Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, June 5, 2018
Elba EGSI-C1540 (New Model)
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Korang puasa tak?
Sambil-sambil tunggu waktu berbuka ni, meh sini nak sembang pasal garment steam iron.
Kalau sesiapa yang membaca post saya sebelum ni tulis pasal benda alah ni yang saya beli dari anak X boss saya tu, ni lanjutan daripada cerita tersebut.
Fara jual kat saya Philips Garment Steam Iron. Tak ingat model berapa. Pada mulanya dia hantar gambar kat saya dan beritahu saya bahawa garment steam iron tu ada penyepit untuk pegang baju.
She wants to sell RM200.00 due to she had open the box. Saya punyalah happy waktu tu. Garment iron ni salah satu daripada wish list saya.
Aqilah pasang garment tu then tak ada penyepit. Bila lihat gambar, ada penyepit tu. Saya Whatsapp Fara. Then dia datang tengok. Mungkin model yang ni berbeza dari model yang rumah mak dia gunakan dalam gambar tu.
Fara ni professional orangnya. Dia minta maaf dan ambil balik garment tu. Saya pun belum transfer duit kat dia sebab gambar yang dia hantar dalam whatsapp tak sama macam yang saya dapat.
Rasa kecewa jugaklah masa tu. Saya dah berangan dah boleh iron baju dengan mudah.
Budget yang telah saya keluarkan untuk bayar Fara tu ada kat tangan saya. So, saya putuskan untuk tengok kat Lazada kot-kot ada yang under my budget.
Philips, tak ada yang ada penyepit.
Saya minat dengan Tefal, mahal. Bermula harga RM500 lebih.
Yang lain tu entah brand apa-apa entah.
Saya panggil Aqilah untuk sama-sama memilih. Cari punya cari, jumpalah si Elba ni. Not bad, at least Elba ni pun jenama yang kita familiar.
Lepas jumpa boss kat atas, saya turun dan ke reception hari ni. Assistant saya dah siap sedia nak bawa Elba masuk dalam. Lazada saya dah sampai rupanya. So saya ambil dan dengan excited, saya, Aqilah dan Kak Sha buka kotak.
Memang Allah tu janji, Dia akan bagi yang terbaik untuk hambaNya dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang sebesar-besar perkara. Masa kecewa tak dapat garment yang Fara jual hari tu, saya rasa sedih. Saya pujuk hati. Mungkin Allah nak bagi yang lebih baik, sebab tu Allah datangkan sebab supaya saya tak jadi ambil yang hari tu.
Alhamdulillah, dengan harga RM239.00, lebih RM39.00 dari budget saya, saya dapat garment iron yang berjenama. Siap beroda macam Tefal yang saya berkenan tu, Ada hanger baju, ada hanger yang siap dengan penyepit untuk digunakan meng'iron' tudung dan kain, ada penyepit extra, ada berus untuk digunakan pada jenis kain tertentu dan ada pembuat line. Selalu orang kata guna garment iron ni kita tak boleh buat garis kat lengankan? Tapi Elba ni bagi alat untuk buat garisan tu. Oh ya, satu lagi ada sarung tangan supaya dapat menghindari panas. Semua ni tak dinyatakan pun dalam product details masa buat purchase kat Lazada. Tapi yang datangnya, Alhamdulillah.
Malam ni saya akan naik Grab untuk bawa Elba Garment Steam Iron warna oren ni bersama kuih raya balik. Esok dan lusa saya cuti.
Tak apalah balik lambat pun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment