SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, June 8, 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan

ssalammualaikum dan selamat petang semua. Setelah bercuti selama dua hari, hari ni masuk office. Ish, JKM ni pun tak senang orang nak bercuti. Call Tanya tulah, nilah. Tak apalah. Kerja kan. Bercakap tentang Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan di bawah Majlis Kebangsaan OKU, saya merupakan salah seorang jawatankuasa yang menerima surat perlantikan rasmi dari Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk menganggotai jawatankuasa ini. Perlantikan saya ini mendapat rekmendasi daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Katanya, dia mahu saya duduk dalam jawatankuasa kerana hujah-hujah saya dalam mesyuarat yang beliau hadiri logic, bernas, padat, jelas dan ringkas. Hahahaha... Saya bukannya hebat sangat. Dia siap rekmen kat Ketua Pengarah MOT nama saya dan siap hantar gambar saya kat pengarah baru tu. Almaklumlah, En. Ashadi sedang cuti belajar. Kata beliau, kalau En. Ashadi ada, pastinya En. Ashadi akan invite saya masuk komiti kerana kredibiliti saya telah diketahui oleh MOT. Kredibiliti apa kebendanya? Hahahaha... Budak baru belajar ni. Pegawai berkenaan mengambil gambar saya dalam suatu bengkel yang kami hadiri dan terus whatsapp ke pengarah berkenaan. Selang beberapa hari, Puan Ayuni, KP MOT menghubungi saya untuk bercakap secara official tentang lamaran MOT berkenaan setelah wakilnya bercakap dengan saya bagi pihaknya. Atas persetujuan, suatu surat perlantikan rasmi dari kementerian dikeluarkan. Maka, hari ni merupakan mesyuarat bilangan 1 jawatankuasa diadakan di Bilik Samudera, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Mesyuarat yang sepatutnya dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha. Menurut ucapan aluannya, mesyuarat sesi baru ini membariskan ramai muka baru. Bagi saya, ramai yang hadir itu kenalan saya yang pernah bekerja sama dengan saya seperti wakil Prasarana, Gamuda, MRT, PDP, Malaysia Airport Berhad dan staff dari MOT sendiri. Banyak perkara dari minit mesyuarat lepas telah dibincangkan. Antara yang menjadi perbincangan hangat pada mesyuarat kali ini ialah isu parker OKU. Jabatan Pengangkutan Jalan membentangkan tentang pengeluaran sticker pemandu OKU untuk dibincangkan memandangkan terdapat pihak lain turut mendesak agar sticker ini juga diberikan kepada OKU yang menjadi penumpang sesebuah kereta termasuk OKU Penglihatan. Persoalannya, di manakah pendirian saya sebagai wakil OKU Penglihatan? Dalam sesuatu perjuangan, kita haruslah memperjuangkan hak bukannya keistimewaan sama ada perjuangan hak itu menguntungkan atau merugikan pihak kita. Kita harus adil dan saksama. Kita harus melihat suatu isu dengan fikiran terbuka dan berpandangan jauh. Dalam isu ini, memberikan parker kepada pemandu OKU Fizikal yang memerlukan ruang parker yang luas, itu adalah hak mereka. Manakala memberi ruangan parker OKU kepada kereta yang membawa penumpang OKU itu adalah keistimewaan. Maka, saya bersetuju dengan JPJ yang mahu mewartakan parker OKU ini hanya untuk pemandu OKU dengan hujah-hujah berikut: 1. Allocation parker OKU amat terhad jika tidak silap saya, empat parker OKU bagi 100 ruangan parker: Sekiranya, pelekat parker OKU ini diberikan kepada semua OKU, bagaimana jika kereta yang membawa penumpang OKU misalnya OKU Penglihatan lebih awal meletakkan kereta di ruangan parker OKU. Kemudian, setelah ruangan parker OKU penuh, pemandu OKU yang memerlukan ruangan parker besar iaitu saiz parker OKU datang dan tiada tempat buat mereka? Sedangkan ia amat memerlukan parker OKU tersebut kerana lazimnya, pemandu OKU fizikal ini memerlukan ruangan besar untuk keluar dan mengeluarkan kerusi roda mereka. Siapa harus dipersalahkan? 2. Masalah Mobiliti: Parkir OKU ini tidak wajar diberikan kepada OKU yang tiada masalah mobility atau lebih tepat masalah fizikal. OKU Penglihatan misalnya, walaupun mereka tidak mampu melihat, mereka masih boleh berjalan jauh. Alasan susah untuk berjalan jauh itu hanyalah alas an semata sama ada bagi OKU Penglihatan atau pembawa OKU Penglihatan. 3. Walau bagaimanapun, saya setuju sekiranya diwujudkan priority parking bagi mereka yang membawa anak kecil, orang tua, OKU yang bukan pemandu di bahagian berdekatan premis tetapi ruangan parker tersebut sama seperti ruangan parker biasa. Manusia ni selagi nak mudah selagi tulah mereka cuba untuk mencari alas an agar mereka dapat park kereta kat tempat paling dekat dengan premis mereka mahu berurusan. Alasan saya bawa blind itu tidak boleh digunapakai untuk mendapat keistimewaan parker OKU dengan menafikan hak OKU lain yang lebih memerlukan. Ada jugak mereka yang berpendapat bahawa jika meninggalkan penumpang OKU atau kanak-kanak di suatu tempat dan pemandu meletakkan kereta di tempat parker itu berbahaya. Jawapan saya: Tiada masalah. Bagi OKU Penglihatan atau lain-lain OKU, mereka boleh diturunkan di drop off sesuatu premis. Jika merasakan tempat itu tidak selamat, bawa saja penumpang OKU berkenaan untuk park kereta dan seterusnya, berjalanlah bersama mereka ke premis. Kan saya cakap, semua orang akan cari alas an untuk menyenangkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain yang lebih sukar. Bilalah nak berubah attitude Malaysian ni? En. Fadzil dari MRT bersetuju dengan pendapat saya kerana katanya, turunkan penumpang OKU di drop off so kalau blind, mereka akan jumpa tactile dan mereka boleh berjalan sendiri atau mereka boleh menunggu penjaga mereka di sana. Hahahaha... En. Fadzil ni dah positif terhadap blind sejak beberapa sesi yang memberi ruang untuk saya berhujah. MRT pun dah pernah kena hentam dengan saya. Sebab tulah dia dah positif. Katanya lagi, jangan berandaian yang blind ni tak tahu bila kita turunkan mereka di drop off. Mereka tahu bagaimana nak manage diri mereka. Wakil JKM juga bersetuju dengan hujah saya. Manakala wakil MOT dan JPJ sangat happy dengan hujah saya kerana katanya, sekiranya sticker diberikan kepada semua OKU, ia akan menyukarkan proses penguatkuasaan kerana akan ramai yang mengambil kesempatan. Bagi Timbalan Ketua Setiausaha sebagai pengerusi mesyuarat pula, berpendapat, point memperjuangkan hak bukan keistimewaan yang saya utarakan amat menarik perhatiannya. Amboi, bukan main lagi si JPJ ni datang ucap terima kasih kepada saya lepas meeting kerana menyokongnya. Betul saya kata betul, kalau salah, saya kata salah. Jangan terkejut kalau esok lusa saya hentam JPJ pulak. Hahahaha... Maaf komuniti OKU Penglihatan, saya tidak boleh menyebelahi kalian dalam isu ini. Antara isu lain yang saya utarakan: 1. Sistem pengumuman destinasi bersuara dalam bas Rapid dan lain-lain yang menjalankan perusahaan bas. Sistem ini haruslah menggunakan system bersuara seperti yang digunakan dalam Bas Go KL, LRT, MRT, serta KTM. 2. Check in luggage yang tidak boleh dilakukan OKU di KL Sentral bagi penerbangan Malaysian Airline: Seperti yang pernah saya tulis di Facebook tentang hal ini. Saya mengatakan sekiranya OKU tidak dibenarkan berbuat demikian seperti mereka yang normal, itu adalah suatu diskriminasi. Saya turut memaklumkan bahawa aduan pernah dibuat tapi malangnya tiada maklumbalas. TKSU meminta pihak berkenaan berhubung dengan saya bagi isu ini. Harap dah minta contact saya tu, contact ya. Kalau tak contact, next meeting siap! Saya akan hentam. Tak ada lembut-lembut macam hari ni. Nanti kena hentam macam staff MRT hari tu. 3. Aksesibiliti Laman Sesawang: Saya juga mengsyorkan kepada semua penyedia perkhidmatan pengangkutan agar menjadikan laman sesawang mereka mesra OKU terutamanya OKU Penglihatan. Untuk itu, mereka haruslah menepati garis panduan W3C sama ada untuk laman sesawang dan aplikasi telefon pintar. TKSU mengarahkan secretariat agar mengeluarkan surat arahan bagi perkara berkenaan. Ini pun kita tengok ya. Kalau tak jalan, kita hentam. Dalam baik-baik saya pada meeting pertama ni, sempat jugak saya hentam dalam lembut. Dua agensi kena hari ni: 1. Prasarana yang memberi maklumbalas terhadap kes OKU Penglihatan jatuh ke platform monorel: Dah 17 kes ya. Bukan main-main. Tapi tak ada improvement pun. Katanya: a. Mereka telah berhubung dengan kontraktor agar pintu platform dibuka mengikut jenis train yang tiba di platform sama ada dua atau empat pintu. Sabar Tinta, mulut ni geram je nak cakap. Hai, meeting April tahun lepas, takkan Jun tahun ni tak siap lagi? b. Untuk itu mereka sediakan polis bantuan untuk bantu blind di platform dan pegawai berkenaan diberi latihan untuk membantu blind. Saya: Manusia tetap manusia. Menyediakan pegawai untuk membantu blind di platform bukanlah satu langkah bijak. Kecuaian dan kelalaian adalah tinggi apabila kita bergantung kepada manusia. Jadi, suatu system hendaklah dibuat sepertimana di stesen LRT dan MRT bagi memastikan OKU Penglihatan selamat ketika berada di stesen dan di dalam train termasuk ketika menaiki dan menuruni train. Satu lagi, siapakah yang memberi latihan kepada para pegawai berkenaan tentang cara membantu blind? Membantu blind ada caranya bagi memastikan mereka selamat dan selesa dibantu. Silap cara membantu, mereka akan jatuh dan cedera. So, tolong berhati-hati. c. Baikpulih tactile: Wakil berkenaan memaklumkan, tactile di stesen monorel juga dibaiki bagi mengatasi masalah sama berulang. Saya: Saya mengharapkan agar wakil OKU dilibatkan dalam proses pemasangan tactile kerana kontraktor atau arkitek sering merasakan itu adalah kepakaran mereka dan mereka confident untuk membuat pemasangan tactile. Tetapi mereka lupa bahawa, kepakaran yang mereka ada selalunya tidak memenuhi keperluan OKU Penglihatan. Pemasangan tactile menjadi salah dan seterusnya membahayakan penumpang. Hujah saya ini disokong oleh pihak MRT kerana mereka berpengalaman bagaimana memasang tactile mengikut MS1184 tetapi mereka salah interpretasi dan akhirnya tactile mereka salah. Saya mengatakan, adalah lebih baik berbincang dengan wakil OKU sebelum membuat pemasangan tactile kerana sekiranya tactile siap dipasang, kemudian diaudit, kebarangkalian untuk membetulkan semula tactile yang salah adalah rendah kerana ianya melibatkan kos yang tinggi. 2. Malaysia Airport Berhad: Ini pun kena Tanya dengan saya. Wakilnya memaklumkan nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya penumpang OKU mempunyai masalah untuk akses ke dalam KLIA 2. Saya mengingatkan beliau bahawa system ini susah sebab walaupun dipaparkan nombor telefon berkenaan, OKU Penglihatan dan bisu sukar untuk berinteraksi. Nak baca nombor pun susah bagi blind. Kata beliau pemandu teksi boleh tolong seperti kejadian dua hari lalu. Sekali lagi saya mengingatkan bahawa bergantung kepada manusia bukan cara yang terbaik. Bukankah dalam audit akses di KLIA 2 saya telah memberi teguran dan meminta agar information kaunter atau kaunter bantuan ditempatkan di bahagian drop off passenger kerana jika tiada pembantu, blind akan menghadapi masalah untuk akses ke dalam bangunan terminal kerana mereka perlu melintasi bangunan kompleks membeli-belah. Oleh itu, saya mohon agar teguran-teguran dan permintaan yang dibuat semasa audit akses KLIA 2 lalu dipenuhi. Untuk itu, TKSU memutuskan agar audit akses kali kedua ke atas KLIA 2 diadakan. Begitulah serba sedikit meeting pagi tadi. Memang kerja saya ni bercakap je la.

No comments: