SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, December 4, 2011

Bingkisan Dari Kerala, India (Bahagian 1)

Sabtu, 26 November, 2011

Seawal pukul 10.00 pagi, aku dan Ija keluar dari rumah untuk berkumpul di MAB jam 11.30 pagi. Alhamdulillah, tatkala kami keluar rumah, sebuah teksi melintasi rumah kami. Tanpa berlengah, kami menaiki teksi tersebut.

Setelah mengisi perut yang kosong, aku dan Ija bergegas ke MAB di mana bagasi kami tinggalkan sebelum keluar makan. Semua peserta Lawatan India anjuran Kelab Belia, MAB telah berkumpul. Tanda nama dan riben dilekatkan pada bagasi bagi memudahkan urusan mengambil bagasi dari kargo.

12.00 Tengahari,
Kami bertolak ke LCCT dengan menaiki bas. Ada sebahagian peserta yang pergi dengan kenderaan sendiri. Lebih kurang 1.00 tengahari, kami sampai di LCCT dan terus melakukan urusan daftar masuk penerbangan dan sebagainya. Aku sangat teruja. Bagaimanalah agaknya negara orang ya? Mr. Devan (wakil travel agen) sebelum ini telah berpesan agar tidak terlalu mengharapkan perkara-perkara yang fantastik kerana Negara India berbeza dengan negara kita. Ada juga Kaum India yang pernah ke sana memberi gambaran buruk tentang negara Mahatma Gandi tersebut. Aku tertanya-tanya, kalau Kaum India sendiri memberi gambaran kurang enak tentang negara asal-usul mereka, macam manalah agaknya ya? Pratus kebenarannya agak tinggi. Takkanlah mereka mahu memburuk-burukkan negara asal mereka? Namun bagi aku, cerita yang disampaikan menampakkan betapa buruknya imej India. Tapi, aku bukanlah orang yang cepat terpengaruh dengan khabar-khabar angin. Aku tidak sabar ke sana kerana ingin melihat sendiri sejauh mana kebenaran cerita yang disampaikan. Aku berat mengatakan bahawa hal itu tidak benar. Walau bagaimanapun, aku harus ke sana untuk membuktikan hal itu. Menurut kata En. Fairuz pula, Kerala didiami oleh para cerdik pandai India. Kebanyakan penghuninya terdiri dari mereka yang berpelajaran tinggi. Katanya lagi, Kadar buta huruf dan peminta sedekah terlalu minimum di Kerala dan kebanyakan mereka tahu bertutur dalam Bahasa Inggeris. Menurutnya, 90 pratus penduduk Kerala pandai berbahasa Inggeris. Betulkah? En. Fairuz juga memberitahuku, Kerala merupakan negeri terbersih di India. Isteri En. Fairuz, Kak Sah pula mengatakan, Warga emas di sana kebanyakannya membaca akhbar berbahasa Inggeris dan Trivandrum merupakan kawasan elite. Sungguh menakjubkan. Hal ini amat kontra dengan khabar angin yang mengatakan, India negara miskin, berhati-hati jika makan dan minum di sana kerana risiko ceret-beret dan muntah-muntah adalah tinggi, India negara kotor, hotel di India kotor dan buruk, bau kurang menyenangkan sering kali menjadi bahan hidu sewaktu di India seawal keluar lapangan terbang, makanan di India tak sedap dan macam-macam lagi. Teruk sangatkah India? Oh cepatlah, Tuhan! Aku tak sabar untuk mengutip pengalaman dari negara yang budayanya banyak tersadur ke dalam budaya bangsaku. Ada juga rakan-rakan yang tak begitu teruja untuk ke India kerana khabar angin yang didengar. Ah, pedulikan! Aku ke sana bukan untuk bersuka-suka semata-mata tapi aku ingin mempelajari sesuatu dari negara orang. Sebagai langkah berhati-hati, para peserta dinasihatkan untuk membawa bekalan ubat secukupnya, hotel penginapan ditempah dari jenis yang baik meskipun mahal bagi mengelakkan kesukaran kerana kami difahamkan India sering mengalami masalah keputusan air dan jika kita perlukan air kita harus membayar RM5.00 untuk sebaldi air. Bekalan elektrik pula dengarnya sering dicatu. Maknanya, Penyewa hotel tidak dibenarkan menggunakan streka dan untuk mengelakkan keingkaran, bekalan elektrik akan ditutup sekiranya streka digunakan. Jika mahu menggosok baju, baju akan dihantar gosok di luar dan dua jam belum tentu kita dapat memakai baju itu. Ish, macam mana ni? Bekalan air mineral juga disediakan oleh travel agen kerana minum air botol adalah lebih baik di India untuk mengelakkan ceret-beret.

3.35 petang merupakan waktu penerbangan. Namun, pesawat AK1302 yang kami naiki meluncur ke angkasa raya pada lebih kurang jam 3.45. Penerbangan ke Cochin, Kerala India mengambil masa 4 jam 30 minit. Harus diketahui bahawa masa di Kerala India adalah dua jam setengah lebih lewat dari waktu Malaysia. RM1.00 pula bersamaan 15 Rupi India. Bunyinya banyakkan? Kata En. Fairuz, sekali makan untuk seorang makan lebih kurang 100 rupi. Hmmm... Lebih kurang Malaysia juga harganya.

5.00 petang waktu India,
Pesawat AK1302 selamat mendarat di Lapangan Terbang Cochin. Mr. Trevor (pemandu pelancong) rakyat tempatan telah sedia menunggu ketibaan kami bersama sebuah bas. Setelah selesai urusan imigration dan bagasi, kami keluar dari Lapangan Terbang Cochin. Hidungku tajam menghidu. Tak adapun bau busuk atau hancing seperti yang digembar-gemburkan? Alhamdulillah, aku lega. Kami menaiki bas untuk ke Trivandrum di mana tempat kami akan menginap dan International Institut Social Entrpreneurs berpusat.

Dalam bas, Mr. Devan memperkenalkan kami kepada Mr. Trevor. Mr. Trevor seorang yang mudah mesra dan ramah. Beliau tidak mempunyai masalah dalam berbahasa Inggeris namun slanganya agak sukar untuk difahami. Walau bagaimanapun, Bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa perantaraan kami. Mr. Trevor memberi tahu, perjalanan ke Trivandrum mengambil masa enam jam. Dalam perjalanan tersebut, Yon dan beberapa orang rakan menceritakan pemandangannya sungguh indah. Meskipun perjalanan yang kami tempuh tidak seperti di Kuala Lumpur, namun keindahan panorama alam dan keunikan budaya menjadi santapan mata. Jalan rayanya berturap namun tidak seelok jalan turap di Malaysia. Oleh itu, bas yang kami naiki sentiasa bergoyang dan seakan melompat. Rasa seronok juga kadang-kadang naik bas mencabar macam ni. Uniknya, pemandu bas mempunyai bilik kecil tempat beliau memandu. Hon sentiasa kedengaran di jalanan seperti dalam filem-filem Tamil dan Hindi. Bunyi hon merupakan budaya mereka. Ianya seolah sapaan kepada kenderaan lain di jalanan.

8.00 lebih malam,
Kami singgah di Allappey untuk menikmati hidangan makan malam di sebuah kedai makan di tepi jalan. Menurut Mr. Trevor, kedai makan dan lain-lain kedai akan menamatkan operasinya pada jam 9.00 malam. Kedai makan tersebut terlalu sesak dengan pengunjung. Rata-rata rakyat tempatan memakai baju tradisi mereka. Kami dipandang pelik oleh mereka mungkin juga kerana cara kami berpakaian. Tiada pilihan makanan lain. Hanya Capati makanan yang dijual di sini. Kami hanya boleh memilih untuk makan capati bersama daging kari atau ikan kari. Aku memilih untuk memakan capati bersama daging kari. Alamak! Tiga keping capati setiap orang? Ah, lapar, makan jelah. Daging karinyapun sedap. Kalau di Kedai Mamak Malaysia aku jarang makan capati, tapi di sini, aku berjaya menghabiskan tiga keping capati yang nipis. Rakan-rakan serombongan ada yang berwajah keruhtatkala dihidangkan capati. Ada yang tidak suka akan capati. Apa nak buat? Kalau kita memilih untuk berkunjung ke sesebuah negara, kita harus belajar budaya mereka dari pelbagai segi termasuk pemakanan mereka. Mana nak cari nasi atau makanan Malaysia? Ah, janji aku tiada masalah dengan makanan dah cukup syukur bagiku. Kita harus menghormati budaya mereka. Bukankah itu juga yang kita harapkan apabila pelancong asing berkunjung ke negara kita yang tercinta? Kalau kita kata makanan mereka tak sedap, kitapun tak tahu kalau mereka juga tidak suka akan makanan Malaysia kita. Oh ya, kami juga dihidangkan dengan air masak dalam cawan besi. Katanya, ini juga sebahagian daripada budaya mereka.

Alamak! Satu masalah timbul. Perjalanan jauh lagi. Bas terlalu sejuk. Aku nak ke tandas. Macam mana ni??? Sedangkan di Malaysiapun aku jarang ke tandas awam. Apatah lagi di sini. Di negara yang dikatakan kotor ini? Tapi aku tak ada pilihan. Aku kena ke tandas. Tawakallah jelah, Tinta. Ramainya orang keluar masuk tandas kedai! Mesti tandasnya lebih teruk dari tandas KL Sentral atau tandas stesen minyak Malaysia. Rasa nak nangispun ada. Aku tak sanggup masuk tandas busuk dan kotor. Kalau keluar di Malaysia dari pagipun, aku sanggup tidak buang air kalau tidak terdesak sampai malam, sampai balik rumah. Macam mana ni??? Nak tak nak, langkah malas aku hayunkan ke bahagian belakang kedai. Nafasku tahan sewaktu membuka pintu tandas. Walau macam manapun, aku perlu bernafas. Eh, tak busukpun? Tak kotor? Kata negara India ni kotor dan busuk? Dalam Mr. Devan pesan suruh cepat aku sempat mengelamun kehairanan. Tandasnya juga besar. Lebih besar dari tandas awam di Malaysia. Ada baldi dan gayung. Gayung bentuk jag lagi. Okay, dah dua khabar angin yang ku dengar tidak tepat.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Trivandrum. Lebih kurang jam 12.00 malam, kami tiba di Chitram KTDC Hotel. Aku menghuni bilik triple sharing bersama Ija dan Kak Rahimah. Ada dua katil. Tapi katilnya tidak sebesar katil di Malaysia. Rasanya katil bujang Malaysia besar sikit dari katil di hotel ni. Alhamdulillah hotel ini selesa. Satu tambahan tilam diberi untuk mereka yang tinggal tiga orang sebilik.

9 comments:

Anonymous said...

harap saudara dapat menceritakan lg kisah seterusnya kembara saudara di bumi india.

TINTA EMAS said...

Maaf saya perempuan, bukan saudara. Insya-Allah, saya akan sambung cerita saya cuma sejak akhir-akhir ni saya sibuk. Mungkin minggu ni saya kurang sibuk. Terima kasih atas perhatian saudara pada blog saya.

Anonymous said...

huhuhu...review kawasan elit2..mmg nampak biasa lah.,,cer gi tempat yg mcm dalam cite slumdog millionaire...kat situ la org berak ..kat situ lah org basuh baju...

TINTA EMAS said...

Ya. Sebab tulah saya sebut Kerala ni tempat paling bersih di India.

Unknown said...

Setiba di kochi..ada tak agent yg boleh sis kogsikan contact num?
Boleh sis email.ke sitifairos1310@gmail.com

TINTA EMAS said...

Sebenarnya, saya tidak rekmen travel agen ni. Pengurusannya kurang teratur dan kelam-kabut. Saya tak simpan nombornya sebab tak berapa memuaskan. Kalau nak, saya mungkin boleh try Tanya kawan-kawan kalau mereka masih simpan.

lynn said...

Salam sis, sya nk tya senang tak kalau guna public transport?? Ferry, train n bas.. Sy pun rsa Kerala berbeza Dr cerita2 ttg India.. Myb like Goa.. Klu sis bole share iti, bole email K lisatulip0101@gmail.com thanks sis

TINTA EMAS said...

Maaf lambat balas. Iti... Rasa dah hilang bersama PC yang rosak hari tu. Saya cuba tengok. Kalau ada. Tapi jangan mengharap. Saya tak pasti public transport sebab masa tu saya pergi dengan agensi pelancongan. So semua dia siapkan.

TINTA EMAS said...

Lyn dan Fairos,

Saya dah email apa yang anda minta. Harap dapat membantu.