SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, August 10, 2011

Salam Pekenalan: SK-II

Setelah lama membuat kajian tentang produk penjagaan muka, aku berminat dengan SK-II. Bukan kerana SK-II ada kelas yang tersendiri. Telah banyak produk penjagaan muka ku cuba. Memanglah, mukaku tidak berjerawat cuma, masalah minyak dan "black head" yang keterlaluan. Orang kata, sebagai perempuan, kita kenalah menjaga. Lagipun... Aku memang suka akan hal-hal kecantikan ni. Dah macam-macam produk aku cuba, yang mahal, yang murah tak usah dikiralah. Tapi semuanya tak berjaya mengatasi masalahku. Dulu, Clean & Clear berjaya mengatasi masalah jerawat yang ku alami di usia remaja. Alhamdulillah. Masalah yang dua ni belum ada penyelesaiannya.

Orang kata, SK-II ni bagus. Tapi tak tahulah, sebab lain kulit, lain keserasiannya. Aku ingin mencuba. Beberapa minggu lalu, aku mula membuat "survey" tentang produk dan harga SK-II. Aku nak cuba pencucinya dulu. Memang selalunya, aku akan cuba pencuci saja dulu dan kalau sesuai baru aku beli yang lainnya. Masalahnya, harga untuk satu pencuci RM200.00. Kalau dah "confirm" aku sesuai tak apalah. Tapi kalau tak macam mana? Takkan aku nak buang macam tu je? Ish, masalah betullah. Kaunter SK-II hanya menjual satu saiz saja, yang besar.

Minggu lepas, ketika aku berlegar-legar di internet, aku terjumpa blog Sakura Butik yang menjual produk SK-II. Ku hubungi penjualnya yang dikenali sebagai Kak Fith menerusi email. Aku menceritakan masalahku dan meminta pendapatnya. Kak Fith mencadangkan agar aku mencuba Facial Treatment Cleanser atau Facial Gentle Treatment Cleanser. Aku memilih Facial Treatment Cleanser yang berharga RM30.00 untuk "pack" yang beratnya 20G. Agak mahal tapi tak apalah, daripada nak kena keluar RM200.00. Aku "bank in" wang bayaran beserta caj posnya. Dan semalam... Aku menerima "cleanser" tersebut. Alamak! Semua keterangan, ramuan serta cara pemakaiannya dalam tulisan Jepun. Dah, aku pergi ke blog-blog orang untuk mengetahui cara pemakaiannya. Bukan apa, takut salah. Pening aku, kenapa tak ada tulisan Inggeris sepertimana produk-produk yang dijual di Malaysia kalau ya pun produk tu produk Jepun? Oh, baru aku ingat, aku pernah membaca ruangan chat dan komen di blog Kak Fith yang mengatakan bahawa produk jualannya diambil terus dari Jepun dan origenal. Tawakaltu alallah, semoga benar produk ini produk origenal dan sesuai dengan kulitku.

Malam tadi, kali pertama aku memakai pencuci tersebut. Masih terlalu awal untukku buat kesimpulan. Lagipun, ada kulit wajahku yang sedikit kasar dan menggelupas mungkin kesan memakai produk sebelum ni. Mungkin ambil masa untuk pulih dan memberi kesan. Ini bukan kali pertama berkenalan dengan produk SK-II je tapi kali pertama membeli barangan melalui online.

5 comments:

TelingaBulat said...

so macam mane entry terbaru afterpakai sk2 sis?okx?

TINTA EMAS said...

Alhamdulillah, OK. Tapi pakai cleanser je, jadi taklah berubah sangat. Bacalah entry terbaru yang saya tulis tentang SK-II tu

Anonymous said...

Aku kalau boring... mesti baca blog ... paper memang la isi...
tapi blog kupas lebih baik laa ... tahniah atas kupasan ..

:)

Here is my homepage - Jubah Dress

TINTA EMAS said...

terima kasih. Pujian tu terlalu tinggi. Saya just tulis apa yang saya rasa dan apa yang saya harapkan apabila saya membaca sebuah blog. Nanti saya buat kunjungan hormat ke blog awak pulak :)

Sakinah said...

Saya kini hanya amlakan supplement sahaja.. jemput baca kat sini...http://inavitamin.blogspot.com