Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, June 3, 2018
Membeli Barangan Berjenama Suatu Pembaziran?
Masih nak bercerita lagi.
Ramai orang tak nak beli barangan mahal katanya membazir. Tapi kalau beli barang murah then kena beli berulang kali, sama jugakkan harganya. Lain orang, lain pendapat.
Kenapa saya suka beli barangan berjenama? Sebab saya nak pakai lama. Barangan mahal ni kualitinya berbeza dan tahan lama. Tengok jugak pada penjagaan kita. Saya rela habiskan ratusan atau ribuan ringgit untuk sesuatu yang saya nak selagi ia dalam kemampuan saya. Saya bukan orang kaya, so, saya beli untuk pakai. Bukan untuk koleksi.
Kalau saya nak beli barang mahal dan keluar duit banyak, saya memang nak pakai dan nak rasa apa hebatnya barang tu diletakkan harga setinggi itu? Saya nak dia berbakti kepada saya sepertimana saya membayarnya. Tak ada maknanya beli, simpan. Sayang nak pakai sebab mahal. Sebab mahallah kena pakai. Tapi tabiat orang perempuan ni kebanyakannya beli barang mahal, simpan. Takut rosak. Apa takut rosak? Dah beli, pakailah. Takkan mahal cepat rosak? Rosak kerana dipakai lebih baik dari rosak kerana disimpan. Penyakit ni juga menyerang ibu dan nenek saya. Hahahaha...
Semalam, saya luahkan sekali lagi kepada Hadisah nak beli Handbag LV. Kata Disah, diapun ada satu LV yang arwah suaminya belikan 2 tahun lepas.
Disah: Aku boleh teman kalau kau nak beli. Nanti aku pilihkan.
Saya: Bukan sekarang. Nantilah. Bila tiba masanya. Sekarang aku berangan je dulu. Aku pun sama macam kau suka berangan.
Disah: Kau nak beli beg LV untuk kegunaan apa? Santai, event, kenduri?
Saya: Nak beli untuk pakai harian. Pergi kerja hari-hari. Kalau boleh bawa pergi kenduri dan event pun bagus. Tapi tujuan utama aku untuk pergi kerja dan kegunaan harian.
Disah: Astaghfirullahalazim. Beg LV tu mahal bodoh!
(Hahahaha... Hambek kau. Kan dah dapat bodoh sebiji. Kami memang macam ni kalau bersembang. Saya ketawa. Tak ada sentap-sentapnya.)
Disah: Sayanglah. Gila ke apa kau ni? Aku pun pakai masa raya je, mek.
(Disah juga ketawa.)
Saya: Ah, siapa suruh kau sayang? Kaulah bodoh. Rugilah beli mahal-mahal pakai sekali-sekala je. Sebab tu aku tak nak beli design untuk dinner, raya, kenduri ke event ke. Nanti pakai jarang-jarang je.
Disah: Kau ni sengallah. Kau tahu tak beg tu mahal? Beribu tahu tak?
Saya: Takkan aku tak tahu harga LV? Aku nak, mesti aku dah buat research. Kalau tak, takkan Rosmah Mansor pun buat koleksi. Datuk Vida pun suka.
Disah: Hish, kau ni. Kau ingat main-main?
Saya: Hei, aku yang beli dia. Aku keluar duit banyak kot. So, aku nak dia bebakti kepada aku sebanyak yang boleh. Biar berbaloi aku beli dia yang mahal tu. Kalau aku beli mahal-mahal tak pakai, rugilah aku. Dah kena beli handbag lain pulak untuk pakai. Tak nak aku. Dah beli yang tu, pakai yang tulah.
Disah ketawa lagi.
Disah: Nanti nak beli aku teman.
So saya memang beli barang berjenama untuk dipakai bukan untuk simpan buat perhiasan. Saya nak dia berbakti kepada saya selepas saya berbakti kepada pengeluar dia dengan memberi wang yang banyak hahahahaha....
Begitu jugak kalau beli emas. Saya akan pakai. Memang tak pakai serentak tapi kena pakai. Beli untuk pakai. Bukan untuk simpan. Kalau tak, tak payah beli. Membazir. Bagi saya, yang beli then simpan, sayang nak pakai, itu yang membazir. Kalau pakai macam saya, lantak kaulah nak beli mahal manapun. Jangan beli mahal dan banyak macam Rosmah dengan Imelda pulak. Tu pun membazir. Bila masa pakainya? Setakat pakai sekali seumur hidup baik tak payah. Baik beli rumah then buat sewa untuk dapat hasil. Lagi satu, jangan beli dengan mengikis orang. Kalau orang bagi tu lain.
Sebab tulah untuk beli barangan berjenama saya tak minta duit abah sejak saya kerja ni. Kesian abah. Duit dia saya buat joli pulak. Kalau duit sendiri tak rasa macam joli. Itu reward untuk diri sendiri. Saya tahankan je sampai duit ada baru beli atau mampu bayar baru beli. Masa kecik dan sekolah dulu minta abah tapi tak adalah mengamuk nak beli yang mahal. Kalau berkenan bagi tahu abah. Kalau abah bagi, bagilah. Selalunya abah bagi sebab dia tahu saya pakai satu tu je dan pakai sampai rosak. Abah kata saya pandai jaga barang. Nanti raya ni saya nak tunjuk kat dia yang saya masih pakai beg duit yang dia beli untuk saya 17 tahun dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment