GM tu cakap dengan seseorang, seseorang tu balas. "Mr. X kena tengok betul-betullah. Jangan dengar sebelah pihak. Tuntutan kerja dia tu masa kat HR lain. Masa kat department ni lain. Habis orang yang asyik bercerita orang ni ada kerja tak ada kerja tu, banyak sangat ke kerja dia sampai banyak masa jumpa Mr. X dan bercerita pasal orang? Kerja apa yang dia buat? Kalau orang ni tak ada kerja, tak perform, dia banyak sangat ke kerja kalau macam tu?"
Hambek kau. Stepek kena kat muka GM terlajak pandai kami tu.
Manusia ni jahatkan? Sibuk sangat dengan kerja orang. Saya tak ada masa nak perhati kerja orang. Tapi kenapa orang sibuk nak perhati department saya ya?
Makan Malam Yang Tak Disangka
Minggu lepas, setelah pulang dari kerja saya duduk-duduk bersantai dengan Chiko. Tiba-tiba, satu whatsapp mempamerkan message. Dari bunyi yang dikeluarkan, saya tahu itu whatsapp personal, bukan group. Kalau whatsapp personal ni semangatlah sikit saya nak tengok. Kalau group, malas. Kadang-kadang merapu je lebih.
En. Nik? Apa dia mahu? Fikir saya, dia mahu bertanyakan tentang kerja or call for audit access MRT. Hadoi, dah habis waktu kerja pun nak bincang fasal kerja ke En. arkitek?
En. Nik ni saya kenal sewaktu audit access Stesen MRT Semantan dan Kwasa Sentral. Dia arkitek MRT. Memandangkan sekarang ni projek MRT Line 2 sedang berjalan, saya anggap semua staff MRT yang contact saya nak bincang pasal projek dia orang. Almaklumlah, minggu sebelum tu, Mr. Graeme dah contact saya pasal help button. Cuti-cuti pun dia orang minta nak buat appointment. Hahaha... Bukan dia orang tahu saya cuti kan? Tak salah dia oranglah.
'Salam Tinta, dah balik KL ke?' Lebih kurang bunyi muqadimah whatsapp En. Nik.
'Waalaikummussalam. Dah. Kenapa, En. Nik?' Dalam hati, nak ajak buat audit access MRT la tu.
'Saja Tanya,' Jawabnya.
Tebiat ke apa? Tak pernah-pernah whatsapp saya saja-saja sejak saya kenal dia setahun lebih yang lalu.
Lepas tu macam-macamlah kami sembang. Balas-balas whatsapp. Dia beritahu saya yang dia masih di office.
Hmmm... Memang patutlah kau kat office lagi. Arkitek memang macam tu. Saya dengar arkitek ni selalu tak cukup tidur dan kerja tak tentu masa. Macam penulis. Ada idea je, buat, lukis.
'Tinta tinggal dekat Stesen LRT Ara Damansara kan?' Aik, dia ingat saya cakap kat dia saya tinggal dekat stesen tu?
'Ya,' Mungkin saja nak bagi ada modal bersembang.
'Saya balik nanti lalu kat stesen tu,'
So, apa masalahnya kalau awak lalu kat stesen tu pun? Jalan ke rumah awak memang lalu situ kan? Saya jawab jugak 'ooo'
'Mehlah, saya belanja Tinta makan malam ni,'
Hah? Nak belanja makan? Tebiat ke apa? Nak ke tak nak? Nak ke tak nak? Yes, mungkin Tesco akan menyelamatkan saya.
'Maaf En. Nik. Sebenarnya saya tengah tunggu Tesco hantar barang,'
'Dia hantar pukul berapa?'
'Saya punya slot antara pukul 7.00-9.00. Kalau tak boleh En. Nik tak marahkan?' Berbasa-basilah sikit.
'Calllah Tesco, suruh dia hantar awal sikit,'
Call Tesco? Biar betul. Manalah saya tahu nombor telefon Tesco.
'Macam mana saya nak call dia? Nombor diapun saya tak tahu. Sayakan booking slot online, masa saya beli barang tu,'
'Ye jugak kan? Macam nilah. Nanti bila saya sampai area rumah Tinta, saya call Tinta,'
'OK.' Saya yakin, Setibanya dia di kawasan rumah saya, Tesco belum sampai.
'Rumah Tinta yang mana satu?'
Malas banyak cakap, saya send je location.
Tak tahulah kenapa. Saya rasa malas nak keluar.
Jam 8.00 lebih, telefon saya berdering. Panggilan dari En. Nik. Tesco saya belum sampai.
'Assalammualaikum Tinta.'
'Waalaikummussalam. En. Nik...'
'Elok je saya sampai kat rumah Tinta ni, Tesco pun sampai,'
Alamak Tesco ni. Cepatlah pulak hari ni. Getus saya dalam hati.
'Mana En. Nik tahu?'
'Ni lori Tesco ada kat bawah ni,'
So setelah menerima barang dari Tesco, kami pun keluar makan. Hari tu hujan. So, kami makan je kat area rumah saya.
Monday, January 8, 2018
My New Work Station
Assalammualaikum semua,
Salam sejahtera...
Dah seminggu saya tak update blog. Semalam sempat post gambar je. Nanti senang saya tulis entri semalam tu.
Alkisahnya, saya balik ke KL Isnin lalu dan abah keluar hospital pun hari yang sama.
Selasa mula kerja. Seperti yang saya tulis sebelum ni, saya akan berpindah masuk ke bilik boss saya yang telahpun bersara.
Banyak yang nak dikemaskan. Barang-barang boss saya perlu pilih mana yang saya nak guna dan mana yang tak diperlukan. Fail dari 2006 tu. Bayangkanlah. Bukan sekadar fail, perabot pun ada yang saya pilih. Ada perabot boss saya hantar ke stor sebab dah tak berapa elok. So, saya bawa masuk perabot yang saya gunakan di luar.
Lepas tu pilih barang saya pulak. Seminggu lamanya mengemas, maka hari ni berakhirlah sesi kemas-mengemas untuk saya dan ini bermakna, bermulalah sesi mengemas bagi assistant saya pulak. Saya nak dia pindah ke tempat saya iaitu betul-betul depan bilik saya. Takkan saya duduk di Timur dia duduk kat Barat pulak? Gaduh ke apa? Hahaha...
Kak Sha dah mula buat susun atur dia kat partition saya. Barang belum angkat lagi sebab dia minta saya pilih mana yang diperlukan dan mana yang tidak. Rancangnya dia nak pindahkan computer dulu. Ini terbalik dari saya. Saya pindah computer tu last iaitu pagi ni setelah bilik dikemas dan susun atur dibuat. Lain orang lain cara kan?
Kak Sha pun cakap dia nak pindah slow and steddy macam saya. Tak nak kelam-kabut. Saya faham. Kalau saya pindah, saya tak suka ambil semua barang dari tempat lama dan longgok kat tempat baru then susun. Saya akan pindah sikit-sikit dan terus susun barang-barang tu kat mana yang saya nak. Barulah teratur. Kepala pun tak pening.
Satu lagi, saya tak suka orang tolong saya kemas. Nanti tak jumpa barang saya cari. So, Kak Sha tak perlu tolong saya kemas kecuali bila saya minta itupun sekadar minta baca fail untuk saya pilih. Komputer pun saya sendiri yang cabut dan saya sendiri pasang. Ni bukan kali pertama saya pindah sendiri. Dari atas ke bawah pun saya buat sendiri, dari tempat PR ke tempat Akses pun saya pindah sorang. Setakat dari partition ke dalam bilik yang jauhnya sekangkang kera, apalah sangat. Pindah rumah yang terbaru ni pun saya kemas sorang. Lagi banyak barang.
So, inilah entri pertama saya tulis dari work station baru.
Best ke tak duduk dalam bilik?
Kalau Tanya saya, tak best. Kenapa? Sebab mungkin saya dah biasa duduk di partition. Bila duduk di partition, saya rasa happening. Rasa meriah. Ada kawan-kawan keliling saya. Boleh sembang-sembang dan boleh gaduh-gaduh manja. Usik-mengusik, ketawakan orang, kenakan orang. Bila duduk dalam bilik ni rasa sorang. Yelah, bilik ni sesuai untuk orang yang nakkan privasi. Kalau nak sembang guna phone atau saya kena keluar. Yang bestnya, air con dalam kawalan saya sendiri. Memang jadi bilik peti ais la bilik ni kejap lagi saya kerjakan. Hahahaha... Bak kata acik, kalau saya jumpa air con memang tak ingat dunia. Salah tempat lahir kot. Patutnya lahir kat Europe tiba-tiba terlahir kat Malaysia yang beriklim tropika ni hahahahaha... Perasan!!!
Satu lagi telefon saya ni boleh call ke mana sahaja termasuk handset tanpa perlu melalui operator. Ianya akan memudahkan kerja saya untuk buat follow up dan call. Tak payahlah saya bising-bising kat operator kalau dia orang tak jawab call saya. Saya kan memang pantang kalau orang tak jawab call saya. Alhamdulillah.
Tapi sebenarnya saya masih tak boleh terima kenyataan yang saya kena duduk dalam bilik, boss tak ada, saya yang kena buat keputusan, saya yang kena guide staff saya apa nak buat, saya bertanggungjawab kepada unit ni, saya yang kena jawab dengan pihak atasan kalau apa-apa berlaku, saya yang kena bertanggungjawab untuk aksesibiliti dengan pihak luar. Semuanya saya dan orang lain dalam pejabat ni tak tahu sangat tentang Aksesibiliti ni.
Saya rasa saya belum layak untuk tempat ni, jawatan ni dan bilik ni. Saya masih macam budak-budak. Saya masih mentah untuk semua ni. Kata boss, mentah lepas tu masak. So, belajarlah dari tak tahu apa-apa lama-kelamaan akan banyak yang kita tahu. Belajar dari pengalaman itu yang paling bagus. Boss kata kalau tak tahu apa-apa, just give him a call any time. He will assist me. Dia kata, dia dah ajar saya, so tak boleh cakap tak tahu. Tapi kalau pihak atasan complain apa-apa, dia akan jadi peguam bela saya untuk terangkan kepada management tentang apa yang mereka nak tahu.
Terima kasih, boss.
Sunday, January 7, 2018
Almari Kasut Ikea
Assalammualaikum semua.
Selamat pagi menjelang tengahari. Hahahaha...
Sibuk ke?
Mehlah kita sembang jap.
Hari ni saya ditinggalkan keseorangan di unit ni sebab my assistant ada urusan peribadi di luar. Petang baru masuk. Semoga urusannya dipermudahkan. Amin...
Bulan lepas, hajat nak beli almari dua pintu untuk tudung dan selendang saya bertukar. Saya beli almari kasut. Sebab almari yang macam saya nak tu melebihi budget saya ketika tu.
Tak apa. At least ada jugak yang saya bawa balik setelah sepetang menjelajah Ikea bersama acik yang setia menemani. Kesian acik penat. Siap bawa balik skrin baju dengan tray pejabat lagi.
Kalau dia tak ada janji dengan tuan rumah, mesti dia pasangkan siap-siap almari saya. Tambahan pulak tak ada skru driver.
Almari kasut pilihan saya berwarna putih agar rumah saya Nampak berseri, cerah dan luas. Saya tak nak beli rak kasut kerana ianya terbuka. Tak cantik dipandang mata jika diletakkan di ruang tamu. Almaklumlah, rumah saya bukannya rumah banglo. Berdekatan almari kasut tu nanti akan menjadi ruang makan saya so tak elok kasut terdedah kat situ walaupun taklah dekat sangat meja makan dengan almari tu nanti. Satu lagi sebab Chiko. Chiko ni kadang-kadang suka main benda yang bukan-bukan. Comelkan? Macam baby. Letak dalam almari, tutup. Habis cerita. Chiko tak boleh buka. Kalau dia buka, memang hebatlah dia. Hahahaha... Jangan hebat sangat Chiko nanti kelam-kabut rumah along. Dengan along-along sekali lintang-pukang. Hehehehe...
Almari kasut Ikea ni banyak pilihan. Ada yang diperbuat dari plastic tebal dan kayu. Pilihan saya, almari kasut yang diperbuat dari kayu pine. Konsep Ikea ni more to jimat space. Rak kasut pun ada.
Kalau tengok gambar kat bawah tu, almari saya ni ada tiga tingkat. Kalau ditutup ia kelihatan seperti laci bertingkat. Dalam setiap tingkat tu boleh memuatkan empat pasang kasut. Nak letak kotak kasut pun boleh. Muat. Nampak macam kecikkan almarinya? OK. Konsepnya bukan letak macam tu je macam rak kasut. Bila kita letak kasut kat dalam ni, kasut tu akan berdiri. Bila kita buka macam dalam gambar tu, barulah kasut ni sedikit berbaring seperti diletakkan atas papan gelongsor. Macam mana boleh muat empat pasang kasut dalam satu compactment? Dekat dalam ruangan tu ada kayu pembahagi. So, kasut akan berdiri dua di hadapan iaitu bersandar pada pintu almari dan dua lagi di hadapannya dengan kayu menjadi pemisah. Almari ni jugak boleh di grill dan lekatkan pada dinding.
Waktu pasang, kita boleh adjust kedudukan kayu pemisah kat dalam tu. Dia ada tiga tempat boleh letak kayu tu. Kalau kita nak ruangan hadapan pintu besar dan belakang kecik boleh, nak sama besar antara kedua-duanyapun boleh atau nak besarkan ruangan belakang dan kecikkan ruang bahagian pintu pun boleh.
Saya memutuskan dua daripadanya dibesarkan di bahagian pintu dan satu dibahagikan sama banyak. Ruang besar di hadapan pintu tu memudahkan saya untuk menyimpan kasut sukan dan kasut boot saya. Ruangan kecil tu taklah kecik sangat. Still boleh masuk kasut normal seperti kasut pejabat misalnya.
Acik hantar Hakim, wakil dia suruh pasangkan untuk saya. Saya nak pasang sendiri tapi saya pening bila tengok macam-macam skru yang dia bagi. Hakim pasang kejap je. Buat rangka then siapkan laci lepas tu masukkan laci dalam rangka dia. Nampaknya saya kena beli tukul besi pulak. Senang nak ketuk. Ada bahagian yang dia bagi paku bukan skru. So, lepas ni saya nak beli almari pulak. Mesti tukul akan berguna untuk saya. Set skru driver yang enam tu saya dah beli masa keluar ke Bandar dengan Hakim kat kampung hari tu. Dalam set tu ada skru driver bunga tiga saiz dan skru driver pipih atau leper tiga saiz.
Harga untuk almari ni kepada mereka yang nak beli ialah RM129.00 ketika saya membelinya.
Beli yang elok sikit, boleh pakai lama.
Silakan, saya belanja gambar almari kasut ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)