SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, June 3, 2018

Makin Mahal Makin Merepek - Edited

Masih nak cerita pasal handbag. Maklumlah, hari ni asyik duk baca pasal handbag je. Bagi saya, beg ni semakin mahal semakin merepek dan makin tak cantik. Beg Birkin milik Datin Sri Rosmah Mansor misalnya, taklah cantik cuma mahal dan melambangkan kekayaan seseorang. Bak kata kawan saya, Birkin beg tu memang asli kulit buaya, tak proses pun kot. Kalau pegang boleh rasa tekstur kulit buaya sebenar. Begnya pun macam paper beg je. Hahahaha.... Memang kalau saya tak belilah. Mujurlah Allah bagi keinginan saya ni pada beg yang cantik design dan mahal tu pun bukan mahal yang melampau sampai boleh beli rumah sebiji. Tu membazir bagi saya. Pada orang yang minat itu mungkin satu kepuasan. Semalam, saya naik Grab. Driver Grab tu cukup marah dengan Datuk Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Paling dia marah pasal beg Birkin. Katanya beg tu diperbuat dari kulit buaya. Kenapa mesti ambil kulit buaya? Kata driver India itu lagi, Tuhan dah bagi kambing, lembu, guna jelah kulit yang Tuhan kata boleh guna tu. Kenapa mesti aniaya binatang lain yang Tuhan tak bagi kacau? Bila saya fikir balik. Betul jugak. Dah alang-alang Allah bagi kita makan kambing dan lembu, dah binatang tu mati, gunakanlah semua yang boleh digunakan. Buaya tu bukan untuk kita makan kan? Petang ni, Ruzi jemput saya buka puasa di rumahnya. Sambil makan, kami bercerita pasal Birkin. Kata Ruzi, buaya disiat kulit hidup-hidup untuk buat beg tu. Saya kan sifat ingin tahu tu tinggi. Tak naklah sekadar dengar cakap orang je. Entah betul entah tidak. So, saya pun berlegar-legar dalam google mencari kebenaran cerita Ruzi. Puas cari maklumat bahasa Melayu, tak ada satu pun yang sebut tentang tu. Indonesia pun sama. Saya search in english. Yes! ada satu artikal di Wikipedia tentang Birkin ni. Saya mula membaca. Ya Allah, tragisnya. Kalau saya, saya takkan beli Birkin. Kesiannya buaya-buaya yang jadi mangsa kerakusan manusia. Anak buaya berusia 1 tahun ditembak. Sebelum anak buaya tersebut mati dan masih mampu merasai kesakitan, kulitnya disiat untuk dibuat handbag Birkin. Sedihkan? Saya menangis. Kenapa sampai hati manusia buat binatang macam tu sedangkan binatang tu tak bersalah? Buaya tu memang ganas. Tapi kerana dia binatang, saya tak mampu membendung rasa sedih saya. Kenapa manusia sanggup buat macam tu? Tak boleh ke guna material lain atau cara lain untuk buat beg mewah? Jane Birkin akhirnya meminta agar Hermes menghentikan penggunaan namanya terhadap model beg tangan tersebut kerana perikemanusiaannya terhadap binatang. Hermes dibenarkan menggunakan namanya sekiranya apa yang dilakukan untuk pengeluaran beg tidak menyalahi etika. Satu yang bagus tentang Mat Salleh ni, biarlah banyak manapun duit tapi kalau menganiaya, mereka rela tidak mendapat bayaran. Bayangkan, berapa juta agaknya Hermes bayar Birkin untuk penggunaan namanya dalam pengeluaran beg milik Hermes? Kalau saya jentik Chiko bila dia salah pun, lepas tu saya rasa menyesal dan kadang-kadang saya nangis. Tapi saya harus ajar dia supaya jangan buat itu dan ini. Kalau saya jutawan sekalipun, saya rasa saya takkan beli Birkin. Selain dari designnya yang tak menarik walaupun diletakkan berlian, tambah pulak menganiaya binatang, memang tidaklah. Saya teringat pada satu rancangan TV yang pernah saya tonton ketika zaman kanak-kanak. Proses membuat tali jam dari kulit ular. Bayangkan, ular menimbun dalam tempat simpanan kaca, diambil satu persatu dan disiat kulitnya hidup-hidup. Kan bagus kalau ular tu patuk je manusia macam tu. Ish, saya tak boleh ingat semua ni. Saya sedih walaupun saya takut dengan reptilia tu. Mendengar namanya saja dah buat saya takut dan geli. OK la, nak search cara bawa kucing dalam perjalanan panjang. Saya masih menimbang sama ada nak bawa balik atau tinggal Chiko kat rumah raya ni.

No comments: