Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, November 5, 2016
Amaran Hati
Isnin lalu, sewaktu saya keluar dari Guardian KL Sentral, saya dengar nama saya dipanggil seseorang. Tak pasti pulak suara siapa.
Saya menoleh seketika. Tiada yang mendapatkan saya lalu saya terus berjalan menghala ke LRT dan NU Sentral.
"Tinta," Sekali lagi nama saya dipanggil. Kali ini suara itu dekat sekali dengan saya. Allah, mamat ni ke?
"Nak ke mana?" Tanyanya.
"Nak ke Gurdian NU Sentral," Jawab saya ringkas. Kalau boleh, saya tak mahu lama bersamanya.
"Dah makan?"
"Dah," Ni mesti nak ajak saya makan. Teka saya dalam hati.
"Jom makan sekali lagi," Kan betul.
"Tak apalah, saya nak balik,"
Dia menerima panggilan dari seseorang. Seolah-olahnya dia ada temujanji dengan orang lain. Selamat saya, fikir saya sendiri.
"Jomlah. Hari tu kan birthday awak. Saya belum belanja awak lagi," Dia mengulang ajakannya. Dah bertahun dah awak tak belanja birthday saya. Komen saya dalam hati. Ke... Dia tahu apa yang berlaku?
"Awak dengan siapa?" Sekadar bertanya.
"Dengan Amri. Ke awak nak makan dengan saya hari lain?" Amri? Saya dah lama tak jumpa Amri yang bersusah-payah tolong saya sewaktu di sebuah gunung.
"Tak naklah,"
"Kenapa? Awak tak nak orang Nampak kita berdua ya?"
"Ha'ah," Jawab saya tegas dan yakin. "Saya malaslah, nanti orang cakap bukan-bukan, saya dah penat." Sambung saya.
"Biarlah kalau orang kata kita couple pun, tak adalah orang kacau awak,"
"Malas, malas,"
"Kalau awak tak nak makan malam ni, kita makan hari lainlah," Saya berfikir sejenak. Mamat ni bukan boleh dibuat main. Nanti dia tuntut, silap hari bulan, dia datang office hantar makanan atau barang. Lagi haru. Dahlah kat office tu ada si busy body," Dia dah offer makan bertiga tu dah cukup baik dah. Tak yahlah saya keluar berdua je dengan dia.
"Kalau awak nak belanja saya, belanja jelah dengan Amri," Putus saya setelah berfikir.
Sepanjang makan malam tu, saya banyak berbual dengan Amri. Dia order makanan kegemaran saya. Katanya, dia masih ingat Brownist wall nut with ice cream kegemaran saya.
"So sweet," Usik Amri.
"Jangan mengadalah, Amri," Amaran saya berikan kepada Amri.
Ya Allah, ujian apa ni? Dahlah saya ni tengah sengsara. Dipertemukan pulak dengan mamat ni. Hati, ini amaran keras! Jangan mengada-ngada nak feeling. Alhamdulillah, pertemuan kali ni, tidak membuatkan jantung saya berdegup pantas. Syukur Tuhan.
"Kalau korang nak ulang balik kenangan indah dulupun... Apa salahnya," Ujar Amri.
"Dahlah," Saya mahu menghentikan usikan Amri.
Amri, awak tak tahu apa yang pernah saya lalui bersama dia. Awak tak tahu bagaimana saya merasakan harga diri saya dipijak ketika bersamanya dulu. Memang dia ada kebaikan pada saya. Tapi selalunya kebahagiaan yang saya rasakan tak lama kerana dihancurkan oleh sikapnya juga. Dan saya tahu apa status dia sekarang.
Sesudah makan, saya beriringan dengan Amri ke LRT. Si dia, berjalan jauh di hadapan. Mungkin tak nak bagi orang Nampak dia bersama saya kot. Biarlah, itu lebih baik. Saya tak kecil hatipun. Mungkin dia nak jaga sahamnya yang kononnya sedang melambung tinggi tu agar tidak terjejas.
Kepada dia, saya doakan dia berubah kalau tidak tiada siapa yang mampu mengubah kehidupannya. Saya doakan agar dia menjadi seorang lelaki yang tahu menghargai perempuan yang benar-benar mencintainya.
Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan. Tapi pada saya, cinta pertama saya bukan untuk diulangi melainkan takdir Allah begitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kekadang hati boleh kejam pada diri sendiri...
Ya kak, setuju. Doakan supaya hati saya tak kejam pada saya.
Post a Comment