SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, October 4, 2018

Tentang Kasut Medifeet

Dua bulan lalu, saya kecoh mencari kasut yang sesuai untuk dipakai lantaran menghidap Planta Fasciitis. Beli kasut baru. Then salah beli. Duit dah melayang RM200.00 lebih. Sedangkan kaki saya sangat sakit ketika tu. Tapi... Ada penyelamat datang. Ada orang bank in RM300.00 suruh saya beli kasut lain. Sebenarnya dia suruh beli kasut Clarks. Siap pesan kalau harga Clarks tu mahal, on the spot call dia dan dia akan bank in jumlah yang tak cukup tu. Tapi takkan saya nak mengada-ngada macam tu. Malulah saya nak susahkan orang. Kalau saya ni wife dia ke, special girl friend dia ke, tak apalah jugak. Adalah sebab kenapa dia nak bagi saya banyak-banyakkan? Kebetulan, kat Sogo Clarks dah tutup. So, pilihan yang saya ada, Medifeet. Duit RM3.00 tu ada lebih lagi walaupun tak sampai seratus. Dia suruh saya pegang je duit tu buat tampung belanja. Hahahaha... Rasa macam saya ni budak-budak sekolah, abah bagi duit. Alhamdulillah, walaupun perlahan, sakit saya ni berkurangan. Belum hilang sepenuhnya. Mungkin betul kata doktor, sakit ni lambat nak baik. Ada orang setahun baru sembuh. Kata Kak Nurul, sakit ni datang macam rebut, pergi macam siput. Hahahaha... First time dengar kata-kata tu. Geli pulak hati kita ni. So sekarang ni, pagi petang siang malam, saya pakai Medifeet ni. Kalau hujan lebat je saya tak pakai. Takut rosak. Ada jugak niat nak beli Clarks. Banyak review mengatakan Clarks tu bagus untuk kesihatan kaki dan yang berkaitan dengannya. Apapun, terima kasih kepada orang tu. Esok, sesi pertama fisioterapi saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Semoga kaki ni cepat sembuh. Saya tak nak kena inject. Doktor nak inject kalau appointment Disember nanti masih tak baik.

No comments: