SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, December 20, 2018

Merisik Khabar

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Jom nak sembang. Dah pening dah kepala ni. Hmmm... Macam-macam dia orang ni. Ada orang kena pukul then bagi police report dia kat saya. Saya ingat report sebab jatuh kat mana-mana sebab tak accessible. Tak apalah. Layankan je. Biasalah, kadang-kadang orang ni dah kenal kita nak kita yang uruskan hal dia. Tapi kat office ni kan ada department masing-masing. So, saya terima je report tu dan minta department berkenaan yang uruskan. Nanti kalau dia Tanya, saya akan terangkan pada dia. ****************************** Oktober lalu, saya menghadiri event di Sabah. Saya ditempatkan bersama dengan pengerusi Komiti Sabah untuk penginapan. Konsep apartment. Bilik masing-masinglah. Tapi dah duduk serumah tu mestilah bersembangkan? Pengerusi: Tinta bila nak makan nasi beriani? Saya: Nasi Beriani? Maksudnya? Pengerusi: Alah, takkan tak faham. Orang kan selalu cakap bila nak makan nasi Beriani? Saya: Nasi Beriani ke Nasi Minyak? Pengerusi: Oooo... Sorry, sorry, Nasi Minyak. Saya tak berapa familiar sangat dengan adat orang Melayu ni. Pengerusi tu dari suku kaum Sabah tapi saya tak ingat dia suku kaum apa. Saya: Belum ada jodoh madam. Jawab saya sambil menghabiskan tawa yang tersisa. Pengerusi: Eh, bukan kamu ada boy friendkah? Saya dengar, orang cakap kamu ada boy friend. Saya: Itu dulu. Pengerusi: Jadi sekarang kamu single la? Saya hanya menjawab soalannya dengan tawa. Pengerusi: Itu hari, ada someone Tanya saya, Katanya, Tinta Emas itu sudah berpunya ka belum? Saya: Siapa? Pengerusi: Inda payah dibilanglah siapa. Nanti dia betul-betul berkenan, datanglah tu. Saya: Madam jawab apa? Pengerusi: Saya bilang sama dia, aku inda tahu. Kamu Tanya sendiri bah. Nanti aku bilang tiada kamu sudah menaruh harapan. Nanti ada, kamu yang menderita. Saya inda mahu bertanggungjawab kepada penderitaan jiwa orang. Pedih tu. Baik kamu Tanya dia sendiri. Amboi, ayat madam ni, memang tak boleh belah. Saya ketawa mendengar ayat yang dituturkan. Geli hati. Pengerusi: Jadi selepas ini kalau ditanya, saya boleh bilang kamu single. Tapi untuk confirmation kena Tanya kamu sendirilah. Ada-ada je dia orang ni. Orang-orang Sabah ni memang concern tentang jodoh saya. Ada yang suruh saya cari orang Sabah. Katanya, bila kahwin dengan orang Sabah, saya boleh menetap terus di Sabah. So, boleh selalu dengan mereka. Malah, semasa kontingen Sabah menyertai Karnival Sukan yang saya anjurkan tahun lepas pun dia orang cakap benda yang sama kepada saya sewaktu saya mengucapkan selamat jalan kepada mereka sebelum pulang. Ada yang siap cakap dia ada anak lelaki boleh buat menantu. Entah apa-apalah. Layankan jelah. Saya tak ambil serius pun semua tu. Cukup sekadar kita mesra dengan mereka dan layan mereka sebaiknya. Kalau mereka suka, Alhamdulillah. Saya bukan nak lelaki je suka saya. Saya nak semua orang senang dengan saya sama ada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, alam dan haiwan. Jadi, saya ramah je dengan semua orang yang nak bercakap dengan saya. Bergurau pun saya layan janji tidak melampaui batas.

No comments: