Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, November 18, 2017
Pulau Pangkor, Peristiwa Yang Tak Mungkin Dilupakan 4
Assalammualaikum readers,
Malam ni mood nak layar internet dan tulis blog sampai.
Ada seseorang call saya. Malas nak layan. Lagipun dia suami orang. Malaslah. Nanti dia tak boleh lupakan saya. Biar jelah telefon tu berdering kat situ.
Meh kita sambung cerita Pulau Pangkor hari tu.
Tak lama duduk di para, teksi pun sampai. Nama je teksi tapi yang datangnya van. Whateverlah. Yang penting saya cepat ke hospital. Karang kurang darah pulak. Hahaha... Kurang darah ke kalau setakat luka kat kaki? Entah, saya pun tak tahu.
En. Mahathir: OK, teksi dah sampai. Jom Tinta.
Saya cuba berdiri untuk berjalan sendiri.
En. Mahathir: Tak payah bangun saya angkat.
Saya: Tak apalah. Tinta boleh jalan sendiri.
En. Mahathir: Tak payah. Saya angkat.
Saya: Saya boleh.
Saya tak nak nanti orang kata saya saja mengada-ngada dengan En. Mahathir.
En. Mahathir: Cepat, cepat, cepat. Pasir ni. Nanti masuk pasir pulak dalam luka tu.
Tak sempat untuk saya buat apa-apa, En. Mahathir terus mengangkat saya. Kali ni dalam posisi seolah-olah saya telentang. Kedua-dua tangannya menampung tubuh saya. Takut jatuh, sebelah tangan saya memaut lehernya. Kata En. Mahathir, dukungan ini gaya Aaron Aziz angkat Maya Karin. Ada-ada je dia tu. Ya Allah, jauhkan saya dari fitnah. Perasaan bercampur-baur. Sedih, malu dan terharu.
Dalam van, En. Mahathir ajak saya berbual. Saya tahu, dia risaukan saya sebenarnya. Dia tak nak saya diam. Takut saya pitam. Dia siap buat lawak lagi.
En. Mahathir: Tinta jangan takut. Saya ada.
Dia cuba menenangkan saya. Sebenarnya saya risau, takut kena jahit. Jauhkanlah, saya tak nak. Saya pura-pura OK. Tapi En. Mahathirkan manager HR. Dia seorang pemerhati yang bagus. Sebelum ni pun saya simpan kemas kesedihan saya dia mampu mengesannya. Apatah lagi dalam keadaan macam ni.
Van berhenti betul-betul di hadapan Klinik Kesihatan Pangkor.
Saya: Kat sini saya boleh jalan.
En. Mahathir: Macam mana Tinta nak pakai selipar?
En. Mahathir pakai selipar saya yang kecik baginya sebab dia tak jumpa cari selipar dia. Mungkin sebab panik waktu kat pantai tadi.
Saya: Saya kaki ayam je.
Macam mana nak pakai selipar dengan kaki berbalut tuala tebal ni?
En. Mahathir: Tak payah, saya angkat.
Hah??? Angkat lagi?
Dia terus mengangkat saya seperti gaya Aaron Aziz tadi. Dia minta driver van tolong bukakan pintu klinik.
Kedatangan kami disambut beberapa orang petugas. Mungkin mereka memang ditugaskan di luar waktu pejabat untuk tunggu sedia.
Nurse meminta En. Mahathir letakkan saya di salah sebuah katil. En. Mahathir teragak-agak sebab baju saya basah. Nurse kata tak apa. Letak je. En. Mahathir tunggu kat luar setelah memberitahu apa yang berlaku kepada nurse.
Seorang nurse menghampiri saya. Saya berdebar. Saya amat mengharapkan agar nurse cakap, "Luka kecik je ni. Tak ada apa ni,"
Nurse mula membuka balutan kaki saya yang dibalut boatman tadi.
Nurse: Besar luka ni. Dalam pun dalam. Mungkin kena jahit ni. Tengok apa doktor cakap kejap lagi. Doktor on the way.
Saya diam kehampaan tapi masih berlagak tenang.
Nurse: Macam mana boleh jadi macam ni?
Saya: Kayak terbalik.
Nurse: Kita cuci luka dulu. Saya nak keluarkan pasir dari luka ni. Ada banyak pasir masuk ni. Kita kena keluarkan pasir dulu takut kuman.
Ya Allah, mesti sakitkan? Luka ni dahlah pedih, lagi nak keluarkan pasir dari dalam luka ni? Mujurlah tadi En. Mahathir angkat saya. Kalau saya jalan sendiri kat pantai tadi, mesti lagi banyak pasir masuk.
Nurse: Tahan sikit eh. Pedih sikit ubat ni. Lagi pun kita nak keluarkan pasir.
Saya: OK.
Nauzubillah. Memang pedih yang amat. Berkerut muka saya menahan kepedihannya. Saya merintih pedih sambil mengetap gigi.
Nurse: Kejap eh. Sikit je lagi. Kalau tak doktor tak boleh jahit. Kuman ni. Kalau biar lama pasir kat dalam ni takut effection nanti.
Saya terus bertahan sambil muka berkerut dan kedua-dua tangan saya saling berpaut mencari kekuatan.
Beberapa ketika kemudian.
Nurse: OK. Sudah.
Tapi pedihnya tetap terasa.
Nurse: Cik, saya cucuk kancing gigi sikit ya. Takut batu karang tu kotor. Cik tahan ya. Cucuk ni sakit sikit. Lepas tu lengan akan rasa lenguh.
Hadoi, ada lagi ke yang kena rasa sakit ni? Dahlah sakit kat kaki tak kurang lagi.
Nurse mula menyuntik lengan saya. Tak adalah sakit sangat.
Tak lama kemudian, doktor pun sampai. Debaran kian terasa. Harap doktor kata tak perlu jahit.
Doktor menghampiri saya bersama nurse. Doktor melihat luka saya.
Doktor: Macam mana boleh jadi macam ni?
Saya: Saya main kayak. Kayak saya terbalik.
Doktor: Orang lain, kena batu karang kat tapak kaki. Macam mana awak boleh luka kat atas kaki?
Kena kat tapak kaki? Macam mana orang lain boleh kena batu karang kat tapak kaki pulak? Batu karang tu kan kat tengah laut dalam. Macam mana dia orang boleh pijak batu tu? Tanah pun tak jejak. Fikir saya dalam hati. Ish, apa punya soalan doktor ni? Dia ingat saya kena dera ke apa?
Saya: Benda ni kat laut dalam. Kayak terbalik. Mula-mula kaki saya masuk ke dalam air. Saya pusing badan saya untuk tukar posisi. Saya nak berenang ke bot. Kaki saya tergeser kat batu tu. Doktor nak saya buat demo ke macam mana saya jatuh.
Saya mula menyengetkan badan saya. Orang tengah sakit, dia banyak tanya pulak. Geram betul saya.
Doktor: Tak payah, tak payah.
Doktor ketawa. Saya senyum. Hmmm... Kan dah kena. Dahlah dia tanya macam lawak. Kena lawak balik dengan saya.
Doktor: Kita jahitlah.
Saya: Kalau tak jahit, tak boleh ke doktor?
Doktor: Boleh. Tapi, nampak tak cantik. Parut dia besar.
Saya termenung.
Doktor: Nak jahit ke tak?
Saya: Doktor rasa?
Doktor: Jahit.
Saya: Kalau jahit berparut tak?
Doktor: Kedua-duanya ada parut. Bezanya, kalau tak jahit, parut dia besar. Kalau jahit, parut dia kecik je dan cantik.
Amboi, bila pulak parut tu cantik? Kalau dah berparut tu mestilah tak cantik.
Saya: Ikut doktorlah.
Nurse: Saya dah cuci dan keluarkan pasir.
Doktor menolak peralatannya dengan dibantu nurse.
Doktor: Saya nak inject bius. Sakit sikit ya sebab kita cucuk kat kaki.
Adoi, sakit lagi ke?
Memang sakitpun suntikan ni. Kakikan tak banyak isi.
Doktor membiarkan saya beberapa ketika.
Doktor datang dan menyentuh kaki saya.
Doktor: Sakit tak?
Saya: Tak.
Doktor mengambil sesuatu dari trolinya. Tak lama lepas tu saya rasa macam tangan doktor main-main kat kaki saya. Doktor mula berbual dengan saya.
Saya: Doktor tengah buat apa tu?
Doktor: Saya tengah jahitlah ni. Sakit ke?
Saya: Taklah. Rasa geli sikit.
Doktor ketawa kecil.
Lantaklah apa doktor lelaki ni nak fikirpun.
Doktor mula tanya saya macam-macam. Rupanya, doktor ni pun lulusan UiTM.
Saya: Doktor, agaknya, minggu epan saya boleh main basikal tak?
Doktor: Tak boleh.
Amboi, dengan rasa tak bersalah selamba je dia jawab.
Doktor: First time ke datang Pangkor?
Saya: Taklah. Dah banyak kali. Tahun lepas pun ada. Tahun lepas tu berkayak jugak. Dari kecik lagi saya datang Pangkor ni.
Doktor: Cantik souvenir.
Saya blur. Souvenir apa pulak doktor ni?
Seakan dapat membaca fikiran saya.
Doktor: Souvenir dari Pangkor.
Oooo... Dia perli saya rupanya. Saya ketawa. Nak buat macam mana. Doktor pun ketawa. Doktor ni memang lawak la.
Saya: Berapa lama agaknya luka ni sembuh doktor?
Doktor: Dua minggu.
Saya: Agak-agaknya kalau saya pakai booth musim sejuk boleh tak doktor?
Doktor: Nak pergi oversea ke?
Saya: Ha'ah.
Doktor: Bila?
Saya 24 HB ni.
Doktor: Boleh.
Saya: Apa yang saya tak boleh makan doktor lepas jahit ni?
Doktor: Benda gatal. Telur, seafood, kalau boleh tak payah dulu.
Sementara bolehlah. Pujuk hati saya sendiri.
Doktor: Ni sakit sikit eh. Bahagian ni kulit total lost. So, saya kena tarik kulit tepi ni untuk tutup. Lagi pun kawasan ni tak kena bius.
Wow! Sedapnya saya dengar. Asyik ayat sakit sikit je hari ni saya dengar. Yang menanggungnya saya. Tak payah cakap sakit sikitlah. Cakap je sakit. Kalau dah tak bius tu, memang sakitlah kan?
Nurse: Ni kalau tak bius, macam nilah sakitnya.
Serentak itu saya terasa kesakitan yang amat di kaki saya. Doktor sedang buat jahitan terakhirnya di luar kawasan bius.
Wau, wau, wau, sakitnya Tuhan je yang tahu. Alah, manja sangat kau ni. Sakit sikit je. Kata hati sendiri.Tapi memang sakit. Bercampur dengan sakit luka terbelah tu.
Doktor menyudahkan jahitannya.
Doktor: Buat dressing.
Memberi arahan kepada nurse.
Doktor: Nanti cuci ya jahitan ni.
Saya: OK.
Entah macam mana nak cucipun tak tahu.
Saya: Terima kasih, doktor.
Doktor: Sama-sama.
Doktor meninggalkan saya bersama nurse. Kata En. Mahathir, doktor jumpa dia dan bagi tahu dia yang dia dah jahit kaki saya supaya cantik. Boleh pulak macam tu? Apa-apalah doktor.
Habis buat dressing, saya keluar dan duduk dengan En. Mahathir sambil tunggu ubat.
Selesai semuanya kami terus balik ke hotel.
Orang lain belum balik lagi. So, kami lepak kat lobi. Dalam group whatsapp ramai yang bagi semangat kat saya supaya sembuh cepat dan bagi kekuatan kat saya. Kebanyakannya whatsapp ni dari orang yang tak join trip kali nilah sebab yang berkayak semestinya tengah berkayak kat tengah laut.
Saya tak rasa sakit. Mungkin sebab ubat bius masih berfungsi.
Malamnya, jam 12.00 pagi, kaki saya kian terasa sakitnya. Sakit sangat. Muka saya mula berubah menahan sakit. Kats suruh saya makan ubat tahan sakit yang doktor bagi cepat. Katanya, dia nampak muka saya lain. Sebelum tu dia siap pesan kat saya, kalau sakit bagi tahu dia. Belum sempat bagi tahu, dia dapat baca dari air muka saya yang menahan sakit. Sakit rupanya kena jahit ni. Bukan main-main sakitnya. Ni baru kaki. Orang bersalin, buat pembedahan besar tu macam manalah agaknya. Patutlah dalam sesetengah kes pesakit diberi morfin. Memang dahsyat sakitnya.
So, tamatlah cerita Pangkor saya yang penuh dengan tragedi kali ni. Nanti saya sambung cerita fasal kaki saya yang berjahit tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hebat pengalaman tu, x semua orang merasa. Bab berjahit ni, akak 2 Kali ceaser, so faham sangat sakit bila bius hilang, rasa macam nak lari keluar dari badan..hahaha
Hahahaha... Luka bersalin tu mestilah berkali ganda dari luka kat kaki saya ni. Tulah saya terfikir, ni baru kaki kalau bersalin entah macam manalah agaknya. Kaki ni pun dah sebulan lebih belum betul-betul hilang ngilunya. Kadang-kadang terasa sengal dia.
Post a Comment