Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, February 20, 2019
Saya Bukan Apa-apa
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Kelmarin, ada orang call saya. Katanya dia baru lepas bercakap dengan one of my board members.
Katanya, board member tu terima surat daripada Solidariti Orang Buta melaporkan Bahagian Aksesibiliti yang saya jaga ni tak buat kerja. Pendek kata, sayalah yang tak buat kerja. Surat tu juga minta saya dipindahkan ke library.
Then orang tu Tanya that board members, "You percaya ke Tinta tak buat kerja?"
"Tak adalah. Kita tahu kerja dia. Lagipun I sendiri pernah ikut dia masa walkabout bersama datuk Bandar. Datuk Bandar suka dengan dia. Datuk dengar cakap dia, bila dia cakap datuk focus kat dia dan datuk pun banyak Tanya dia. Nampak macam she knows very well her work. Macam dia dah buat homework dulu sebelum jumpa orang," Kata board member tu.
"So, kalau orang kata dia tak buat kerja, you minta orang tu bukti yang Tinta tak buat kerja. Lepas tu you minta bukti dengan Tinta, apa yang dia dah buat. Don't simply believe bila ada complain. Tinta tu sebenarnya, she has many contact. She built the contact to give a good image to your office. Memang ramai orang tak suka dia sebab kerana dia, your office dikenali ramai. Orang ramai cari your organization sebab perlukan perkhidmatan dia. Ministry of Transport, DBKL, MRT all this contact kebiasaannya akan contact dia. So orang lain susah nak atasi benda tu. Lagipun, Aksesibiliti bukan sesuatu yang mudah. Kalau sekarang you nak campak dia kat tempat lain, suruh orang yang complain tu bagi suggestion, siapa yang boleh duduk kat tempat tu ganti dia? Nak ajar orang bukan mudah dalam hal Aksesibiliti ni. Orang tahu complain je tapi Aksesibiliti bukan mudah," Kata orang itu kepada board members saya.
"Ya, don't worry. Kita tahu Tinta. Kita akan panggil Tinta untuk bincang hal ni,"
Saya tak kisah orang nak campak saya ke mana. Saya tidak ada personal interest dengan Aksesibiliti. Saya bekerja kerana menjalankan tanggungjawab dan saya minat dengan kerja tu. Lagipun saya hidup di office ni bukan kerana bodek. Saya ada kat sini kerana kerja saya. Sebab tulah orang yang tak suka saya tak mudah untuk melakukan apa-apa kepada saya dengan izin Allah. Saya tak pandai bodek. Suruh buat kerja, insya-Allah. Apapun saya buat. Kalau nak hantar saya ke library, hantarlah. Sekarang pun saya dah ada plan macam mana nak bangunkan library tu. Tapi kalau bagi saya boss yang tak, tak, memang kenalah boss tu. Tengok macam PR Department, sejak saya keluar dari that department, fungsinya semakin merosot.
Semalam, kebetulan that board members call saya. Lepas bincang hal kerja, dia inform saya pasal surat tu. Saya kata, saya tak kisah kalau orang nak tukarkan saya ke department lain pun. Saya akur. Tapi, apa justifikasi yang menunjukkan saya tak buat kerja? Saya ada bukti apa yang saya buat selama ni. Kalau projek di Brickfields ni tak memuaskan hati komuniti blind kat sini, itu bukan salah saya. Saya dah buat apa yang sepatutnya. Saya dah hantar surat entah berapa kali, dah meeting banyak kali, dah site visit banyak kali termasuk dengan pengarah eksekutif baru dan lama, datuk Bandar, wakil menteri, saya dah meeting dengan menteri, saya pernah tegas menyuarakan isu tersebut dengan pegawai DBKL sampai dia orang terkejut, saya sentiasa whatsapp tentang kesilapan yang kontraktor lakukan kat pegawai terlibat, semua saya dah buat. Tapi kalau keadaan masih tak memuaskan hati, saya nak buat macam mana? Kuasa saya hanya untuk bercakap. Yang melaksanakan tugas adalah kontraktor, DBKL dan consultant. Malah, saya dah meeting dengan pihak kontraktor dan DBKL sebelum siar kaki pecah lagi. Saya yang panggil mereka sebab mereka tak bagi notis sewajarnya. Rukun Tetangga Brickfields pun dah buat macam-macam. Bukan saya sorang. Tapi semuanya bergantung kepada orang lain. Kalau saya sendiri yang buat siar kaki tu, bolehlah saya cepatkan siap dan buat macam mana yang korang nak. Ni keperluan blind tu berbeza. Yang ni cakap macam ni, yang tu cakap macam tu. Kalau ada 10 blind, 10 cara. Usah jauh, pemasangan tactile pun bercanggah. Saya ikut standard. Semua orang nak itu dan ini tapi tak tahu standard tu macam mana. Tu yang susah tu. Saya tak ada masalah kalau orang tak suka saya. Saya simple, tak suka, bagi bukti. Kalau saya salah, saya akan minta maaf. Nak tukar department, pun tak ada masalah. Saya ikhlas bekerja. Tak ada apa-apa yang tersembunyi. Saya tak dapat untung pun bila bekerja. Sekadar dapat gaji tu pun bukan banyak. Nanti siapa yang nak sangat Aksesibiliti ni, korang kalau duduk kat sini baru tahu macam mana susah nak deal dengan orang. Nak-naknya dengan konraktor yang tak faham keperluan dan rasa dia betul. Macam mana korang nak berhujah supaya dia faham. Nanti rasakan macam mana korang buat audit akses kat tempat besar dan panas. Ingat best sangat ke duduk Aksesibiliti ni? Kalau korang minat ya, korang akan suka. Tapi ingat ya, bukan hari ni kita cakap, esok benda tu jadi. Kena cakap benda sama banyak kali. 10 tahun kemudian mungkin jadi. Tu yang orang tak Nampak kita buat kerja.
Solidariti konon. Ni nak menjatuhkan orang sendiri namanya. Solidariti apa? Bukan nak membela nasib komuniti. Semuanya ada kepentingan. Bila diberi duit, diberi bilik, solidarity pun hilang. Bila nak sesuatu konon solidarity. Mengamuk je pandai. Siapa nak layan? Dia ingat dia besar sangat ke? Bila dia mengamuk orang takut? Orang menyampah lagi ada.
Dulu masa saya kat PR pun ada orang tak puas hati dengan saya. Orang blind jugak. Minta saya ditukarkan. Tapi Alhamdulillah saya duduk di PR tu 5 tahun dengan jayanya. Management nak tukarkan saya ke department lain pun bergaduh dulu. 3 kali meeting nak tukar saya sebab management tak nak lepaskan saya dari PR. Dia orang tahu apa yang saya boleh buat di PR dan memudahkan kerja semua orang. Masa tu saya bekerja sampai malam kalau ada ebvent. Tiba-tiba, sendiri buat salah, bila kena dengan saya, simply suruh management ni tukar saya. Management buat tak layan je sebab saya ada bukti yang menunjukkan saya betul. Dan orang luar yang deal dengan saya tak pernah complain pasal saya. Dia orang pun suka cari saya. Kalau saya minta dengan DBKL macam-macam, senang je dapat. Bila orang lain minta susah dapat sebab orang tak kenal. Dan mungkin salahh cara. Bila pihak yang bagi benefit pada office suka deal dengan kita, so office pun akan fikir banyak kali untuk tukar kita ke department lain.
Kita buat je kerja dengan ikhlas. Allah tahu dan Allah akan bantu kita serta lindungi kita dari dengki khianat manusia. Saya ada Allah, jadi saya tak perlu bodek dan takut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment