SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, November 30, 2016

M&M Dan Cadbury

Assalammualaikum readers yang ku sayangi, Hahaha... Tengok gambarpun dah tahu kan saya nak cerita fasal apa petang ni? Tadi, saya ada meeting kat KLIA 2 macam yang saya cerita semalam. Dah sampai kat airport tu, peluang tidak boleh dilepaskan. Awal-awal lagi, staff saya dah cakap, nanti cakaplah dengan En. Fairuz, kita masuk kedai coklat kejap. Hahahaha... Dia tak berani cakap dengan boss. So, dia cakap dengan saya supaya hasratnya itu disampaikan kepada boss. Bukan hasrat dia je, hasrat saya juga. Kalau dah sama generasi tu, sikit sebanyak mesti sama kepala kan? Matanyapun melilaulah ke dalam kedai coklat tu. Sedang saya, dah terbayang Lindor kegemaran saya. Hehehe sebenarnya, ada jugak hajat kami tak tercapai hari ni. Nak minum kat Starbucks. Manager Air Asia ni bawa kami pergi kedai lain pulak. Masa nak balik tu, sayapun nyatakan hajat kami kat boss kami yang sporting tu. Yay!!! Shopping time!!! Boss tak nak masuk kedai, so dia tunggu kat luar je. Apa lagi, sibuklah kami memilih coklat. Sayangnya, Lindor kegemaran saya tak ditemui. Habis nak beli apa? Sebelum ni, saya ada baca review yang Cadbury ni ada banyak Negara yang keluarkan dan rasa antara satu sama lain berbeza. First, saya nak try made in Australia. Haaa... Ia menjelma di depan mata. Saya ambil yang Hazel Nut. RM26.00. Mak ai, jauh beza harga dari Cadbury Malaysia. Lagilah excited nak rasa. Sedap sangat ke? Lepas tu, jumpa pulak M&M kegemaran saya. Gemuk-gemuk coklatnya. RM45.00, made in US. Boleh tahanlah besar bungkusannya. OK, kita try. Sedap ke tidak. Saya dah try Cadbury, memang best! Jauh beza rasanya dengan Cadbury Malaysia. Sesuailah dengan harganya walaupun saiznya sama dengan yang jual kat mall biasa tu. Kacangnya besar-besar. M&M belum rasa lagi sebab M&M yang saya beli kat NU Sentral tu masih ada. Lepas ni, saya nak rasa Cadbury yang buat kat Negara lain pulak.

Tuesday, November 29, 2016

Proper, Proper, Proper

Hai readers, I just got back from Air Asia. Nak membebel sikit ni. Dulu saya fikir, bila saya tukar department, saya tak perlu pakai proper macam dekat PR. Maklumlah, PR kan department paling glamor dan banyak jumpa orang. So, tukar department, terlepaslah saya dari jumpa orang and bolehlah pakai biasa-biasa je. Malas pun tak apa. Ternyata, telahan saya tu salah sama sekali. You know what? Sejak saya tukar department ni, makin banyak pulak kena jumpa orang, meeting kat luar, pergi sana-sini. Rasa macam lebih banyak jumpa orang berbanding PR. Kadang-kadang, lima hari seminggu ada kerja luar. Oh my god!!! Bila boss saya balik dari MC ni, saya rasa lega. So, masa saya mesti lebih banyak kat office. Kerja luar ni penat sebenarnya dan kita kekurangan masa untuk selesaikan kerja-kerja pejabat. Sangkaan saya meleset lagiiiii... Semalam, saya pakai biasa-biasa sebab tahu tak ada kerja luar. Tak lama saya masuk office, boss bagi tahu, ada meeting dengan wakil MRT jam 10.00 pagi. OK! Hehehe geram jugaklah sebenarnya. Sebelum tu, dia dah bagi tahu saya yang saya kena bagi training pada hari Khamis dan Jumaat kat Air Asia. Tapi saya OK lagi, at least, saya boleh bersantai di office untuk semalam dan Rabu. Semalam tak jadi bersantai sebab ada meeting dengan MRT line 3. OK, hari Rabulah harapan saya. Petang semalam, staff saya intercom saya, katanya, boss suruh ikut dia meeting di KLIA 2 Rabu ni. Mak ai, penuhnya jadual minggu ni? Saya Tanya, meeting apa? Dia suruh saya direct Tanya boss. Hehehe dia tahulah tu yang saya malas keluar dan nak membebel bila disuruh keluar. Nampak gayanya si assistant saya ni dah mula faham dengan perangai saya. Bila saya marah diapun, dia macam dah masak dengan cara saya marah. Lepas saya tegur kesilapan dia, dia boleh je cakap dengan saya fasal benda lain dan kami jadi macam biasa, tak gaduh dan tak ambil hatipun antara satu sama lain. Yelah, hal kerja, kerjalah. Tak payah nak bawa dalam hal kawan-kawan kan? Hmmm... So, petang ni, saya dah mula fikir, nak pakai baju apa esok? Tu yang paling saya malas sebenarnya. Nak jaga penampilan. Tapi tak naklah serabai depan orang. Beberapa hari sebelum Air Asia, saya mesti Tanya boss dan selalu kata, boss pergi kan? Bila dia cakap saya pergi, mesti saya merungut. Hehehe Boss saya ni lagilah dah masak dengan perangai saya. Saya merungut tu bagi dia biasa je, macam nyanyian seekor nyamuk. Bila ditebah, diamlah nyamuk tu. Boss: Awak kan dah boleh buat. You have more confident what. Saya: Bukan masalah confident ke tak. Masalahnya, saya malas nak gosok baju. (Saya nak pakai baju yang tak payah gosok. Tapi baju tu, just duduk kat office sesuailah. Kalau keluar tu kurang sesuai. Dengan boss ni saya cakap je benda yang betul. Dia macam ayah saya dah.) Boss: Tak payahlah gosok baju. Apa salahnya setakat pergi Air Asia tu tak gosok baju. Who cares? (Dia nak psiko sayalah tu.) Saya: Mana boleh. Nanti orang kata saya serabai. Boss: Tu tak tahulah tu. Kalau tak nak serabai, kenalah gosok baju. Kan betul. Siap gelak-gelak tu cakap dengan saya macam tu. Esok, lusa, tulat, Sabtu. Setiap hari keluar. Dah lama saya tak merasa lunch yang panjang hari Jumaat dan tidur di surau pejabat. Bilalah boleh rasa cam tu kan? Tak bestlah jadi busy ni. Tak ada masa nak enjoy-enjoy macam dulu. Badan kena bergerak, otak kena fikir, mulut kena cakap, tingkah-laku kena jaga. Patutlah orang yang lebih busy tu saya tengok, bila sekali dapat santai-santai, dia buat perangai gila-gila. Release tension rupanya. Hehehehe... Cepatlah hari Ahad datang, saya nak pergi kayak, nak enjoy-enjoy dengan kawan-kawan dan volunteer yang gila-gila dan best. En. Mahathir, kita latih kayak tau Ahad ni. Tinggal Ahad ni je kita berlatih sebelum ke Pangkor minggu depan. Hahaha mesti meriah punyalah kayak saya dengan En. Mahathir, kami kan gila-gila. Kayuh serius tu 30 minit pertama je kot. Lepas tu main-main. Tapi, mula-mula naik kayakpun mesti kami dah riuh.

Tudung, Facebook Dan Youtube

Assalammualaikum semua, Apa khabar hari ni? Hope, everything is going well. Haha... Facebook lagi? Hehehe biasalah tu. Semalam baju, hari ni tudung pulak ya. Sayapun macam orang lain, suka upload gambar di FB masa ada di FB dulu. Sekarang? Sekarangpun upload jugak, tapi kat media social lainlah. Instagram? No, no, no. Sama je macam FB, menyakitkan hati IG tu. Malas nak tengok orang tergedik-gedik kat situ. Suatu hari, ada someone PM saya di FB. Saya tak kenalpun dia, tak pernah jumpa. Sekadar friend kat FB. Bunyinya lebih kurang begini: Dia: Salam Tinta. Saya: Wasalam. Dia: Kawan akak Tanya, boleh tak nak belajar dengan Tinta, macam mana nak pakai tudung macam dalam gambar yang Tinta baru upload tu? Masa tu saya rasa nak tergelakpun ada. Orang pulak nak belajar dengan saya. Patutnya saya yang belajar dengan orang. Tapi kawan-kawan office saya kata, saya memang pandai gayakan tudung sama ada selendang mahupun bawal. Kakak office ni ada yang suka tengok saya pakai tudung lepas solat, nak tahu cara saya pakai tudung. Kadang-kadang, bila jumpa saya, dia orang Tanya, macam mana nak pakai tudung macam ni? Selalunya kat suraulah saya tunjuk kat dia orang. Hahaha... Kadang-kadang tu, saya main reka je. Alhamdulillah menjadi. Tapi penyakit M saya akan datang bila hari cuti. Kalau nak keluar hari Sabtu tu, saya rasa malas nak belit-belit sebab rasa macam nak pergi office. Bagi saya, Sabtu, Ahad hari yang simple dan bermalas-malasan. Pernah dulu kawan baik saya cakap: Kawan: Tinta, aku rasa, kau ni kalau tak, mesti lagi pandai bergaya. Mesti lagi macam-macam gaya tudung kau. Macam kakak aku tu, macam-macam gaya dia pakai. Saya senyum je. Sebab, dia tak tahu macam mana saya belit-belit kalau saya pergi office. Keluar dengan dia and the gang Sabtu Ahad, saya just pakai simple je. Malas. Bagi saya, Sabtu dan Ahad tu, hari yang simple. Bila bosan-bosan, saya terfikir, since saya dah ada akaun kat Youtube, apa kata kalau saya buat tutorial pakai tudung? Agak-agaknya ada tak orang nak tengok video saya tu? hehehe almaklumlah, saya ni bukan retis.

Monday, November 28, 2016

Bunuhlah! Jangan Biarkan Ia Hidup!!!

Tinta, Bunuhlah semua perasaan yang bertunas. Bunuhlah, jangan biarkan ia terus subur dan mekar, kelak nanti, kau yang akan menderita. Bunuhlah, bunuhlah, agar kau dapat menjalani hidup ini dengan tenang dan aman. Allah kan ada. Berserahlah, bertawakallah. Serahlah segalanya pada Allah, serahlah hatimu, cintamu hanya pada Dia. Pasti indah cinta itu akan dirasai. Insya-Allah, amin...

L'occitane Revitalizing Fresh Shampoo

Seperti yang dijanjikan, saya kembali lagi. Hahaha macam lintas langsunglah pulak. Alkisahnya sebelum lunch tadi saya nak pergi TM, buat urusan pindah rumah. Pindah rumah? Maksud saya, pindah line dari rumah lama ke rumah baru. Staff saya ni beria-ia cakap, ada TM counter kat NU Sentral. Semangat kita orang pergi, tak ada pulak. OK, dah nak waktu lunch dan dah alang-alang sampai NU Sentral ni, kita shopping dululah. Misi utama: Face cleanser dan shampoo. Kaunter SK-II tak ada orang pulak. Ni bukan kali pertama saya kena macam ni kat SK-II NU Sentral. Dah tahu dah masa lunch tu orang keluar pejabat, jagalah kaunter. OK, kejar masa. Lupakan! Kita terus ke misi kedua, mencari shampoo. Kami terus ke L'occitane mencari shampoo saya. La... Shampoo jenis Peony yang saya pakai dah tak keluar. Yang ada hanya body shampoo dan perfume. Saya sangat sukakan shampoo tu sebab sangat sesuai dengan rambut saya. What to do. Terpaksalah saya cuba shampoo lain iaitu, Revitalizing Fresh Shampoo. Ia tak sewangi Peony saya. Tak apalah, janji ia boleh setanding dengan Peony, menjaga rambut saya. Gunanya untuk membasmi minyak dan menghalang keguguran rambut. Waaaa... Surprisenya, ada tulisan braille kat botol shampoo ni. Baru kot benda ni. Ini sudah bagus. Boss saya Tanya saya, L'occitane keluaran mana? Keluaran Perancis. Kepada mereka yang berminat, harga sebotol shampoo berisi 300 ML, RM98.00 Kalau beli yang besar, 500 ML yang dapat perapi yang juga 500 ML, RM298.00 kalau tak silap. Automatik jadi member. Nilah rupa Revitalizing Fresh Shampoo ni. Layan gambar di bawah.

Baju Dan Facebook

Assalammualaikum readers, Selamat memulakan hari baru, dalam minggu yang baru. Tengah sibuk ke tu? Kalau tension, sudi-sudilah baca blog saya yang merepek ni hehehe... Hahaha... FB dah tutup lama, tapi masih ada cerita fasal FB ni. Rindu? Taklah, saya tak rindukan FB langsung sebab saya tahu, FB itu menyakitkan. Malah, saya lebih tenang hidup tanpa FB. Rupa-rupanya, ada pelbagai ragam pembaca dan likers FB saya ni. Kadang-kadang, boleh buat saya senyum sendiri. Kadang-kadang saya fikir, sampai tahap tu mereka melihat saya di FB. Baru-baru ni, saya adalah jumpa dengan sorang kakak ni. Kakak: Dah lama tak Nampak kat FB? Saya: Ha'ah, dah lama tak aktif. (Malas nak cerita deactivate segala bagai. Panjang pulak nanti soalnya) Kakak: Tulah. Tak bestlah. Aktiflah balik. Saya: Kenapa? Kakak: Akak selalu tengok FB Tinta walaupun tak komen. Akak perhati je. Like selalulah. Saya: Oh ya ke? Terima kasih, kak. Kakak: Sebenarnya, akak suka tengok baju-baju yang Tinta pakai dalam gambar-gambar kat FB tu. Cantik-cantik. Kalau akak like pun, bukan like status sebenarnya, akak like baju-baju Tinta. Macam-macam fesyen baju Tinta. Sekarang ni, bosanlah sikit, tak boleh cuci mata tengok baju. Apa? Peliklah dia orang ni. Selalu orang like status. Ini like baju. Hahaha apapun, saya hargai apa yang mereka suka. Terima kasih semua atas perhatian yang diberikan. Apa? Gambar? Hahaha kat blog ni belum sampai seru nak letak gambar. Nantilah, kalau rajin nanti, wajah saya akan muncul kat blog ni macam kat FB dulu. Jangan menyampah pulak nanti. Tu pun dah ada permintaan supaya saya upload gambar-gambar saya kat sini sebagai ganti FB. Katanya, tak best baca tak ada gambar. Katanya lagi, asyik baca cerita je. Nak jugak tengok tuannya macam mana sekarang. Kalau kat FB dulu hamper setiap minggu boleh tengok wajah, boleh tengok kurus ke, gemuk ke. Hehehehe sungguh macam-macam dia orang ni. Tataaaa... Kejap-kejap lagi, saya akan kembali dengan cerita lain pulak. Hari ni kat office je. So, mood nak tulis blog pun datang. Jangan bosan tau.

Saturday, November 19, 2016

Kenapa Dengan Hati?

Ya Allah, Betapa uniknya Engkau ciptakan hati manusia. Kadang-kadang, saya sendiripun tak faham dengan hati saya. Ada masanya, akal menasihati hati. Tapi hati degil. Yang sengsaranya kelak saya. Ya Allah, Kenapa saya mesti ingat dia? Adakah petanda yang Kau kirimkan dari ingatan ini? Lebih parah, kenapa saya rindukan dia? Sedangkan saya tak tahu hatinya, perasaannya. Ya Allah, Janganlah Kau izinkan saya terus-terusan dalam kecewa ini. Hati saya sakit Ya Allah. Saya menderita. Tolonglah Ya Allah, jika cinta ini bukan milik saya, jika dia bukan disuratkan buat saya, maka, hapuskanlah segala rasa ini. Bunuhlah segala lara ini. Ya Allah, Saya tak tahu kenapa saya sentiasa merinduinya. Mendambarkannya. Biarpun saya sedang beraktiviti. Ingatan ini sentiasa melayang kepadanya. Malah, saya ada waktunya tidak semena-mena menangis kerana merindukannya. Tapi rindu kali ini, saya rasa bagai ada keindahan. Mungkin kerana saya serahkan kepada Allah yang menciptakan. Tinta, amalkan doa Zulaikha, tatkala ia amat merindui Yusufnya. Janganlah terlalu mengharapkan takdir menyebelahi diri sebaliknya, berdoalah agar Allah memberikan yang terbaik biarpun tidak seiring dengan kehendak hati. Ia pasti lebih indah dan menenangkan. Insya-Allah. DOA ZULAIKHA: Tuhanku, Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku, Tercipta buatku, Dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Tetapkanlah kemesraan antara kami Agar kebahagian ini kekal abadi Dan Tuhanku, Seiringkanlah kami mengharungi hidup luas ini Ke tepian yang sejahtera. Tetapi Tuhanku Yang Maha Pengasih, Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luput dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kecewa. Serta Tuhanku Yang Maha Mengerti, Berilah aku kekuatan Untuk melontar bayangannya ke dada langit Hilang bersama senja nan merah, Dan gelap pekat awan Agar aku bisa bahagia walaupun tanpa dirinya. Dan Tuhanku yang tercipta, Biarkanlah yang hilang, Tumbuhkanlah kembali yang telah patah, Meskipun tidak sama dengan dirinya, Biar sekuat mana aku mencintainya, Aku pohon agar Tuhanku melenyapkan perasaan ini Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku. Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku, Ku pohon agar takdir memperkuatkan kasihku padanya, Selagi tidak melebihi kasihku padaMu. Amin...

Hari Yang Penat Tapi Menyeronokkan

Assalammualaikum semua, Terima kasih kerana masih sudi baca blog Tinta yang tak seberapanya ni. Sebenarnya, malam ni, Tinta penat sangat. Bertandem dari pagi sampai malam selama 12 jam. Dah macam orang kerja kilang. Genting Peras pulak tu dan lepak-lepak kat Sungai Gabai. Hujan pulak turun dengan lebatnya sewaktu mendaki Genting Peras. Menggigil dibuatnya bila turun. Kalau panas bestlah, sebab berangin. Macam ekspedisilah pulak, 140 KM perjalanan hari ni. Bezanya, ekspedisi 140 KM tu boleh buat dalam masa 6-8 jam je. Pergi suka-suka ni, suka hatilah kan nak berhenti selama mana. Tu yang jadi lama tu. Hari ni, tiga kapten bawa Tinta, Kapten tetap, Along (Khoirie), Along tak nak naik Genting Peras so, Tinta bergandingan dengan Daus. Masa balik, Along cramp, Fauzi adik si Daus pulak ambil tempat Along berpasangan dengan Tinta. Esok, pagi-pagi dah kena pergi berkayak kat Tasik Putrajaya pulak. Lepas ni, tidur tau, Tinta.

Thursday, November 17, 2016

Shopping Sama-sama, Beli Rumah Sorang-sorang

Salam readers, Meh nak buat luahan perasaan kejap. Tatkala mendengar ayat di atas lewat berita yang disampaikan, saya rasa berdesing dan rasa macam tak percaya ayat itu dituturkan oleh orang yang pernah jadi kawan baik saya. Kalau ya pun awak tak suka saya, hati-hatilah bila bercakap, janganlah sampai memfitnah pulak. Rasanya kita sekolah agama guru yang sama. Tak pernah dia ajar hukum fitnah tu berbeza-beza mengikut pelajarnya. Tak ingat ke? Saya dapat tahu hal beli rumah ni pada hari terakhir permohonan? Saya bagi tahu awak, dan awak cakap, susahlah nak bergegas last-last minute. Nanti kalau ada buka yang baru bagi tahu dan awak Tanya saya, mohon tak? Saya kata, mohon. Tapi baru nak siapkan dokumen sebab baru tahu. Awak cakap, saya tak apalah, tempat saya. Lepas tu, ada satu permohonan tu dibuka, dia dan beberapa orang rakan apply. Bila tak dapat, permohonan gagal, marah. Bila saya Tanya-Tanya, rupa-rupanya buat alamat KL. Memanglah tak dapat. Kan dia nak orang yang beralamat di Selangor. Memang ada orang yang letak alamat KL dapat. Mungkin itu kes terpencil dan terlepas pandang. So, sebaiknya, kita elakkanlah buat kesilapan supaya jika kita gagal, bukan disebabkan oleh kesilapan kita. Orang, biasalah, kalau dah tak suka. memfitnahpun sanggup buat. Balasan di neraka sana tak fikir dah, janji hati dia puas. Tak apalah, Allah kan ada. Buatlah selagi boleh buat orang.

Bertabahlah Hati

Wahai hati yang luka, bersabarlah kerana Allah tahu apa yang Dia buat... Wahai hati yang lara, bersabarlah, kerana Allah tahu itu yang terbaik buatmu... Wahai hati yang sengsara, bersabarlah, kerana pahit itu pasti ada penawarnya... Wahai hati yang derita, bersabarlah, kerana tiap kelukaan itu pasti ada ubatnya...

Monday, November 14, 2016

Arahan Mandatori

Salam readers, Hope you all feeling well tonight. Nak baca tak saya membebel entah apa-apa ni? Kalau bosan tu, baca jelah hehehe... Dalam banyak-banyak email yang masuk ke in-box saya, adalah satu email dari pegawai kepada board members. Yang masuk kat saya ni just CC jelah. Bukan ditujukan kepada saya. Email tu berbunyi: Dear madam, ---, --- and Cik Tinta Emas will attend the meeting on Saturday, 3rd December, 2016. Aaaaahhhh!!!!!!! Rosak semua program saya. Apa hal pulak dia pergi confirm kehadiran saya tanpa Tanya saya dulu free ke tak hari tu??? Saya ada program NGO lain yang saya nak hadir masa tuuuuu!!!!!! Bengang betul saya. Apa lagi, membebellah saya. Assistant saya kata, "Lagikan En. Fairuz yang boss tu pun dia tak Tanya, main confirm je apa-apa meeting, lagi pulak kau," Hahahaha betul jugak tu. Saya ni ikan bilis. Ish! At least tanyalah. Orang ada program hari tu. Ish, ni namanya mandatorilah ni. Tak boleh elakkan??? Menyampah betul!!!

Friday, November 11, 2016

Whatsapp Yang Menyentuh Hati

Assalammualaikum readers, Dalam sibuk-sibukpun sempat lagi curi-curi tulis blog. Hehehe bukan apa, sebab rasanya momen ni penting bagi Tinta nak share kan di sini. Kalau orang tak nak bacapun, boleh Tinta baca semula kemudian hari nanti. Hari ni masih sibuk. Buat dua tiga kerja dalam satu masa. Terkejar-kejar supaya sempat semuanya sebelum keluar ke Air Asia bagi training. Dalam saya duk sibuk-sibuk menyemak laporan-laporan audit akses yang dihantar, balas email, balas official whatsapp, terima Whatsapp bertalu-talu dari group yang meminta saya buat itu dan ini, jawab panggilan telefon, saya terima satu Whatsapp yang amat menyentuh hati saya. Rasa macam nak balik ke zaman sekolah dulu supaya saya sentiasa ada bersamanya. Cikgu Fatimah Harun, guru kelas sewaktu saya darjah enam yang saya anggap macam ibu saya sendiri. Cikgu yang mengajar saya menjahit sembat dan jelujur, mengajar saya erti tanggungjawab dan amanah, menggalakkan saya belajar memasak, yang mengiringi saya ketika keluar, yang selalu bercerita itu dan ini kepada saya, yang selalu menduga kewibawaan saya dalam menyelesaikan masalah serta menyempurnakan tugas sebagai pelajar dan pengawas, yang selalu menasihati saya dan hehehe tak kurang membebel kepada saya dan rakan-rakan. Tapi bebelannya sangat lembut dan halus. Hehehe cikgu ni la jugak yang saya mengada-ngada, menangis, merajuk, saya cari ketika perlukan seorang ibu di sisi sampai diapun tahu apa yang boleh buat saya merajuk. Hehehe saya memang suka buat perangai dengan cikgu. Kami terlalu rapat sampai anak-anak cikgupun sangat kenal saya. Tak tahan tu, anak cikgu selalu cakap, "Mak tu garang, dengan Kak Tinta tak garangpun," Ni dalam kes belajar Matematiklah ni. Pernah suatu ketika kami ke Terengganu menyertai Tokoh Kanak-kanak Cemerlang, saya keluar bersama keluarga saya dan Cikgu Fatimah bawa kawan saya keluar. Cikgu cakap dengan kawan, entah-entah nanti saya merajuk sebab tinggalkan saya pergi jalan-jalan. Hehehe memang saya nak merajukpun masa tu. Tak adilkan? Saya tinggalkan cikgu boleh, cikgu tinggalkan saya, saya nak merajuk hehehe. Melampau! Tapi cikgu sangat pandai mengambil hati saya. Dia belikan saya sesuatu balik dari berjalan-jalan buatkan hati rajuk saya segera terubat dan tak jadi merajuk. Hehehe ngada-ngada tak saya cikgu? 'Assalammualaikum Tinta, lama tak dengar berita. Apa khabar?' Saya balas Whatsapp tersebut. 'Waalaikummussalam cikgu. Alhamdulillah. Tinta sihat. Cikgu macam mana? Sihat ke? 'Syukur Alhamdulillah. Sihat adanya. Lama tak ikut perkembangan anak cikgu di FB, tu yang bertanya khabar ni. Dah pindah rumah baru ke?' Sebenarnya dua tiga hari ni, saya memang teringatkan cikgu. Cuma tak Whatsapp cikgu. Maafkan saya cikgu sebab tak bertanya khabar cikgu. Maafkan saya cikgu sebab cikgu dulu yang harus bertanya khabar anak murid cikgu ni sedangkan cikgu itu dimuliakan Allah. Ampunilah saya Ya Allah kerana mengabaikan cikgu saya yang satu itu sedangkan saya tahu dia terlalu baik dan menganggap saya seperti anaknya. Jika tidak masakan dia datang mencari saya di pejabat suatu ketika dahulu kerana rindukan saya. Maafkan saya sekali lagi cikgu. Cikgu, bukan niat saya mahu menjauhkan diri daripada cikgu dan orang-orang yang saya sayang di FB tapi keadaan memaksa. Saya terpaksa cikgu, terpaksa demi hati yang lara. Saya harap cikgu faham dan sentiasa doakan kebahagiaan saya. Dan cikgu kata, Insya-Allah akan berkunjung ke blog saya yang tak seberapanya ni setelah diberitahu tentang blog ni. Cikgu selalu ikut perkembangan saya di media sosial dan media massa bagi mengubat kerinduannya. Jadi, saya berikan alamat blog ni supaya cikgu akan tetap bersama saya meskipun saya tiada di Facebook. Sayang dan rindu cikgu selalu.

Thursday, November 10, 2016

Tukar Channel

Salam readers, Saya dah balik dari Air Asia. Alhamdulillah, hari ni saya rasa lebih confident untuk present dalam Bahasa Inggeris. Tak tahulah kenapa. Hehehe... Mungkin sebab ada guru kot yang latih saya setiap hari sejak kebelakangan ni untuk cakap dan tulis Inggeris. Terima kasih you, terima kasih jugak kepada group-group Whatsapp yang banyak berkomunikasi dalam Inggeris. Paling saya tak sangka, saya dah mula banyak faham dan tangkap apa yang dituturkan oleh American di BBC News. Betullah kata Cikgu Din dan En. Fairuz, English is about speak, listen, and read. Bukan saja pada cikgu, bila En. Fairuz suggest saya dengar BBC pun saya refuse. Saya cuba dengar, tapi setiap kali saya dengar, mesti tak lama lepas tu saya tidur. Tapi sekarang, Alhamdulillah, mata saya boleh bertahan lama dengar BBC News. Cuma masih belum hundred percent la saya faham dan tangkap perkataan dia orang. Paling penting, hari ni, saya faham Bahasa Inggeris student saya di Air Asia. He is from India. Susah sikit nak faham apa yang Indian cakap tapi Alhamdulillah Allah, hari ni saya faham. Setiap kali kelas, perkara yang membimbangkan saya adalah ground staff, pramugari serta pramugara yang berpengalaman atau dari luar Negara. Saya takut tak faham slang dia orang. Karang, lain dia Tanya, lain saya jawab. Tapi betul, bila kita terdesak, segalanya akan membuatkan kita harungi dengan jaya walaupun terpaksa bersusah-payah. "Your English is good," Kata beberapa orang Mat/minah Salleh ketika berbual-bual dengan saya sewaktu dalam LRT atau berjalan bersama. Even visitors saya sebelum ni yang datang dari overseapun pernah cakap gitu. Apa saya jawab? "No, actually my English is not so good," Kadang-kadang mereka menafikan apa saya cakap. Dalam hati saya, "Aku tahulah diri aku. Kau pandai-pandai pulak cakap no. Boleh tak kau jangan cakap banyak dengan aku? Sebab aku memang tak pandai Bahasa Inggeris," Dan saya selalu meminimumkan perbualan saya dalam Inggeris. Kalau dia orang nak cakap banyak, saya akan buat-buat sibuk dan jauhkan diri dari dia orang. Hahaha tapi terpaksa jugak sebab PR kan? Sampailah satu hari ada staff bagi tahu boss saya yang English saya improve. Ah, memanglah dia cakap improve, entah-entah, English diapun lebih kurang je macam saya. "I'm very impress with your English," Kata seorang engineer laut ketika kebetulan makan semeja dengan saya di kedai makan. Ah, setakat cakap sikit-sikit tu bolehlah. Tak ada apa yang perlu di'imperess'kan. Bebel saya dalam hati. Mr. Peter, pensyarah Bahasa Inggeris saya sewaktu di UiTM pernah tidak membenarkan rakan sekelas baca artikal Inggeris semata-mata mahu saya membacakan artikal berkenaan kepada kelas. Katanya, dia suka dengar slang dan cara saya membaca Bahasa Inggeris. Katanya lagi, sebutan saya tepat dan jelas. Dan saya pernah rasa tak percaya apabila beberapa pensyarah termasuk Mr. Peter memberi saya markah 7 atau 8 per sepuluh ketika speaking test. Begitu juga saya terkejut beruk apabila saya dapat Ben 4 sewaktu peperiksaan MUET. Segalanya saya rasa itu semua nasib je, bukan keupayaan saya menguasai bahasa tersebut. MUET tu saya jangka, saya tak lulus. Dan saya selalu rasa lecturer saya tu tak pandai nilai saya atau mungkin kesiankan saya sebab kalau exam, saya selalu dapat b+, b- atau b. Seorang board members office ni pulak, datang ucapkan tahniah kat saya lepas saya mengacarakan majlis dalam Bahasa Inggeris, "I like the way you talk. Both, in English and Malay," Lepas tu, ada pulak volunteer yang ucap tahniah kat saya sebab bagus dalam mengacarakan majlis in English, siap letak kat group whatsapp. Saya rasa dia orang ni semua dah gila. Saya rasa tension sangat bila orang kata Inggeris saya bagus. Sebab saya tahu saya amat lemah dalam English. Saya memang elegik Bahasa Inggeris ni. Saya senang sangat tidur bila dengar bahasa yang satu ni. Lebih baik saya belajar Bahasa Itali, dua jam kelaspun, saya still OK. Saya memang tak nak orang tahu saya boleh berbahasa Inggeris sebelum ni sebab saya takut apa yang dia orang cakap, saya tak faham. Biarlah orang nak kata saya bodohpun, saya rela. Nak kata saya kampong? Katalah, yang penting saya tak payah speaking dengan dia orang. Kalau orang cakap Inggeris dalam meeting, saya tak teragak-agak cakap Bahasa Melayu. Kitakan Malaysian. Tapi yang pelik tu, saya tahu kalau orang cakap Inggeris salah. Kadang-kadang grammar salahpun saya tahu. Macam mana boleh jadi macam tu ha? Tapi bila saya cakap, grammar tu tak tahu betul ke salah sebab nervous punya fasal. Takut salah, malu, macam-macamlah perasaan saya. Paling saya rasa gila adalah Mat/Minah Salleh yang cakap saya pandai Inggeris. "Tolonglah, bahasa kau kan? Takkanlah kau tak dengar aku ni cakap Inggeris kokak? Tu pun kau kata bagus ke?" Pelik betul saya. Ada sekali tu, saya balas voice whatsapp dengan kawan dari Kazakhstan. Orang yang dekat dengan saya masa tu boleh terkejut "Huish, Bahasa Inggeris awak, boleh tahan," Ya Allah, dengar tak Inggeris saya tu, Inggeris yang macam mana? Tolonglah. Saya ni paksa diri je untuk cakap dengan si Kazakhstan tu in English sebab dia tak faham Melayu tapi dia suka kawan dengan saya. Tensioooooooonnnnnnnn!!!!!!!!! Perkara yang paling buat saya nak nangis, ialah apabila boss saya cakap, "Esok you present. I tengok," Ya Allah, bagai batu dihempas ke kepala saya. Macam manalah orang tua ni boleh nak bagi saya present? Kalau saya tak tetap dalam department ni pun tak apalah sebab saya tak boleh berbahasa Inggeris. Saya sedih sangat masa tu. Rasa gelisah, sampai tak lena tidur malam. Tensionnya rasa, Ya Allah, Tuhan jelah yang tahu. Tukarlah saya pergi department lain kalau nak survive dalam department ni kena English bagai. Fikir saya ketika tu. Saya pujuk boss. Akhirnya boss mengalah, minggu depannyalah saya present. Tu pun saya masih cari helah supaya saya selamat. Tapi tak selamat jugak. Setiap kali ada kelas di Air Asia saya pasti risau dan tak selera makan. Dalam keretapun saya tak tidur Pada hal, saya ni pantang naik kenderaan,tak kira private mahupun public, mesti tidur kalau tak buat apa-apa. Driver dengan assistant saya sibuk duk usik dan gelakkan saya. Hari ni, Alhamdulillah, saya tidur nyenyak sekali sewaktu on the way ke Akademi Air Asia di Sepang. Sampai, saya terus tengok kelas mana dan solat. Masuk je kelas assistant saya cakap, dah pukul 2.00 dan kena mula sekarang. Tiada masa relax. Saya terkejut. Alhamdulillah jugak, saya dapat kawal gelabah saya. Sayapun terkejut dengan diri saya hari ni, saya rasa tenang sewaktu present, hehehe boleh nyanyi lagi tu suruh dia orang teka. Banyak perkataan yang boleh keluar lancer dari mulut saya berbanding sebelumk ni, saya selalu lupa perkataan yang saya nak gunakan in English. Tapi Inggeris saya tetap lemah. Saya harus berusaha untuk meningkatkannya. Saya tak sepandai orang lain dalam bab English ni. Serius saya cakap.

SYABAS Penyumbang Kesibukan Hari Ini

Setelah bercuti dua hari, maka hari ni berkejar-kejarlah saya dengan kesibukan. Nak balas email-email penting dari MRT lagi, nak semak report MRT setelah audit akses tempoh hari, nak semak laporan officer saya tentang audit MRT, nak semak garis panduan SPAD tentang aksesibiliti stesen kenderaan awam, nak pergi Air Asia lagi. Nantilah saya cerita fasal Air Asia tu. Dan! Nak kena keluar pergi lawatan tapak tempat SYABAS nak buat saluran paip barunya di sekitar Brickfields. Oh, my god! Kenapalah semua ni datang serentak? Kalau tak ada Air Asia, pastinya hari ni saya masih bercuti. Nasib badanlah, boss tak sihat. Hari ni tak nak dah call boss Tanya nak ikut pergi Air Asia tak. Saya tahu, dia saja je cari helah tak nak pergi sebab nak suruh saya belajar pergi sorang. SYABAS ni saya terima panggilan Isnin lepas sebelum saya bercuti. Dia nak buat baru system saliran dia. So, kenalah cepat ambil tindakankan? Saya janji dengan dia hari ni atau esok nak bagi jawapan macam mana nak buat saliran dia tu supaya tak jadi halangan kepada pejalan kaki. So, kenalah pergi round dulu, lawatan tapak, tengok kat mana bendanya dan macam mana yang dia buat sebelum ni. Memang kita ada complain masa lawatan tapak bersama DBKL beberapa minggu lepas. Agaknya dah kena tegur dengan DBKL kot. Sebelum apa-apa, saya call dulu pengerusi Rukun Tetangga Brickfields untuk dapatkan cerita sebenar. Karang pandai-pandai discuss dengan SYABAS, rukun tetangga (RT) kata, kita pandai-pandai membelakangkan dia. OK, pengerusi kata, mereka dah berbincang dan RT yang decide supaya SYABAS berbincang terus dengan kami tentang hal ni. Dah dapat green light, OK la. On the sport, saya minta officer saya keluar bersama saya untuk tengok benda alah tu. Alhamdulillah, officer saya ni tak banyak ragamnya. Sentiasa OK je. Pagi ni, jalan-jalanlah kami kat sekitar Brickfields ni. Dapatlah beberapa gambar untuk contoh dan perbincangan. Hahaha sempat lagi tu ambil gambar lubang tak bertutup yang disumbat dengan besi tajam. May be niat orang yang buat ni baik, tak nak bagi orang jatuh lubang. Tapi besi tu bahaya. So apa lagi, terus shoot, hantar dalam group Whatsapp. Kejap je, dah dapat respon dari pegawai DBKL. Kita lambat balas jalan apa dah kena ulang soal. Zaman teknologi ni cepat kan? Tulah kebaikan teknologi. Hal macam ni di hujung jari je kompelen dan terus dapat respon. Saya percaya, berdasarkan pengalaman lepas-lepas, hal ni akan selesai hari ni jugak. Setelah berbincang dengan officer saya, Aqilah, kami dapat buat kesimpulan, sebenarnya tak rumitpun masalah SYABAS ni, ikut je Malaysian Standard 1184 revision 2014 tu maka semua masalah selesai. Nanti saya akan bincangkan dengan pegawai SYABAS tu esok. Times out! Dah Tinta, pergi bersiap. Pergi Air Asia pulak. Jap lagi driver tunggu, kau masih terhegeh-hegeh lagi. Dahlah hari ni dapat driver on time. Bekas staff syarikat Jepun la katakan.

Wednesday, November 9, 2016

Terima Kasih, You

Terima kasih you, sebab masih sempat tanya khabar I walaupun busy. You janganlah rasa bersalah bila tak chatting dengan I. Bukan wajibpun kan hahaha... I know you are busy and malam pulak sekarang ni you have to entertein your regional staff. Baru I faham, kenapa you kena stay at hotel with them. Aik, macam mana tahu I aktif kat group pulak ni? Busy-busy pun sempat tengok group ke? Hehehe... Anyway, thank you for trying your best to make me happy. Moga Allah also will make you happy. Amin...

Ke Mana Harus Dilayar Rindu?

Malam sepi begini, terpanggil aku untuk melakar rasa di sini. Dalam mengusung saratnya rindu, aku tak tahu ke mana harusku layarkannya. Lalu ku mohon Tuhan, halakan rindu ini buatMu yang sentiasa merindui hamba-hambaNya.

Tuesday, November 8, 2016

Suatu Perkenalan

Perkenalan itu, telah membawa kita menjadi kawan. Tak sangka, perkenalan pertama yang kita tak berbual mesra, hampir sebulan kemudian kita jumpa lagi dan terus berkawan hingga hari ni. Terima kasih you, sebab sudi jadi kawan I. Setakat ni, sebagai kawan, you memang baik. Dan I banyak belajar tentang suatu sisi baru kehidupan. Agaknya betul kata you, mungkin ada sebab kenapa Allah temukan kita. Walaupun you tidak berpenampilan warak, tapi you selalu mengingatkan I pada Dia yang menciptakan kita meskipun secara tidak langsung. Cerita punya cerita, tak sangkakan you, kita ada beberapa persamaan. Rutin harian kita, apa yang kita lalui, minat kita, even date kita masuk kerja kat tempat kita bertugas nipun hampir sama. Date lain tapi bulan sama. Nasib office tak sama. Kalau tak, hari-hari gaduh hehehe... Ah, banyak lagilah yang sama. Cuma busy je yang tak sama. Kalau I kat tempat you, I pengsan kot. Siap kena on call lagi, macam doktor la pulak. You, terima kasih ya you, sebab selalu temankan I walaupun secara online. Yelah, nak layan kawan-kawan FB pun I dah tutup FB. Hikmah yang I dah nampak kenapa Allah temukan kita, sebab, Allah nak suruh I improve my English Language dengan membiasakan cakap dan tulis Inggeris. Benarlah janji Allah, dia akan berikan kita sesuatu pada masa yang sesuai. Misalnya, I tengah kelam-kabut nak improve my English sebab nak ajar steward, stewardess and ground staff in Air Asia. Allah uji, dalam keadaan I tak bersedia, boss I sakit. Lepas tu MC sebulan setengah sedangkan Air Asia's Class have to on. Boss yang baik hati tu pun, tiga kali mengajar dalam MC semata-mata nak ajar I. Lepas tu dia suruh I buat and dia observe untuk minggu berikutnya. I ni bukan english speaking punya orang. After UiTM, makin banyak perkataan English yang hilang sebab tak amalkan. Dan Allah temukan kita pada masa yang macam ni supaya I biasa dengan English then gunakannya seharian. You tahu tak, sometimes, I buka dictionary bila baca pesanan you. Bila nak balaspun sama, I buka dictionary supaya tak salah perkataan dan tak salah eja. Memanglah ada masanya you tak tulis hundred percent in english, but ada perkataan yang you gunakan tu I tak familiar. Dah hari ni pulak, you suruh I cakap dengan you pulak in english instead of reply your whatsapp. Seganlah I, I bukan pandai sangat nak speaking bagai ni. But my boss said, I can, but sebab tak guna selalu tu yang I have no confident. Bila I fikir balik, kalau dia yang english speaker tu tahu I tak boleh, masakan dia suruh I sorang-sorang pergi mengajar di Air Asia tu. Walaupun ada assistant, nothing to do with her because she just assist me to change the slides, show the video because I have to move here and there for demo. And thanks to my assistant yang selalu bagi support. Selalu cakap I boleh dan paling penting, banyak bantu I in practical session. Thanks, Qilah. Hehehe in practical session ni nampak kewibawaan Aqilah yang mengarahkan class untuk buat apa yang patut. Siap ajar I macam mana conduct dia orang tu. Sekali lagi, terima kasih you, terima kasih sebab sudi berkawan dengan I.

Dengan Izin Allah

Hampir setahun ni, macam-macam yang saya lalui. Tahun ni, memang tahun dukacita buat saya. Tak apalah, Allah kan ada. Dan saya dapat rasakan, bila saya berdukacita, hanya orang-orang yang benar-benar ikhlas menjadi kawan saya je yang terus bersama saya. Menghulur tangan untuk saya berpaut agar bangun, menolak saya ke atas semula serta memimpin saya agar tidak tersadung lagi dalam destinasi yang penuh cabaran ni. Kawan itu, silih berganti. Kawan ketawa, akan cepat perginya. Tapi janji Allah, Dia akan bagi yang lebih baik. Maka, Allah tunaikannya buat saya. Mungkin kawan-kawan yang saya ada kini bukanlah seperti kawan-kawan yang saya ada dulu. Kawan yang havoc, happy go lucky, lepak sana-sini dan ada yang menggolongkan mereka sebagai high standard. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Sebab saya berkawan dengan mereka bukan sebab kelas. Dan saya tahu kelas kehidupan kawan-kawan saya. Sama je macam saya. Alhamdulillah Allah, kawan-kawan yang saya ada sekarang, adalah kawan-kawan yang mengajar erti kehidupan, mengajar saya makna akan suatu perjuangan, mencorak kehidupan yang lebih rialistik, menukil cita yang perlu digapai. Kawan-kawan yang berkongsi pengalaman dan pendapat buat bekalan dalam kehidupan dan kerjaya demi suatu kejayaan yang menuntut jerih-perih keringat serta air mata. Apa yang lebih mengharukan saya, saya mempunyai boss yang terlalu yakin akan kebolehan saya. Yang selalu menolak saya ke hadapan. Yang selalu mahu kebolehan saya dipandang ramai. Begitu juga dengan board members yang percaya dengan kebolehan saya. Sentiasa cuba buat saya rasa selesa dan memenuhi keperluan kerjaya saya. Dan ada juga rakan-rakan pejabat yang sentiasa di samping saya, membantu saya dalam kemajuan kerjaya dan kehidupan. Satu demi satu Allah datangkan pada saya. Saya mula dipertemukan dengan pelbagai orang untuk berurusan, mungkin Allah nak pergaulan saya luas dan tidak terhad pada satu kumpulan sahaja. Dan saya juga berpeluang mencuba beberapa perkara baru. Terima kasih Allah, walaupun saya kelihatan keseorangan, tapi sebenarnya tidak. Saya rasa kini saya kaya dengan kasih sayang dan perhatian orang-orang yang benar-benar ada dengan saya meskipun mereka jauh. Rakan-rakan pejabatpun dah mula memahami cara kerja saya. Dan saya rasa, saya semakin dihargai walaupun ada yang membuang saya. Cuma, saya tahu, dalam perjalanan yang entah bila terhentinya ini, pastinya saya akan dipertemukan lagi dengan orang-orang yang akan menguji saya dan saya akan dihadapkan dengan pelbagai dugaan mendatang. Jadi, kepada dia yang kononnya mahu memberi pengajaran kepada saya, terima kasih sahabat. Kerana apa yang kamu lakukan, memberi saya lebih kekuatan dan membuka minda saya untuk memahami erti persahabatan. Hakikat yang paling pahit untuk saya terima adalah kenyataan yang kamu bukanlah sebenar-benarnya sahabat yang dapat saya sandarkan segala harapan serta kongsikan segala kedukaan dan kebahagiaan. Jika kesalahan sayapun tidak dapat kamu terima dan cuba memandu saya kepada kebenaran, malah, saya dipinggirkan dan pelbagai cerita direka. Tidak cukup dengan itu, saya dipersendakan. Maka, saya harus terima hakikat bahawa, kita tidak sesuai menjadi sahabat. Apapun, terima kasih atas segala kebaikan kamu kepada saya sebelum ini. Dan saya harap, kebaikan yang sebelum-sebelum ini ikhlas dari hati kamu dan semoga Allah melipatgandakan kebaikan buat kamu atas segala kebaikan kamu pada saya. Sebagai orang yang pernah menjadi sahabat kamu, saya sayangkan kamu sampai saat ini dan Insya-Allah sampai bila-bila cuma langkah kita saja yang tidak seiring lagi.

Sunday, November 6, 2016

6 November, 2010

Apa yang ada pada tarikh yang sama enam tahun lalu? Pada tarikh nilah saya menghadiri temuduga di office saya sekarang ni sebagai Public Relation Assistant. Hahaha masa tu, hati tengah berdarah kelukaan buat kali pertamanya. Hahaha... Beberapa hari sebelum tu, saya dikejutkan dengan panggilan daripada salah sorang staff office ni yang saya kenal, bertanyakan kepada saya sama ada saya terima atau tidak surat daripada organisasinya yang dihantar melalui City Link. Tak ada pun? Apa yang mustahak sangat tu? Mula-mula saya ingat surat dari SPA. Rupa-rupanya dari organisasi ni. La... Kenapalah susah-susah hantar dengan City Link? Saya kan kerja dekat-dekat sini je, call jelah suruh saya ambil surat tu. Jap, jap, saya peliklah. Surat apa tu? "Surat panggil you interview. Dengar cerita, dia orang nak ambil you jadi PR." Hah? Saya terkejut. Bila masa la pulak saya apply jawatan tu kat situ? Bila ada kekosongan pun saya tak tahu. Iklan apatah lagi. "Executive Director (Mr. George) dah keluarkan senarai calon. Lepas tu dia tulis pakai tangan kat list tu, +Tinta Emas. Kita orangpun pelik," Cerita staff berkenaan. Betul ke? Dah orang dah panggil, cuba jelah. Sayapun merisik khabar. Rupanya PR ni dia sekali dengan fund raising. So, sayapun mula study tentang PR dan Fund Raising. Tibalah pada tarikh ni, saya datang interview. Waaaa... Bukan calang-calang saingan saya. Ada student MASCOM, ada yang sedang bertugas sebagai PR. Alamak, habislah saya macam ni. Tapi, ada sesuatu yang membuatkan saya rasa seperti ada sedikit harapan. "PR tu senang. Habis tu kalau dia Tanya fasal fund raising tu apa ha? Macam mana nak buat untuk raise fund tu?" Saya dengar mereka berbual sesame mereka. Siapa suruh tak nak Tanya saya? Semuanya macam hebat-hebat je, langsung tak nak Tanya saya. Mesti dia rasa, kalau dia orang tak tahu, saya lagi tak tahu. Hahaha sebenarnya raise fund tu, saya tengah buatlah sekarang. Masa saya melangkah masuk bilik temuduga, Puan Liza dan Mr. George kata, tak payah kenalkan diri, sebab dia orang dah kenal saya. Orang lain punya interview lama. Saya punya kejap je. Ada jugaklah dia Tanya fasal fund raising. Alhamdulillah saya dapat jawab. Tak lama lepas tu, saya dapat panggilan mengatakan saya diterima mengisi jawatan PR di organisasi ni. Hahaha 10 bulan kemudian baru saya mula bertugas di sini iaitu pada 5 September, 2011. Dan pada tarikh yang sama tahun ni, usia perkhidmatan saya di sini masuk lima tahun dua bulan. Ketika usia perkhidmatan saya mencecah lima tahun, saya ditukarkan ke Accessibility and Advocacy Department dan turut bertanggungjawab kepada Sukan Dan Rekreasi. Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki ini kepada saya. Saya sayangkan organisasi ni. Saya akan cuba buat sehabis baik untuknya. Harap-harap, saya dapat rasa pelbagai department lagi untuk perjalanan carreer saya di sini jika rezeki saya lama di sini. Sepanjang duduk kat department baru ni, banyak perkara baru yang saya belajar dan saya mula mencintai tugas baru saya.

Bukan Milik Saya

Suatu malam, saya menghadiri suatu makan malam yang turut dihadiri ratusan jemputan lain. Saya tak kenal siapa dua perempuan yang duduk di sebelah saya. Tegur jelah, belasah je. Tambah kenalan. "Ya? Ini Tinta Emas kan?" Jawab perempuan yang duduk di sebelah saya setelah saya menyapanya. "Ya, saya," "Baru je kita orang bercerita fasal Tinta tadi. Tiba-tiba dah ada kat sebelah kita dah orangnya. Tak sangka rasanya," Beritahunya tanpa ditanya. "Cerita fasal apa?" Saya pelik. "Siang tadi, akak tengok Tinta jadi pengacara. Akak cakap dengan adik ni (merujuk kepada sorang lagi perempuan yang duduk di sebelahnya), Nampak dari jauh, Tinta ni cantik. Akak cerita kat dia, bagi gambaran," Ya sebab orang yang duduk di sebelahnya tu tak Nampak. Ya Allah, sesungguhnya cantik itu bukan milik saya. Saya rasa saya ni biasa-biasa je. "Tapi bila duduk dekat malam ni, awak ni memang cantik. Jauh cantik, dekatpun cantik. Kalau tengok dekat tu cantik, maknanya betullah tu. Setengah orang, Nampak dari jauh je cantik, bila dekat tak cantik." Kakak itu menambah dengan mesra. "Tak adalah kak. Saya ni biasa-biasa je," Saya melemparkan senyum mesra kepadanya. Subhanallah, janganlah pujian ini menimbulkan rasa riak dalam hatiku. Sesungguhnya cantik itu milikMu dan Engkaulah Yang Maha Indah. P/S: Jangan jadi isu pulak entri ni. Saya sekadar menjadikan pujian ini sebagai motivasi dan kenangan buat saya lalu saya abadikan di sini. Kalau tak suka baca mohon maaf. Tapi saya tulis ni di blog saya jadi saya tulis apa yang saya suka, bukan apa yang orang suka.

Saturday, November 5, 2016

Amaran Hati

Isnin lalu, sewaktu saya keluar dari Guardian KL Sentral, saya dengar nama saya dipanggil seseorang. Tak pasti pulak suara siapa. Saya menoleh seketika. Tiada yang mendapatkan saya lalu saya terus berjalan menghala ke LRT dan NU Sentral. "Tinta," Sekali lagi nama saya dipanggil. Kali ini suara itu dekat sekali dengan saya. Allah, mamat ni ke? "Nak ke mana?" Tanyanya. "Nak ke Gurdian NU Sentral," Jawab saya ringkas. Kalau boleh, saya tak mahu lama bersamanya. "Dah makan?" "Dah," Ni mesti nak ajak saya makan. Teka saya dalam hati. "Jom makan sekali lagi," Kan betul. "Tak apalah, saya nak balik," Dia menerima panggilan dari seseorang. Seolah-olahnya dia ada temujanji dengan orang lain. Selamat saya, fikir saya sendiri. "Jomlah. Hari tu kan birthday awak. Saya belum belanja awak lagi," Dia mengulang ajakannya. Dah bertahun dah awak tak belanja birthday saya. Komen saya dalam hati. Ke... Dia tahu apa yang berlaku? "Awak dengan siapa?" Sekadar bertanya. "Dengan Amri. Ke awak nak makan dengan saya hari lain?" Amri? Saya dah lama tak jumpa Amri yang bersusah-payah tolong saya sewaktu di sebuah gunung. "Tak naklah," "Kenapa? Awak tak nak orang Nampak kita berdua ya?" "Ha'ah," Jawab saya tegas dan yakin. "Saya malaslah, nanti orang cakap bukan-bukan, saya dah penat." Sambung saya. "Biarlah kalau orang kata kita couple pun, tak adalah orang kacau awak," "Malas, malas," "Kalau awak tak nak makan malam ni, kita makan hari lainlah," Saya berfikir sejenak. Mamat ni bukan boleh dibuat main. Nanti dia tuntut, silap hari bulan, dia datang office hantar makanan atau barang. Lagi haru. Dahlah kat office tu ada si busy body," Dia dah offer makan bertiga tu dah cukup baik dah. Tak yahlah saya keluar berdua je dengan dia. "Kalau awak nak belanja saya, belanja jelah dengan Amri," Putus saya setelah berfikir. Sepanjang makan malam tu, saya banyak berbual dengan Amri. Dia order makanan kegemaran saya. Katanya, dia masih ingat Brownist wall nut with ice cream kegemaran saya. "So sweet," Usik Amri. "Jangan mengadalah, Amri," Amaran saya berikan kepada Amri. Ya Allah, ujian apa ni? Dahlah saya ni tengah sengsara. Dipertemukan pulak dengan mamat ni. Hati, ini amaran keras! Jangan mengada-ngada nak feeling. Alhamdulillah, pertemuan kali ni, tidak membuatkan jantung saya berdegup pantas. Syukur Tuhan. "Kalau korang nak ulang balik kenangan indah dulupun... Apa salahnya," Ujar Amri. "Dahlah," Saya mahu menghentikan usikan Amri. Amri, awak tak tahu apa yang pernah saya lalui bersama dia. Awak tak tahu bagaimana saya merasakan harga diri saya dipijak ketika bersamanya dulu. Memang dia ada kebaikan pada saya. Tapi selalunya kebahagiaan yang saya rasakan tak lama kerana dihancurkan oleh sikapnya juga. Dan saya tahu apa status dia sekarang. Sesudah makan, saya beriringan dengan Amri ke LRT. Si dia, berjalan jauh di hadapan. Mungkin tak nak bagi orang Nampak dia bersama saya kot. Biarlah, itu lebih baik. Saya tak kecil hatipun. Mungkin dia nak jaga sahamnya yang kononnya sedang melambung tinggi tu agar tidak terjejas. Kepada dia, saya doakan dia berubah kalau tidak tiada siapa yang mampu mengubah kehidupannya. Saya doakan agar dia menjadi seorang lelaki yang tahu menghargai perempuan yang benar-benar mencintainya. Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan. Tapi pada saya, cinta pertama saya bukan untuk diulangi melainkan takdir Allah begitu.

Allah Selamatkan Hatiku

Ya Allah, Aku memohon belas ehsanMu, Tolonglah jaga hatiku, Janganlah lagi Kau buka cinta buatku, Andainya cinta sejati itu tiada untukku di dunia ini. Ya Allah, Ubatilah hatiku dengan kasih sayangMu, Bukan dengan cinta fana yang akan melukakan. Ya Allah, Tutuplah hatiku daripada mencinta Kiranya cinta suci itu takdirMu bukan untukku. Ya Allah, Kuatkan hatiku, Dari merasa cinta dan rindu, Kiranya pemilik tulang rusuk ini tidak ku temukan di sini. Namun Ya Allah, Jika imamku masih ada di sini, Hantarlah dia padaku Dengan sarat cinta kudus Lillahi taala Dan izinlah kami bahagia hingga ke JannahMu Setelah Kau ujiku dengan lara dan derita ini. Amin, amin Ya Allah.