SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, November 8, 2017

Pulau Pangkor, Peristiwa Yang Tak Mungkin Dilupakan 3

Assalammualaikum readers, Haaaa... Baru ada kesempatan nak update blog. Mana taknya, kesibukan yang terlampau. Rehatpun tak cukup. Karnival dah habis, OK la sikit. Tapi dah beratur email masuk memerlukan komitmen seterusnya. Tak apa, saya masih OK untuk semua kesibukan ni. Cerita Pulau Pangkor pun tak habis lagi kan? Meh sini kalau masih berminat nak baca. En. Mahathir bersusah-payah angkat kayak ke dalam bot dibantu boatman. Sedang saya, menahan kepedihan kaki yang tak terhingga. Saya tahan supaya tak menangis. Saya tak nak orang risaukan saya. Saya lebih suka berlakon seolah tak ada apa yang berlaku. En. Mahathir duduk jauh dari saya. Kenapa dia tak datang tengok luka saya? Tanya saya dalam hati. Rupa-rupanya, kata En. Mahathir, air yang bertakung di lantai bot dah jadi macam darah ikan kena siang. Mungkin dia tak boleh dengan darah kot. Bot semakin menghampiri daratan. Boatman memberitahu kawannya yang saya perlu dihantar ke klinik. Mungkin perlu dijahit. Aduh, tak payahlah ulang fasal jahit tu. Saya takut sebenarnya. Tapi kalau terpaksa, saya pasrah. Boatman: Saya hantar kakak ni pergi klinik. En. Mahathir: Saya ikut. Boatman: Tak boleh. Sebab saya nak hantar naik motor. Kita orang tak ada kereta. Alamak, nak naik motor dalam keadaan macam ni? Resah saya dalam hati. En. Mahathir: Tak boleh. Saya kena ikut. Tak payah naik motor. Saya akan hantar dia naik teksi. Saya hanya diam mendengar perbualan mereka. Apa yang baik bagi mereka, baiklah bagi saya. Saya ikut je. Bot diberhentikan tanda tiba di daratan. Boatman: Bang, abang kena dukung kakak ni? What?! Dukung??? Gila!!! Tak nak! Tak mungkin kena dukung. Harap En. Mahathir tak bersetuju. Jangan buat fasal. Saya tak nak. En. Mahathir: Dukung? Boatman: Ya, abang kena dukung dia. Kaki dia teruk. Darahpun mengalir lagi tu. En. Mahathir diam. Saya menanti jawapannya dengan penuh debaran. Takkanlah En. Mahathir sanggup dukung saya. Gila apa. Saya tak naklah. En. Mahathir turun dari bot dan terus menghampiri saya yang masih setia di tempat duduk saya di bahagian tepi tangga bot. Saya rasa sedih. Apa akan jadi lepas ni? En. Mahathir: Tinta, saya angkat Tinta. Suara En. Mahathir perlahan dan lembut. Tak mungkin! Saya takkan benarkan ianya berlaku. Gila apa? Saya ni perempuan, dah dewasa. Malulah saya. Jatuh reputasi saya hahahaha... Dia tu pulak lelaki. Oh no!!!! Saya: Tak apalah En. Mahathir, Tinta rasa, Tinta still boleh jalan. Tinta boleh jalan lagi. Tinta OK. Jawab saya tenang supaya semua orang percaya yang saya masih OK dan boleh berjalan sendiri. En. Mahathir: Tak, Tinta tak boleh. Bawah ni air. Kaki Tinta luka teruk. Darah banyak. Nanti kalau kena air masin ni lagi pedih. Saya termenung sejenak. Ada kebenaran dalam kata-kata tu. Sedangkan sekarang ni pun kaki ni dah pedih benar. Apa lagi kalau kena air masin. En. Mahathir: Jom saya angkat. Saya terkejut. Takkan angkat sekarang? Saya: Jap. Sambil cuba untuk mencari posisi agar mudah diangkat. Saya cuba bangun. En. Mahathir: Tak payah bangun. Saya angkat sekarang. Saya: Sekarang? Kan ada palang ni? En. Mahathir: Tinta just duduk macam tu je. Biar saya yang angkat. Boleh ke? Karang jatuh karang. Tambah satu lagi sakit saya ni. Tahulah dia tu tinggi. En. Mahathir terus mengangkat saya dari tempat duduk bot melepasi palang dengan disaksikan boatman dan beberapa orang yang ada di sekitar itu. Saya diangkat dalam posisi seolah-olah mendukung baby iaitu berhadapan. Saya cuba menjarakkan diri saya dengannya agar tubuh kami tidak bersentuhan. Takkan saya nak peluk dia kot. Mulanya saya tak mahu berpaut pada lehernya. Tapi bila rasa saya melendut ke bawah, saya terpaksa berpaut dan tubuh kami terpaksa bersentuhan. Ya Allah, saya sungguh tak selesa dengan keadaan ni. Saya malu. Rasa nak nangis. Mungkin kerana seluar renang yang saya pakai ni licin menyebabkan saya mudah tergelongsor ke bawah. Bak kata dia, cara dukung ni, cara Hail Amir dan Uji Rashid. Sempat dia melawak bila saya habis dijahit. Saya: En. Mahathir letak je Tinta lepas air ni. Tinta boleh jalan sendiri. En. Mahathir: Tak apa, tak apa, tak apa. Sikit je lagi. Kata sikit je lagi. Tapi lama je dia ni dukung saya. Bila nak letak ni? Saya tak nak susahkan dia. Kesian kat dia. Lagipun posisi ni buat saya rasa malu. Muka dah tebal berbelas inci. Darah merah serasa meruap ke muka. En. Mahathir: Tinta duduk kat para ni kejap. Kita tunggu teksi sampai. Tinta bertahan kejap. Katanya sambil meletakkan saya di atas para. Saya lega. Cukuplah sampai sini hari ni. Esok kita sambung. Kalau tak esok, lain kalilah.

No comments: