SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, December 31, 2011

Imbasan suka-duka 2011

Januari:
- Aku telah tahu bahawa temudugaku di SBM KIV. Maksudnya? Mereka mencari calon yang pandai berbahasa Inggeris. Oleh itu, aku dijadikan calon simpanan. Sebab itu temuduga diadakan sebanyak tiga kali dan aku menghadiri temuduga pertama. Sedih rasanya, seolah-olah, aku diperkotak-katikkan. Kebolehan aku dipandang rendah. Ada kawan menyampaikan, dalam temuduga tersebut Inggerisku boleh diberi lapan markah daripada 10 markah. Apa-apalah, mereka bukan cikgu mahirpun yang nak menilai Bahasa Inggeris aku. Tapi betulkah? Macam tak percaya je, atau mungkin kenyataan itu sekadar untuk menyedapkan hati. Khabar angin menyampaikan, aku ditolak sebab mahu mencari calon penglihatan terang. Whatever, rezeki Allah ada di mana-mana. Aku akan buktikan kebolehan aku pada mereka. Jangan kerana aku diam dalam mesyuarat, aku tak banyak cakap dengan orang-orang besar aku ini lemah, tak tahu apa-apa, tak tahu mentadbir. I'm so sorry, that's not my type. Aku bukan jenis orang yang nak membodek-bodek, nak berlakon tahu serba-serbi tapi tak tahu apa-apa. Biar kita jadi ubi, diam-diam berisi bukan tin kosong, bising tapi tak ada apa-apa. Kenapa aku diam? Sebab dalam hal-hal yang serius, aku bercakap pada tempatnya. Bercakap bila perlu. Lagipun, mereka tak kenal aku siapa. Tak tahu aku sebenarnya banyak cakap dan peramah. Cara dia orang yang tak boleh membuatkan aku jadi peramah dengan mereka. Jangan ingat aku sentiasa bertutur dalam Bahasa Melayu maknanya aku bodoh Inggeris. Dan, satu yang perlu diingat, aku diam kerana aku menghormati mereka sebagai ketua. Tapi tepat pada masanya, aku akan bercakap. Jangan terperanjat bila aku lantang bersuara menyatakan pendapat dan pendirianku. Aku akan bertegas sekiranya perlu tak kira dengan siapapun aku berhadapan. Tapi aku akan berfikir terlebih dahulu sebab tu aku diam. Aku lebih suka memerhati dan sampai pada masa yang patut, aku akan bersuara.
- Satu keputusan yang amat menyakitkan telahku buat. Bukan sengaja mahu menghampa atau melukakan orang, tapi aku perlu memulangkan dia pada yang berhak meskipun, aku terlebih dahulu memilikinya. Walaupun dia dan beberapa orang dari pihaknya telah melukakan hatiku, namun aku nekad seperti nasihat Ustaz Mohd Nor pensyarah UiTM melalui perbualan di Yahoo Messenger, biarlah mereka menyakiti Tinta dan bertindak kejam terhadap Tinta. Tapi jangan sesekali Tinta membalasnya dengan turut sama berlaku zalim seperti mereka. Kepada dia, jutaan kemaafan ku pohonkan sejak awal perkenalan kerana titik noktahnya telah kau letakkan. Aku hanya mengikut jalan yang telah kau petakan. Jangan pernah kau cuba untuk memutar fakta menyalahkan aku. Kerana itu pilihanmu dan itu jua yang memaksaku mengambil keputusan ini. Demi kebaikan semua pihak, aku rela beralah. Biarlah aku terluka kerana masa akan merawatnya. Pada Pencipta, aku sandarkan harapan dan cintaku. Aku pasrah.

Februari:
- Aku dikhabarkan bahawa temudugaku dengan MAB berjaya. Alhamdulillah. Cuma tunggu masa untuk dipanggil bertugas. Syukur padaMu Ya Allah. Benarlah janjiNya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia tahu apa yang terbaik buatku. Terima kasih, Tuhan. Mungkin inilah hikmah dari kegagalanku dalam temuduga di SBM.

Mac:
- Berita tentang kemasukan setiausaha eksekutif baru diterima. Aku tiada masalah untuk berkawan dengannya meskipun ku tahu, aku gagal dalam temuduga dan pihak organisasi memilih dia. Aku kurang senang bila ada yang mengatakan aku kecewa kerana gagal menyandang jawatan tersebut. Tidak! Aku tidak kecewa atau marah, sebab aku tahu, ada pihak lain yang lebih menghargai aku. Ada pihak lain yang lebih nampak akan kebolehan dan kelebihan aku. Tidak seperti di sini, kebolehanku sering dipertikai. Sejak 6 November, 2010 bila aku dipanggil untuk menghadiri temuduga yang diadakan oleh MAB meskipun aku tidak memohon, aku bersyukur dan gembira kerana mereka menghargai kebolehanku. Dari November lagi, aku telah diberitahu bahawa aku akan ditawarkan untuk menyandang jawatan "public relations". Satu jawatan yang ku minat. Pastinya, mereka percaya bahawa aku boleh berkomunikasi dalam kedua-dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris malah, aku sering diberi semangat untuk lebih mempersiapkan diri. Kadang-kadang, aku bertanya juga macam mana kalau Inggerisku kurang baik? Tahu apa jawapan mereka? Belajar dan mereka yakin aku boleh. Jika perlu masuk kelas Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, sampai begitu mereka menerima seadanya aku. kekurangan dalam Inggeris bukan alasan untuk menolak aku. Syukur, Tuhan.
- 18 Mac, unit aku bertugas berjaya mengadakan Makan Malam Amal untuk mengumpul dana bagi Tabung Pembangunan Usahawan.

Jun:
- Setiausaha Eksekutif baru melaporkan diri. Bermakna, aku dapat bos baru di pejabat.
- Telefon bimbitku hilang sewaktu membeli-belah di Jaya Jusco, Wangsa Maju (J Card Day). Sudah ketentuan Allah, aku terima dengan redha.

Julai:
- Menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Bunga Buah, Genting Highlands, Pahang.
- Berlaku krisis yang membuatkan aku tak sabar berpindah tempat kerja.

Ogos:
- Ku terima surat tawaran dari MAB. Betul, jawatan yang ditawarkan "public relations"
- Aku turut dikhabarkan oleh Dr. Wong dan presiden bahawa jawatanku di TPU akan ditetapkan dan gaji akan dinaikkan (SBM bayar separuh, TPU bayar separuh). Aku sangat-sangat tidak setuju. Sebab aku rasa aku diperkotak-katikkan. Bukan tak bersyukur dengan kenaikan gaji dan tetap jawatan tapi, bayaran gaji separuh-separuh itu ada agenda lain. Wajarkah kalau aku tak masuk mesyuarat, tapi aku yang kena menyediakan minit mesyuarat??? Fikir logiklah! Jangan sebab aku tahu sesuatu maka suruh aku yang buat dengan menambahkan senarai tugas aku, sedangkan jawatan aku adalah eksekutif TPU lepas tu tambah kerja lain yang memang dah ada penjawatnya. Jangan kerana nak jaga individu tetentu jadikan aku sebagai mangsa! Sungguh tak adil!!! Mana perginya syarat kelayakan nak menjawat jawatan tertentu tu? Tiba-tiba je dah berubah? Tak jadi masalah! Kita sebagai majikan, kita kena tegas! Suruhlah dia belajar. Dah itu memang tugas dia. Tak payahlah nak berdolak-dalih dengan aku, gunakan kebolehan bercakap tu untuk mengaburi mata aku untuk menegakkan benang yang basah! Aku bukan budak-budak! Aku bukan bodoh!!! Bagilah alasan apapun, aku takkan terima! Salah tetap salah!!! Kalau tak tegas, macam mana nak maju??? Senang dikotak-katikkan! Hal kecil macam ni pun tak boleh nak selesaikan!
- Aku menghantar surat perletakan jawatan.
- 17 Ogos, aku mula menghabiskan cuti yang masih tinggal sebelum berhenti.
- 31 Ogos, aku telah menamatkan perkhidmatan di tempat lama.

September:
- 5 September, aku melapor diri di tempat kerja baru. Bekerja di bawah Mr. Ramdas dengan Catherin kerani department aku.
- Hari kedua, aku mula didedahkan dengan meeting yang melibatkan wakil council dan jawatankuasa program yang dirangka.
- Mula didedahkan dengan pelawat.
- Pendek kata, kerja baruku telah bermula.

Oktober:
- Sibuk membuat persiapan untuk Lawatan Ke India, Cabaran Mendaki Menara Kuala Lumpur dan Makan Malam Amal Sempena ulang tahun ke-60 MAB.
- Tak dilupakan, aku menyambut hari ulang tahun kelahirku pada 16 Oktober. Tahun depan korang kena bagi hadiah tau :)
- Diberi kepercayaan untuk mengacarakan Pertandingan Bakat SBM Peringkat Kebangsaan di Down Town Cheras (aku ingat lupa betul ke Oktober?). Aku bergandingan bersama Ali.

November:
- Berlangsungnya Cabaran Mendaki Menara Kuala Lumpur pada 12 November, 2011.
- Terbang ke India pada 26 November selama lima hari empat malam dan pulang pada 30 November.

Disember:
- Aku ditetapkan pada 1 Disember, 2011
- Aku menerima khabar tentang tangga gajiku pada tahun hadapan. Alhamdulillah, syukur padaNya yang memberi rahmat.
- 13 Disember, berlangsungnya Makan Malam Amal Ulang Tahun ke-60 MAB.
- 29 Disember, rumah dipecah orang. Kehilangan laptop dan rantai tangan emas. Anggaran kerugian RM6,500.00. Acer Ferrari kesayangan dah hilang. Aku sedih sangat.

Begitulah rentetan suka-duka yang berlaku dalam hidupku dalam tahun 2011.

Selamat Tinggal 2011

2011,
Kau banyak mengajar aku tentang kehidupan,
Banyak membawa suka duka dalam kehidupanku,
Dari helaian hari-harimu, ku temui pelbagai peristiwa,
Dari dasarmu, ku kutip segala pengalaman,
Di tengah belantaramu, ku himpun ribuan pengajaran,
Dari masa-masa yang terlewati, ku peroleh sempadan dan teladan,
Dalam arca indahmu, ku simpan segala kenangan
Untuk tatapan hari muka.

2011,
Hari ini,
Datanglah janji Allah untuk membawa kau pergi.
Berangkatlah kau ke sana kerana kau telah sarat dibebani susur-galur peristiwa insani.
Di sini kita berpisah dan tak mungkin kita akan bertemu lagi kerana waktu berputar laju dan mustahil untuk ia berputar ke belakang.
Terima kasih 2011 atas hidangan peristiwa dan pengajaran yang menjadi bekal kedewasaanku.
Lepaslah genggaman tanganku.
Berikan pada 2012 untuk menggenggamnya erat selagi nafas masih mendesah.
Biar dia menjadi guruku yang seterusnya.

Selamat jalan 2011. Kau tetap dalam kenangan.

Friday, December 30, 2011

Dia Pergi Meninggalkanku

Hampir pukul 7.00 malam. Setelah makan di Cengkih bersama Ali, aku terus pulang ke rumah. Aku membuka mangga pintu. Ketat dan susah untuk dibuka. Tidak seperti selalu. Mungkin kerana hari kerap hujan. Aku mencuba lagi. Kunci tidak dapat masuk ke tempat sepatutnya. Tanpa putus ada, aku mencuba lagi. Ya, kunci masuk tapi tak dapat dipusingkan. Kenapa pulak ni? Takkan aku nak duduk kat luar sampai Ija balik malam nanti? Aku menyentap mangga. Mangga terbuka. Aku cuba menguncinya semula, tak berjaya. Rupa-rupanya besi mangga sudah tidak dapat masuk ke tempat sepatutnya. Besi itu sememangnya susah bergerak kerana telah rosal. Sebaik sahaja mangga ku keluarkan, grill terus terbuka. Ya Allah, Ija ni, lupa nak kunci grilllah tu. Desis hatiku. Aku membuka pintu papan dan terus masuk ke rumah membuka lampu. Kemudian, pintu ku kunci kembali.

Seperti biasa, aku masuk ke bilik untuk menyimpan beg tangan. Pintu almari sedia terbuka. Eh, seingat aku, pagi tadi, aku tak bukapun pintu almari ni. Aku memeriksa purse di mana di dalamnya ku simpan duit sewa rumah. Ada. Betul-betul di tempat yang boleh dilihat tanpa perlu dicari. Aku ke katil untuk meletakkan beg tangan. Ya Allah, kenapa bantal-bantal dan kain selimutku telah berkecah? Ija cari apa? Kalau yapun cari barang untuk dipinjam, bagitahulah. Tapi takkanlah, selalunya kalau dia inginkan apa-apa, pasti dia akan menelefonku. Bulu romaku mula tegak berdiri. Hati berdebar-debar. Aku lantas ke ruang tamu mendapatkan telefon rumah dan terus menghubungi Ija. Aku bertanyakan hal tersebut kepada Ija. Ija menafikan itu semua perbuatannya. Aku risau. Talian ku matikan. Aku bergegas ke bilik semual. wayar laptop kesayanganku telah tiada. Aku cepat-cepat memeriksa tempat laptop disimpan. Almari kecil itu telah terbuka. Ada beberapa barang telah jatuh ke lantai. Malah, almari itu sudah berubah dari kedudukan asalnya. Masya-Allah!!! Laptopku telah hilang. Aku tergamam.

Lantas, ku hubungi Ija sekali lagi memberitahu apa yang berlaku. Ija terus mematikan talian dan bergegas pulang. Ali pulaku hubungi. Ali juga bergegas datang untuk membantuku memeriksa rumah. Kata Ali, tiada kesan tapak kaki tapi mungkin pintu dibuka menggunakan kad. Menurut Haida yang ku hubungi di kampung, pintu itu memang senang dibuka sebab dia pernah tertinggal kunci di dalam dan seorang kawan membantu membuka pintu menggunakan kad. Amat mudah. Anehnya, duit syiling di dalam botol di atas kabinet TV tidak terusik. Begitu juga dengan duit syiling di dalam botol di dalam almari barang. Tapi, seutas rantai tangan emas pemberian nenekku 19 tahun lalu yang ku simpan dalam musical box tiada. Walau bagaimanapun, aku tidak dapat mengesahkan kehilangan rantai tangan tersebut kerana aku ingat-ingat lupa tempatku letakkan rantai tangan tersebut. Syukur alhamdulillah cincin berlian hadiah perkahwinan mamaku tidak hilang. Alhamdulillah masih ada lagi barang kemas yang ku pakai. Kalau betul rantai tangan itu hilang, ini adalah kali kedua barang kemasku hilang setelah cincin hadiah mama sewaktu hari lahirku ke-16. Laci almari tempat aku menyimpan barang-barang kecil juga diselongkar. Kalau dah rezeki, cincin mama yang ku simpan berdekatan masih ada. Begitu juga dengan seutas rantai tangan emas milik Ija yang dia minta aku simpankan. Syukur padaMu Tuhan. Duitku juga masih ada. Peliknya, duit dalam purse yang kalau buka almari boleh dilihat itu tidak hilang. Mungkinkah kerana kehebatan Surah Yasin yang sering diperkatakan? Mungkin Allah menunjukkan kebesaranNya kerana di situ juga aku letakkan buku Surah Yasin meskipun buku tersebut tersembunyi. Tapi External CD Rom yang ku letakkan di bawah katil juga hilang hanya speaker sahaja yang tinggal.

Nampaknya, rumah aku ni bukanlah tempat yang selamat untukku simpan semua barang berharga. Cukup Tinta. Di rumah bukan tempat yang selamat. Jangan simpan barang berharga di rumah ini lagi.

Ya Allah, ini adalah musibah besar kedua yang ku alami untuk tahun ini selepas kehilangan Nokia N95 kesayanganku Jun lalu. Kalau laptop itu nilainya lebih kurang nilai Nokia yang hilang lepas, tidaklah aku begitu ralat. Harganya amat berbeza malah, laptop tersebut pemberian Abahku walaupun ada sedikit tambahan wangku. Laptop itu special edition. Tambahan lagi, ia banyak menyimpan kenangan. Ya Allah, Kau berilah petunjukMu kepada mereka yang mengambil semua barangan kesayanganku ini agar dia insaf dan tidak menyusahkan hidup orang. Tolonglah Tuhan. Aku percaya akan hikmah yang Kau janjikan pada setiap musibah yang berlaku. Meskipun aku berduka atas musibah ini, Kau tabahkanlah hatiku untuk menerima ujianMu dengan sabar dan redha agar aku tidak terpesong dari jalanMu. Semoga musibah ini adalah satu peringatanMu buatku. Semoga musibah ini akan menambahkan cintaku terhadapMu bukan menjauhkan aku dariMu.

Aku rasa sunyi atas kehilangan laptop tersebut. Bayangkan, hampir setiap hari, bila aku terjaga dari tidur, sebelum mandi aku pasti mengaktifkan laptop. Bila balik kerjapun, aku pasti bersamanya hingga ke malam. Kadang-kadang, aku tertidur dengan memangkunya. Meskipun aku lena hingga ke pagi, tak pernah sekali dia jatuh keranaku. Kadang-kadang, laptop di hujung kakiku atau di sebelah badanku bila aku tertidur. Tapi dia tetap setia di tempatnya menemani aku tidur tanpa jatuh. Hinggakan Ija juga terngiang-ngiang akan bunyinya. Apatah lagi aku yang sering bersamanya jika ada sedikit ruang waktu. Ferrari! Di mana kau? Ke manakah engkau dibawa? Bagaimana mereka menjagamu? Siapakah yang membawamu? Jika dia mampu melawan, aku pasti, dia akan melawan dan tidak akan meninggalkan aku. Pastinya dia setia menanti aku pulang dari pejabat. Sebenarnya, bila aku pulang semalampun, dari pejabat lagi aku telah bercadang untuk bersama Ferrariku. Ya Allah, jika ada ehsanMu, kembalikanlah dia padaku kerana aku yakin, tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah. Lantas, hambaMu yang hina ini memohon hanya padaMu.

Wednesday, December 28, 2011

Syukur Pada Tuhan

Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah yang memberi rahmat. Minggu lepas aku diberi surat pengesahan jawatan dan hari ini, aku diberi surat pemberitahuan kajian semula gaji yang akan berkuatkuasa pada Januari ini dan kenaikan gajiku pada September tahun depan iaitu genap setahun aku mula bertugas di sini.

Terima kasih, Tuhan.

Monday, December 26, 2011

Angan-angan

Nak tahu tak satu tabiat aku? Di sebalik penampilan dan perwatakan aku yang korang tengok seharian ni, aku ada satu tabiat yang... Entahlah nak kata yang buruk ke tidak ek? Aku ni, suka berangan. Sama ada berangan tentang sesuatu yang rialiti ataupun memang angan-angan yang aku ciptakan untuk menghiburkan hati aku. Kebanyakan angan-angan aku ni, boleh bersambung macam novel atau dalam dunia skripnya, berepisod, boleh sambung-sambung jika ada masa terluang. Contohnya, sebelum tidur atau dalam LRT. Yelah, tak ada apa nak buatkan? Betul kata Haida, kalau berangan sambil tu terus tulis kan bagus, terus jadi novel. Hehehehe

Shopping, Shopping Dan Shopping

Semalam, seharian aku di Sogo dan Jalan TAR. Sogo, memang tempat shopping yang aku suka lebih-lebih lagi akhir tahun macam ni. Sebab apa? Sebab "end year sale" la. Tujuan utama aku nak beli kasut. Mula-mula tengok Bonia. La... Designnya tak menepati cita rasa aku sebab designnya lebih kepada orang dewasa tambah lagi aku yang cerewet pilih kasut ni. Lepas tu pergi Sembonia pulak. Ada yang aku berkenan, tapi tak ada warna pulak. Putih campur hijau, tak naklah! Aku nak cari kasut hitam. Pergi Carlorino pulak. La... Kasut dinner dah Carlorino, nak beli Carlorino lagi ke? Ah, janji aku selesa dan aku pakai. Ketepikan soal jenama. Cuba punya cuba, adalah dua pasang aku berkenan. Timbang, ukur, sukat, harga sama je. Nampaknya yang hitam atasnya bertali kelabu menjadi pilihan hati.

Lepas tu teman Muna nak beli handbag pulak. Muna pilih, akupun sibuk memilih. Eh, siapa nak beli handbag sebenarnya ni? Muna ke aku? Ah, kalau dah ada budget tu boleh je. Bonia, ah, kurenglah designnya dia. Aku ni kan cerewet. Nak yang banyak compactment la, nak ada poket luarlah, nak itulah, inilah. Dah semua jenama kami jelajah, Sembonia, Alain Delon, Guess dan banyak lagi. Tiba-tiba hati tertarik dengan sebuah handbag Polo. Dah elok tanya fasal beg tu dan sales man dah terangkan panjang lebar, aku ambil beg tu pergi tengok beg lain pulak. Dah sales man tu datang ingatkan aku jangan letak beg tu merata dan kalau nak beli, datang buka bil dan kalau tak nak, letak balik kat tempat dia. OK, OK. Yang bestnya, Muna pun sama macam aku, cerewet pilih beg. Dah lama pusing sampai Muna jumpa beg yang dia berkenan, baru keputusan aku muktamat, beli Beg Polo warna hitam tu. Hei, ni siapa teman siapa shopping ni? Muna ajak aku teman dia. Tapi nampak gaya, dia yang teman aku.

Lepas berhenti makan kat Pertama Complex, aku dengan Muna jalan-jalan. Aku dapat sehelai gaun untuk ke pejabat. Muna sibuk cari tudung Siria. Carilah Muna, aku tak suka tudung Siria. Sudahnya, aku beli sehelai selendang. Muna ajak aku ke Muaz. Kat sini dia borong tudung. Aku tengok juga Tudung Siti Nurhaliza. La... Tudungnya tak sama macam aku beli kat Masjid Jamek. Tak payahlah. Nanti membazir je. Aku tak pakai pun. Dekat pukul 8.00 baru aku sampai rumah. Keluar pukul 10.00 pagi lagi. Kalau dah perempuan kan?

Saturday, December 24, 2011

Kasihan Kanak-kanak ini...

Semalam, ketika aku, Kak Milah dan Hadisah berehat-rehat di sofa tempat penyambut tamu, dua orang perempuan dan beberapa orang kanak-kanak masuk. Seorang daripadanya bertanya tentang program pemulihan.

Seorang daripadanya pula membawa seorang kanak-kanak berusia dua tahun. Menurutnya, anaknya itu Cacat Penglihatan sejak lahir disebabkan glukoma. Sebelah matanya telah dibuang oleh doktor kerana jangkitan kuman. Sebelah lagi iaitu sebelah kiri anak matanya telah terkeluar dari tempat asalnya.

Ibunya cuba untuk mendapatkan latihan pemulihan seperti yang disarankan oleh doktor dari ISEC Klinik. Kata ibunya, kanak-kanak itu boleh berjalan tapi dia tiada keyakinan dan takut untuk berjalan. Mungkin kerana dia tidak dapat melihat. Aku ingin mendekati dan melatih kanak-kanak itu tapi apa boleh buat, itu bukan tugasku. Pastinya orang yang lebih berhak akan menjalankan tugas itu. Semoga tugas dijalankan dengan baik.

Ya Allah, kasihan kanak-kanak ini. Kau berikanlah kekuatan dan ketabahan buatnya untuk menempuh hidup di BumiMu ini. Amin...

Sayang, kanak-kanak yang cantik seperti peranakan, hidungnya terletak tapi diuji Allah dengan kesakitan begini. Apalah dosanya? Dan apalah yang dia tahu hanya menangis dan menangis. Kasihan dia. Moga ibu, bapa dan keluarga dapat menjalani ujian ini dengan tenang dan sabar. Mungkin bagi mereka ini satu tamparan hebat. Tapi ketahuilah, Allah telah menyediakan sesuatu yang Maha Indah buat kalian. Pastinya, Allah telah merencana sesuatu yang terbaik untuk kanak-kanak tersebut. Aku pasti! Tentu ada hikmahnya.

Cikgu Salmah

Rasa gembira sangat kerana dapat bercakap dengan cikgu yang aku sayang dan ku rindu, Cikgu Salmah. Cikgu yang telahku anggap seperti kakak sendiri. Setelah sekian lama terpisah, hari ni, aku dapat mendengar suaranya.

Cikgu Salmah masih di Muar. Mengajar juga di Muar, di High School Muar.

Cikgu, semoga ikatan ini berkekalan selamanya. Amin...

Thursday, December 22, 2011

Speaker Apple

Lepas kerja petang tadi, aku bergegas ke Loyad semata-mata nak beli speaker laptop. Pilih punya pilih, akhirnya, Speaker jenama Apple menjadi pilihan. Tak sangka boleh dapat dengan harga semurah ni lepas diskaun. Kenapa beria-ia sangat? Sebab aku nak improve Inggeris aku. Kalau ada speaker tu, bolehlah dengar siaran Inggeris walaupun tengah buat kerja. Aku usaha je. Semoga Allah memberkati usaha ini. Amin...

Monday, December 19, 2011

Bingkisan Dari Kerala, India (Bahagian 2)

Maaf, lambat sambung cerita ni. Kebelakangan ni sibuk sikit. Baiklah, kita terus ke cerita seterusnya.

Ahad, 27, November, 2011

Pagi itu, kami bersarapan di hotel. Pelbagai jenis makanan dihidangkan. Orang-orang India memang berpegang teguh pada akal tradisi mereka. Semua makanan dihidangkan adalah makanan tradisi mereka. Tiada langsung makanan barat kecuali roti plantar/jam dan jus apple dan mangga. Aku mengambil kesempatan ini untuk menikmati makanan yang lain dari kebiasaan itu. Sedap tak sedap. Tak tahu bila lagi aku akan ke mari. Jadi, masa nilah masa untuk aku mencuba. Aku minum beberapa teguk air jus. Alamak! Orang kata, kat India ni jangan minum air sejuk takut ceret-beret nanti. Kalau nak minum, minum air panas, terjamin sikit. Tapi... Memang menjadi kebiasaan aku mengambil air jus jika ada pada waktu sarapan. Ah, tawakal jelah. Aku menghabiskan air tersebut. Oh ya, satu lagi, air herba untuk menjaga kesihatan tekak juga disediakan. Unikkan? Di Malaysia, mana ada minuman tradisi begitu dihidangkan di hotel.

Setelah selesai bersarapan, sementara menunggu masa untuk bertolak ke destinasi seterusnya, aku dan rakan-rakan mengambil kesempatan untuk bergambar di sekitar hotel. Hotel kami terletak di tempat yang kelihatan tidak seperti bandar seperti lazimnya hotel-hotel di Malaysia. Tapi, kawasan sekitarnya sangat sibuk menjelang pagi. Usahkan kenderaan bertali-arus dengan bunyi hon malah, orang-orang yang lalu-lalang juga ramai tidak seperti di Malaysia. Anjing-anjing pula bebas begitu saja. Kami perhatikan bas mereka yang mempunyai pintu seperti pintu ais dan para penumpang perlu membuka pintu tersebut sebelum menaiki bas. Bas awam di sana tidak mempunyai tingkap. Sisi basnya terbuka begitu saja cuma ada batang besi yang menjadi penghalang. Sekiranya hujan, ia hanya ditutup menggunakan kain kamvas. Kadang-kadang, bas sudah berjalanpun masih ada yang menaiki bas. Ngeri betul. Ada satu kenderaan yang dipanggil oto. Oto adalah sebuah kenderaan lebih kurang seperti beca. Bezanya, Oto di bahagian belakangnya seperti kereta kancil yang tidak siap. Kenapa aku kata begitu? Tempat duduknya seperti kusyen kereta, kiri kanan terbuka dan berbumbung seperti beca. Pemandunya duduk di bahagian hadapan, di atas moto. Oto mempunyai enjin dan tiga roda. Sebuah oto boleh memuatkan dua orang penumpang.

Kami berangkat ke International Institute Social Entrepreneurs (IISE). Sewaktu dalam perjalanan, kami melalui jambatan yang usianya 200 tahun. Menurut Mr. Trevor, satu jambatan baru sedang dibina bagi menggantikan jambatan tersebut. Seperti biasalah, bas melalui jalan yang mencabar dan dihiburkan dengan bunyi hon sepanjang jalan.

Lebih kurang pukul 9.45 pagi kami tiba di (IISE). Bas berhenti di jalan besar. Laluan untuk ke IISE terlalu sempit untuk dimasuki bas. Jadi, kami harus berjalan kaki lebih kurang 1KM ke IISE dengan dipandu arah oleh seorang pekerja IISE. Kami melewati jalan seperti jalan kampung. Jalan yang sempit, kadangkala terpaksa melalui lecak kerana hujan yang baru berhenti dan ada tanda-tanda mahu turun lagi. Kiri kanan jalan adalah deretan rumah. Tak sangka pusat latihan dibina di kawasan begini. Apa yang kami perhatikan, lelaki-lelaki India yang bertembung di perjalanan dan juga di tempat-tempat lain memakai kain pelekat dan kain itu diikat naik ke atas iaitu ke pinggang bersama kemeja. Kanak-kanak pula bermain riang di sesetengah tempat. Ada juga orang yang berjalan kaki tanpa alas kaki. Ada lagi manusia begitu pada zaman moden ni ya?

Semerbak bau minyak Ayuvedig menusuk hidung kami setibanya kami di perkarangan IISE. Kedatangan kami disambut mesra oleh pekerja di sana yang terdiri daripada Orang Inggeris dan India. IISE ini diasaskan oleh Paul Cronimburg dan seorang rakannya yang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan. Kedua-dua mereka berasal dari Jerman. Projek di Kerala ini adalah kesinambungan dari projek Braille With Out Borders yang dijalankan di Tibet tidak lama dulu. Objektif pusat ini adalah untuk melahirkan orang-orang yang memperjuangkan nasib sesuatu golongan di sesuatu tempat atau negara. Lebih tepat lagi, projek ini bertujuan memantapkan individu yang telahpun memperjuangkan hak orang lain. Mereka yang terpilih untuk belajar di pusat ini adalah mereka yang hebat, mereka yang telah berjaya menyumbang kepada masyarakat. Kami ke IISE adalah untuk melihat cara program itu berjalan. Kebetulan, masa kami ke sana adalah hari pembentangan kisah dan impian hidup para pelatih. Di sinilah aku mengenali:

Alieu. Kalau tak silap, Alieu berasal dari Libia yang memperjuangkan nasib OKU Penglihatan di sana. Alieu sedang berusaha untuk menubuhkan pusat pengajian bagi OKU Penglihatan di sana. Hasratnya, dia mahu OKU Penglihatan mendapat pendidikan tinggi sepertimana masyarakat normal. Alieu juga seorang OKU Penglihatan.

Nosisa. Nosisa berasal dari Zimbobway. Dia menubuhkan pusat penjagaan bagi penghidap HIV.

Bayangkan, permohonan untuk masuk ke IISE dari serata dunia sedangkan IISE hanya memerlukan 20 pelatih pada setiap tahun. Pemohonnya pastilah hebat-hebat belaka. Antara pelajaran yang diajar di sini adalah, keusahawanan, pengurusan organisasi, sosial, pemasaran, akaun dan sebagainya.

Rekabentuk bangunan dan lanskapnya juga menarik. Bahagian belakang dewan yang kami menonton pembentangan tersebut terdapat sebuah tasik yang indah. Sayangnya, kami tidak berkesempatan untuk melawat seluruh kawasan IISE. Apapun, IISE tetap dalam kenangan. Terasa sayu hati ini tatkala mahu berpisah dengan rakan-rakan yang baru ku kenali. Sentimental sentiasa aku ni kan?

Aku tidak boleh lupa, Ija menjerit-jerit sewaktu ingin masuk ke dewan kerana anjing mahu menggeser di kakinya. Sewaktu mahu pulang ke bas, kami terserempak dengan penggembala lembu yang membawa seekor lembu yang besar. Takut juga kalau lembu tu kejar kami. Hehehe... Ah, sempat lagi tu singgah di kedai runcit. Tahu tak? Aku nak beli empat biji gula-gula kata penjual tu harganya tak ingatlah berapa sen. Tapi aku nak bagi 10 rupi. Terus pakcik tu bagi aku gula-gula free. Eh, kat kedai runcit ni ada jual barangan kulit. Aku pun tak tahu. Mr. Devan yang bagi tahu itupun setelah kami pulang. Oh, bawang dan ubi kentang pula dilambakkan di atas simen begitu sahaja tanpa bekas dan alas. Sedikit peliklah bagi aku. Kalau kat Malaysia kan mesti ada bekas paling tidakpun alas.

Kami meninggalkan IISE menuju ke Pantai Kovolum yang tidak jauh dari IISE. Terdapat beberapa kedai menjual cenderahati sepanjang jalan sebelum sampai di tepi pantai. Dapatlah aku dua keping magnet peti ais. Satu jenis bulat gambar Taj Mahal dan satu berbentuk sudu gambar pemandangan laut. Kami menyusuri jalan menurun bukit dan terus ke tepi pantai. Kami tidak dibenarkan menjejaki gigi air kerana ombak di pantai ini terlalu tinggi. Tiada seorangpun pengunjung yang mandi-manda di pantai ini seperti di pantai-pantai di Malaysia. Para pengunjung kebanyakannya melihat keindahan laut dengan berdiri di atas batu yang menganjur ke dalam laut. Tidak lama masa yang kami ambil di pantai ini. Setelah merakamkan beberapa keping gambar, kami kembali ke bas untuk ke kedai makan.

Kami dibawa ke restoran mewah. Kebanyakan daripada kami memesan nasi beriani. Sayangnya, nasi beriani telah habis. Sudahnya, kami makan nasi goreng. Ala... Nasi goreng yang digoreng bersama ayam dan telur sedikit tawar dan membantutkan seleraku. Ha... Nasib baik ada penyelamat rasa. Ayam Masala. Ayam Masala ni boleh tahanlah sedap. Oh ya, satu lagi budaya orang India adalah tips. Mereka sering diberi tips seperti pelayan restoran yang kami makan juga diberi tips. Keadaan ini berbeza dengan Malaysia yang kurang menitikberatkan tentang tips.

Setelah makan, lebih kurang pukul 4.00 petang, kami ke Istana Kuthiramalika dan Napier Musium. Menurut Mr. Trevor, istana ini kepunyaan sebuah kerajaan yang paling kaya di India. Kebanyakan harta, emas dan berlian keturunan raja ini disimpan di kuil berdekatan. Aku sedikit sesal kerana tidak memasuki istana tersebut. Semuanya gara-gara salah faham dengan pengumuman yang disampaikan Mr. Trevor. Muslim tidak dibenarkan masuk. Rupa-rupanya tidak dibenarkan masuk dalam kuil sahaja. Menurut rakan yang berkesempatan masuk ke istana itu, istana tersebut mempunyai 80 pintu jika tidak silap. Mereka melihat artifek-artifek sejarah seperti pedang, pakaian dan lain-lain. Terdapat juga bilik-bilik yang tidak dibenarkan masuk. Uniknya, keturunan pemerintah itu masih wujud sehingga hari ini dan ada yang di antara mereka yang tinggal di kawasan berdekatan istana.

Ke mana aku? Tentunya aku ke kedai, shopping. Tapi aku beli sehelai kain pasang untuk dibuat baju punjabi. Lebih kurang jam 6.00 petang, kami pulang ke hotel.

Satu masalah tibul apabila kami ingin makan malam. Pihak hotel hanya menyediakan buffet vegetarion. Para pelanggan dibenarkan untuk memesan menu lain walau bagaimanapun, untuk memesan menu lain, para pelanggan perlu membayar harga buffet bernilai 250 rupi. Tak naklah. Membazir. Kalau order benda lain, tambah lagi. Aku banyak lagi benda nak beli. Aku, Ija, Syed, Suhaimi dan Ali mengambil keputusan untuk naik semula ke bilik. Kami memikirkan bagaimana cara untuk memesan makanan dengan harga yang murah. Yes!!! Room Service. Wah... Berjalan juga otak si Syed ni. Masalah lagi apabila orang yang menyambut panggilan kami tidak tahu berbahasa Inggeris. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan. Bila ditanya tentang ayam halal, dia jawab, "not available". Ish, macam mana ni? Suhaimi dengan bijaknya bertanyakan tentang ikan halal atau tidak. "not available" juga jawabnya. Sah! Memang dia tak faham soalan kami. Kami meminta masa untuk membuat pesanan. Tidak lama kemudian, seorang pelayan lagi datang ke bilik Suhaimi tempat di mana kami berkumpul untuk makan. Bagus, fahampun Bahasa Inggeris. Menurut Syed, ketika pelayan tersebut menghantar makanan dan kami membuat bayaran, pelayan itu kelihatan hampa apabila tiada tips untuknya. Kesian dia. Mesti dia perlukan duit untuk menyara keluarganyakan? Aku benar-benar lupa akan budaya tips di India. Aku berharap agar pelayan yang sama datang lagi untuk mengambil pinggan kami. Harapanku diperkenankan oleh Allah. Pelayan yang sama datang untuk mengambil bekas makan kami. Masalahnya, tiada wang rupi yang kecil untuk diberikan. Takkan nak bagi 500 rupi kot? Akupun tak tahu duit aku ni cukup atau tidak. Ah, bagi jelah duit ringgit. Kata Syed, pelayan tersebut gembira sangat apabila menerima tips yang diberikan. Ya Allah, kalau dia bukan Islam, bukakan hatinya untuk mengenaliMu. Kalau dia muslim, kau permudahkanlah urusan hidupnya.

Bersambung.

Sunday, December 4, 2011

Bingkisan Dari Kerala, India (Bahagian 1)

Sabtu, 26 November, 2011

Seawal pukul 10.00 pagi, aku dan Ija keluar dari rumah untuk berkumpul di MAB jam 11.30 pagi. Alhamdulillah, tatkala kami keluar rumah, sebuah teksi melintasi rumah kami. Tanpa berlengah, kami menaiki teksi tersebut.

Setelah mengisi perut yang kosong, aku dan Ija bergegas ke MAB di mana bagasi kami tinggalkan sebelum keluar makan. Semua peserta Lawatan India anjuran Kelab Belia, MAB telah berkumpul. Tanda nama dan riben dilekatkan pada bagasi bagi memudahkan urusan mengambil bagasi dari kargo.

12.00 Tengahari,
Kami bertolak ke LCCT dengan menaiki bas. Ada sebahagian peserta yang pergi dengan kenderaan sendiri. Lebih kurang 1.00 tengahari, kami sampai di LCCT dan terus melakukan urusan daftar masuk penerbangan dan sebagainya. Aku sangat teruja. Bagaimanalah agaknya negara orang ya? Mr. Devan (wakil travel agen) sebelum ini telah berpesan agar tidak terlalu mengharapkan perkara-perkara yang fantastik kerana Negara India berbeza dengan negara kita. Ada juga Kaum India yang pernah ke sana memberi gambaran buruk tentang negara Mahatma Gandi tersebut. Aku tertanya-tanya, kalau Kaum India sendiri memberi gambaran kurang enak tentang negara asal-usul mereka, macam manalah agaknya ya? Pratus kebenarannya agak tinggi. Takkanlah mereka mahu memburuk-burukkan negara asal mereka? Namun bagi aku, cerita yang disampaikan menampakkan betapa buruknya imej India. Tapi, aku bukanlah orang yang cepat terpengaruh dengan khabar-khabar angin. Aku tidak sabar ke sana kerana ingin melihat sendiri sejauh mana kebenaran cerita yang disampaikan. Aku berat mengatakan bahawa hal itu tidak benar. Walau bagaimanapun, aku harus ke sana untuk membuktikan hal itu. Menurut kata En. Fairuz pula, Kerala didiami oleh para cerdik pandai India. Kebanyakan penghuninya terdiri dari mereka yang berpelajaran tinggi. Katanya lagi, Kadar buta huruf dan peminta sedekah terlalu minimum di Kerala dan kebanyakan mereka tahu bertutur dalam Bahasa Inggeris. Menurutnya, 90 pratus penduduk Kerala pandai berbahasa Inggeris. Betulkah? En. Fairuz juga memberitahuku, Kerala merupakan negeri terbersih di India. Isteri En. Fairuz, Kak Sah pula mengatakan, Warga emas di sana kebanyakannya membaca akhbar berbahasa Inggeris dan Trivandrum merupakan kawasan elite. Sungguh menakjubkan. Hal ini amat kontra dengan khabar angin yang mengatakan, India negara miskin, berhati-hati jika makan dan minum di sana kerana risiko ceret-beret dan muntah-muntah adalah tinggi, India negara kotor, hotel di India kotor dan buruk, bau kurang menyenangkan sering kali menjadi bahan hidu sewaktu di India seawal keluar lapangan terbang, makanan di India tak sedap dan macam-macam lagi. Teruk sangatkah India? Oh cepatlah, Tuhan! Aku tak sabar untuk mengutip pengalaman dari negara yang budayanya banyak tersadur ke dalam budaya bangsaku. Ada juga rakan-rakan yang tak begitu teruja untuk ke India kerana khabar angin yang didengar. Ah, pedulikan! Aku ke sana bukan untuk bersuka-suka semata-mata tapi aku ingin mempelajari sesuatu dari negara orang. Sebagai langkah berhati-hati, para peserta dinasihatkan untuk membawa bekalan ubat secukupnya, hotel penginapan ditempah dari jenis yang baik meskipun mahal bagi mengelakkan kesukaran kerana kami difahamkan India sering mengalami masalah keputusan air dan jika kita perlukan air kita harus membayar RM5.00 untuk sebaldi air. Bekalan elektrik pula dengarnya sering dicatu. Maknanya, Penyewa hotel tidak dibenarkan menggunakan streka dan untuk mengelakkan keingkaran, bekalan elektrik akan ditutup sekiranya streka digunakan. Jika mahu menggosok baju, baju akan dihantar gosok di luar dan dua jam belum tentu kita dapat memakai baju itu. Ish, macam mana ni? Bekalan air mineral juga disediakan oleh travel agen kerana minum air botol adalah lebih baik di India untuk mengelakkan ceret-beret.

3.35 petang merupakan waktu penerbangan. Namun, pesawat AK1302 yang kami naiki meluncur ke angkasa raya pada lebih kurang jam 3.45. Penerbangan ke Cochin, Kerala India mengambil masa 4 jam 30 minit. Harus diketahui bahawa masa di Kerala India adalah dua jam setengah lebih lewat dari waktu Malaysia. RM1.00 pula bersamaan 15 Rupi India. Bunyinya banyakkan? Kata En. Fairuz, sekali makan untuk seorang makan lebih kurang 100 rupi. Hmmm... Lebih kurang Malaysia juga harganya.

5.00 petang waktu India,
Pesawat AK1302 selamat mendarat di Lapangan Terbang Cochin. Mr. Trevor (pemandu pelancong) rakyat tempatan telah sedia menunggu ketibaan kami bersama sebuah bas. Setelah selesai urusan imigration dan bagasi, kami keluar dari Lapangan Terbang Cochin. Hidungku tajam menghidu. Tak adapun bau busuk atau hancing seperti yang digembar-gemburkan? Alhamdulillah, aku lega. Kami menaiki bas untuk ke Trivandrum di mana tempat kami akan menginap dan International Institut Social Entrpreneurs berpusat.

Dalam bas, Mr. Devan memperkenalkan kami kepada Mr. Trevor. Mr. Trevor seorang yang mudah mesra dan ramah. Beliau tidak mempunyai masalah dalam berbahasa Inggeris namun slanganya agak sukar untuk difahami. Walau bagaimanapun, Bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa perantaraan kami. Mr. Trevor memberi tahu, perjalanan ke Trivandrum mengambil masa enam jam. Dalam perjalanan tersebut, Yon dan beberapa orang rakan menceritakan pemandangannya sungguh indah. Meskipun perjalanan yang kami tempuh tidak seperti di Kuala Lumpur, namun keindahan panorama alam dan keunikan budaya menjadi santapan mata. Jalan rayanya berturap namun tidak seelok jalan turap di Malaysia. Oleh itu, bas yang kami naiki sentiasa bergoyang dan seakan melompat. Rasa seronok juga kadang-kadang naik bas mencabar macam ni. Uniknya, pemandu bas mempunyai bilik kecil tempat beliau memandu. Hon sentiasa kedengaran di jalanan seperti dalam filem-filem Tamil dan Hindi. Bunyi hon merupakan budaya mereka. Ianya seolah sapaan kepada kenderaan lain di jalanan.

8.00 lebih malam,
Kami singgah di Allappey untuk menikmati hidangan makan malam di sebuah kedai makan di tepi jalan. Menurut Mr. Trevor, kedai makan dan lain-lain kedai akan menamatkan operasinya pada jam 9.00 malam. Kedai makan tersebut terlalu sesak dengan pengunjung. Rata-rata rakyat tempatan memakai baju tradisi mereka. Kami dipandang pelik oleh mereka mungkin juga kerana cara kami berpakaian. Tiada pilihan makanan lain. Hanya Capati makanan yang dijual di sini. Kami hanya boleh memilih untuk makan capati bersama daging kari atau ikan kari. Aku memilih untuk memakan capati bersama daging kari. Alamak! Tiga keping capati setiap orang? Ah, lapar, makan jelah. Daging karinyapun sedap. Kalau di Kedai Mamak Malaysia aku jarang makan capati, tapi di sini, aku berjaya menghabiskan tiga keping capati yang nipis. Rakan-rakan serombongan ada yang berwajah keruhtatkala dihidangkan capati. Ada yang tidak suka akan capati. Apa nak buat? Kalau kita memilih untuk berkunjung ke sesebuah negara, kita harus belajar budaya mereka dari pelbagai segi termasuk pemakanan mereka. Mana nak cari nasi atau makanan Malaysia? Ah, janji aku tiada masalah dengan makanan dah cukup syukur bagiku. Kita harus menghormati budaya mereka. Bukankah itu juga yang kita harapkan apabila pelancong asing berkunjung ke negara kita yang tercinta? Kalau kita kata makanan mereka tak sedap, kitapun tak tahu kalau mereka juga tidak suka akan makanan Malaysia kita. Oh ya, kami juga dihidangkan dengan air masak dalam cawan besi. Katanya, ini juga sebahagian daripada budaya mereka.

Alamak! Satu masalah timbul. Perjalanan jauh lagi. Bas terlalu sejuk. Aku nak ke tandas. Macam mana ni??? Sedangkan di Malaysiapun aku jarang ke tandas awam. Apatah lagi di sini. Di negara yang dikatakan kotor ini? Tapi aku tak ada pilihan. Aku kena ke tandas. Tawakallah jelah, Tinta. Ramainya orang keluar masuk tandas kedai! Mesti tandasnya lebih teruk dari tandas KL Sentral atau tandas stesen minyak Malaysia. Rasa nak nangispun ada. Aku tak sanggup masuk tandas busuk dan kotor. Kalau keluar di Malaysia dari pagipun, aku sanggup tidak buang air kalau tidak terdesak sampai malam, sampai balik rumah. Macam mana ni??? Nak tak nak, langkah malas aku hayunkan ke bahagian belakang kedai. Nafasku tahan sewaktu membuka pintu tandas. Walau macam manapun, aku perlu bernafas. Eh, tak busukpun? Tak kotor? Kata negara India ni kotor dan busuk? Dalam Mr. Devan pesan suruh cepat aku sempat mengelamun kehairanan. Tandasnya juga besar. Lebih besar dari tandas awam di Malaysia. Ada baldi dan gayung. Gayung bentuk jag lagi. Okay, dah dua khabar angin yang ku dengar tidak tepat.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Trivandrum. Lebih kurang jam 12.00 malam, kami tiba di Chitram KTDC Hotel. Aku menghuni bilik triple sharing bersama Ija dan Kak Rahimah. Ada dua katil. Tapi katilnya tidak sebesar katil di Malaysia. Rasanya katil bujang Malaysia besar sikit dari katil di hotel ni. Alhamdulillah hotel ini selesa. Satu tambahan tilam diberi untuk mereka yang tinggal tiga orang sebilik.

Monday, November 7, 2011

Khasiat Black seed / Bijian hitam / Nigella sative / Habbatus sauda / Jintan India

Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda.

1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan :
monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
amino acid yang membentuk protein
karotene iaitu sumber vitamin A
kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Sumber : forum farmasi
Semoga bermanfaat untuk semua.

Mengenali Jin - Ustaz Ismail Kamus

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil , suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Ilmu Untuk Kaum Adam

Pesanan Buat Suami..

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja

Sunday, November 6, 2011

Chek Yang Disayangi

Hari Raya Aidiladha tiada kesedihan bagiku kiranya berjauhan dari keluarga. Yelah, dah berapa tahun aku beraya tanpa keluarga sejak dari sekolah lagi. Namun... Pagi ini... Air mataku jatuh jua tatkala bercakap dengan chek menerusi telefon.

Kata chek... Dia tak sihat macam dulu lagi. Dia uzur. Kata chek, hari tu dia jatuh di dapur rumahnya jam 3.00 pagi. Masa tu... Semua orang tengah tidur. Tak ada siapapun yang sedar chek jatuh. Aku tanya, macam mana dia bangun. Chek kata, dia bangun sendiri tapi ambil masa yang lama. Kakinya sakit. Dia jatuh terbaring. Chek kata lagi... Kakinya sembap sejak jatuh. Dah dipanggil orang mengurut. Kata tukang urut, darah chek tak lancar. Chek cakap, sekarang, dia solat belunjur. Aku cakap dengan chek:

"Chek, chek janganlah bangun malam-malam. Nanti kalau jatuh, siapa nak tolong chek?" Aku mula sebak.
:Entahlah Long, chek dah biasa macam tu dari dulu lagi. Chek memang bangun malam,"

Yang jadi persoalannya sekarang, betulkah kaki chek sembap sebab jatuh? Atau... Ya Allah, jauhkanlah chek dari sakit buah pinggang sebab chek dah berapa tahun makan ubat kencing manis. Aku risaukan chek. Chek, along sayangkan chek. Chek, kalau boleh Along nak duduk dengan chek macam dulu. Kalau boleh, along nak selalu teman chek macam dulu tak kira pukul berapapun. Biarpun tengah malam buta. Chek, along sayangkan chek. Along rindu chek. Along nak peluk chek. Nak cium chek puas-puas. Ya Allah, jangan ambil chek dulu. Aku nak jumpa chek.

Ya Allah,
Kau berikanlah kesihatan pada chek meskipun usianya sudah lanjut.
Kau izinkanlah Ya Allah untuk dia habiskan sisa-sisa hidupnya dengan ibadah yang sempurna dan zikir padaMu Ya Allah.
Kau berikanlah kekuatan padanya untuk dia rukuk dan sujud mencari keredhaanMu.
Kau terangkanlah matanya untuk membaca kalamullahMu.
Kau fasih dan lancarkanlah lidahnya untuk mengalun zikir padaMu.

Tuhan, cukuplah, jangan uji dia lagi dengan kesakitan. Berikanlah dia kesihatan di akhir hayatnya. Moga dia dapat manfaatkan kesihatan itu buat menemuiMu Ya Allah.

Kau makbulkanlah Ya Allah doaku ini.
Amin, ya rabalamin.

Dan malam ini, aku masih menangisi nasib chek. Sungguh, aku sedih. Kalau boleh, aku ingin berada di sampingnya kini. Aku ingin dia bersamaku ketika ini. Biar aku tahu keadaannya. Biar aku berbakti padanya sepertimana dia menjaga aku ketika aku sakit dulu. Biar aku pula yang tidak tidur kerana menjaganya seperti dia menjaga aku dulu. Kalau chek sanggup berjaga malam dan mendukung aku sedangkan ketika itu aku sudah besar mengapa tidak aku? Aku muda, aku kuat untuk menjaga chek. Tapi aku terpaksa berjauhan dengannya kerana mencari rezeki. Ya Allah, Kau peliharalah insan kesayanganku itu, Ya Allah.

Selamat Hari Raya

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Selamat hari raya buat:
Keluarga yang dicintai,
Sahabat-handai yang disayangi,
Teman-karib yang dirindui,
Rakan-taulan yang dihargai,
Dan buat semua yang mengenali diri ini.

FAMILY

Satu kisah untuk kita renung bersama:

I ran into a stranger as he passed by,
"Oh excuse me please" was my reply.

He said, "Please excuse me too;
I wasn't watching for you."

We were very polite, this stranger and I.
We went on our way and we said goodbye.

But at home a different story is told,
How we treat our loved ones, young and old.

Later that day, cooking the evening meal,
My son stood beside me very still.

When I turned, I nearly knocked him down.
"Move out of the way," I said with a frown.

He walked away, his little heart broken.
I didn't realize how harshly I'd spoken.

While I lay awake in bed,
God's still small voice came to me and said,

"While dealing with a stranger,
common courtesy you use,
but the family you love, you seem to abuse.

Go and look on the kitchen floor,
You'll find some flowers there by the door.

Those are the flowers he brought for you.
He picked them himself: pink, yellow and blue.

He stood very quietly not to spoil the surprise,
you never saw the tears that filled his little eyes."

By this time, I felt very small,
And now my tears began to fall.

I quietly went and knelt by his bed;
"Wake up, little one, wake up," I said.

"Are these the flowers you picked for me?"
He smiled, "I found 'em, out by the tree.

I picked 'em because they're pretty like you.
I knew you'd like 'em, especially the blue."

I said, "Son, I'm very sorry for the way I acted today;
I shouldn't have yelled at you that way."
He said, "Oh, Mom, that's okay.
I love you anyway."

I said, "Son, I love you too,
and I do like the flowers, especially the blue."

FAMILY
Are you aware that if we died tomorrow, the company
that we are working for could easily replace us in
a matter of days.
But the family we left behind will feel the loss
for the rest of their lives.

And come to think of it, we pour ourselves more
into work than into our own family,
an unwise investment indeed,
don't you think?
So what is behind the story?

Do you know what the word FAMILY means?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Friday, October 28, 2011

Lagu Memujuk

Masa kecil-kecil dulu, aku suka merajuk dengan abah. Tahu tak apa abah buat bila aku merajuk? Abah nyanyi:

Buai laju-laju,
Sampai pokok Sena,
Ada apa dalam baju?
Sekuntum Bunga Cina.

Abah akan pura-pura melihat apa ada dalam baju aku. Dan... Semestinya aku ketawa kegelian.

Abah, Along sayang Abah. Along rindu Abah. Rindu sangat-sangat. Tapi sekarang Along dah besar, dah tak boleh manja-manja dengan Abah macam dulu. Kan seronok kalau Along masih kecil, masih dapat jumpa Abah setiap hari. Dapat duduk atas pangku Abah. Dapat naik dokong Abah. Dapat nyanyi dengan Abah selalu. Dapat dengar abah bacakan buku cerita dongeng pada petang hari dan pada hari minggu. Dapat dengar Abah bacakan kisah nabi setiap malam sebelum tidur.

Rasa Sayang

Hisap rokok Tembakau Cina,
Asap keluar berbunga-bunga,
Bolehkah adik abang bertanya?
Adakah adik sudah yang punya?

Ini salah satu pantun yang abah ajar aku nyanyi kalau nyanyi Lagu Rasa Sayang. Aku ingat lagi, mama marah abah bila abah ajar pantun ni pada aku. Tapi abah kata, lagu bukannya apa.

Hehehe dari kecik dah diajar nyanyi. Patutlah sekarangpun aku suka nyanyi.

Thursday, October 27, 2011

Buku Lagu Abah

Suatu hari, abah pulang dari pejabat dengan membawa sebuah buku. Masa tu... Aku tak tahu membaca. Dari kecil, aku suka melihat buku terutamanya buku yang mempunyai gambar yang menarik. Budak kecil, apalah yang aku pandai bacakan?

Hari tu, abah bawa balik buku yang menarik gambarnya. Abah menghulurkan buku itu kepadaku. Dengan rasa teruja, aku membelek-belek buku tersebut. Ada gambar nyonya tua di tepi kolam, ada gambar dayang-dayang, ada gambar ayam dan macam-macam lagilah. Seperti kebiasaannya jika abah membelikan aku buku, aku suruh abah bacakan buku itu buatku. Maklumlah, masa tu, aku belum tahu mengeja. Aku cuma tahu huruf besar A hingga Z.

Hari tu berbeza dengan hari-hari lain. Abah mengajak aku duduk di sebelahnya. Kata abah, "Mari kita nyanyi sama-sama," Mulanya, aku hanya mendengar abah menyanyi dengan penuh minat. Lama-kelamaan, aku mula hafal lagu yang abah nyanyikan. Maklumlah, dah setiap hari dengar. Mana tak hafalnya. Yang aku ingat, lagu pertama dalam buku tu, "Air Pasang Pagi Surut Pukul Lima," Siap dengan gambar pada setiap barisnya. Menarik sangat buku tu. Manalah agaknya buku tu sekarang. Entah ada lagi entah tidak.

Abah, Along rindu saat-saat bersama Abah.

Menyanyi Bersama Abah

Hari ni, seawal jam 6.00 pagi, aku dah menyanyi riang. Tapi hari ni ada kelainan sikit dengan nyanyian aku. Lagu yang aku nyanyikan tidak seperti lagu yang biasa aku nyanyikan di pagi-pagi sebelumnya. Hari ni lebih kepada lagu rakyat dan lagu kanak-kanak. Kenapa? Sebab aku rindukan masa-masa menyanyi bersama abah.

PANAS!!!

Pagi-pagi dah buat aku panas!!! Lambat atau cepat, itu bukan salah aku!!! Aku ada kerja yang lebih penting dari tu!!! Ini bukan kerja aku!!!

Sunday, October 23, 2011

Bola Sudah Dibaling

Bola dah dibaling ke padang. Apa lagi? Kita mainlah. Lawan. Kalau bola dah dibaling ke tengah padang itu maknanya game dah bermula.

Apa? Kau ingat aku ni muda, budak, kau boleh main-mainkan aku? Kau ingat aku ni akan serah diri untuk dibuli? Jangan harap! Aku takkan lemah macam zaman sekolah dulu! Aku tak kira siapa kau. Kau tua ke? Sinior ke? Betul tetap betul, salah tetap salah. Jangan mimpi kau boleh bermaharajalela dengan aku. Aku tahu, semua orang sedang menanti saat perang meletus. Tak apa, tak apa. Aku harus bijak memainkan peranan. Jangan berkasar. Kita guna cara halus dan lembut tapi bisa dan berkesan. Orang macam ni kena ajar. Strategi harus disusun dengan bijak. Aku takkan guna cara lama yang akan mengeruhkan keadaan. Tak guna bertengkar dan bertekak dengan orang macam ni. Aku pun tak nak dicap kurang ajar. Aku tak perlu gunakan mulut dan suara untuk menyatakan sesuatu. Tapi, aku kena guna kebijaksanaan dan senyuman yang manis agar serangan ke pintu gol tidak disedari. Biar setelah gol bolos baru dia sedar yang pertahanannya lemah. Game pertama bermula. Nantikan keputusannya. Corak permainan telah kau atur. Aku hanya mengikut rentak dalam percaturanku.

Kawan-kawan, doakan aku berjaya ya

Seronok Jadi Pengacara?

Orang selalu cakap, "best" jadi pengacara, glamor. Tapi orang tak tahu, jadi pengacara tu adalah satu tanggungjawab. Pengacara bukan sekadar glamor, tapi kena tahu serba-serbi terutamanya tentang tema dan tajuk majlis. Kena buat "research" tentang apa yang nak dicakap. Bukan boleh main cakap sebarang. Pengacara juga mesti tahu perjalanan majlis lebih awal. Mesti dimaklumkan tentang itu dan ini lebih awal. Bukan datang je baru boleh dimaklumkan tentang sesuatu perkara.

Aku? Aku suka jadi pengacara tapi biarlah punya masa yang cukup untuk prepare skrip. Meskipun cakap tak ikut skrip sepenuhnya tapi biar ada point barulah tak teragak-agak atau kelam-kabut. Semalam jadi MC untuk program PERTIS. Ku akui, banyak lagi yang perlu aku perbaiki tatkala memegang tugas sebagai MC. Terima kasih kepada jawatankuasa majlis yang memberi kepercayaan kepada aku untuk mengacarakan majlis meskipun aku ni orang baru dan masih banyak yang perlu belajar. Terima kasih semua.

Monday, October 17, 2011

Bengang! Bengang! Bengang!

Malam ni, aku rasa macam nak menjerit je. Rasa nak marah orang! Rasa geram sangat!!! Bengang sangat!!! Rasa nak tampar je muka sorang-sorang!!! Takkanlah semua benda aku yang nak buat??? Nak jaga??? Takkanlah benda-benda sensitif dan sulit macam ni pun aku yang kena??? Apa lagi yang korang nak??? Korang ingat aku ni apa ha??? Kuli korang ke??? Orang gaji??? Hamba abdi??? Eh! Tolonglah! Selama ni aku diam tak bermakna aku tak kisah! Tak marah! Aku pun ada hati! Ada perasaan macam korang jugak!!! Janganlah melampau sangat!!! Ni dah kali kedua benda ni jadi! Bila tanya semua tak mengaku!!! Pada hal hanya sorang je yang dalam keadaan tu!!! Apa lagi yang kau nak tipu aku!!!????? Ingat aku ni bodoh ke??? Ingat aku ni budak-budak??? Kalau ikutkan perasaan marah aku ni!!! Aku serang je korang!!! Aku cakap kuat-kuat dengan kata-kata keras! Dengan bahasa yang boleh buat korang pekak!!! Kalau ikut perasaan marah ni, bahasa lebih kasar yang aku nak guna untuk tulis entri ni!!! Tapi mujurlah aku ni masih waras!!! Masih ingat apa yang baik apa yang tak!!!

Sekarang apa aku rasa??? Aku rasa nak menangis sebab aku tak dapat luahkan perasaan marah aku ni betul-betul!!! Rasa nak menangis sebab tak dapat mengamuk!!! Tak dapat tunjukkan betapa marahnya aku dengan apa yang berlaku!!!!! Aku boleh buat! Bukan tak boleh!!! Aku berani buat!!! Berani marah orang!!! Sebab aku tahu semua orang yang terlibat tak berani dengan aku!!! Tapi tak tahulah!!! Fikiran aku ni!!! Fikiran aku yang tak bagi aku buat macam tu!!! Kalau ikutkan hati, aku nak marah korang cukup-cukup!!! Cakap ikut sedap mulut aku macam mana korang buat aku ikut suka hati korang. Tapi masa nilah pulak fikiran aku ni ingat yang marah berlebihan tu tak elok!!! Kenapa??? Masa nilah pulak!!! Ingat lidah ni lebih tajam dari pedang!!! Boleh lukakan hati orang!!! Boleh hancur-lumatkan silaturahim!!! Masa nilah pulak nak ingat kalau kata-kata yang menyakitkan tu boleh buat orang ingat dan terluka seumur hidup!!! Aku tak naklah orang terguris dan ingat sampai bila-bila apa yang aku cakap!!! Ish!!! Kenapalah masa ni pulak nak ingat semua ni??? Ingat pesan cik??? Suruh berlembut selalu dengan orang!!! Suruh sabar bila marah!!!! Aku ni bukan baik sangat!!! Bukan ke bagus kalau aku tak ingat semua tu??? Bukan ke elok kalau aku cakap apa yang aku nak cakap, lepaskan marah aku ni!!! Tak adalah aku pendam sakit hati aku ni!!! Biar dia orangpun rasa sakit hati macam mana aku sakit hati!!!! Bukan ke puas hati aku kalau macam tu???? Tak fahamlah dengan diri aku sendiri!!!!!!!!!!

Sunday, October 16, 2011

Ulang Tahun Kelahiranku

Hari ini, masih seperti hari ulang tahun kelahiranku yang lepas. Aku masih di sini meraikan hari ulang tahunku bersama teman-teman. Hari ini masih seperti tahun-tahun yang sudah. Aku masih menerima puluhan SMS ucap selamat daripada teman-teman. Masih menerima panggilan mengucapkan selamat hari lahir buatku. Dan ada perubahan. Tahun ini aku turut menerima puluhan post di facebook yang mendoakan pelbagai kebaikan buatku.

Nyata yang berbeza... Tahun ini aku meraikan ulang tahun kelahiranku tanpa dia yang istimewa di sisi. Tanpa ucapan daripadanya. Tanpa hadiah istimewa daripadanya. Aku pasrah pada takdir yang membentuk hidupku kerana Allah Maha Mengetahui segalanya.

Walau apapun, terima kasih kepada teman-teman yang sudi meluangkan masa untuk mengucap selamat buatku. Aku sayang kalian. Semoga persahabatan kita tetap utuh walau di mana kita berada. Moga waktu dan jauh jarak tidak merenggangkan kita meskipun jasad kita terpisah, suara tidak kedengaran, wajah tidak kelihatan. Itu harapanku buat teman-teman.

Wednesday, October 12, 2011

Mood Hilang

Aku rasa penat, selsema dan tak ada mood. Entahlah. Takkan penat kerja luar siang tadi tak habis lagi?

Ah, apa-apalah! Baik aku fikir nak beli apa kat Sogo esok.

Tuesday, October 11, 2011

Angan-anganku

Aku selalu berangan nak jadi:

Perempuan yang solehah.
Perempuan yang baik.
Perempuan yang bijak.
Perempuan yang tinggi budi pekerti.
Perempuan yang lembut tapi tegas.
Perempuan yang penuh dengan adat ketimuran.
Perempuan yang berjaya dunia dan akhirat.
Perempuan yang tahu serba-serbi.
Perempuan yang bijak berbelanja.
Perempuan yang pandai menguruskan masa.
Perempuan yang menepati masa.
Perempuan yang pandai menghargai orang.
Perempuan yang penyayang.
Perempuan yang berkerjaya tapi tahu siapa dirinya.
Perempuan yang manja.
Perempuan yang penuh dengan ciri keibuan.
Perempuan yang bijak berbahasa.
Perempuan yang petah berkata-kata.
Perempuan yang bisa menyentuh hati sesiapa dengan tulisannya.
Perempuan yang pandai mengambil hati orang tua dan muda, lelaki dan perempuan.
Perempuan pandai memberi nasihat.
Perempuan yang menjadi pendengar yang baik.
Perempuan yang bisa disandarkan harapan.
Perempuan yang bisa menenangkan dan menggembirakan hati sesiapa sahaja.
Perempuan yang lemah-lembut.
Perempuan yang kaya.
Perempuan yang bersuara lunak merdu.
Perempuan yang pandai menyanyi.
Perempuan yang pandai memasak.
Perempuan yang manis.
Perempuan yang cantik.
Perempuan yang pandai bergaya.
Perempuan yang suka didampingi orang dari segenap peringkat umur.

Aksesibiliti Audit

Esok, hampir satu hari aku tak ada di "office". Pergi audit aksesibiliti di Galeri Kuala Lumpur. Sejak kerja kat tempat baru, ini kali kedua aku jadi auditor untuk aksesibiliti ni. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua. Insya-Allah - Amin...

Pernah tak???

Pernah tak korang rasa ragu akan sesuatu?
Pernah tak korang tertanya-tanya sendiri tentang sesuatu tapi korang tak dapat jawapan pasti?
Pernah tak korang rasa buntu bila fikirkan sesuatu?
Pernah tak korang rasa malas nak fikirkan sesuatu?
Pernah tak korang rasa nak nangis bila fikirkan jawapan yang tak korang temui?
Pernah tak korang rasa resah dalam meniti hari?
Pernah tak korang rasa nak minta tolong tapi tak tahu pada siapa?
Pernah tak korang rasa nak pergi sendiri cari kepastian tapi tak tahu di mana dan bila?
Pernah tak korang rasa macam dah putus harapan?
Pernah korang rasa hampa dan kecewa?

Pernah tak? Pernah tak? Pernah tak macam-macam?

Monday, October 10, 2011

Tidurlah Mata...

Jam hampir pukul 1.00 pagi. Jemariku masih lincah menari di kekunci laptop.

Tidurlah mata. Esokkan nak kerja. Nanti mengantuk pula.

Ingat, esok kena telefon kerajaan setiap negeri, buat "follow up" apa yang belum selesai.

Selamat malam semua :)

Sunday, August 28, 2011

Kot II

"Berapa helai you beli baju online?" Tanyaku pada Didi lewat telefon malam tadi.
"5 helai kot. Eh, tak boleh! 5 helai. Nanti you marah lak guna kot," Pecah derai tawa kami berdua. "I baru lepas baca blog you. I baca you tulis fasal kot tu," Terang Didi.
"Hai, terasa ke?" Tanyaku bergurau.
"Terasalah jugak. Ini mesti tuju kat I ni. I kan suka cakap kot," Didi mengakui dalam tawa yang masih bersisa.
"Tak adalah. I perli kawan I. Tak tuju pada you pun," Terangku jujur.
"Tulah, I baca, I yang terasa,"
"Ha, jangan salahkan I ek. Orang lain lak yang terasa. Nasiblah," Aku menghabiskan sisa tawa yang berbaki.
"Tulah, selalunya kalau kita tulis, orang yang kita tuju tu tak terasapun. Tak baca pun. Orang lain yang akan terasa,"

Perbualan kami berlarutan hingga jam 2.30 pagi.

Monday, August 15, 2011

Hari-hari Terakhir Di SBM

Ada tiga hari lagi untuk aku di sini. Lepas tu, berakhirlah episod kerjaya aku di sini. Dengan berakhirnya episod ini, akan bermulalah episod kerjaya baruku.

Tudung Siti Nurhaliza

Hahahaha... Gila tak? Pergi Masjid India masa orang tengah sesak-sesak semata-mata nak beli Tudung Siti Nurhaliza?

Dulu, aku tak minat dengan tudung ni. Tapi bila cuba sekali rasa best pulak. Apa lagi bila dapat komen yang positif dari orang sekeliling. Mereka kata, aku sesuai dengan tudung ni. So, semalam, tambah koleksi Tudung Siti Nurhaliza aku dua helai lagi. Warna biru dan pink. Pink tu nak pakai masa majlis minggu depan. Sekarang aku ada warna hitam (aku pakai hari ni), ungu, pink dan biru :)

Tak susah nak cari kedai jual tudung ni sebab aku beli kedai yang sama sejak dari tudung pertama (hitam) yang aku beli dulu. Orang kedai tu pun dah kenal aku. Dapatlah harga murah.

Thursday, August 11, 2011

Selamat Hari Lahir, Acik :)

Selamat hari lahir Acik,
Semoga hidupmu sentiasa diberkati,
Lebih positif dalam semua kebaikan,
Semoga lebih cantik zahir dan batin,
Lebih anggun, manis dan menawan.

Amiin...

Istana Di Dalam Syurga

Istana di dalam syurga??? Aku nak! Tapi... Itu adalah pemberian Allah bagi mereka yang membina masjid. Mampukah aku mendapat istana itu? Tapi ikhlaskah aku jika melakukan sesuatu kerana ganjaran Allah?

21 Amalan Menuju Syurga Allah

Para pembaca, mari kita hayati tulisan yang dipetik dari Facebook Ustaz Basyer ini:

Ø£ًلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah SWT untuk orang-orang mukmin.

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad SAW. bersabda maksudnya : "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Seorang ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia."

Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju kesyurga Allah SWT.

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud".( Hadis Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana didalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya". (Hadis Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredaan Allah setiap masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah reda kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum". (Hadis Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat". (Hadis Riwayat Abu Daud)

6. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga". (Hadis Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa".

(Hadis Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya".

(Hadis Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH" dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam".

( Hadis Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca " QUL HUWA ALLAHU AHAD... " dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran".

(Hadis Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM.."

(Hadis Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki".

(Hadis Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah". (Hadis Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI..' sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka". (Hadis Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya".

(Hadis Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya". (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat . Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.

Wednesday, August 10, 2011

Salam Pekenalan: SK-II

Setelah lama membuat kajian tentang produk penjagaan muka, aku berminat dengan SK-II. Bukan kerana SK-II ada kelas yang tersendiri. Telah banyak produk penjagaan muka ku cuba. Memanglah, mukaku tidak berjerawat cuma, masalah minyak dan "black head" yang keterlaluan. Orang kata, sebagai perempuan, kita kenalah menjaga. Lagipun... Aku memang suka akan hal-hal kecantikan ni. Dah macam-macam produk aku cuba, yang mahal, yang murah tak usah dikiralah. Tapi semuanya tak berjaya mengatasi masalahku. Dulu, Clean & Clear berjaya mengatasi masalah jerawat yang ku alami di usia remaja. Alhamdulillah. Masalah yang dua ni belum ada penyelesaiannya.

Orang kata, SK-II ni bagus. Tapi tak tahulah, sebab lain kulit, lain keserasiannya. Aku ingin mencuba. Beberapa minggu lalu, aku mula membuat "survey" tentang produk dan harga SK-II. Aku nak cuba pencucinya dulu. Memang selalunya, aku akan cuba pencuci saja dulu dan kalau sesuai baru aku beli yang lainnya. Masalahnya, harga untuk satu pencuci RM200.00. Kalau dah "confirm" aku sesuai tak apalah. Tapi kalau tak macam mana? Takkan aku nak buang macam tu je? Ish, masalah betullah. Kaunter SK-II hanya menjual satu saiz saja, yang besar.

Minggu lepas, ketika aku berlegar-legar di internet, aku terjumpa blog Sakura Butik yang menjual produk SK-II. Ku hubungi penjualnya yang dikenali sebagai Kak Fith menerusi email. Aku menceritakan masalahku dan meminta pendapatnya. Kak Fith mencadangkan agar aku mencuba Facial Treatment Cleanser atau Facial Gentle Treatment Cleanser. Aku memilih Facial Treatment Cleanser yang berharga RM30.00 untuk "pack" yang beratnya 20G. Agak mahal tapi tak apalah, daripada nak kena keluar RM200.00. Aku "bank in" wang bayaran beserta caj posnya. Dan semalam... Aku menerima "cleanser" tersebut. Alamak! Semua keterangan, ramuan serta cara pemakaiannya dalam tulisan Jepun. Dah, aku pergi ke blog-blog orang untuk mengetahui cara pemakaiannya. Bukan apa, takut salah. Pening aku, kenapa tak ada tulisan Inggeris sepertimana produk-produk yang dijual di Malaysia kalau ya pun produk tu produk Jepun? Oh, baru aku ingat, aku pernah membaca ruangan chat dan komen di blog Kak Fith yang mengatakan bahawa produk jualannya diambil terus dari Jepun dan origenal. Tawakaltu alallah, semoga benar produk ini produk origenal dan sesuai dengan kulitku.

Malam tadi, kali pertama aku memakai pencuci tersebut. Masih terlalu awal untukku buat kesimpulan. Lagipun, ada kulit wajahku yang sedikit kasar dan menggelupas mungkin kesan memakai produk sebelum ni. Mungkin ambil masa untuk pulih dan memberi kesan. Ini bukan kali pertama berkenalan dengan produk SK-II je tapi kali pertama membeli barangan melalui online.

Tuesday, August 9, 2011

Kot

"Kot". Apa yang kita semua faham dengan perkataan "kot" ni?

"Kot", meskipun tidak digunakan dalam bahasa rasmi atau persuratan, "kot" membawa maksud agaknya atau tidak pasti. Setiap ayat yang diakhiri dengan "kot" menggambarkan rasa tidak pasti penutur ayat tersebut. Misalnya:

A: Bila awak nak ke kedai?
B: Petang kot.

Ayat di atas menggambarkan B yang tidak tahu lagi bila masa dia nak ke kedai. Petang hanyalah suatu kemungkinan dan mungkin akan berubah menjadi malam, esok dan seterusnya.

Mengapa aku menulis tentang perkataan "kot" ni?

Sebab aku "tension" dengan kawan-kawan atau budak-budak muda zaman sekarang ni yang suka guna perkataan "kot" ni dalam ayat yang salah. Contohnya:

Dua orang sedang bercakap ketika cuaca panas terik.
A: Kalau jemur baju sekarang, tak tahulah kering ke tak.
B: Kenapa pulak tak kering, panas kot hari ni.

Kenapa mesti guna kot dalam ayat yang macam ni??? Dah terang-terang cuaca panas! Jangan guna "kot" lagi dah benda yang dah "confirm", kenapa mesti ragu? Cakap jelah yang betul! Kenapa tak boleh tinggal "kot" tu? Sebab itu gaya percakapan zaman sekarang yang kononnya moden? Lebih baik tinggalkan gaya sesat lagi menyesatkan tu!!! Siapa lagi yang nak martabatkan bahasa kita kalau tak kita sendiri??? Kalau ya pun nak ikut peredaran zaman, janganlah ikut yang karut-marut! Lebih menyedihkan, mereka yang suka buat kesalahan bahasa ni mereka yang berpelajaran, pelajar kolej, pelajar U, pendek kata, mereka yang pernah belajar Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran tu! Kalau perkataan tu perkataan yang susah atau mengelirukan bolehlah dimaafkan. Ini perkataan senang je!

Lagi satu, boleh tak jangan menyusahkan orang dengan perkataan "kot" sesat kau orang tu? Contoh:

A: Kau pergi tak buka puasa kat Chicken Rice Shop petang ni?
B: Pergi kot. Kenapa?
A: Taklah, aku pergi. Ingat nak ajak pergi sekali. Aku tunggu kat KLCC la kalau kau nak pergi.
B: Pergi kot
A: Pergi ke tak ni?
B: Pergi kot.
A: OK kalau "confirm" pergi ke tak, bagi tahu aku eh?
B: OK.

Jam 6.30 petang.

(Bercakap menerusi telefon bimbit)
B: Kau kat mana?
A: Chicken Rice.
B: La.... Kenapa tak tunggu aku? Tadi kata tunggu kat KLCC? (marah)
A: Tadi kata "pergi kot"?
B: Yelah, pergilah.
A: Habis, kau cakap pergi kot, maknanya tak tahu lagilah. Kan aku dah cakap kalau "confirm" "call" aku. Kenapa tak "call?"

Salah siapa? Semuanya kerana perkataan "kot" yang salah digunakan. Kalau dah pasti tu, cakap jelah pergi tak payah letak "kot" kat belakang.

Siapa janji dengan aku guna perkataan kot yang merepek ni, memang aku tak layan selagi tak ada "confirmation"!!! Jangan mengada-ngada dengan aku! Kalau tak tahu nak guna sesuatu perkataan tu, pergi belajar. Jangan ikut sedap mulut nak cakap kerana perkataan membawa maksud tertentu. Salah perkataan, lain maksudnya. Lagi buat aku marah, sudah terang lagi bersuluh perkataan "kot" ni guna untuk apa lagi nak guna pada tempat yang salah!!!

Saturday, August 6, 2011

Rancangan Hujung Minggu

Sabtu,
Kerja sampai pukul 1.00 tengahari.
Ikut Ali bawa Ari bersiar. Antara destinasi dicadangkan, Menara Kuala Lumpur, Timesquare, KLCC, Pasar Seni, Bukit Bintang. Tak tahulah mana satu yang menjadi.

Ahad,
Taman Tema Genting Highland.

Sepupu Ali

Petang semalam, aku, Ali, Ija, Sem dan Syed berbuka di Chicken Rice Shop. Sedang kami makan, Ali mendapat panggilan dari sepupunya mengatakan dia akan tiba di TBS sebentar lagi. Ali memberitahu bahawa sepupunya yang akan tiba, datang dari Indonesia. Wah! Dalam diam aku teruja. Siapa tak banggakan, orang asing datang melancong ke negara kita yang tercinta ni? Ali mengajak kami untuk sama-sama menjemputnya di TBS.

Usai solat Maghrib, kami menaiki ERL ke Bandar Tasik Selatan kerana comuter mengalami gangguan perjalanan dan para penumpang dinasihatkan untuk menggunakan kenderaan awam alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

Setiba kami di TBS, sepupu Ali telah siap menanti. Ali memperkenalkan sepupunya, Ari Fajry kepada kami. Semasa menemani Ari makan, Ali merangka jadual lawatan untuk hujung minggu ini. Hahaha macam pemandu pelancong pulak aku tengok Ali ni. Dia sibuk menerangkan pelbagai perkara tentang Malaysia kepada Ari, turut tidak terkecuali, Ali menerangkan tentang destinasi lawatan yang akan dikunjungi. Ari kelihatan teruja. Aku fikir, tentu Ari pening dengan cerita kami tentang train. Maklumlah, Malaysiakan ada banyak jenis train.

Ali ada menyebut tentang Genting. Kata Ali, kalau tak puasa boleh pergi Genting. Kat sana ada macam-macam permainan dan suasananya dingin. Ari yang berusia 21 tahun kelihatan amat teruja.

"Kat sana ada roller coaster. Kamu suka?" Tanya Ali.
"Suka," Jawabnya riang.
"Kalau tak puasa kita boleh pergi sana, main,"
"Kalau puasa Enggak bisa?" Ari sedikit kurang senang. La... Dia suka ke? Kesianlah pulak. Hatiku tersentuh. Kalau aku di tempatnya, mesti aku mahu ke sana. Yelah, sekali-sekala pergi negara orang. Dia ni, baya adik-adik aku. Kalau adik aku yang cakap macam tu, aku tak sampai hati nak hampakannya. Dalam hati, aku berharap agar Ali akan membawanya ke sana.
"Bisa. Kamu enggak takut penat?" Ali bertanya kepadanya dengan campuran Bahasa Malaysia dan Indonesia.
"Enggak apa," Jawabnya bersemangat.
"OK, kalau macam tu, kita pergi Ahad ni...." Macam-macam Ali ceritakan pada Ari tentang Genting, tentang taman tema, tentang "cable car" dan macam-macam lagi.
"Syed dan Huraizah wajib ikut tau," Aku hanya ketawa.
"Insya-Allah," Jawabku sepatah.
"Nak ikut, nak ikut," La.... Minah ni pulak. Begitulah perangai Ija yang pantang orang berjalan. Dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah perangainya asyik nak ikut orang berjalan. Dia tu dahlah kerja. Dahlah minggu lepas dah buat cuti. Aku suruh kerja tak nak. Ni yang aku marah ni. Bukan tak suka dia ikut, tapi untuk masa hadapannya.
"Ja, minggu lepas akak suruh kerja kau tak nak! Pas tu mulalah,"
"Tulah, padan muka saya,"
"Tahu tak pe," Balasku selamba. Budak ni tak boleh diberi muka, nanti lebih-lebih pula.
"Nak Ikut," Merengek minta simpati.
"Kau ni! Kau tu duduk KL, bila-bila masa kita boleh pergi lagi,"
"Tapi tak pergi ramai-ramai macam ni," Alasan bodoh!
"Jangan mengadalah! Mana ada pergi Genting sorang-sorang. Mesti pergi ramai-ramai punya."
"Macam nilah Ija, kalau Ija dapat pergi alhamdulillahi rabbil alamin! kalau tak dapat, tak apa. Ikut kreativiti Ija. Aku tak berani nak paksa, ni soal kerja." Putus Ali. Aku tahu, Ali pun tidak setuju untuk Ija ponteng kerja.
"OK, kalau korang pergi, jangan buka puasa kat atas! Buka puasa kat sini," Kami hanya ketawa. Ija, Ija. Umur dah 25 tahun, tapi masih asyik nak berseronok je. Langsung tak fikir masa depan. Aku harap, kawan-kawan Ija, tak akan mempengaruhi Ija untuk ponteng kerja. Kita dah tahu perangai dia macam tu, kita kena "support" dia untuk kerja. Jangan ajar atau galakkan dia cuti, kalau dia kena buang kerja, siapa yang susah? Kita hanya boleh ajak dia bersuka-suka. Tapi bila dia tak ada kerja, ada ke kita bagi duit kat dia untuk sara hidup? Tolonglah semua kawan-kawan Ija, kalau kita sayangkan dia, kita kena "support" dia untuk masa depan dia. Jangan pentingkan diri sendiri, jangan sibuk nak ajak dia bersuka-suka. Aku anggap dia dah macam keluarga aku, tapi kalau aku sorang je yang berkeras, semuanya tak ada makna.

Wednesday, August 3, 2011

Bulan Akhir Di SBM

Nampaknya berulang lagi situasi perpindahan aku dari Makmur Megah ke SBM dua tahun lalu yang berlaku pada bulan puasa. Aku memasuki SBM setelah naik cuti hari raya 2009 dan begitulah juga yang berlaku tahun ini. Tamat bulan puasa ini, maka tamatlah aku di sini.

Monday, August 1, 2011

Satu Ramadhan

Alhamdulillah... Aku diberi kesempatan sekali lagi untuk menghirup keindahan Ramadhan.

Ya Allah, jadikan Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang penuh dengan kebaikan dan keinsafan buat diriku. Amin...

Selamat berpuasa buat semua kaum muslimin dan muslimat terutamanya pembaca blog ini.

Friday, July 15, 2011

Bosanlah!!!

Bosanlah macam ni. Aku tak suka situasi macam ni berlaku. Cepatlah hari, cepatlah berlalu.

Wednesday, June 15, 2011

Kenapa Sibuk???

Kadang-kadang... Aku tertanya sendirian, kenapa orang perlu sibuk nak tahu fasal aku? Kadang-kadang yang sibuk sangat nak tahu tu, bukan yang rapat dengan aku pun. Dahlah menyibuk! Dengar cerita daripada orang dah mula canang sana-sini tanpa selidik terlebih dahulu sama ada cerita yang didengar tu betul atau tidak! Kadang-kadang, bila tengok kita buat sesuatu dah cakap kita bukan-bukan, pada hal, apa yang dia tengok tu bukan seperti yang dimaksudkan. Hei, pelik betullah aku dengan manusia ni. Lebih buat aku rasa pelik, ada orang yang aku tak pernahpun ambil tahu fasal dia, tiba part aku je, dia yang over mengalahkan paparazi nak bercerita sana-sini fasal aku. Pelik! Pelik!

Friday, June 3, 2011

Kelebihan Bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Sumber: Blog Lenggangkangkung

Friday, May 27, 2011

Syair Jasa Guru

Dengarlah teman rakan dan taulan
Satu hikayat kisah nukilan
Bukan dongeng bukan khayalan
Tetapi nyata tidak musykilan.

Jasa guru semerbak haruman
Sucinya murni sepanjang zaman
Mendidik bangsa zaman berzaman
Ia pelita jalanmu teman.

Saban waktu menunjuk ajar
Semua bangsa datang belajar
Memerah keringat buat pelajar
Bukan nama yang dia kejar.

Raja berdaulat rakyat jelata
Pembesar negeri orang berharta
Para ilmuan penyair kata
Sejahtera hidup ilmu pelita.

Ingatlah teman jangan angkuh
Bila di mercu di puncak jauh
Jangan sombong emas bersampuh
Hargai guru jangan bertangguh.

Tinta Emas
18 Mei, 2008
Sungai Besi,
Kuala Lumpur.

Monday, May 9, 2011

Geraaaaaaammmmmmmm!!!!!!!!!!!

Pagi-pagi lagi dah buat aku marah! Seawal aku buka mata! Benda simple pun tak boleh fikir. Takkanlah tak boleh guna akal tu fikir logik sikit!!! Dah banyak kali macam ni! Aku kan dah cakap! Itupun tak faham lagi ke? Takkan nak suruh aku cakap banyak-banyak kali??? Kaupun mesti tak sukakan? Takkan nak suruh aku marah baru nak faham??? Kitakan dah besar. Lagipun kita perempuan! Belajarlah sikit dari apa yang orang buat!!! Takkan itupun nak kena cakap selalu! Jangan sampai aku mengamuk pulak!!!

Monday, April 18, 2011

Alkohol Dalam Minyak Wangi

Aku pernah dengar orang cakap dan pernah baca dalam artikal, kalau kita nak minyak wangi yang kita pakai tahan lama, semburkan minyak wangi pada nadi antaranya di pergelangan tangan, leher dan sebagainya. Sungguhpun begitu, selama ni aku pakai minyak wangi pada tudung. Kenapa? Sebab, kalau pakai pada tudung, waktu nak solat nanti tudung akan dibuka. "Confirm" la minyak wangi yang aku pakai semuanya ada alkohol sebab semua minyak wangi yang aku ada buatan luar negara. Orang kata kalau buatan luar negara tu "confirm" ada alkohol. Orang kata lagi, minyak wangi yang ada alkohol tak boleh bawa solat, tak sah. Betulkah?

Semalam, kawan aku pakai minyak wangi mont blanc kepunyaanku. Dia sembur di nadi dan baunya tahan lama. Tak macam aku pakai selalu. Adakah sebab cara pemakaian atau Mont Blanc sememangnya tahan lama? Tapi kawan aku cakap, selama ni aku pakai tak bau macam kawan aku yang ni pakai. Hari ni aku nak buat eksperimen pada Elizabeth Arden pula. Selama ni kalau aku pakai rasanya macam tak tahan lama kalau tahanpun tak macam kawan aku sembur kat nadi sedangkan minyak wangi tu ori. Betulkah pakai kat nadi baunya lebih tahan lama? Nak tahu? Kenalah cuba.

Kejap, kejap, kalau pakai kat nadi nak solat nanti macam mana? Takkan nak mandi kot? Hari ni aku terfikir, selama ni, aku hanya dengar orang cakap je minyak wangi tak boleh bawa solat. Aku tak pernah tanya kenapa tak boleh bawa solat. Setiap apa yang Allah larang tu... Mesti ada sebabnya. Kalaupun Allah sudah terangkan sesuatu itu haram, pasti ada logik keharamannya dari sudut sains pula. Lantas, akupun merayau-rayaulah dalam google mencari sebab haramnya pemakaian minyak wangi dalam solat. Hasil daripada berlegar-legar di ruang google, inilah penemuannya:

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat kepada Pusat Islam.
Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).

Alkohol terdiri daripada pelbagai bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain. Dalam minuman keras, ethanol ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya.

Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun. Ia ada daya membunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

*****************

Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat (Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI
----------------------------------
Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ Bondowoso, Pondok Pasentren Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.

Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?

Jawaban:
Mengenai alkohol dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).

Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut idbawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

****************
Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:

Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.

Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Kesimpulan:
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu lagi.

Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan dari kalangan para ulamak sahaja, malah telah membabitkan mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.

Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang semua orang tahu dengan ketokohan para ulamaknya.

Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang juga masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu pengetahuan umum lainnya.

Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada sebahagian ulamak yang mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan sebahagiannya mengatakan tidak najis?

Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)

Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa bertaqlid kepada seorang mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah seseorang boleh mengikut fatwa seorang mujtahid dan dalam satu masalah yang lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang lain. Atas dasar inilah maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi (terus mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam mazhab berkenaan.

Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa rimas dengan keterikatan kita kepada mana-mana pandangan mazhab.

Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham dengan hujah-hujahnya, maka tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara tahu dan faham hujahnya. Cara inilah yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid membabi-buta dan bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima di dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya berdasarkan hujah dan fakta yang jelas. Bukan desas-desus dan khabar-khabar angin.

Sumber: halakah.net

Ini pula tulisan dalam sebuah blog:

Merujuk kepada:
1. Fatwa Majlis Kebangsaan, ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya.
2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. (so alcohol[bukan arak] boleh dibawa masuk dalam solat? Who knows)
3. Fatwa almarhum Syeikh Sya’rawi (rh) dalam kitabnya ” Anta Tas al Wa Islam Tujib ” menjelaskan bahawa :” Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL
4. Menurut Kitab ” Al Fiqh Al Muzaahibil Arba’ah” dalam bab ” An Najaasaat” juzu’ 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu ” Tafsir Al Manar ” menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.

Sumber: theotherkhairul.blogspot.com

Ustaz Sodiqi masa aku sekolah agama kat JB dulu cakap, belajar tanpa guru membawa kepada kesesatan. Kalau macam tu, kita tanya Ustaz Mohd Nor Mamat pensyarah subjek Minhaj Dan Ketuhanan (IPK) masa kat UiTM dulu. Selalunya aku YM je dia kalau ada apa-apa kemusykilan. Mari kita tengok. Alamak... Dia tak on pulak. Tak apa, nanti aku tanya dia dan poskan di sini jawapannya.