SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, September 1, 2018

Allah Memberi Pada Masa Yang Tak Disangka

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sebelum keluar bersosial ni, nak buat satu post. Pada beberapa entri lepas, saya ada ceritakan saya buat minor surgery di THONEH. Kenapa perlu minor surgery? Sebab pada birai mata saya ni ada tumbuh macam ketumbit yang tak mahu pecah. Dahlah besar! Kak Sha kata, kalau sekali imbas tak nampak tapi kalau pandang, memang nampak. Sebenarnya dah lama dia naik. Salah saya jugak. Masa dia mula-mula naik tu, saya tak berusaha untuk memecahkannya. Mungkin malas atau sibuk. Sebab kena tuam dengan kain atau kapas yang direndam air panas. Selalunya dia akan pecah tapi proses ni perlu diulang beberapa kali dalam beberapa hari. Saya sering dapat ketumbit ni kalau tidur lewat atau tak cukup tidur. Dari sekolah lagi. Kali ni dia naik besar. Apa yang menyebabkan saya pergi THONEH? Sebab Kak Isma Kedai Mahmud tegur pasal ketumbit ni. Dia tanya kenapa ada ketumbit tu? Sebelum ni tak ada kan? Siap cakap besar pulak tu. Sebelum pergi hospital, saya berusaha untuk pecahkannya sendiri. Tuam pakai air panas. Tak mau pecah. Kak Isma kata gosok dengan bawang putih. Tanya Mr. Google pun Mr. Google kata petua nak pecahkan ketumbit dengan gosokkan bawang putih pada ketumbit tu. Tak pecahpun. Merah adalah. Mungkin gosokan yang kuat buatkan kulit bahagian ketumbit tu jadi merah. Tiori saya, cewah, mungkin ketumbit tu dah mengeras sebab tu dia tak nak pecah. Saya baca di internet, memang ketumbit yang dah lama takkan pecah. So, kena pergi buat minor surgery. Saya buat keputusan untuk buat pemeriksaan doktor. Doktor bagi ubat. Kalau tak pecah jugak, next week datang untuk minor surgery. Oleh kerana kedegilan ketumbit tu, doktor decide to do a minor surgery. Doktor akan potong sedikit kulit yang meliputi ketumbit tu untuk keluarkan nanahnya. Proses ni tak bius ya kawan-kawan. Saya baring then, doktor guna mesin pemotong untuk buka kulit tu. Darah memang banyaklah mengalir. Mujur nurse dah tutup leher dan badan dengan kain supaya darah tak kena tudung dan baju. Memang sakit masa doktor bedah tu. Makin lama makin dalam. Tapi tak ada pun nanah yang keluar. Doktor pun pelik. At last, saya kata, tak apalah doktor. Tak payah belah dalam lagi. Saya takut mesin tu mencederakan biji mata saya pulak. Karang lain pulak jadinya. Terus black out! Nauzubillahi min zalik! Hahahaha... Darah kat mata masa buat minor surgery tu tak sebanyak darah di hati yang remuk-redam hahahahahahahaha.... Doktor pun stop. Doktor tak jahitpun, doktor hanya tampalkan kapas dengan plaster je. Sayapun boleh balik. Tak dapat MC pun. Saya ni kalau tak sakit melampau memang malu nak minta MC. Ewaaahhh... Subur je saya tengok ketumbit tu menghiasi birai mata saya lebih tepat kelopak mata bawah saya. Tak ada tanda-tanda nak pecah pun. Suka hati kaulah! Jangan menyusahkan aku sudah! Tak cantik pun tak cantiklah. Kita tutup dengan mekap. Hahahahahahaha... Kalau boleh buat orang tak nampaklah sebab dia besar. Kadang-kadang bila terpegang geram jugak saya dengan dia. Tapi entah kenapa, gerak hati saya mengatakan, dia akan pecah suatu hari nanti. Mungkin bukan dalam masa sehari dua, mungkin bulan, mungkin tahun. Penat saya fikir, macam mana nak pecahkan dia. Tapi buntu. So, hari ni, macam biasalah, saya bertapa lama dalam bilik air. Memandangkan hari ni hari cuti, saya skrap lah muka. Macam biasa, tak ada apa yang pelik berlaku. Lepas tu, saya skrap badan, gosok-gosok cucikan kulit, pakai mandian. Lepas mandi biasalah lap badan dan muka. Saya pastikan muka saya kering dilap walaupun saya tak gosok muka dengan tuala. Setelah make sure muka dan badan kering, saya peganglah wajah saya untuk memastikan keberkesanan penggunaan skrap. Eh, kenapa ada air lagi kat mata saya ni? Saya tekap air tu dengan tuala. Mungkin tadi saya tak habis keringkan kot. Fikir saya. Tapi makin ditekap, makin banyak pulak air tu. Patutnya makin kering. Dari mana pulak air ni datang? Saya berhenti menekap dan terus memegang air tersebut. Makin lama makin banyak dan dia mengalir di mata. Saya mencari punca air tu. Alamak, takkan air mata saya mengalir? Saya mana ada air mata? Menangis banyakpun dia tak pernah mengalir ke pipi saya. Apatah lagi nak mengalir macam ni? Setakat keluar kat birai tu adalah. Tiba-tiba saya diserang rasa takut bila air tu terus mengalir. Mata saya pecah ke? Tapi saya masih boleh nampak. Penglihatan saya tetap macam biasa. Kalau pecah mesti dah tak nampak. Ke mata saya berdarah? Tapi kenapa? Air yang kena pada tangan saya saya tenung. Bukan darah. Air yang tak berwarna. Tapi dari mana datangnya? Saya mula takut. Kalau tak jumpa jugak puncanya mungkin saya akan nangis dan terus pergi klinik. Tak jadilah nak bersosial hari ni. Bau pun tak ada. Kalau darah, mesti pekat, merah dan berbau. Saya meraba keseluruhan mata kiri saya. Air yang mengalir saya cuba lap walaupun dia terus mengalir dan enggan kering. Ada luka ke? Saya memeriksa mata saya dari kelopak atas, dalam mata dan kelopak bawah mata. Tangan saya terhenti di kelopak bawah. Mana perginya ketumbit besar tu? Tak ada? Oooo... Saya faham, mungkin sebab tulah air ni mengalir. Mungkin dialah yang pecah ni. Lama-kelamaan, air tu semakin kering dan tempat ketumbit tu dah jadi rata macam biasa. Tak ada lagi benjolan di situ. Saya basuh mata takut kuman. Dahlah sakit mata disebabkan bakteria, karang tambah lagi. Tapi tak rasa apa-apa pulak kat tempat ketumbit tu. Lepas basuh, saya cepat-cepat sapukan ubat ke mata saya sebagai langkah mengelakkan serangan kuman sebab air tu membanjiri dalam mata saya dan melimpah keluar lalu mengalir. So sekarang ni, baru saya rasa sedikit sakit pada birai mata saya. Mungkin dekat bahagian pecah yang mengeluarkan air tu. Memang inilah sakit yang saya akan rasa setiap kali saya memecahkan ketumbit saya. Sisa air tu akan mengeras di mata dan saya perlu membersihkannya. Namun, saya belum habis fikir, apakah yang menyebabkan ia pecah? Takkan skrap muka saya? Dah berapa kali saya pakai skrap muka sejak dia tumbuh? Tak pecah pun. Saya rasa ada dua kemungkinan yang menyebabkan dia pecah. 1. Ubat mata baru saya. Beberapa bulan lalu, saya kehabisan ubat mata. Jenuh saya mencari di serata farmasi yang berdekatan, semuanya tak ada. Stok tak sampailah, stok macam problem la. Saya try dua ubat lain. Tak mampu membantu mata saya yang perlukan kelembapan. Satu hari saya ke farmasi Guardian lagi untuk betanya kalau-kalau ubat saya dah sampai. Tak ada. Farmasis tu suruh saya try sejenis ubat. Katanya ubat tu hampir sama dengan ubat saya cuma apa entah bezanya. Tapi fungsi dia sama. Saya pakai ubat tu memang best. Lebih best dari ubat saya. Tapi saya tak pakai setiap hari sebab ubat ni steroid dia tinggi sikit. Lagi pun memang dah lama saya tak pakai ubat setiap hari. Mata saya rasa selesa dan tak sekering dulu. So ubat lama pun saya dah mula jarang pakai. Sebab tu saya boleh bertahan lama bila ubat tu tak ada stok. Dulu, tak pakai sehari pun dah sakit. 2. Jamu. Mungkinkah jamu yang saya makan ni juga menyumbang kepada perpecahan ketumbit saya? Mungkinkah panas jamu tu buat dia tak tahan lalu pecah? Lagi pun salah satu fungsi jamu saya tu melancarkan darah. Mungkin perjalanan darah yang lancar membuatkan dia terpaksa mengalir lalu pecah. Hahahaha... Pandailah kau Tinta, buat tiori sendiri! Apapun, saya sangat bersyukur kepada Allah atas kurniaanNya. Memang Dia selalu memberi pada masa yang tepat. Bila masa tepat tu? Hanya Dia yang tahu. Kenapa Dia tiadakan stok ubat saya? Mungkin inilah hikmahnya. Kenapa dia ilhamkan kepada saya untuk mengamalkan jamu? Juga mungkin ini hikmahnya. Allah selalu beri kejutan kepada saya. So, saya terus tunggu kejutan Allah seterusnya. Tapi saya berdoa, kejutan itu Allah datangkan dalam bentuk yang baik.

No comments: