Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Sunday, December 30, 2018
Almari Display Mesti Beli, Arahan Dari Mam Besar!
Assalammualaikum semua.
Salam Ahad.
Korang buat apa tu? Berehat ke?
Rasa bosan. search almari display tak jumpa-jumpa. Manalah Diana ni, nak teman saya pergi Ikea ke tidak ni? Year end ni selalu ada sales. Mummy semalam call saya dah bising-bising suruh saya beli almari display suruh letak dia punya periuk belanga tembaga yang dia bagi saya hari tu. Yelah, yelah, nanti along beli. Amboi, siap kirim duit suruh saya beli. Saya cakap dengan dia, simpan je duit dia tu untuk belanja dia. Dia kata dia banyak duit hahaha... yang penting, saya mesti beli almari tu dalam masa terdekat! Tak boleh tidak! Kalau tak beli, siap! Dia kata saya degil! Hahaha...
Katanya, kunjungan hormat dia sekali lagi ke teratak kecil saya ni, dia nak tengok almari tu dah tersergam indah kat ruang tamu saya bersama barang-barang perhiasan yang dia bagi.
Bulan lepas mummy mengotakan katanya dengan memberikan saya beberapa periuk, sudip, sudu, garfu diperbuat daripada tembaga kepunyaan keluarga kami turun-temurun. Periuk tu katanya berusia lebih 200 tahun milik arwah ibu kepada arwah moyang saya. Dulu-dulu ceritanya periuk tu digunakan untuk memasak harian.
Kata mummy, dalam banyak-banyak anak dan cucunya, dia percayakan saya. Dia nak bagi semua barang kesayangannya kepada saya. Katanya, dia nak bagi sedikit demi sedikit sebelum dia meninggal. Nanti kalau dia dah tak ada, orang lain tak tahu menilai sesuatu barang tu berharga atau tidak. Kata mummy lagi, dalam banyak-banyak cucunya, saya adalah cucu yang paling dekat di hatinya. Cucu sulung dan cucu yang diasuhnya bersama arwah moyang. Katanya saya memang ada tempat istimewa di hatinya menerusi panggilan telefon semalam. Daripada saya berkeras tak nak dia kirim duit untuk beli almari, saya mengalah. Saya bukan tak boleh beli almari tu. Tapi saya nak beli almari baju dulu. So mummy kata tak apa, dia yang nak bagi saya almari pameran berkaca tu. Siap suruh call dia kalau saya jumpa almari tu.
OK mummy, hamba yang menurut perintah. Tapi ia bergantung kepada kawan along boleh teman atau pun tidak. Sebab along bukan macam dulu lagi, anytime ada je orang teman along beli barang. Cakap je bila dan di mana mesti teman. Tapi last-last orang mengungkit, mi. Hahaha tapi tu dalam hati jelah.
Diana kata hari ni nak confirm balik. Kalau Diana tak boleh teman, kita tengoklah siapa boleh teman. Janganlah mummy call sebelum saya pergi beli. Kalau tak nanti, menanah telinga saya ni. Hehehehe... Mummy dan arwah chek, dua wanita yang selalu buat saya lembut hati dan kalah. Yelah, pengasuh kita dari kecilkan? So, dia tahu macam mana nak patahkan kedegilan kita. Tapiiii... Ada ketikanya, dorang pulak akan kalah dengan saya. Saya pun kalau saya nakkan sesuatu, saya tahu jugak macam mana nak pujuk dia orang. Hehehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment