Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, August 9, 2019
Untuk Awak RM7.00 Sahaja
Assalammualaikum dan selamat malam semua.
Hari ni rajin nak menulis.
Dua tiga hari lepas, saya keluar makan dengan kawan-kawan. Kami memilih sebuah kedai mamak setelah kedai kegemaran kami tutup.
Masa Anei ambil order, saya macam kawan-kawan yang lain, orderlah.
Saya: Nasi putih sikit je, ayam kari, peria goring.
Lelaki: Siap.
Aik, orang lain yang ambil order, orang lain dari jauh yang jawab siap?
Saya minta air basuh tangan. Masa saya nak basuh tangan tu, saya Tanya anei, "Anei, mana air basuh?" Anei menunjukkan mangkuk air basuh dan siap tolong celupkan tangan saya. Amboi, tak payahlah tolong celupkan tangan saya pulak. Macamlah saya ni ngok sangat tak tahu nak basuh tangan sendiri. Saya cakap dalam bahasa rahsia kami. Kawan-kawan ketawa.
Setelah hidangan sampai, kami pun menjamu selera dengan enaknya.
Lepas cuci tangan, saya minta tisu dengan lelaki yang jawab siap tadi kebetulan dia lalu di tepi meja kami.
Saya: Abang, tisu.
Lelaki: Kejap. Bawa bertenang, saya ni single hari ni. Kerja single, hidup pun single. Nak kahwin, perempuan tak nak.
Saya: Motif bagi tahu hidup single tu? Siap bagi tahu nak kahwin perempuan tak nak?
Saya bercakap perlahan tetapi masih didengari oleh kawan-kawan yang duduk semeja. Gelak tawa berderai sesama kami.
Kak Sarah: Nak promot dirilah tu.
Kami ketawa lagi.
Usai semua orang makan, kami panggil dia minta kira. Dia ulang lagi hidup single tu. Apa kena dengan abang ni? Tebiat apa? Diapun datanglah kira harga makanan kami. Bila tiba part saya:
Saya: Air suam,
Lelaki: Air suam free.
Saya: Oh ye ke? Saya ingat kena bayar sebab tu saya cakap.
Lelaki: 95 pratus kedai mamak air suam kena bayar. Abang saya ni je yang bagi free. Apalah Haji Din ni.
Saya: Tak apalah. Murah rezeki dia. Saya makan nasi putih sikit, ayam kari dengan peria goring.
Lelaki: Untuk awak, RM7.00 sahaja.
Dia bercakap lembut, tidak seperti bercakap dengan kawan-kawan saya yang lain.
Saya: Yelah. Tisu tak sampai-sampai pun.
Geram pulak hati kita ni.
Ida: Oooo... Rupanya, dia promot tadi tu untuk akaklah.
Kak Sarah: Patutlah duk ulang hidup single. Promot kat Tinta rupanya.
Saya buat bodoh je. Malas nak layan kawan-kawan saya ni. Makin dilayan nanti makin menjadi pulak dia orang mengusik saya. Orang tu main-main jelah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment