SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, June 10, 2018

Tumit Kakiku Yang Sakit

Cuaca hujan sejak akhir-akhir ni membuatkan saya kembali memakai sendal Croc yang saya beli tahun lepas. Dah lama saya tak pakai sendal Croc ni sejak saya mendapat kemalangan sewaktu berkayak di Pangkor dulu. Di pejabat saya pakai kasut tinggi. Waktu pergi dan balik kerja, saya pakai kasut rendah bertutup. Masa tu tak rasa sakit tumit ni. Sebenarnya dulu saya ada juga sakit tumit, masa sebelum berlaku kemalangan tu. Tapi saya fikir mungkin kerana kasut tinggi saya. Dah lama berhenti sakit tumit saya walaupun saya masih memakai kasut tinggi di pejabat atau lebih tepat untuk berurusan. Kebelakangan ni, sejak kembali memakai Croc biru saya tu, saya mula rasa sakit tumit balik. Nak pakai kasut rendah saya sayang, takut kena hujan nanti sepasang lagi rosak macam hari tu. Kali ni saya rasa risau sangat. Adakah faktor usia membuatkan saya sakit tumit? Saya bukannya umur 40 tahun lagi pun. Saya melayari google mencari sebab sakit tumit. Ada banyak sebab. Tapi lazimnya, kerana kasut atau sendal yang tidak sesuai. Kasut tidak sesuai dengan bentuk kaki juga menyumbang kepada sakit tumit. Tidak semestinya kasut itu tinggi membuatkan kita rasa sakit. Kesakitan ini disebabkan oleh berlakunya kecederaan kepada tisu pada tumit. Gambaran kesakitan yang ditulis dalam blog seorang doktor benar-benar seperti yang saya alami. Jika saya duduk lama atau bangun tidur pagi ketika mula-mula mahu memijak lantai, sakitnya terasa. Saya rasa ianya berpunca dari Croc saya. Croc biru saya tu ketinggiannya sekata dari hujung jemari kaki hingga ke belakang tumit. Pada fikiran saya sewaktu membeli, pasti ia baik untuk kaki saya sebab ketinggiannya sekata. Jadi kedudukan kaki saya normal tidak ada yang tinggi seperti memakai kasut tumit tinggi. Tapi permukaannya keras. Menurut blog yang saya baca, kerendahan kasut atau sendal juga boleh membawa kepada sakit tumit sekiranya bentuk kasut itu tidak sesuai dengan si pemakai. Kata doktor tu, ketinggian kasut tidak semestinya akan menyebabkan kesakitan dan kerendahan kasut bukan jaminan tumit kita tak sakit. Kalau bentuk tak sesuai ia tetap akan sakit. Habis macam mana? Takkanlah saya nak beli kasut untuk pergi dan balik kerja lagi? Croc tu masih elok. Mahal pulak tu. Sebelum ni saya pakai Croc sampai empat tahun. Ni baru setahun takkan nak biarkan dia? OK, mulai petang esok, kita pakai kasut rendah balik. Kita tengok keadaan tumit ni. Kalau betul saya tak boleh pakai Croc ni, terpaksalah saya beli kasut Croc bertutup dan flat untuk pergi dan balik kerja supaya ia boleh kena air hujan. Buat masa ni, pakai je kasut Such tu sampai rosak. Eh, betul ke ejaan ni? Malas nak tengok ejaan. Bertabahlah Tinta. Kasut ni bukan murah nak pakai waktu hujan. Nanti rosak. Saya sayang dia. Sangat best.

No comments: