SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, February 6, 2019

Minor Surgery Jari

Assalammualaikum dan selamat petang. Hai semua. Rasa mula sakit tekak. Ya Allah, jauhkan batuk. Last week, jari hantu kiri saya bahagian tepi kuku menggelupas. Ingatkan gelupas biasa je. Saya biarkan. Kulitnya makin panjang menggelupas. Ada orang cuba cabut tapi sakit saya tak nak. Masa tu tak terfikir pulak nak potong pakai pengepit kuku. Esoknya, saya rasa makin pedih. Sebelah petangnya, sakitnya semacam. Saya fikir, esok OK kot. Pedih sikit-sikit tu biasalah. Malamnya, saya tengok bahagian tepi yang menggelupas tu dah bengkak. Sakitnya macam bernanah. Saya tanya kawan, dia kata macam ada nanah. Pagi keesokan harinya, bengkak semakin besar. Pagi tu, saya dah tak boleh buat kerja macam selalu sebab nak pegang barangpun sakit. Apa lagi bila terlanggar. Sakitnya masya-Allah. Dalam jam 10.00 macam tu, bengkaknya semakin meningkat. Sekarang, bahagian jaripun mula bengkak. Kebetul keluar dengan Dayah. Masa dalam LRT, sakitnya menyucuk walaupun jari tu tak bersentuh dengan apa-apa. Lepas makan, saya minta Dayah temankan saya ke klinik. Kami terus ke klinik dalam NU Sentral. Masa tu dalam jam 2.30. Kata penjaga kaunter, doktor dia rehat dan akan balik jam 3.45 petang nanti. Hadoi, lebih sejam nak tunggu. Saya nak balik. Nak kemas beg, nak balik kampung. Dayah cadangkan saya pergi Medic City. Katanya klinik tu murah. Sekarang ni saya sakit. Tak kisahlah murah ke mahal. Sihat tu lebih berharga dari duit. Kami pun menelusuri jejantas ke Medic City. Tak lama menunggu sebab tak ada orang. Saya dipanggil masuk. Masa nurse bawa saya masuk, doktor lelaki India tanya, "Is she blind?" "Yes, doctor," Jawab nurse. Dah kenapa pulak? Tanya hati saya. Lantaklah. yang penting dia rawat saya. Saya duduk di kerusi. Saya menunjukkan jari hantu saya yang sakit setelah ditanya saya sakit apa? "Ini jari sudah bengkak, adik. Ada banyak nanah dalam. Bawah kuku pun sudah ada nanah," Katanya menerangkan kepada saya. "Habis tu macam mana, doktor?" Tanya saya ingin tahu. "Kita kena buang nanah ni. Kalau tak dia akan merebak dan makin sakit," Saya dengar doktor beritahu nurse supaya sediakan pisau dan kuku saya akan dicabut. Oh my god! Takkan nak cabut kuku? Bukan ke sakit gila cabut kuku tu? Mama pernah cakap, cabut kuku boleh terkencing dan malamnya sakit melampau. Kalau tak silap, dia pernah dicabut kuku kot sebab main lesung batu masa kecik dan tertumbuk kuku sendiri. Nurse bawa saya masuk bilik treatment. Dia mula menyediakan barang-barang yang dipinta doktor. "Nurse, macam mana nak buang nanah ni? Guna pisau ke guna jarum?" Tanya saya inginkan kepastian. Saya mengharapkan nurse beritahu saya yang jarum akan digunakan untuk membuang nanah. "Doktor guna pisau," Hah? Pisau? Betul ke aku nak buat ni? Kalau tak buat, merebak karang, aku yang parah. Silap-silap, bukan setakat nanah, jari pun kena buang. So, beranikan hati Tinta, masa benda ni kecil, kau buanglah. Jangan nak takut sangat. Nanti makin teruk susah. Hmmmm... Tawakaltu Alallah. "Kuku saya kena buang jugak ke nurse?" Tanya saya lagi. Hish, berdebarnya. "Kena," Jawapan nurse buat saya makin berdebar. "Buang semua ke buang sikit nurse?" Tanya saya lagi. Takut sebenarnya. Takut sakit. "Doktor akan tengok nanti. Kalau boleh buang sikit, sikit je kita buang. Tapi kalau nanah tu dah merebak banyak kat bawah kuku tu, kita terpaksa buang semua," Alaaa... Habislah kuku aku yang macam pakai cutex putih ni. Tapi bukan pakai cutex ya. Nanti saya share petua untuk kuku kelihatan putih dan bersinar secara semulajadi. Sejurus kemudian, doktor menghampiri saya setelah nurse selesai menyediakan peralatan yang ingin digunakan. Doktor mengarahkan saya untuk meletakkan tangan di atas katil beralaskan kertas putih. Entahlah kertas ke apa entah. Tapi bukan surat khabar atau A4 paper. Doktor memberitahu saya yang saya akan rasa sakit sebab doktor mahu memberi saya suntikan bius. Dia lantas memegang jari saya. Jarum mula ditusukkan ke jari hantu saya berhampiran kawasan bernanah. Sangat sakit sebab saya rasa bahagian tu pun dah mula bernanah. Sebaik sahaja doktor menusuk jarum masuk ke isi jari, saya dapat rasakan nanah laju mengalir keluar. Doktor memberitahu saya yang nanah banyak keluar. Saya menahan sakit. Ingin rasanya saya beritahu doktor yang jari saya tak perlu dibedah sebab nanah dah keluar dengan tusukan jarum tu. Tapi saya tak mampu bersuara. Lepas tu, sakit terus hilang. Mungkin ubat bius dah mula meresap. Saya tak tahu apa doktor buat pada jari saya. Yang pastinya, dia melakukan sesuatu dan nurse kata banyak nanah keluar. Lepas tu saya rasa doktor buat sesuatu pada kuku saya. Ngilu pun ada. Macam dia potong dan macam dia pusing-pusing alat tu. Saya mula berpeluh. Bukan kerana sakit tapi kerana kengerian. Saya mohon agar Allah permudahkan urusan ini dan selamatkan jari saya. Doktor tanya saya sakit tak? Saya kata tidak. "Sekarang tak sakit. Kalau potong jari pun tak tahu," Kata doktor berseloroh. Hish, doktor ni! Ada pulak cakap gitu. "Janganlah doktor. Saya ngeri," Doktor dan nurse ketawakan saya. "Setengah jam lagi, you mesti rasa sakit bila ubat bius dah habis. Kita bagi ubat tahan sakit nanti," Beritahu doktor ramah. Saya angguk dan senyum. Fikir saya, ubat tahan sakit akan jadi penyelamat. Setelah beberapa lama, prosedur selesai. Jari saya dicuci dan dibalut. Saya menganggarkan RM200 lebih akan melayang hari ni. Dayah yang menanti di luar terus bertanyakan pada saya apa telah terjadi? Kenapa lama dalam bilik doktor? Sejurus, penjaga kaunter memanggil saya. "RM20.00," Katanya. "RM20.00?" Saya mengulangi sebutannya. Entah-entah dia keliru dengan kosong tu kot. "Ya, RM20.00. Doktor tak charge perkhidmatan dia. Doktor charge ubat je." Penjaga kaunter ramah memaklumkan. "Ya Allah, betul ke?" Saya bagai tidak percaya. "Betul. Kalau orang lain harga dia RM250.00," "Ya Allah, send my regard to doktor. May god bless him," Selesai semua, kami kembali ke NU Sentral. Belum sempat sampai ke KL Sentral, jari saya mula sakit. Makin lama, makin sakit. Sempat saya beli gos dan teman Dayah ke toilet. Tapi sakitnya semakin terasa. Saya tak mampu bertahan. Saya mengajak Dayah ke News untuk beli air mineral nak makan ubat tahan sakit. Terus makan kat tepi News. Malangnya, sakit tak berkurang malah semakin sakit. Kami menaiki LRT. Dalam LRT, saya tak duduk diam. Mencari-cari posisi yang dapat mengurangkan sakit. Tapi gagal. Sakit semakin terasa hingga saya menangis. Berjalan kaki dari LRT ke rumah terasa jauh. Menyesal tak naik Grab sebab saya beranggapan sakit akan hilang setelah mengambil ubat tahan sakit. Ya Allah, sakitnya tak dapat saya gambarkan. Tak mampu saya tahan. Saya menangis keseorangan di rumah hingga tertidur. Masya-Allah, sakitnya. Fikiran saya kekal seperti malam tadi. Mungkin ini satu cara Allah nak hapuskan dosa saya. Allah sayang kat saya sebenarnya. Tu je saya ingat dan saya nasihatkan diri sendiri supaya sabar. Saya terjaga bila dah malam. Maghrib kot. Sakit masih terasa tapi tidak seteruk tadi. Keesokan harinya sebelum bertolak pulang, saya ke klinik itu lagi untuk buat dressing. Kata kawan saya, lukanya memang banyak. Patutlah sakit. Mungkin bahagian kuku yang dicabut tu paling sakit. So, sesiapa yang berniat nak buat Declawing atau cabut kuku kucing saya merayu batalkanlah niat tu. Saya manusia dewasa yang dicabut sedikit kuku pun tak bisa menanggung sakitnya, bayangkan kucing seekor binatang nak dicabut kesemua kukunya. Bagaimana menderitanya dia menanggung sakit tu. Dia tak bisa menangis atau mengadu. Siksa tau tak? (Sambil tulis bab kucing sambil usap-usap Chiko. Sayang Chiko.)

No comments: