Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, March 5, 2018
Makan Perlu Berfikir
Assalammualaikum readers,
Mesti korang dah kekenyangan menikmati makan tengahari yang lazatkan? Apa menu korang? Best tak?
Makanan bagi saya sekarang ni bukan sesuatu yang mudah. Setiap hari saya perlu berfikir nak makan apa. Makanan ruji negara kita nasi sedangkan saya telah masuk empat tahun mengurangkan nasi. Saya menghadkan paling banyakpun satu minggu sekali sahaja menu nasi. Kenapa? Faktor kesihatan. Bukanlah makan nasi tu maknanya tak sihat. Tapi memandangkan aktiviti harian saya yang kurang menggunakan tenaga, saya rasa kurangkan nasi itu lebih baik.
Segalanya bermula empat tahun lalu apabila berat saya menghampiri tahap maksimum dan limit BMI saya. Masa tu saya rasa sangat risau dan takut. Banyak artikal saya baca untuk menurunkan berat badan. Mungkin rangka tubuh saya kecil, so orang tak Nampak saya gemuk. Tapi tuan punya badan boleh rasa apa lagi bila baju yang saya pakai semakin sempit. Alhamdulillah masa tu, saya mula berlatih untuk ke Gunung Kinabalu so, berat badan saya turun cepat.
Masa tu, bila saya balik kampung, mami selalu suruh saya kurangkan nasi. Mami suruh saya makan nasi tengahari je. Almaklumlah, mami sangat particular dengan kecantikan dan penampilan. Dia takut saya gemuk. Mula-mula, saya buat tak endah. Sememangnya saya sangat suka makan nasi. Apa lagi dengan kepelbagaian masakan Malaysia dan aneka lauk. Memang susah bagi saya untuk tidak makan nasi. Mami suruh saya puasa Isnin Khamis. Katanya, sambil-sambil beramal. Lagi saya liat. Tambahan pulak masa tu saya dengan awak. Lepas waktu kerja biasanya kami akan keluar makan. Lebih teruk, makan waktu malam. Selalunya saya prefer untuk keluar lepas Maghrib so tak payahlah sibuk-sibuk nak cari tempat solat.
Lama-kelamaan, saya rasa semacam. Saya rasa cepat penat, lesu dan selalu mengantuk. Badan mula terasa berat. Rasa tak cergas. Saya juga cepat mengah. Sehinggalah pada satu hari, saya beli glucometer. Saya test check darah. Saya terperanjat bila glukosa dalam darah saya 17 sedangkan saya tak ada simpton diabetes. Kakak yang menjual pun terperanjat tapi dia bagi tahu saya supaya pergi check di klinik sebab dia pun tak pandai setting that glucometer. Saya menangis. Takut kena diabetes dan terus hubungi awak. Awak melawak dan ketawakan saya. Saya sangat marah sebab masa tu saya perlukan sokongan dan nasihat. Kalau setakat nak ketawakan saya, better saya tak payah call dia. Berlakulah sedikit ketegangan apabila saya marah padanya. Akhirnya, awak mula faham apa yang saya nak dan menyokong saya untuk diet. Tanpa berlengah, saya ke klinik dan minta doctor check gula dalam darah saya. Laaa... 4.6 je. Doktor kata saya tak perlu risau sebab saya masih jauh dengan border kencing manis. Doktor nasihatkan saya agar jaga pemakanan dan selalu bersenam. Glukometer yang saya beli RM100 lebih tu, sekali je saya guna dan terus simpan sampai hari ni. Saya fobia dengannya. Biar saya check gula secara tahunan di klinik seperti dulu.
Diet saya bukanlah diet extreme dan mengejut. Saya mulakan diet dengan mengikut saranan mami. Makan nasi sekali je sehari. Malam, saya ambil yang ringan-ringan je walaupun temankan awak makan. Saya makan sup sayur dan apa saja yang ringan. Kadang-kadang awak kesiankan saya. Dia bungkuskan saya makanan ringan yang lain seperti kerepok leko dan sebagainya takut saya lapar tengah malam. Esoknya dia mesti Tanya saya lapar tak malam tadi tak pun setelah dia tiba di rumah, dia Tanya saya lapar ke tidak? Untuk diet sebenarnya keazaman yang tinggi dan hati yang kental diperlukan sebab kat mana-mana pun kita pergi, pasti berlambak makanan yang sedap terutamanya berasaskan nasi.
Setelah lama saya tidak mengambil nasi untuk makan malam, saya cuba pula untuk selangkan pengambilan nasi beberapa hari seperti dua ke tiga hari. Alhamdulillah, saya Berjaya dan akhirnya saya hadkan pengambilan nasi kepada seminggu sekali. Sekarang, kalau tak makan nasi langsung dalam minggu tu pun saya OK. Cuma nasi tu sebagai reward untuk diri sendiri. Tapi kalau pergi kursus kat hotel, berantakanlah diet saya. Semua saya nak try. Masa tu, saya mula rasa segar dan tubuh jadi ringan. Tiada lagi mengantuk yang keterlaluan.
Setelah lama berlalu, saya perasan something. Saya mula tidak dapat menerima nasi seperti dulu. Kalau saya makan nasi, saya akan rasa mengantuk yang amat dan dalam tempoh masa yang lama sebagai contoh, makan tenghari ambil nasi hari ni, ia akan membawa saya mengantuk sehingga esok. Bukan sekadar mengantuk, badan saya jadi lemah dan lesu. Saya juga akan jadi stress dengan keadaan ini. Sampai sekarang pun saya sukakan nasi. Tapi bila mengenangkan keletihan dan mengantuk yang amat akan saya alami, saya perlu berfikir dua tiga kali sebelum mengambil nasi.
Mula-mula tak makan nasi dulu saya memang rasa lapar. Rasa tak best. Rasa sedih pun ada sebab tak boleh makan makanan yang kita suka. Korang pernah tak rasa macam tu? Sedih lebih-lebih lagi, orang di sekeliling kita makan nasi dengan lauk macam-macam. Tapi mujurlah saya ni makan semua benda. So, saya juga sukakan western food, makanan Jepun, China, Korea dan lain-lain. Pernah satu ketika saya rasa sedih pulak bila diberi nasi.
So, sekarang, saya masih lagi menghadkan pengambilan nasi.
Cuma saya jadi sedih pulak sebab tak tahu nak makan apa. Makanan yang saya nak makan semuanya mahal di Malaysia ni. Penyelesaiannya, saya perlu beli steamer dan masak sendiri. Itu yang terbaik. Masak sendiri yang kita tahu tahap kebersihannya, campuran dan bahannya ikut citarasa sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment