Hahahaha... Gila tak? Pergi Masjid India masa orang tengah sesak-sesak semata-mata nak beli Tudung Siti Nurhaliza?
Dulu, aku tak minat dengan tudung ni. Tapi bila cuba sekali rasa best pulak. Apa lagi bila dapat komen yang positif dari orang sekeliling. Mereka kata, aku sesuai dengan tudung ni. So, semalam, tambah koleksi Tudung Siti Nurhaliza aku dua helai lagi. Warna biru dan pink. Pink tu nak pakai masa majlis minggu depan. Sekarang aku ada warna hitam (aku pakai hari ni), ungu, pink dan biru :)
Tak susah nak cari kedai jual tudung ni sebab aku beli kedai yang sama sejak dari tudung pertama (hitam) yang aku beli dulu. Orang kedai tu pun dah kenal aku. Dapatlah harga murah.
3 comments:
nak tahu u beli kat kedai yg mane satu ye?
boleh saya tahu awk beli tudung siti tu di kedai yg mane satu ye...
Maaf lambat balas, Lisha. Saya beli tudung tu kat kedai yang... Bila kita sampai tengah-tengah nak pergi Maidin tu, kedai pertama sebelah kiri.
Post a Comment