Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, August 14, 2019
Cantik Macam Durian
Alkisahnya tengahari tadi saya pergilah membeli durian. Hari ni, ada peniaga durian yang berniaga kat car park ofis ni.
Kebetulan Udang Merah kegemaran saya ada dijual. RM20.00 1 KG dan berat durian saya 1.4 KG. So, harganya RM28.00. Berbaloilah berbanding sebiji Pizza durian RM40.00 yang tidak diketahui kuantiti durian sebanyak mana dan jenis durian apa yang digunakan.
Saya beli dan minta dia buka siap-siap. Dia letak dalam tupperware.
Lepas tu, Yon pulak nak beli. Dia ajak teman. So sekali lagi saya bertandang ke tempat jual durian. Ada sorang pakcik ni sedang enak menjamu selera Durian Musang King.
"Tinta nak rasa?" Tanya pakcik dan guard yang ada di situ kepada saya. Pucuk dicita ulam mendatang. "Nak," Jawab saya.
Yon: Kuningnya isi dia. Cantik.
Kebetulan saya berdiri di belakang Yon dan abang jual durian tu.
Abang Durian: Memang cantik. Macam adik kat belakang ni.
Saya malas nak layan dia cakap apa. Saya buat-buat tak dengar.
Yon: Apa?
Abang Durian: Cantik macam adik kat belakang ni.
Yon: Hayyooo... Dia kata durian tu cantik macam you, Tinta.
Saya terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Nanti karang orang kata perasan pulak.
Saya: Pengsan terus.
Abang Durian: Eh, apa pengsan pulak? Dah cantik. Bukan apapun.
Ada ke patut samakan saya dengan buah durian yang dia jual? Hehehehe... Memang nak kena ni.
Saya terus berpusing ke arah meja pakcik tadi dan mengambil durian yang diberikan bagi menamatkan perbualan isu cantik tersebut. Seganlah.
Guard: Tinta nak lagi?
Tanya guard yang kebetulan ada di situ setelah dilihatnya durian yang saya makan habis.
Pakcik empunya durian: Nak lagi, ambillah.
Hehehee... Cukuplah tu. Bagi betis nak paha pulak nanti. Mentang-mentang free. Dah namanya rasa. Seulas cukuplah. Kalau ikutkan hati, confirm nak lagi.
Orang rasa dulu baru beli. Ni beli dulu baru rasa. Dahlah beli Udang Merah, rasa Musang King. Melampau betul. Hahahaha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment