Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, June 10, 2018
Siapa Kata Garment Steam Iron Tak Boleh Buat Side?
Assalammualaikum dan salam senja semua!
Buat apa tu? Bersantai dengan keluarga ke?
Dah beberapa hari Cik Tinta guna Elba garment steam iron ni.
So tibalah masanya nak buat review pulak.
Hari ni saya iron baju dengan Cik Elba. Ada satu baju kurung saya ni side dia cantik, tajam. So saya nak buat side macam tu. Bila saya iron, dia tak jadi tajam. Saya teringat kat komponen Elba yang saya dapat masa beli Elba ni. Saya ke bilik tengah mendapatkan kotak Elba untuk mencari pengepit untuk side dia.
Yes, jumpa! Mari kita try.
Saya memasang pengepit dan cuba kepit lengan baju tempat di mana saya nak buat side tu. Saya hidupkan Cik Elba then wapnya mula meruap. Saya lurut perlahan-lahan bahagian tepi lengan baju yang telah saya kepit. Yay!!! Lengan baju saya jadi tajam!!! Maknanya, saya still boleh pakai baju yang berlengan tajam dengan Cik Elba ni. Apa lagi, saya kepit semua tepi kain dan badan baju. Seronoklah pulak. Tapi kena hati-hati. Salah kepit, dia lari side dan susah nak betulkan sebab side dia tajam. So saya dapatkan bantuan dari Cik iron menual kesayangan saya. Selesai! So, siapa kata garment iron tak boleh buat side? As long as korang beli yang ada alatnya, mesti boleh buat. Tinggal berus dia je lagi yang belum saya cuba.
Lepas tu, saya gosok tudung bawal saya yang bersulam dan bermanik. Bahagian sulam dan manik ni memang susah sikit nak iron dengan iron biasa sebab corak sulamannya tebal. Nampaknya Cik Elba mampu melakukannya dengan mudah.
Saya rasa, Elba ni ada sistem auto yang mengawal kepanasan wap mengikut jenis kain. Sebab kepanasan wap sewaktu saya iron baju dengan tudung berbeza. Begitu jugak antara satu baju dengan baju yang lain. Almaklumlah, Cik Elba ni tak ada tempat adjust kepanasan. Ada on dengan off je. So saya rasa dia dilengkapi dengan sistem auto.
Penat saya search pasal Elba Garment Steam Iron ni. Tapi macam tak popular je. Asyik-asyik keluar orang tulis pasal Philips dan Tefal. Tapi kat Lazada tu masa saya beli tinggal satu je untuk saya. Atau pengguna Elba ni tak suka menulis? Punyalah saya terperanjat, bila saya masuk page website Elba dan website orang jual barangan elektrik, Elba Egsi model saya guna ni harganya RM700.00. Gila! Kalau Lazada tak jual murah macam hari tu, memang tak belilah saya. Serius masa beli tu saya tawakal je. Ada jugak perasaan memandang rendah kepada Cik Elba saya. Maklumlah, harganya murah, so saya ingat dia ni cikai punya barang. Hahahahaha... Jahat tak? Tapi alhamdulillah. Dia telah membuktikan bahawa dia bukan calang-calang. Mula-mula, saya dikejutkan dengan banyak komponen datang bersamanya. Sedangkan Philips yang Fara guna kat rumah dia pun tak datang dengan komponen macam Cik Elba ni. Setakat datang dengan pengepit untuk gantung kain dan tudung je.
Apapun, Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment