SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, February 24, 2019

Tilam Yang Empuk

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Jom sembang sambil tunggu Dhuha. Saya ada up status di Facebook pasal tilam baru saya. Ada yang tanya saya, tilam apa yang tinggi macam katil tu? Katanya tak ada pulak saya cerita kat sini. Biasanya saya akan buat review kat sini kalau sesuatu yang saya rasa menarik. OK la, saya akan tulis sikit pasal tilam ni. Jangan cakap saya nak riak pulak. Just berkongsi dengan korang dan korang pun boleh pergi beli kalau nak. Korang pernah tak dengar tilam yang harganya berbelas ribu? Mungkin untuk orang macam kita ni, dengar berbelas ribu je tak apalah. Kirim salam jelah. Rasanya lebih baik beli benda lain daripada beli tilam harga senggitu. Sebenarnya, harga tilam mencecah belasan ribu ringgit tu bukan sekadar kerana kualiti tilam tapi kerana jenama tilam tu pun memainkan peranan dan memberi sumbangan yang besar dalam menaikkan harga tilam. Kalau nak harga yang murah dari pasaran, mana nak dapat? Jawapannya, belilah dari kilang. Kilang-kilang nilah yang membekalkan tilam kepada jenama-jenama mahal seperti Getha, Good Night, Sweetdream, Kingkoil, Vono dan sebagainya. Ada orang ajak saya pergi tengok tilam kat kilang di Sungai Buloh setelah buat survey di Ikea dan Courts Mammoth. Hati dah berkenan kat tilam Latex. Saya dah ada short list dalam kepala. First, tilam Latex di Courts Mammoth yang saya lupa brandnya berharga RM1,399.00 dan tilam di Ikea berharga RM800.00. Tak apa, kita tengok kat kilang dulu. Harganya macam menarik dipaparkan di iklan. Sesampainya di kilang tersebut, sebenarnya kilang dia kat belakang, tapi dia ada kedai display untuk customer. Macam-macam jenis tilam ada. Saya pegang tilam-tilam tu, saya rasa harapan saya dah musnah! Tilam-tilam mahal yang rupa bentuknya tak pernah saya tengok sebelum ni. Kalau pernah tengokpun kat hotel-hotel mewah. Menurut katanya, Datuk Sri Vida pun beli tilam kat situ. Kilang ni pembekal kepada jenama-jenama mahal. Namun, hati dah berkenan kat satu tilam. Tilam ni dibuat untuk Jenama Getha. Tilam diperbuat daripada pocket spring campuran sabut kelapa. Bahagian atasnya pulak mempunyai satu lapisan seperti mattress pad yang diperbuat daripada Latex. Latex nilah yang memainkan peranan untuk mengekalkan kesejukan. Manakala pocket spring tu bermaksud, spring yang berdiri sendiri secara individu. Jadi, kalau korang tidur berdua, bila orang sebelah tu bangun, orang yang masih tidur tak terasa tilam tu bergerak. Tilam ni dah mempunyai corak yang menarik wrna hitam putih. Tak pakai cadarpun tak apa. Di sekeliling tepi tilam pulak disalut dengan material baldu. Nak kata baldu pun tak jugak sebab material dia best lagi dari baldu dan panjang sikit bulu dia dari baldu. Tak tahulah apa kebendanya. Ketinggian tilam ni saya lupa sama ada 12 inci atau 15 inci. Harapan saya hancur berderai bila harga yang dipamerkan adalah RM3,399.00! Saja gatal mulut tanya, harga di pasaran berapa? Memang mati kejung terus bila saya dengar, Getha meletakkan harga tilam ni RM13,000.00. Katanya, kalau kami nak tilam ni ada cop Getha, itulah harga yang perlu dibayar. Tapi tanpa brand, harga seperti yang dipamerkan. Saya ajak dia balik. Tak payah nak mengada nak beli. Saya tak ada duit. Amboi, dia nak stay lagi. Nak tanya macam-macam. Konsep saya ni senang, kalau tak mampu, tak payah tanya. Tak beli malu je. Dah dia main tawar-tawar harga pulak dengan mamat jurujual tu. Tak payahlah! Nanti minta tawar lepas tu tak beli! Malu! Dia cakap dengan saya, kalau nak beli, beli sekarang. Nanti kita tak tahu harga masa depan. Yelah memang tak tahu harga masa depan. Naik tu mesti, kurang tu tak mungkin! Tapi mungkin masa depan tu saya dah ada duit. Then boleh beli. Saya cakap tak nak. Saya tak ada duit. Jawab dia, "Sayakan ada." Hah? Gila! Nak beli tilam semahal ni? Beli kat Courts or Ikea jelah. Tapi dia terus berurusan dengan mamat jurujual tu. Dia tanya saya, OK tak tilam tu? Hadoi, memanglah OK, masalahnya duit yang tak OK. Best gila kot tilam ni. Memang nak tidur terus kat sini rasanya. Mamat jurujual bagi harga RM3,000.00 tapi dia call boss, boss dia bagi RM2,900.00. Sekali lagi dia tanya, nak brand ke tak? Kalau nak, harga pasaranlah. Tak perlu brandlah. Nak tidur je pun. Rasanya sekualiti brand tu cukup! Urusan jual beli dibuat. Bayaran hundred percent dijelaskan. Tunggu tilam sampai ke rumah je. Mula-mula saya nak booking je dulu. Sebab jurujual kata boleh bayar 30 ke 40 percent. Paling lama boleh ambil dalam masa setahun. Tapi dia ni cakap, beli jelah. Dalam keadaan masih tak percaya, saya melangkah keluar dari kedai. Dan alhamdulillah, semalam tilam ni sampai ke rumah. Dah macam katil tingginya. Saya test tidur petang semalam, memang best. Alhamdulillah, Allah bagi saya rezeki ni untuk dirasa melalui seseorang. Terima kasih sebab bagi saya tilam ni. Bukan tilam je ada kat kilang tu. Perabot lain pun ada. Katil, meja makan, almari, sofa. Semuanya boleh dapat harga murah dari pasaran dengan kualiti yang sama cuma tanpa jenama. Kalau korang nak ke sana, saya boleh bagi contact number.

No comments: