SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, November 19, 2017

Jahitan Yang Terbuka

Assalammualaikum readers, Sementara tunggu delivery sampai, saya nak bercerita. Fasal kaki lagi. Sepulangnya saya dari Pangkor, saya terus bekerja 2 Oktober sebab tak dapat MC. Sakitnya, Allah je tahu sepanjang perjalanan ke pejabat. Saya terpaksa berjalan kaki sebab Grab dan Uber busy. Jam 9.15 pagi, saya ke klinik pejabat untuk cuci luka. Memang lukanya agak besar dan dalam. Saya kena lima jahitan. Doktor dan nurse memeriksa dan mencuci luka saya. Merasakan ubat antibiotik saya tak cukup, doktor menambahkannya setelah meneliti ubat dan nota ringkas doktor di Pangkor. Rutin saya setiap hari bertemu doktor dan nurse untuk cuci luka saya. Kalau saya tak datang, nurse atau doktor akan cari saya di dalam office atau mereka call saya. Sampailah tarikh untuk buka jahitan pada 9 Oktober. Sebelum membuka jahitan, doktor meneliti keadaan luka saya. Ada waktu-waktunya doktor kata sebelum tu, ada sedikit jangkitan. Tapi alhamdulillah, tak lama ia sembuh. Setelah memeriksa keadaan luka, doktor memutuskan untuk membuka dua jahitan terlebih dahulu kerana tiga jahitan lagi masih belum elok. Selang dua hari, doktor membuka jahitan seterusnya. Malangnya, luka saya tidak bercantum. Doktor tetap menyuruh nurse buat dressing. Doktor ingin memantau keadaan terlebih dahulu sebelum merujuk saya ke mana-mana hospital. Ada satu hari tu, saya kelam-kabut dan terbasuh kaki saya yang berbalut. Dah terpaksa pergi buat dressing baru di farmasi sebab klinik dah tutup. Memang siksa waktu ni. Nak solat susah, nak jalan sakit, nak mandipun tak boleh basahkan kaki. Beberapa hari dicuci dan dirawat, luka saya masih tidak mahu bercantum sedangkan ia semakin sembuh. Tiada air bisa yang keluar. Tiada juga nanah. Doktor kata, ini mungkin disebabkan beberapa faktor. 1. Luka akibat batu karang memang susah sembuh sebab batu karang kotor berbanding doktor belah dengan pisau bersih. Luka dibelah dengan pisau bersih pasti cepat sembuhnya. 2. Teknik jahitan yang kurang sesuai. 3. Jahitan di kaki memang susah sembuh kerana kurang isi dan banyak pergerakan. Mungkin kerana saya berjalan seperti biasa. Saya tahankan sakit saya sebab tak nak berjalan terhincut-hincut. Salah sayapun menyumbang. 4. Mungkin kerana diabetes. Ya Allah, saya takut. Adakah saya diabetes? Tapi luka ni kering bukan menanah atau buruk. Doktor minta untuk cek glukosa dalam darah saya. Saya enggan kerana saya telah mengambil sarapan pagi. Doktor paksa saya suruh buat test tu. Saya kata mesti glukosa saya tinggi sebab saya dah makan. Doktor: No, you check today. Kalau tinggi, kita check lagi esok. Saya: Saya takut. Doktor: Parents you ada diabetes tak? Saya: Tak ada. Doktor: So, buat apa nak takut. Come. Doktor menarik tangan saya dan saya disuruh diam. Doktor terus mengeluarkan darah dari jari saya. Saya berdebar menanti keputusan. Doktor: Mana ada tinggi. 5 saja. Tu pun you dah makan. Kalau tak, lagi rendah. Saya ketawa. Dalam hati segera saya panjatkan kesyukuran pada Ilahi. Sebenarnya saya trauma sikit dengan glukometer ni. Nantilah saya cerita tentang tu. Sebab tu saya takut nak check glukosa darah. Nurse dan doktor Dewi pujuk saya supaya saya pergi jahit balik. Kata mereka, doktor di hospital lebih mahir. Saya takut tapi tak naklah luka ni ternganga. Doktor Maha pula suruh tengok dulu. Dekat rumah, saya pandai-pandai letak minyak gamat. Namun, luka saya semakin besar terbelah. Bila saya baca di internet, bukan semua keadaan sesuai diletak minyak gamat. Mungkin luka saya ni termasuk dalam keadaan tu kot. Menurut artikal tu lagi, jika salah, luka akan makin besar. Sebab, minyak gamat tu minyak. Apabila minyak terkena pada kulit yang luka, ia akan lembut dan cepat terkoyak. Jadi, sebelum letak minyak gamat lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi luka yang besar. Alamak, ni salah sayalah ni. Mujur doktor dan nurse tak tahu saya letak minyak gamat. Sebab saya just buka dressing yang dia orang buat tu sikit lepas tu saya tampal balik. Pandai-pandai jadi doktor sendiri, hambek ko. Sebenarnya, dari sebelum buka jahitan lagi saya dah mula letak minyak gamat. Hari Jumaat 13 Oktober, luka saya semakin teruk sedangkan ia kering. Doktor kata, dia tidak ada harapan untuk bercantum. Kebetulan kedua-dua doktor ada di klinik. Mereka berbincang sejenak. Akhirnya, doktor memutuskan untuk rujuk saya ke PPUM. Pada mulanya saya tak mahu pergi hari Jumaat tu sebab saya kena mengajar di Air Asia. Tapi, kaki saya terasa amat sakit apabila gos yang digunakan untuk dressing masuk ke celah luka saya. Fenomena ni sebenarnya berlaku sejak dua hari lepas. Tapi hari Jumaat tu, gos tu masuk makin dalam sebab luka tu dah makin dalam. Saya tak boleh berjalan sangat sebab luka saya sakit. Mujur doktor dah siap-siap bagi saya surat rujuk. Tak tahan dengan kesakitan tu, saya minta Kak Sha buka dressing saya. Kak Sha terkejut bila kain dressing tu masuk ke dalam luka saya. Saya menangis kerana sakit dan takut. Kak Sha, Kak Sariha, Kak Quin dan Aqilah pujuk saya. Mereka suruh saya pergi hospital hari tu jugak. Kata mereka saya kena bertindak cepat sebab saya tak banyak masa. Minggu depan saya akan ke Langkawi dan terus ke oversea. Macam mana nak pergi kalau kaki sakit? Saya minta Aqilah temankan saya ke PPUM sebab pasti En. Fairuz akan ke Air Asia dengan Kak Sha untuk cover saya. Aqilah setuju. Mendengarkan saya setuju untuk ke hospital, Kak Sha terus mencari boss yang sedang minum di kafeteria. Boss setuju untuk ganti saya ke Air Asia. Entah apa yang mereka bincangkan, Kak Sha bagi tahu saya, yang Kak Sha akan teman saya ke PPUM dan Aqilah akan bersama boss ke Air Asia. Saya rasa lega sebab pergi dengan Kak Sha. Memang itu sebenarnya yang saya nak. Bukan Aqilah tak bagus. Tapi Kak Sha tu macam mak-mak. Dia pasti pujuk saya kalau saya risau dan nangis. Lagipun dia matang. Pasti dia boleh beri pendapat kepada apa-apa yang patut di PPUM nanti. Dalam waktu-waktu macam ni, saya amat perlukan sokongan. Memanglah orang dengar macam tak serius sebab luka di kaki. Tapi bagi saya yang mengalami untuk kali pertama ni, saya risau dan takut sebenarnya. Boss pulak cepat-cepat panggil driver untuk bergerak awal supaya saya sampai awal di PPUM sebelum lunch. Kami naik kereta sama-sama dan drive drop saya dan Kak Sha di PPUM dulu. Sampai di PPUM, Kak Sha ambil kerusi roda untuk tolak saya. Saya kata tak perlu sebab saya bukan tak boleh jalan. Bila gos tak rapat dengan luka, saya bolehlah jalan. Kak Sha kata, disebabkan hujan, air bertakung. So Kak Sha takut air kotor tu masuk dalam luka saya. Saya terpaksa akur dengan cadangan Kak Sha. Sampai kat tangga, saya terpaksa berjalan sebab bangunan tu tak accessible. Kata Kak Sha, dah sampai dalam bangunan bolehlah jalan. Sebab dah tak ada takungan air. Sampai kat kaunter Ruka, kaunter bagi tahu, Ruka tutup. Petang nanti hanya untuk orang yang ada appointment je. Saya sedih dan termenung. Kak Sha terdiam. Mungkin dia juga sedang berfikir cara menangani masalah ni. Saya: Esok buka? Kaunter: Tak. Cik datang Isnin ya. Saya: Tapi kaki saya ni sakit. Jahitan saya terbuka. Kak Sha mengiakan. Kaunter: Oh ye ke? Kalau macam tu? Puan bawa dia terus ke Kecemasan. Kami lega. Tanpa berlengah, Kak Sha terus bawa saya ke Bahagian Kecemasan. Setelah berdaftar, saya diminta untuk check tekanan darah. Nurse yang bertugas minta tengok luka saya. Nurse kata memang besar. Katanya lagi, mungkin saya akan dijahit sekali lagi. Saya pasrah. Allah permudahkan urusan saya. Segalanya berjalan lancar. Tak ramai pesakit di emergency hari tu.

No comments: