SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, June 5, 2018

Perempuan Gila

Kuih raya telahpun selamat tiba di office saya Sabtu lalu. Sejak semalam, para pelanggan mula mengambil tempahan masing-masing. Petang tadi, Chong Wai Sam datang ambil Tat Nenas yang dia tempah. Saya kalau jumpa dia ni suka gaduh. Dia ni kalau bulan puasa je muncul untuk tempah kuih raya. Dia salah sorang pelanggan tetap saya beberapa tahun berturut-turut. Sebenarnya, dia tempah untuk kawan dia. Kebetulan, di meja tempat saya berurusniaga tu, ada Gayathiri mungkin sedang berurusan dengan Chong jugak kot. Chong memberitahu saya: Chong: Hooo... Kawan aku ni, kalau dapat tat kau ni, memang sukalah. Dia akan peluk botol ni bawa tidur seminggu. Saya: Kawan kau tu lelaki ke perempuan? Chong: Perempuan. Saya: Alaaaa... Chong: Kenapa? Saya: Ingatkan lelaki. Chong: Kalau lelaki kenapa? Saya: Kalau lelaki, hansem, kaya... Chong: Akulah lelaki hansem. Saya: Kau buat apa? Chong: Hensem tu aku, kaya tidaklah. Saya: Tu yang aku tak nak. (Kami dah mula ketawa) Saya: Kalau kawan kau tu lelaki, hensem, kaya, aku tak perlukan perkhidmatan kau untuk jadi orang tengah. Chong: Habis tu? Saya: Aku sendiri yang akan buat delivery kat dia. Aku sanggup cuti tau. Chong: Perempuan ni memang gila. (Saya, Chong dan Gayathiri ketawa tak henti-henti.) Chong: Perempuan gila ni memang. Kalau nak tahu, perempuan ni memang gila-gila. Dah datang gila dialah tu. (Kami ketawa lagi.) Chong: Aku tahu macam mana gilanya perempuan ni. Sebab aku pernah kerja dengan dia ni. Memang gila aku cakap kau. Tapi, gila dia boleh brek you tahu. Gayathiri: Ye ke? Chong: Hoooo... Kalau dia kerja I cakap you, memang serius habis. Tak ada dah gila dia. Memang kau takkan Nampak dia punya gila. Siapa deal dengan dia, memang terrible. (Kami ketawa lagi.) Chong: Memang. I tahu, sebab I pernah kerja dengan dia masa buat part time kat Diallogue in the Dark dulu. Terrible aku cakap kau dengan dia punya serius kerja. Lepas tu dia gila balik. Gayathiri: Memang. Dia memang macam tu kalau kerja. Memang serius. Jangan main-main. Kalau tak, habis. Hahahahahaha... Memang orang yang rapat dan faham saya selalunya memang tahu macam mana saya serius dalam bekerja dan tak ada main-main. Tak ada kompromi kepada perkara yang salah. Orang yang betul-betul baik dengan saya selalunya tak sentappun. Dia orang tahu lepas buat kerja tu, saya akan gila-gila balik dan dia orang boleh je bergurau dengan saya macam tak ada apa yang berlaku sebelum tu. Cuma orang yang kuat sentap je tak boleh. Kita marah dia buat salah, lepas tu kutuk belakang. Lepas tu gaduh dan tak suka kita. Kita relax je. Ada setengah tu pulak, kita melawak je, dah dia ambil serius pulak. Dah tu sentap then tak suka kita. Dia gurau buat kita sentap, kita tak ada pun marah. Biasalah bergurau. Orang niat bergurau. Dia bukan tahu kita sentap. Kalau tak nak sentap, jangan guraulah kan? Tak apalah, biarkanlah dia orang tu. Yang penting saya adalah saya. Tak ada dendam. Kalau saya marah, itu ikhlas saya menegur. Bukan untuk saya simpan dan ungkit di masa hadapan. Kalau dah habis, maka tamat. Tak ada simpan dalam hati.

No comments: