Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, February 22, 2019
Cluj Napoca Aku Datang 1
Assalammualaikum dan selamat petang.
Hahahaha... Belek-belek note kat handset, terjumpa entri ni. Dah lama terperam dalam phone. Dah setahun lebih, baru nak post kat sini. Tak apalah. Janji post. Ada kenangankan?
Entri ni ditulis dalam flight, sewaktu penerbangan ke Munich untuk transit sebelum terbang semula ke Cluj Napoka.
Semalam, 24 Oktober 2017, saya terbang dari Langkaw
Semalam, 24 Oktober 2017, saya terbang dari Langkawi pulau lagenda setelah selesai akses audit di sana. Sebenarnya, penganjur lepaskan saya awal sebab saya nak fly malam tadi. So, terbang bersama MH1433 jam 11.10 pagi membuatkan saya selamat tiba di KLIA pada jam 12.10 tengahari. Mujurlah Kak Sha, assistant saya sudi temankan saya di airport menanti waktu penerbangan ke Romania pada jam 8.40 malam. Kami lepak kat Old Town White Coffee. Makan nasi lemak I you alls. Yelah, nanti berapa lama tak jumpa makanan Malaysia. Kak Sha pun terperanjat bila saya minta nasi lemak hahahaha... Tak ada apa nak buat. Kami sembang, whatsapp, makan, minum, dan Facebook. Then lepas makan, kami duduk surau di anjung tinjau airport.
Walaupun macam tak ada apa nak buat, tapi saya tetap rasa tak cukup masa sebab, saya kena call sana sini, whatsapp apa yang patut supaya kerja-kerja office tetap lancar sepanjang ketiadaan saya di pejabat nanti. Lepas tu kemas beg, asingkan barang yang dari Langkawi nak tinggal dan yang nak meneruskan perjalanan bersama saya. Kali ni, saya rasa persiapan saya agak rapi. Mungkin sebab saya pergi dengan boss so tak nak bagi masalah kat dia orang. Barang-barang shopping dan yang tak nak bawa tu, saya bagi Kak Sha suruh bawa balik office.
Kemas punya kemas, baru saya perasan yang ubat gigi saya tinggal sikit. Tak cukup ni nak guna sepanjang kat sana. Saya call driver minta belikan sensodyne kegemaran saya. Tak lama lepas tu, Dayah operator office call saya confirm jenis ubat gigi yang saya nak. Katanya dia ada spare. Then saya minta Dayah bagi tahu driver beli selipar Jepun. Memang nampak macam tak ada keperluan tapi, saya kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Kaki saya kan masih sakit. Kalau tiba-tiba tak boleh pakai kasut, mana saya nak cekau selipar kat tempat orang? Habislah saya. Driver mesti bagi barang saya kat boss. Nanti boss ketawakan saya. Ah, lantaklah. Saya buat ni semua sebab tak nak menyusahkan dia.
Penerbangan bakal saya tempuh campur transit lebih 20 jam. Saya mesti tukar baju. Hahaha... plan awal nak tukar baju kat bilik air cancel. Kak Sha kata, ada orang tukar dalam surau. Better, taklah kotor kalau kena lantai. Saya kan ada baju kelawar. Gunakannya sebagai cover supaya orang tak nampak tubuh saya. Hahaha... Kak Sha siap tolong saya supaya pertukaran dibuat dengan smooth dan tak terdedah. Terima kasih, Kak Sha.
Finish everything, seperti yang dijanjikan menerusi telefon dengan boss saya, Mejar Azhari, kami tunggu dia di departure hall pintu 4. Alamak, tak ada tempat duduk. Saya ubah kepada pintu 5. Tak lama menunggu, boss sampai. Kan betul, barangan saya boss yang bawa. Sangkaan saya meleset. Boss tak gelakkan sayapun. Boss siap ajar saya suruh letak selipar dalam hand luggage macam dia buat supaya senang diambil.
Boss nak pergi solat. Bila saya cakap nak buat pemindahan barang ke dalam luggage, boss suruh saya buat dulu sebelum dia pergi surau. Alamak, seganlah saya. Takkan nak buka beg depan dia? Dia dahlah lelaki. Mujurlah segala yang kecik-kecik saya dah pack dalam bekas sebelum masuk luggage. Saya termenung. Boss suruh buat cepat. Dia nak tengokkan saya takut ada barang yang cicir. Buat jelah.
Hahaha... boss siap tolong saya adjust barang dalam beg supaya kemas dan muat semuanya. Memang orang lelaki ni pandai susun kot macam abah. Boss kata barang saya tak penuh beg. Tak penuh? Saya rasa penuh je. Boss suruh saya pindahkan sports shoes dari hand luggage ke luggage. Muat ke? Rasa tak muat. Fikir saya dalam hati. Mana nak letak ni? Boss dengan selamba ambil kasut dari tangan saya yang terkial-kial nak masukkan dalam beg tu terus masukkan dengan yakin. Waaahhh... muat rupanya. Momen ni mengingatkan saya pada Suhaimi, kawan saya yang pernah tolong kemaskan luggage saya semasa sama-sama bercuti di Sarawak 2009 dulu. Rasa macam nak fly dengan abang-abang pulak kali ni. Boss siap letak pack lock kat luggage saya. Dia kata supaya susah orang nak buka. Hahaha... boss ni macam doraemon la boss. Pack lock spare pun ada walaupun dah kat airport. Lepas siapkan barang saya, baru boss pergi solat. Satu boss lagi belum sampai. So tunggulah.
Bila Dr. Radha sampai, kami terus daftar masuk. Hahaha... ni first time saya nak fly jarak jauh. Excited tu lebih. Usai solat Maghrib, kami bertiga menaiki Train ke gate C3 di mana kami akan menaiki penerbangan Singapore Airline SQ119 ke Changi Airport for the first transit.
Penerbangan ke Changi Airport mengambil masa 45 minit. Saya pernah baca blog pramugari, katanya, Changi Airport merupakan salah satu airport kesukaannya. So mari kita tengok macam mana airport dia.
Ya memang canggih. Tapi saya tak dapat-dapat masuk wifi yang tak ada password tu. Hampir keseluruhan perjalanan kami di airport Changi beralas permaidani. Siap ada tempat melukis lagi tuuuu... Dr. Radha kata, saya kena ambil tahu apa yang ada di sekeliling. So dia bawa saya ke meja lukisan tu.
Ia sebuah meja yang menempatkan beberapa petak acuan lukisan. Acuan ni bercorak. Garisannya timbul dan yang bukan garisan lebih rendah dari garisan. Dr. Radha memberikan saya kertas yang disediakan untuk saya cuba melukis. Ambil je mana-mana crayon yang bertaburan atas meja dan gosokkan pada kertas yang diletakkan atas acuan. Gosok sehingga rata dan keseluruhan kertas. Hahaha... siap ambil-ambil gambar lagi. Dr. Pun sporting tolong saya buat. Makin panas pulak badan kita ni bila buat benda ni. Tak salah pemilihan baju saya malam ni. Saya pakai baju yang saya beli di Gong Zhao 2 tahun lalu. T-shirt musim sejuk yang tebal. Bila boss saya sejuk alhamdulillah, saya tak rasa sejuknya malah rasa panas. Nanti nak masuk musim luruh tak tahulah macam mana pulak.
12.30 pagi, sekali lagi kami menaiki penerbangan Singapore Airline tapi kali ni, SQ328 ke Munich, German untuk transit kali kedua. Mudah, check in di KLIA, dapat semua sit number untuk semua penerbangan dan ambil luggage di Cluj Napoca, Romania nanti. Tapi kali ni saya dapat sit 51D. Yang KL tadi dapat 56C tapi boss bagi saya duduk kat window. Sit flight ni 3, 3, 3. Kali ni kami dapat duduk zone tengah. Tapi orang tak ramai. Sudahnya, kami duduk sorang 1 row. Siap tidur lena macam kat rumah saya ni.
Penerbangan ke Munich memakan masa selama 12 jam lima minit. Kami akan sampai jam 6.30 pagi waktu tempatan. Apa nak buat dalam flight? Duduk, tidur, baring, makan, minum, toilet. Hahahaha... satu lagi, sembang. Boss-boss saya ni rajin bersembang. Rasa macam berjalan dengan abang dan abah. Rasa terjaga. Hahahahaha... mungkin ni la hikmahnya Allah jauhkan saya dengan kawan-kawan yang selalu travel dengan saya dan bagi orang lain travel bersama saya. Buat orang yang pernah kata, "rasakan, nanti kau akan travel dengan orang-orang yang kau tak sangkapun akan travel sekali." Ya, terima kasih. Mungkin bagi kamu, kata-kata kamu tu suatu sumpahan untuk saya rasa tidak selesa tapi, bagi saya, Allah tukarkan sumpahan kamu menjadi sebuah doa yang baik buat saya. Terima kasih. Dan kali ni, saya memang travel dengan orang yang sangat saya tak sangka akan travel sekali. Tapi Allah bagi saya ikut mereka. Semoga perjalanan kali ini diwarna-warnikan dengan pengalaman serta kenangan yang indah-indah. Insya-Allah, amin.
Dan waktu saya menulis entri ni, saya masih lagi dalam perut pesawat menuju ke Munich. Baru bangun tidur, kacau Dr. Radha sedang tidur sebab nak ke toilet dan ambil barang dari compactment atas. Sebenarnya ni kali kedua saya masuk toilet flight. Dulu saya masuk 6 tahun lalu masa pergi Kerala, India. Kali ni saya lebih bersedia untuk buat urusan toilet dalam pesawat. Ishppp... saya tak pandai kunci toilet. Kesian Dr. Radha. Dia tunggu saya sampai selesai dalam toilet sebab nyalaan lampu hijau pada pintu toilet memberitahunya saya tak kunci dari dalam hahahaha... Habis, tak pintunya kedap, saya ingat dah terkunci. Jakunkan? Dahlah saya gosok gigi dan betulkan tudung bagai. Bila nak keluar, terkial-kial saya cuba buka pintu. Mujur berjaya. Takkan saya nak jerit minta tolong kot. Hahahaha... macam budak-budakkan saya ni? Saya keluar, Dr. Ada depan toilet. Dr. Ajar saya macam mana nak kunci toilet. Hahahaha... dr. Kata, dia tunggu saya keluar takut orang buka toilet sebab lampu hijau. Kalau kunci, lampu merah akan menyala. Ooooo... macam tu. Patutlah Dr. Tunggu sampai saya siap sedangkan saya OK je kalau dia tinggal.
Okay la. Nak pakai lip balm and pelembap lepas tu, nikmati penerbangan yang masih berbaki lebih kurang 2 jam lebih lagi ni. Tak tahu dah nak tulis apa. Hahahaha... dahlah lena macam tidur kat rumah dengan bantal dan selimut ni. Tidur banyak bantal rupanya ada selimut dua helai lagi kat saya tiga termasuk yang saya pakai. Bantal pun tiga. Melampaukan? Sampai pramugari bagi buah pun tak sedar. Mujur 'abah' ambilkan buah untuk saya simpan dan terus bagi bila saya bangun tidur hahahaha... buruk perangai. Pagi ni pramugari bagi kek dan air kosong. Cukup untuk sarapan saya. Nanti saya buat entri khusus cerita fasal penerbangan ni. Dia orang ni tak nak buka lampu ke? Bosanlah duduk dalam gelap ni. Dah tak boleh tidur ni. OK la, bye korang. Nanti update lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment