SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, February 28, 2019

Perasankah Saya?

Kebelakangan ni, dah dua kali saya terima jambangan mawar merah. Yang pertama tu jambangan mawar semata-mata. Kali kedua, jambangan mawar bersama bear. Seperti biasa, saya kongsikan apa yang saya rasa di Facebook. Bukanlah niat nak menunjuk. Dah namanya Facebook, tempat kita post apa yang kita sukakan? Ada sorang hamba Allah ni, dia sibuk duk kata saya sombonglah, dah ada boy friend la. Malas nak contact saya sebab dah ada boy friendlah. Bukannya nak tanya saya siapa bagi dan sebagainya. Sibuk duk merungut belakang. Sayapun tak faham apa masalah dia. Dulu selalu cakap kat saya, cepatlah kahwin. Jangan memilih sangat. Baru saya post pasal terima bunga, dah lain macam. Kenapa? Lepas tu cakap, orang buta suka perasan. Laaa... Saya ni masuk dalam kategori perasan ke? Sedangkan, saya tahu siapa pengirimnya dan memang bunga tu dialamatkan kepada saya. Siap ada nama saya. Perasan ke? Saya tak ada pun canang serata alam yang saya ada peminat, ramai orang suka dan sebagainya. Lepas tu siap cakap nak tengok siapa pengirim bunga tu. Jaga saya elok-elok ke tak. Ya Allah, kenapa macam tu? Habis awak tu, elok ke jaga perempuan? Dengar khabar mengorat sana sini. Kalau dah suka, kahwin jelah. Kata mampu, so tak ada masalah nak poligami kan? Janganlah sibuk melayan lepas tu tak kahwin dengan alasan dah ada isteri. Cuba letak diri awk tu kat tempat orang yang awak layan tu. Apa perasaan dia kalau dia dah betul-betul sayangkan awak, lepas tu awak tinggalkan dia atau still layan tapi tak ada hala tuju perhubungan. Kesianlah kat dia. Kita hidup ni ada kifarah. Mana tahu kalau buat orang, esok lusa Allah uji pulak kaum keluarga kita dan anak-anak kita? Hidup ni macam roda, sekejap di atas, sekejap pulak kita kat bawah.

Kondomenium Milik Kawan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Buat apa korang? Saya bosanlah. Jom kita sembang-sembang. Asyik cerita pasal saya je. Meh nak cerita pasal kawan yang rapat dengan saya ni. Ahad lepas, saya sembang-sembang dengan sorang kawan rapat. Katanya dia baru beli sebuah kondomenium. Waaaahhh... Excited betul saya dengar. Saya pun berangan jugak nak beli kondomenium suatu hari nanti. Korang doakan ya. Tapi bila kawan kita kata dia beli, rasa seronoknya macam kita yang dapat hahahaha... hiperbola sungguh! Bagi saya harganya berpatutan dengan keluasan dan kemudahan yang dilengkapkan. tiga buah bilik dan tiga buah bilik air, tiga almari pasang siap, tiga water heater dan tiga buah aircon. Best kan? Semoga kawan saya tu berbahagia dengan rumahnya yang bakal siap nanti. Jangan lupa jemput kawan awak yang kepochi ni tau. Nak tengok rumah baru orang tu. Hahahahaha...

Sunday, February 24, 2019

Tilam Yang Empuk

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Jom sembang sambil tunggu Dhuha. Saya ada up status di Facebook pasal tilam baru saya. Ada yang tanya saya, tilam apa yang tinggi macam katil tu? Katanya tak ada pulak saya cerita kat sini. Biasanya saya akan buat review kat sini kalau sesuatu yang saya rasa menarik. OK la, saya akan tulis sikit pasal tilam ni. Jangan cakap saya nak riak pulak. Just berkongsi dengan korang dan korang pun boleh pergi beli kalau nak. Korang pernah tak dengar tilam yang harganya berbelas ribu? Mungkin untuk orang macam kita ni, dengar berbelas ribu je tak apalah. Kirim salam jelah. Rasanya lebih baik beli benda lain daripada beli tilam harga senggitu. Sebenarnya, harga tilam mencecah belasan ribu ringgit tu bukan sekadar kerana kualiti tilam tapi kerana jenama tilam tu pun memainkan peranan dan memberi sumbangan yang besar dalam menaikkan harga tilam. Kalau nak harga yang murah dari pasaran, mana nak dapat? Jawapannya, belilah dari kilang. Kilang-kilang nilah yang membekalkan tilam kepada jenama-jenama mahal seperti Getha, Good Night, Sweetdream, Kingkoil, Vono dan sebagainya. Ada orang ajak saya pergi tengok tilam kat kilang di Sungai Buloh setelah buat survey di Ikea dan Courts Mammoth. Hati dah berkenan kat tilam Latex. Saya dah ada short list dalam kepala. First, tilam Latex di Courts Mammoth yang saya lupa brandnya berharga RM1,399.00 dan tilam di Ikea berharga RM800.00. Tak apa, kita tengok kat kilang dulu. Harganya macam menarik dipaparkan di iklan. Sesampainya di kilang tersebut, sebenarnya kilang dia kat belakang, tapi dia ada kedai display untuk customer. Macam-macam jenis tilam ada. Saya pegang tilam-tilam tu, saya rasa harapan saya dah musnah! Tilam-tilam mahal yang rupa bentuknya tak pernah saya tengok sebelum ni. Kalau pernah tengokpun kat hotel-hotel mewah. Menurut katanya, Datuk Sri Vida pun beli tilam kat situ. Kilang ni pembekal kepada jenama-jenama mahal. Namun, hati dah berkenan kat satu tilam. Tilam ni dibuat untuk Jenama Getha. Tilam diperbuat daripada pocket spring campuran sabut kelapa. Bahagian atasnya pulak mempunyai satu lapisan seperti mattress pad yang diperbuat daripada Latex. Latex nilah yang memainkan peranan untuk mengekalkan kesejukan. Manakala pocket spring tu bermaksud, spring yang berdiri sendiri secara individu. Jadi, kalau korang tidur berdua, bila orang sebelah tu bangun, orang yang masih tidur tak terasa tilam tu bergerak. Tilam ni dah mempunyai corak yang menarik wrna hitam putih. Tak pakai cadarpun tak apa. Di sekeliling tepi tilam pulak disalut dengan material baldu. Nak kata baldu pun tak jugak sebab material dia best lagi dari baldu dan panjang sikit bulu dia dari baldu. Tak tahulah apa kebendanya. Ketinggian tilam ni saya lupa sama ada 12 inci atau 15 inci. Harapan saya hancur berderai bila harga yang dipamerkan adalah RM3,399.00! Saja gatal mulut tanya, harga di pasaran berapa? Memang mati kejung terus bila saya dengar, Getha meletakkan harga tilam ni RM13,000.00. Katanya, kalau kami nak tilam ni ada cop Getha, itulah harga yang perlu dibayar. Tapi tanpa brand, harga seperti yang dipamerkan. Saya ajak dia balik. Tak payah nak mengada nak beli. Saya tak ada duit. Amboi, dia nak stay lagi. Nak tanya macam-macam. Konsep saya ni senang, kalau tak mampu, tak payah tanya. Tak beli malu je. Dah dia main tawar-tawar harga pulak dengan mamat jurujual tu. Tak payahlah! Nanti minta tawar lepas tu tak beli! Malu! Dia cakap dengan saya, kalau nak beli, beli sekarang. Nanti kita tak tahu harga masa depan. Yelah memang tak tahu harga masa depan. Naik tu mesti, kurang tu tak mungkin! Tapi mungkin masa depan tu saya dah ada duit. Then boleh beli. Saya cakap tak nak. Saya tak ada duit. Jawab dia, "Sayakan ada." Hah? Gila! Nak beli tilam semahal ni? Beli kat Courts or Ikea jelah. Tapi dia terus berurusan dengan mamat jurujual tu. Dia tanya saya, OK tak tilam tu? Hadoi, memanglah OK, masalahnya duit yang tak OK. Best gila kot tilam ni. Memang nak tidur terus kat sini rasanya. Mamat jurujual bagi harga RM3,000.00 tapi dia call boss, boss dia bagi RM2,900.00. Sekali lagi dia tanya, nak brand ke tak? Kalau nak, harga pasaranlah. Tak perlu brandlah. Nak tidur je pun. Rasanya sekualiti brand tu cukup! Urusan jual beli dibuat. Bayaran hundred percent dijelaskan. Tunggu tilam sampai ke rumah je. Mula-mula saya nak booking je dulu. Sebab jurujual kata boleh bayar 30 ke 40 percent. Paling lama boleh ambil dalam masa setahun. Tapi dia ni cakap, beli jelah. Dalam keadaan masih tak percaya, saya melangkah keluar dari kedai. Dan alhamdulillah, semalam tilam ni sampai ke rumah. Dah macam katil tingginya. Saya test tidur petang semalam, memang best. Alhamdulillah, Allah bagi saya rezeki ni untuk dirasa melalui seseorang. Terima kasih sebab bagi saya tilam ni. Bukan tilam je ada kat kilang tu. Perabot lain pun ada. Katil, meja makan, almari, sofa. Semuanya boleh dapat harga murah dari pasaran dengan kualiti yang sama cuma tanpa jenama. Kalau korang nak ke sana, saya boleh bagi contact number.

Apa Hal Usik-Mengusik Tu?

Bila En. Fazrin, staff En. Nor Mal bagi tahu saya yang kerja dia dah selesai untuk hari ni, saya tanya dia, berapa bayaran yang perlu saya jelaskan untuk hari ni? Dia kata, kejap dia tanya boss. Dia bercakap telefon dengan boss dia depan pintu rumah tapi jauh sedikit. Saya tak dengar apa yang mereka cakapkan. Sejurus kemudian, En. Fazrin mendekati pintu rumah. Mungkin dah nak tamatkan perbualan kot. En. Fazrin: Kirim salam? Ehem-ehem. Lain macam nampak? Ada apa-apa ke? Tak tahulah apa orang belah sana jawab. En. Fazrin: Yelah. Nanti saya sampaikan. Sekali lagi En. Fazrin buat-buat batuk. Hadoi, cepatlah. Orang nak tanya harga hari ni. Korang duk usik-mengusik tu kenapa? Nak berkirim salam bagai. Kot ya pun nak sampaikan salam kat secret admire, nanti-nantilah. Kan dalam bertugas ni. Selesaikanlah customer ni dulu. En. Fazrin mematikan talian. En. Fazrin: OK kak, settle. Saya: So macam mana? Berapa saya perlu bayar? En. Fazrin: En. Nor Mal cakap, hari ni tak payah. Nanti minggu depanlah bayar masa pemasangan tu. Saya: Oh ye ke? Terima kasih. En. Fazrin: Boss kirim salam kat akak. Aik, takkan duk berkirim salam tadi kat saya? Rasanya tak kot. Sebab selama ni pun kami text atas urusan kerja je. Dia pun serius cakap pasal kerja je. Tak pernahlah pulak melencong atau bagi ayat-ayat mesra. Saya lagilah tak ada. Nak try-try orang ni bukan saya. Nak melayan-melayan ni saya malas. Nanti orang kata apa pulak. Perigi mencari timba tak pun perempuan tak tahu malu. Mungkin tadi tu dia suruh kirim salam kat orang lain. Kebetulan suruh sampaikan salam untuk saya sekali. Yelah. Mungkin itu cara dia jaga customer dan ambil hati customer. Kan selama ni deal dengan dia tapi yang datang staff dia. Whatever. Selagi orang baik, kita baik. Kalau rasa lain macam, kita belah. Saya: Waalaikummussalam. Kirim salam kat dia jugak. Cakap dengan dia, terima kasih sebab bagi saya alternatif supaya tak pecah dinding. En. Fazrin: Insya-Allah. Nanti saya sampaikan. Saya: So, minggu depan lebih kurang RM500 kan? En. Fazrin: Nanti akak mintalah diskaun dengan En. Nor Mal. Boleh dapat kot. Saya: Tak apa. Saya OK dengan harga tu. Cuma bagi tahu saya hari apa nak buat. Confirm balik. Sebelum tu, saya ada dengar perbualan En. Fazrin dengan boss dia tu. Sebab En. Fazrin buat loud speaker. En. Fazrin kata dua tiga hari lagi boleh buat. Tapi boss dia suruh buat hari Sabtu. Katanya, jangan kacau hari kerja saya. Saya cakap dengan En. Fazrin, boleh je nak buat hari kerja tapi kena cakap awal supaya saya boleh ambil cuti. Kedengaran macam boss dia tak setuju. Nak buat Sabtu jugak sebab saya bekerja. Tak apalah. Sabtu pun lagi OK. Tak yah cuti. Semoga segalanya akan berjalan lancar dan paip ni OK-OK saja, tak meragam dah lepas ni.

Stopcock Terbalik

Assalammualaikum semua. Selamat malam. Tapi janganlah tidur dulu. Meh kita sembang. Dah lama tak cerita pasal rumahkan? OK, baru-baru ni bilik air dapur tu, tutup kepala paip pun air masih keluar. Saya assume, washer rosak. So, saya panggil Abang Fadzil datang baiki. Tukar kepala paip baru, air langsung tak keluar. Cari punya cari puncanya, Abang Fadzil kata stopcock terbalik. Macam mana eh seorang kontraktor boleh pasang stopcock terbalik? Kan ada arrow kat benda alah tu. Dulu saya ada baca blog sorang plumber ni. Nor Mal nama dia. Pernah contact dia dulu nak baiki paip tu sebab air keluar ikut dinding. Tapi bila Abang Fadzil buat apa entah, air ikut dinding alhamdulillah dah tak keluar. Mujur saya save nombor dia. Dapatlah saya contact dia balik. Dulu contact, tapi tak jadi panggil. Hari ni, dia hantar staff dia tengok paip saya. Betul, stopcock terbalik. Lama jugaklah dia orang check. Teliti buat kerja. Staff dia call dia bagi tahu keadaan paip saya. Dia bagi pilihan kat saya. Tapi staff dia bagi phone kat saya minta dia cakap dengan saya. 1. Betulkan stopcock di mana dinding harus dipecahkan. Boleh pasang jubin balik. cumanya, tak tahulah dapat tak jubin tona warna sama. 2. Pasang water heater. So, tak payah pecah jubin. Pilihan pertama RM450 tak termasuk jubin. Pilihan kedua, RM500 termasuk water heater dan pemasangan. Mungkin water heater biasa-biasa je kot. Saya buat keputusan untuk pilih pilihan kedua. Tak payahlah nak pecah dinding bagai. Janji keluar air, orang boleh mandi. Tapi saya tak naklah macam sesetengah orang cakap buat je paiping baru batang paip kat luar. Tak cantik! So, next week they will be coming to install water heater. Nasib kai baik Hakim. Dapatlah kau mandi air panas setiap hari.

Friday, February 22, 2019

Cluj Napoca Aku Datang 1

Assalammualaikum dan selamat petang. Hahahaha... Belek-belek note kat handset, terjumpa entri ni. Dah lama terperam dalam phone. Dah setahun lebih, baru nak post kat sini. Tak apalah. Janji post. Ada kenangankan? Entri ni ditulis dalam flight, sewaktu penerbangan ke Munich untuk transit sebelum terbang semula ke Cluj Napoka. Semalam, 24 Oktober 2017, saya terbang dari Langkaw Semalam, 24 Oktober 2017, saya terbang dari Langkawi pulau lagenda setelah selesai akses audit di sana. Sebenarnya, penganjur lepaskan saya awal sebab saya nak fly malam tadi. So, terbang bersama MH1433 jam 11.10 pagi membuatkan saya selamat tiba di KLIA pada jam 12.10 tengahari. Mujurlah Kak Sha, assistant saya sudi temankan saya di airport menanti waktu penerbangan ke Romania pada jam 8.40 malam. Kami lepak kat Old Town White Coffee. Makan nasi lemak I you alls. Yelah, nanti berapa lama tak jumpa makanan Malaysia. Kak Sha pun terperanjat bila saya minta nasi lemak hahahaha... Tak ada apa nak buat. Kami sembang, whatsapp, makan, minum, dan Facebook. Then lepas makan, kami duduk surau di anjung tinjau airport. Walaupun macam tak ada apa nak buat, tapi saya tetap rasa tak cukup masa sebab, saya kena call sana sini, whatsapp apa yang patut supaya kerja-kerja office tetap lancar sepanjang ketiadaan saya di pejabat nanti. Lepas tu kemas beg, asingkan barang yang dari Langkawi nak tinggal dan yang nak meneruskan perjalanan bersama saya. Kali ni, saya rasa persiapan saya agak rapi. Mungkin sebab saya pergi dengan boss so tak nak bagi masalah kat dia orang. Barang-barang shopping dan yang tak nak bawa tu, saya bagi Kak Sha suruh bawa balik office. Kemas punya kemas, baru saya perasan yang ubat gigi saya tinggal sikit. Tak cukup ni nak guna sepanjang kat sana. Saya call driver minta belikan sensodyne kegemaran saya. Tak lama lepas tu, Dayah operator office call saya confirm jenis ubat gigi yang saya nak. Katanya dia ada spare. Then saya minta Dayah bagi tahu driver beli selipar Jepun. Memang nampak macam tak ada keperluan tapi, saya kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Kaki saya kan masih sakit. Kalau tiba-tiba tak boleh pakai kasut, mana saya nak cekau selipar kat tempat orang? Habislah saya. Driver mesti bagi barang saya kat boss. Nanti boss ketawakan saya. Ah, lantaklah. Saya buat ni semua sebab tak nak menyusahkan dia. Penerbangan bakal saya tempuh campur transit lebih 20 jam. Saya mesti tukar baju. Hahaha... plan awal nak tukar baju kat bilik air cancel. Kak Sha kata, ada orang tukar dalam surau. Better, taklah kotor kalau kena lantai. Saya kan ada baju kelawar. Gunakannya sebagai cover supaya orang tak nampak tubuh saya. Hahaha... Kak Sha siap tolong saya supaya pertukaran dibuat dengan smooth dan tak terdedah. Terima kasih, Kak Sha. Finish everything, seperti yang dijanjikan menerusi telefon dengan boss saya, Mejar Azhari, kami tunggu dia di departure hall pintu 4. Alamak, tak ada tempat duduk. Saya ubah kepada pintu 5. Tak lama menunggu, boss sampai. Kan betul, barangan saya boss yang bawa. Sangkaan saya meleset. Boss tak gelakkan sayapun. Boss siap ajar saya suruh letak selipar dalam hand luggage macam dia buat supaya senang diambil. Boss nak pergi solat. Bila saya cakap nak buat pemindahan barang ke dalam luggage, boss suruh saya buat dulu sebelum dia pergi surau. Alamak, seganlah saya. Takkan nak buka beg depan dia? Dia dahlah lelaki. Mujurlah segala yang kecik-kecik saya dah pack dalam bekas sebelum masuk luggage. Saya termenung. Boss suruh buat cepat. Dia nak tengokkan saya takut ada barang yang cicir. Buat jelah. Hahaha... boss siap tolong saya adjust barang dalam beg supaya kemas dan muat semuanya. Memang orang lelaki ni pandai susun kot macam abah. Boss kata barang saya tak penuh beg. Tak penuh? Saya rasa penuh je. Boss suruh saya pindahkan sports shoes dari hand luggage ke luggage. Muat ke? Rasa tak muat. Fikir saya dalam hati. Mana nak letak ni? Boss dengan selamba ambil kasut dari tangan saya yang terkial-kial nak masukkan dalam beg tu terus masukkan dengan yakin. Waaahhh... muat rupanya. Momen ni mengingatkan saya pada Suhaimi, kawan saya yang pernah tolong kemaskan luggage saya semasa sama-sama bercuti di Sarawak 2009 dulu. Rasa macam nak fly dengan abang-abang pulak kali ni. Boss siap letak pack lock kat luggage saya. Dia kata supaya susah orang nak buka. Hahaha... boss ni macam doraemon la boss. Pack lock spare pun ada walaupun dah kat airport. Lepas siapkan barang saya, baru boss pergi solat. Satu boss lagi belum sampai. So tunggulah. Bila Dr. Radha sampai, kami terus daftar masuk. Hahaha... ni first time saya nak fly jarak jauh. Excited tu lebih. Usai solat Maghrib, kami bertiga menaiki Train ke gate C3 di mana kami akan menaiki penerbangan Singapore Airline SQ119 ke Changi Airport for the first transit. Penerbangan ke Changi Airport mengambil masa 45 minit. Saya pernah baca blog pramugari, katanya, Changi Airport merupakan salah satu airport kesukaannya. So mari kita tengok macam mana airport dia. Ya memang canggih. Tapi saya tak dapat-dapat masuk wifi yang tak ada password tu. Hampir keseluruhan perjalanan kami di airport Changi beralas permaidani. Siap ada tempat melukis lagi tuuuu... Dr. Radha kata, saya kena ambil tahu apa yang ada di sekeliling. So dia bawa saya ke meja lukisan tu. Ia sebuah meja yang menempatkan beberapa petak acuan lukisan. Acuan ni bercorak. Garisannya timbul dan yang bukan garisan lebih rendah dari garisan. Dr. Radha memberikan saya kertas yang disediakan untuk saya cuba melukis. Ambil je mana-mana crayon yang bertaburan atas meja dan gosokkan pada kertas yang diletakkan atas acuan. Gosok sehingga rata dan keseluruhan kertas. Hahaha... siap ambil-ambil gambar lagi. Dr. Pun sporting tolong saya buat. Makin panas pulak badan kita ni bila buat benda ni. Tak salah pemilihan baju saya malam ni. Saya pakai baju yang saya beli di Gong Zhao 2 tahun lalu. T-shirt musim sejuk yang tebal. Bila boss saya sejuk alhamdulillah, saya tak rasa sejuknya malah rasa panas. Nanti nak masuk musim luruh tak tahulah macam mana pulak. 12.30 pagi, sekali lagi kami menaiki penerbangan Singapore Airline tapi kali ni, SQ328 ke Munich, German untuk transit kali kedua. Mudah, check in di KLIA, dapat semua sit number untuk semua penerbangan dan ambil luggage di Cluj Napoca, Romania nanti. Tapi kali ni saya dapat sit 51D. Yang KL tadi dapat 56C tapi boss bagi saya duduk kat window. Sit flight ni 3, 3, 3. Kali ni kami dapat duduk zone tengah. Tapi orang tak ramai. Sudahnya, kami duduk sorang 1 row. Siap tidur lena macam kat rumah saya ni. Penerbangan ke Munich memakan masa selama 12 jam lima minit. Kami akan sampai jam 6.30 pagi waktu tempatan. Apa nak buat dalam flight? Duduk, tidur, baring, makan, minum, toilet. Hahahaha... satu lagi, sembang. Boss-boss saya ni rajin bersembang. Rasa macam berjalan dengan abang dan abah. Rasa terjaga. Hahahahaha... mungkin ni la hikmahnya Allah jauhkan saya dengan kawan-kawan yang selalu travel dengan saya dan bagi orang lain travel bersama saya. Buat orang yang pernah kata, "rasakan, nanti kau akan travel dengan orang-orang yang kau tak sangkapun akan travel sekali." Ya, terima kasih. Mungkin bagi kamu, kata-kata kamu tu suatu sumpahan untuk saya rasa tidak selesa tapi, bagi saya, Allah tukarkan sumpahan kamu menjadi sebuah doa yang baik buat saya. Terima kasih. Dan kali ni, saya memang travel dengan orang yang sangat saya tak sangka akan travel sekali. Tapi Allah bagi saya ikut mereka. Semoga perjalanan kali ini diwarna-warnikan dengan pengalaman serta kenangan yang indah-indah. Insya-Allah, amin. Dan waktu saya menulis entri ni, saya masih lagi dalam perut pesawat menuju ke Munich. Baru bangun tidur, kacau Dr. Radha sedang tidur sebab nak ke toilet dan ambil barang dari compactment atas. Sebenarnya ni kali kedua saya masuk toilet flight. Dulu saya masuk 6 tahun lalu masa pergi Kerala, India. Kali ni saya lebih bersedia untuk buat urusan toilet dalam pesawat. Ishppp... saya tak pandai kunci toilet. Kesian Dr. Radha. Dia tunggu saya sampai selesai dalam toilet sebab nyalaan lampu hijau pada pintu toilet memberitahunya saya tak kunci dari dalam hahahaha... Habis, tak pintunya kedap, saya ingat dah terkunci. Jakunkan? Dahlah saya gosok gigi dan betulkan tudung bagai. Bila nak keluar, terkial-kial saya cuba buka pintu. Mujur berjaya. Takkan saya nak jerit minta tolong kot. Hahahaha... macam budak-budakkan saya ni? Saya keluar, Dr. Ada depan toilet. Dr. Ajar saya macam mana nak kunci toilet. Hahahaha... dr. Kata, dia tunggu saya keluar takut orang buka toilet sebab lampu hijau. Kalau kunci, lampu merah akan menyala. Ooooo... macam tu. Patutlah Dr. Tunggu sampai saya siap sedangkan saya OK je kalau dia tinggal. Okay la. Nak pakai lip balm and pelembap lepas tu, nikmati penerbangan yang masih berbaki lebih kurang 2 jam lebih lagi ni. Tak tahu dah nak tulis apa. Hahahaha... dahlah lena macam tidur kat rumah dengan bantal dan selimut ni. Tidur banyak bantal rupanya ada selimut dua helai lagi kat saya tiga termasuk yang saya pakai. Bantal pun tiga. Melampaukan? Sampai pramugari bagi buah pun tak sedar. Mujur 'abah' ambilkan buah untuk saya simpan dan terus bagi bila saya bangun tidur hahahaha... buruk perangai. Pagi ni pramugari bagi kek dan air kosong. Cukup untuk sarapan saya. Nanti saya buat entri khusus cerita fasal penerbangan ni. Dia orang ni tak nak buka lampu ke? Bosanlah duduk dalam gelap ni. Dah tak boleh tidur ni. OK la, bye korang. Nanti update lagi.

Wednesday, February 20, 2019

Saya Bukan Apa-apa

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Kelmarin, ada orang call saya. Katanya dia baru lepas bercakap dengan one of my board members. Katanya, board member tu terima surat daripada Solidariti Orang Buta melaporkan Bahagian Aksesibiliti yang saya jaga ni tak buat kerja. Pendek kata, sayalah yang tak buat kerja. Surat tu juga minta saya dipindahkan ke library. Then orang tu Tanya that board members, "You percaya ke Tinta tak buat kerja?" "Tak adalah. Kita tahu kerja dia. Lagipun I sendiri pernah ikut dia masa walkabout bersama datuk Bandar. Datuk Bandar suka dengan dia. Datuk dengar cakap dia, bila dia cakap datuk focus kat dia dan datuk pun banyak Tanya dia. Nampak macam she knows very well her work. Macam dia dah buat homework dulu sebelum jumpa orang," Kata board member tu. "So, kalau orang kata dia tak buat kerja, you minta orang tu bukti yang Tinta tak buat kerja. Lepas tu you minta bukti dengan Tinta, apa yang dia dah buat. Don't simply believe bila ada complain. Tinta tu sebenarnya, she has many contact. She built the contact to give a good image to your office. Memang ramai orang tak suka dia sebab kerana dia, your office dikenali ramai. Orang ramai cari your organization sebab perlukan perkhidmatan dia. Ministry of Transport, DBKL, MRT all this contact kebiasaannya akan contact dia. So orang lain susah nak atasi benda tu. Lagipun, Aksesibiliti bukan sesuatu yang mudah. Kalau sekarang you nak campak dia kat tempat lain, suruh orang yang complain tu bagi suggestion, siapa yang boleh duduk kat tempat tu ganti dia? Nak ajar orang bukan mudah dalam hal Aksesibiliti ni. Orang tahu complain je tapi Aksesibiliti bukan mudah," Kata orang itu kepada board members saya. "Ya, don't worry. Kita tahu Tinta. Kita akan panggil Tinta untuk bincang hal ni," Saya tak kisah orang nak campak saya ke mana. Saya tidak ada personal interest dengan Aksesibiliti. Saya bekerja kerana menjalankan tanggungjawab dan saya minat dengan kerja tu. Lagipun saya hidup di office ni bukan kerana bodek. Saya ada kat sini kerana kerja saya. Sebab tulah orang yang tak suka saya tak mudah untuk melakukan apa-apa kepada saya dengan izin Allah. Saya tak pandai bodek. Suruh buat kerja, insya-Allah. Apapun saya buat. Kalau nak hantar saya ke library, hantarlah. Sekarang pun saya dah ada plan macam mana nak bangunkan library tu. Tapi kalau bagi saya boss yang tak, tak, memang kenalah boss tu. Tengok macam PR Department, sejak saya keluar dari that department, fungsinya semakin merosot. Semalam, kebetulan that board members call saya. Lepas bincang hal kerja, dia inform saya pasal surat tu. Saya kata, saya tak kisah kalau orang nak tukarkan saya ke department lain pun. Saya akur. Tapi, apa justifikasi yang menunjukkan saya tak buat kerja? Saya ada bukti apa yang saya buat selama ni. Kalau projek di Brickfields ni tak memuaskan hati komuniti blind kat sini, itu bukan salah saya. Saya dah buat apa yang sepatutnya. Saya dah hantar surat entah berapa kali, dah meeting banyak kali, dah site visit banyak kali termasuk dengan pengarah eksekutif baru dan lama, datuk Bandar, wakil menteri, saya dah meeting dengan menteri, saya pernah tegas menyuarakan isu tersebut dengan pegawai DBKL sampai dia orang terkejut, saya sentiasa whatsapp tentang kesilapan yang kontraktor lakukan kat pegawai terlibat, semua saya dah buat. Tapi kalau keadaan masih tak memuaskan hati, saya nak buat macam mana? Kuasa saya hanya untuk bercakap. Yang melaksanakan tugas adalah kontraktor, DBKL dan consultant. Malah, saya dah meeting dengan pihak kontraktor dan DBKL sebelum siar kaki pecah lagi. Saya yang panggil mereka sebab mereka tak bagi notis sewajarnya. Rukun Tetangga Brickfields pun dah buat macam-macam. Bukan saya sorang. Tapi semuanya bergantung kepada orang lain. Kalau saya sendiri yang buat siar kaki tu, bolehlah saya cepatkan siap dan buat macam mana yang korang nak. Ni keperluan blind tu berbeza. Yang ni cakap macam ni, yang tu cakap macam tu. Kalau ada 10 blind, 10 cara. Usah jauh, pemasangan tactile pun bercanggah. Saya ikut standard. Semua orang nak itu dan ini tapi tak tahu standard tu macam mana. Tu yang susah tu. Saya tak ada masalah kalau orang tak suka saya. Saya simple, tak suka, bagi bukti. Kalau saya salah, saya akan minta maaf. Nak tukar department, pun tak ada masalah. Saya ikhlas bekerja. Tak ada apa-apa yang tersembunyi. Saya tak dapat untung pun bila bekerja. Sekadar dapat gaji tu pun bukan banyak. Nanti siapa yang nak sangat Aksesibiliti ni, korang kalau duduk kat sini baru tahu macam mana susah nak deal dengan orang. Nak-naknya dengan konraktor yang tak faham keperluan dan rasa dia betul. Macam mana korang nak berhujah supaya dia faham. Nanti rasakan macam mana korang buat audit akses kat tempat besar dan panas. Ingat best sangat ke duduk Aksesibiliti ni? Kalau korang minat ya, korang akan suka. Tapi ingat ya, bukan hari ni kita cakap, esok benda tu jadi. Kena cakap benda sama banyak kali. 10 tahun kemudian mungkin jadi. Tu yang orang tak Nampak kita buat kerja. Solidariti konon. Ni nak menjatuhkan orang sendiri namanya. Solidariti apa? Bukan nak membela nasib komuniti. Semuanya ada kepentingan. Bila diberi duit, diberi bilik, solidarity pun hilang. Bila nak sesuatu konon solidarity. Mengamuk je pandai. Siapa nak layan? Dia ingat dia besar sangat ke? Bila dia mengamuk orang takut? Orang menyampah lagi ada. Dulu masa saya kat PR pun ada orang tak puas hati dengan saya. Orang blind jugak. Minta saya ditukarkan. Tapi Alhamdulillah saya duduk di PR tu 5 tahun dengan jayanya. Management nak tukarkan saya ke department lain pun bergaduh dulu. 3 kali meeting nak tukar saya sebab management tak nak lepaskan saya dari PR. Dia orang tahu apa yang saya boleh buat di PR dan memudahkan kerja semua orang. Masa tu saya bekerja sampai malam kalau ada ebvent. Tiba-tiba, sendiri buat salah, bila kena dengan saya, simply suruh management ni tukar saya. Management buat tak layan je sebab saya ada bukti yang menunjukkan saya betul. Dan orang luar yang deal dengan saya tak pernah complain pasal saya. Dia orang pun suka cari saya. Kalau saya minta dengan DBKL macam-macam, senang je dapat. Bila orang lain minta susah dapat sebab orang tak kenal. Dan mungkin salahh cara. Bila pihak yang bagi benefit pada office suka deal dengan kita, so office pun akan fikir banyak kali untuk tukar kita ke department lain. Kita buat je kerja dengan ikhlas. Allah tahu dan Allah akan bantu kita serta lindungi kita dari dengki khianat manusia. Saya ada Allah, jadi saya tak perlu bodek dan takut.

Monday, February 18, 2019

Petua Membersihkan Tudung Dari Foundation

Assalammualaikum dan selamat tengahari semua. Hari ni nak kongsi petua lagi. Saya akan kongsikan petua yang menjadi bila saya buat je. Hehehehe... Nanti orang kata saya tipu pulak kalau saya sendiri belum mencubanya. Petua ni dikongsikan oleh my lovely Kak Fatimah yang vogue tu. Dulu-dulu saya ni malas nak mekap. Even berbedak pun tidak. Kononnya nak jaga kecantikan aslilah, pui! Tak ada makna cantiknyaaaaaa... Berangan lebih! Suatu hari saya nak jadi pengacara ke saya nak attend meeting kat luar. Saya lupa. Masa tulah baru kelam-kabut nak mekap. Tudung dah pakai dari rumah lagi. Muka secalit bedakpun tak ada. Saya ambil jalan mudah. Saya pakai je foundation tanpa buka tudung. You know what, habis tudung kena foundation. Lepas pakai foundation dan bedak, saya naik ke bilik Kak Fatimah untuk dia mekapkan saya. Letak blusher, eye shadow dan macam-macam lagi. Almaklumlah, masa tu tak pandai mekap sendiri. Semua minta orang buatkan. Sebab tu tak mekap hari-hari. Karang jemu pulak orang nak melayan kita. Kak Fatimah tegur yang tudung saya dah kena foundation. Katanya jelas kelihatan. Orang Nampak. Malunya. Cantik tapi comot buat apa? Kak Sha yang masa tu sebilik dengan Kak Fatimah pun terus tolong saya basuh foundation tu. Tapi degilnyaaaa... Tak mahu tanggal! Kak Fatimah tu orang yang suka melawa. Dia still tak happy dengan penampilan saya yang senggitu. Walaupun dibasuh, kesan foundation still kelihatan. Dia dah mula keluarkan peralatan mekap untuk solekkan saya. Tapi dia masih berfikir macam mana nak buat dengan tudung saya tu. Kebetulan saya pakai tudung yang tak boleh diselindungkan kesan foundation tu. Kalau pakai selendang still safe, kotor kat belah tu, boleh belit kot lain. Kalau tak silap saya pakai bawal atau half moon. Memang jenuhlah nak menyembunyikan kotorannya. Then, Kak Timah kegirangan. Kenapa? Sementara dia memilih warna solekan, dia minta Kak Sha bersihkan tudung saya menggunakan sabun pencuci pinggan-mangkuk. Dan, ternyata! Tudung saya bersih! Tak lamapun nak menyentalnya. Sental kejap je, dia bersih. Saya Tanya Kak Fatimah, kenapa pencuci pinggan-mangkuk boleh membersihkan foundation? Katanya, foundation tu sebenarnya minyak. Ubat paling berkesan untuk membersihkan minyak adalah sabun pencuci pinggan. Masakan dan makanan kan semuanya berminyak. Kalau basuh bekas plastic dengan sabun lain, susah nak tanggal. Tapi kalau guna sabun pencuci pinggan, cepat je hilang kesan minyak dia. Alhamdulillah. Dapatlah satu petua. Paling penting, hari tu saya dapat tampil dengan menarik di khalayak walaupun sebenarnya tudung saya tu dah comot.

Sunday, February 17, 2019

Petua Membersihkan Darah

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama tak menyembangkan? Hari ni Cik Tinta nak kongsikan dengan you all petua membersihkan darah. Petua ni lebih kepada orang perempuanlah. Tapi orang lelaki pun boleh guna petua ni sekiranya nak cuci darah kat mana-mana. Fokus Cik Tinta adalah membersihkan darah dari kain. Korang mesti menghadapi masalah sekiranya darah terkena kepada kainkan? Saya dapat petua ni dah lama. Sejak saya di UiTM lagi. Lupa dah siapa yang memberinya. Mula-mula sayapun tak percaya. Almaklumlah, kerja membersihkan darah ni susah. Kalau dapat bersihkan pun, mesti ada kesan yang tinggal. Mummy pernah tanya saya, macam mana saya bersihkan kain-kain saya sehingga tiada kesan darah? Atau saya ada kain khas untuk dipakai pada waktu-waktu tertentu? Tak ada maknanya nak buat peruntukan macam tu. Pakai je apa yang ada. So daripada situ, saya tahulah yang petua tersebut alhamdulillah berkesan. OK, kalau kain korang terkena darah, apa yang selalu korang buat? Tindakan semulajadi kita dan logiknya adalah menjirus kain tersebut dengan air. Pada pemikiran kita, kena cepat-cepat siram atau rendam supaya warna darah tidak melekat. Betul tak? Tapi bila kita angkat atau lepas siram, kesannya masih ada. Lepas tu satu hal pulak nak menyental. Ini yang paling saya tak suka masa dulu. Dahlah tu, kalau nak make sure warna tu hilang, saya kena tanya orang bersih atau tidak? Kat mana tempat yang tepat kesan darah tu? Lepas tu sental or berus. Then tanya lagi, lepas tu berus or sental lagi sampai hilang. Lama pulak tu. Ataupun, janji darahnya tak ada. Setakat kesan tu biar jelah. Tapi saya tak suka! Bagi saya kotor! Walaupun selepas kain tu kering. Sabun buku pun saya try, sabun serbuk dan liquid pun saya cuba. Semuanya sama je. Mengikut petua yang alhamdulillah berkesan ni, jangan sesekali kenakan dengan air bahagian yang terkena darah tersebut walaupun sedikit. Pastikan di kawasan tersebut darah semata-mata tanpa air. Lepas tu, dalam keadaan yang masih berdarah tu tak kiralah darah basah atau dah kering, korang ambil liquid mandian korang. Tak kisahlah jenama apapun. Macam saya, Victoria Secretlah saya bantai sebab tu mandian saya. Dulu-dulu ada jugak Live Boy la, Secretlah, Shokubutsu la, whatever, as long as shower foam. Tuangkan shower foam tu kat atas darah tu tanpa air. Ingat tu, tanpa air. Jangan gatal-gatal nak campur shower foam tu dengan air nak suruh berbuih pulak. Ratakan shower foam tu ke seluruh kawasan berdarah sehingga tiada yang tinggal. Lepas tu sental je pakai tangan. Kalau nak berus terpulanglah. Sental manja-manja pun insya-Allah darah tu hilang dan kain akan bersih seperti sediakala. Dah agak-agak darah tu dah tanggal, barulah korang bilas dengan air. Kalau masih ada sedikit-sedikit yang tinggal, masa ni korang sental lagi. Insya-Allah akan bersih semula kain korang. Tak percaya? Cubalah.

Thursday, February 7, 2019

Penghuni Baru

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Macam mana hari pertama bekerja? OK? Saya? Tak banyak benda nak buat cuma report-report jelah. Tapi sekarang nak sembang dengan korang. Baru-baru ni, saya balik kampung. Kebetulan jumpa Hakim yang sedang cuti semesta. Masa makan malam hari mula-mula saya sampai, Hakim menyatakan hasratnya untuk tinggal bersama saya bermula hujung bulan ni. Yelah, kawan-kawan yang menyewa rumah bersamanya dah habis. So, penghuni jadi sikit so kena bayar lebih. Saya OK je. Dulu, saya plan, bila saya beli set bilik tidur or at least queen bed, saya nak letak katil single saya kat bilik tengah. Bolehlah tempatkan tetamu yang bermalam kat rumah saya. Tapi sekarang, rasanya saya kena tukar plan. Last week pergi Ikea. Katil dan tilam queen ni lebih seribu. Cecah RM2000.00. Tak apa. Kita beli katil single murah-murah dulu. Esok kita fikirlah. Mungkin katil singgle satu lagi boleh masuk bilik ketiga. Kalau tak cukup ruang bagi orang. Kesian jugak kat Hakim nak tidur tanpa katil. Dahlah dia kelas tak banyak sem depan. Mesti dia akan banyak duduk di rumah. Kesian pulak adik lelaki saya sorang tu. Kita survey dulu. Esok insya-Allah nak pergi Courts Mammoth. Boleh tengok harga katil single. Kat Ikea hari tu sibuk tengok queen bed. Tak tengok pulak single bed. Yelah, mana tahu nak jadi gini.

Wednesday, February 6, 2019

Minor Surgery Jari

Assalammualaikum dan selamat petang. Hai semua. Rasa mula sakit tekak. Ya Allah, jauhkan batuk. Last week, jari hantu kiri saya bahagian tepi kuku menggelupas. Ingatkan gelupas biasa je. Saya biarkan. Kulitnya makin panjang menggelupas. Ada orang cuba cabut tapi sakit saya tak nak. Masa tu tak terfikir pulak nak potong pakai pengepit kuku. Esoknya, saya rasa makin pedih. Sebelah petangnya, sakitnya semacam. Saya fikir, esok OK kot. Pedih sikit-sikit tu biasalah. Malamnya, saya tengok bahagian tepi yang menggelupas tu dah bengkak. Sakitnya macam bernanah. Saya tanya kawan, dia kata macam ada nanah. Pagi keesokan harinya, bengkak semakin besar. Pagi tu, saya dah tak boleh buat kerja macam selalu sebab nak pegang barangpun sakit. Apa lagi bila terlanggar. Sakitnya masya-Allah. Dalam jam 10.00 macam tu, bengkaknya semakin meningkat. Sekarang, bahagian jaripun mula bengkak. Kebetul keluar dengan Dayah. Masa dalam LRT, sakitnya menyucuk walaupun jari tu tak bersentuh dengan apa-apa. Lepas makan, saya minta Dayah temankan saya ke klinik. Kami terus ke klinik dalam NU Sentral. Masa tu dalam jam 2.30. Kata penjaga kaunter, doktor dia rehat dan akan balik jam 3.45 petang nanti. Hadoi, lebih sejam nak tunggu. Saya nak balik. Nak kemas beg, nak balik kampung. Dayah cadangkan saya pergi Medic City. Katanya klinik tu murah. Sekarang ni saya sakit. Tak kisahlah murah ke mahal. Sihat tu lebih berharga dari duit. Kami pun menelusuri jejantas ke Medic City. Tak lama menunggu sebab tak ada orang. Saya dipanggil masuk. Masa nurse bawa saya masuk, doktor lelaki India tanya, "Is she blind?" "Yes, doctor," Jawab nurse. Dah kenapa pulak? Tanya hati saya. Lantaklah. yang penting dia rawat saya. Saya duduk di kerusi. Saya menunjukkan jari hantu saya yang sakit setelah ditanya saya sakit apa? "Ini jari sudah bengkak, adik. Ada banyak nanah dalam. Bawah kuku pun sudah ada nanah," Katanya menerangkan kepada saya. "Habis tu macam mana, doktor?" Tanya saya ingin tahu. "Kita kena buang nanah ni. Kalau tak dia akan merebak dan makin sakit," Saya dengar doktor beritahu nurse supaya sediakan pisau dan kuku saya akan dicabut. Oh my god! Takkan nak cabut kuku? Bukan ke sakit gila cabut kuku tu? Mama pernah cakap, cabut kuku boleh terkencing dan malamnya sakit melampau. Kalau tak silap, dia pernah dicabut kuku kot sebab main lesung batu masa kecik dan tertumbuk kuku sendiri. Nurse bawa saya masuk bilik treatment. Dia mula menyediakan barang-barang yang dipinta doktor. "Nurse, macam mana nak buang nanah ni? Guna pisau ke guna jarum?" Tanya saya inginkan kepastian. Saya mengharapkan nurse beritahu saya yang jarum akan digunakan untuk membuang nanah. "Doktor guna pisau," Hah? Pisau? Betul ke aku nak buat ni? Kalau tak buat, merebak karang, aku yang parah. Silap-silap, bukan setakat nanah, jari pun kena buang. So, beranikan hati Tinta, masa benda ni kecil, kau buanglah. Jangan nak takut sangat. Nanti makin teruk susah. Hmmmm... Tawakaltu Alallah. "Kuku saya kena buang jugak ke nurse?" Tanya saya lagi. Hish, berdebarnya. "Kena," Jawapan nurse buat saya makin berdebar. "Buang semua ke buang sikit nurse?" Tanya saya lagi. Takut sebenarnya. Takut sakit. "Doktor akan tengok nanti. Kalau boleh buang sikit, sikit je kita buang. Tapi kalau nanah tu dah merebak banyak kat bawah kuku tu, kita terpaksa buang semua," Alaaa... Habislah kuku aku yang macam pakai cutex putih ni. Tapi bukan pakai cutex ya. Nanti saya share petua untuk kuku kelihatan putih dan bersinar secara semulajadi. Sejurus kemudian, doktor menghampiri saya setelah nurse selesai menyediakan peralatan yang ingin digunakan. Doktor mengarahkan saya untuk meletakkan tangan di atas katil beralaskan kertas putih. Entahlah kertas ke apa entah. Tapi bukan surat khabar atau A4 paper. Doktor memberitahu saya yang saya akan rasa sakit sebab doktor mahu memberi saya suntikan bius. Dia lantas memegang jari saya. Jarum mula ditusukkan ke jari hantu saya berhampiran kawasan bernanah. Sangat sakit sebab saya rasa bahagian tu pun dah mula bernanah. Sebaik sahaja doktor menusuk jarum masuk ke isi jari, saya dapat rasakan nanah laju mengalir keluar. Doktor memberitahu saya yang nanah banyak keluar. Saya menahan sakit. Ingin rasanya saya beritahu doktor yang jari saya tak perlu dibedah sebab nanah dah keluar dengan tusukan jarum tu. Tapi saya tak mampu bersuara. Lepas tu, sakit terus hilang. Mungkin ubat bius dah mula meresap. Saya tak tahu apa doktor buat pada jari saya. Yang pastinya, dia melakukan sesuatu dan nurse kata banyak nanah keluar. Lepas tu saya rasa doktor buat sesuatu pada kuku saya. Ngilu pun ada. Macam dia potong dan macam dia pusing-pusing alat tu. Saya mula berpeluh. Bukan kerana sakit tapi kerana kengerian. Saya mohon agar Allah permudahkan urusan ini dan selamatkan jari saya. Doktor tanya saya sakit tak? Saya kata tidak. "Sekarang tak sakit. Kalau potong jari pun tak tahu," Kata doktor berseloroh. Hish, doktor ni! Ada pulak cakap gitu. "Janganlah doktor. Saya ngeri," Doktor dan nurse ketawakan saya. "Setengah jam lagi, you mesti rasa sakit bila ubat bius dah habis. Kita bagi ubat tahan sakit nanti," Beritahu doktor ramah. Saya angguk dan senyum. Fikir saya, ubat tahan sakit akan jadi penyelamat. Setelah beberapa lama, prosedur selesai. Jari saya dicuci dan dibalut. Saya menganggarkan RM200 lebih akan melayang hari ni. Dayah yang menanti di luar terus bertanyakan pada saya apa telah terjadi? Kenapa lama dalam bilik doktor? Sejurus, penjaga kaunter memanggil saya. "RM20.00," Katanya. "RM20.00?" Saya mengulangi sebutannya. Entah-entah dia keliru dengan kosong tu kot. "Ya, RM20.00. Doktor tak charge perkhidmatan dia. Doktor charge ubat je." Penjaga kaunter ramah memaklumkan. "Ya Allah, betul ke?" Saya bagai tidak percaya. "Betul. Kalau orang lain harga dia RM250.00," "Ya Allah, send my regard to doktor. May god bless him," Selesai semua, kami kembali ke NU Sentral. Belum sempat sampai ke KL Sentral, jari saya mula sakit. Makin lama, makin sakit. Sempat saya beli gos dan teman Dayah ke toilet. Tapi sakitnya semakin terasa. Saya tak mampu bertahan. Saya mengajak Dayah ke News untuk beli air mineral nak makan ubat tahan sakit. Terus makan kat tepi News. Malangnya, sakit tak berkurang malah semakin sakit. Kami menaiki LRT. Dalam LRT, saya tak duduk diam. Mencari-cari posisi yang dapat mengurangkan sakit. Tapi gagal. Sakit semakin terasa hingga saya menangis. Berjalan kaki dari LRT ke rumah terasa jauh. Menyesal tak naik Grab sebab saya beranggapan sakit akan hilang setelah mengambil ubat tahan sakit. Ya Allah, sakitnya tak dapat saya gambarkan. Tak mampu saya tahan. Saya menangis keseorangan di rumah hingga tertidur. Masya-Allah, sakitnya. Fikiran saya kekal seperti malam tadi. Mungkin ini satu cara Allah nak hapuskan dosa saya. Allah sayang kat saya sebenarnya. Tu je saya ingat dan saya nasihatkan diri sendiri supaya sabar. Saya terjaga bila dah malam. Maghrib kot. Sakit masih terasa tapi tidak seteruk tadi. Keesokan harinya sebelum bertolak pulang, saya ke klinik itu lagi untuk buat dressing. Kata kawan saya, lukanya memang banyak. Patutlah sakit. Mungkin bahagian kuku yang dicabut tu paling sakit. So, sesiapa yang berniat nak buat Declawing atau cabut kuku kucing saya merayu batalkanlah niat tu. Saya manusia dewasa yang dicabut sedikit kuku pun tak bisa menanggung sakitnya, bayangkan kucing seekor binatang nak dicabut kesemua kukunya. Bagaimana menderitanya dia menanggung sakit tu. Dia tak bisa menangis atau mengadu. Siksa tau tak? (Sambil tulis bab kucing sambil usap-usap Chiko. Sayang Chiko.)

Tuesday, February 5, 2019

Bermalas-malasan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama tak update blog ni. Entahlah. Rasa malas. Sejak akhir-akhir ni, nak update Facebook pun malas. Biasalah. Saya ni ada angin rajin dan malas kalau bab media sosial ni. Oh ya, selamat tahun Baru Cina kepada rakan-rakan yang menyambutnya. Korang buat apa hari ni? Saya? Balik dari kampung semalam rasa penat dan mengantuk sangat. So, tidur awal. Pagi tadi, peram tidur lepas terjaga jam 5.20 pagi dikejutkan bunyi handphone. Mujur Subuh tak terlepas. Lepas tu, macam dah OK. Tapiiii... Pagi-pagi lagi dah ada orang buat saya bad mood. So, tidurlah. Malas nak buat apa-apa. Apasal la pulak pagi-pagi macam ni nak cakap benda-benda yang saya tak suka? Pada hal dah tahu. Kalau saya tak tanya, tak payah cakap. Saya nak tahu tentang diri dia je. Pasal orang lain malas nak tahu. Memang rasa serta-merta nak tidur dan-dan tu jugak. Tapi sabar jap. Dhuha dulu. Semoga reda kemarahan saya. Lepas Duha, tanpa fikir panjang dan tunggu lama, saya naik katil balik dan berselimut. Biar seluruh bilik sejuk supaya saya cepat tidur dan lenyap semua yang saya rasa. So saya tidur bertemankan Chiko. Chiko memang suka join saya tidur. Jam 10.00 saya dikejutkan dengan bunyi whatsapp. Saya dapat agak siapa yang hantar. Malas nak baca sebab saya tahu text dia akan membuatkan saya kecil hati. Jom kita jadikan hari ni, sebagai hari bercuti di resort. Saya capai phone dan terus buka Youtube. Dari satu video ke satu video saya tonton. Kan data dah 40GB, suka hatilah nak tengok berapa banyak video pun. Janji hati puas dan malas nak fikir apa-apa. Hati sakitkan? 12.11 saya buka text. Memang betul. Text yang buat saya kecil hati. Mujurlah mood dah beransur pulih. Saya baca sepintas lalu je. Tak payah bagi masuk dalam otak. Tapi ada jugak yang saya tangkap. Hish, apa sal la hantar text macam ni? Saya ni dah nak OK. Saja tak bagi saya OK kot. Dah hantar minta maaf dahlah. Saya just cakap apa yang saya nak luah. Tak yahlah hantar text terakhir ni. So, saya komen sikit jelah sebagai balasan. Kalau nak ikut marah, macam-macam saya boleh cakap. Nanti karang, kena tidur 100 tahun pulak. Tapi OK jugak kalau tidur 100 tahun, nanti ada putera raja datang cium. Lepas tu saya terjaga. Kemudian kahwin and happy ending. Bahagia ever after. Mood makin OK tapi tak adalah OK sepenuhnya. Cukup sekadar saya tak sakitkan hati orang. Saya tukar tempat pulak. Duduk atas kapet baru yang empuk sambil buka laptop. Mengembara di alam maya buat saya menambah ilmu. Lama-lama, bosan! Saya baring je atas kapet empuk ni. Tidur lagi. Rasa malas nak bangun. Sudahnya, 3.00 lebih, baru bangun solat Zuhur. Lepas tu sambung baring atas kapet. Sambil-sambil tu sempat berangan sampai Madagascar dan Switzerland. Semoga suatu hari nanti, Allah izinkan saya untuk melawat dua tempat ni selain Mekah dan Madinah. Macam biasalah, kalau saya marah atau mood tak baik. Selera makan mesti hilang. Tak rasa laparpun. Saya baring dan duduk bermalas-malasan sampailah terasa mood makin OK. Solat Asar. Kemudian makan Limau Mendarin, biji gajus dan biskut. Kalau lapar, kita keluarlah malam ni pergi KL Sentral. Sorang pun, soranglah. Hahahaha... Sekarang pun masih bermalasan tapi dengan mood yang dah baik. Seronok jugak bermalasan di rumah ni. Rasa macam bercuti di resort. Nak lagi best, buka aircon paling sejuk. Rasalah macam bercuti di negara sejuk.