Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, June 10, 2018
Penemuan Baru Tentang Sakit Tumit
Saya baru baca blog sorang doktor berkenaan sakit tumit. Rupa-rupanya, berjalan dengan kaki ayam juga menyumbang kepada sakit tumit kerana kedudukan kaki yang rata akan menyebabkan tumit kaki terbeban. Oleh itu, pemakaian kasut yang dapat meninggikan sedikit tumit kaki adalah disarankan.
Jadi saya rasa, mungkin Croc biru saya menyebabkan sakit tumit yang saya alami. Kenapa? Sungguhpun Croc ni tinggi seperti wages, ia menyebabkan kedudukan kaki saya sekata seperti berjalan di atas lantai berkaki ayam. Hadoi, nak cuba jaya beli kasut yang saya tak gemar ni. Tak apa. Pakai balik kasut rendah saya tu. Tengok dalam masa sebulan, bagaimana keadaan tumit? Semakin baik atau makin merosot? Kalau merosot, tukar kasut lain. Sayakan ada beberapa kasut. Cuma Croc sepasang lagi pun rasanya tak sesuai kot. Sebab dia rendah. Betul-betul flat. Tak ada tinggi sikit pun. Kasut rendah yang saya selalu pakai sebelum ni, ada sponch lembut dalam dia. So, dia membentuk ikut kaki. Bahagian lengkungan kaki saya juga terisi sepertimana yang dikatakan doktor dalam blog tersebut, bahagian lengkungan kaki perlu ada penyokong atau support. Kita buat kajian ya, Tinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment