Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Tuesday, December 18, 2018
PR Ke Aksesibiliti?
Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Meh sini nak buat luahan sikit.
Hari ni rasa bengang.
Sebenarnya, bukan saya yang tak boleh move on dari PR Department. Tapi office ni yang tak boleh move on yang saya dah bukan under PR.
Mula-mula memanglah saya tak suka nak pindah ke Accessibility Department. Nak stay kat PR. Memandangkan politik banyak sangat kat PR, ikut nasihat x-boss saya, so saya belajar Aksesibiliti dan pada awalnya saya paksa diri untuk jatuh hati dengan Aksesibiliti. Saya tak suka Aksesibiliti sebab banyak kerja luar dan bermain dengan fakta dan akta. Bukan macam PR, auta banyak hahahahahaha.... Janji pandai cakap, mulut manis, senyum manis, penampilan menarik. Dah boleh buat orang yakin dengan kita. Tapi Aksesibiliti ni, cantik manapun kita, pandai cakap macam manapun, mulut manis semanis gula, senyum semanis madu, kalau kau bercakap tak ada fakta tepat, siaplah kau kena kondem dan hentam! Alhamdulillah, akhirnya saya pun jatuh suka kepada Aksesibiliti.
Masalahnya sekarang, management termasuk board members suka suruh saya buat kerja PR. Kalau nak buat teks ucapan, mesti cari saya suruh buat. Sebenarnya ni adalah salah satu kerja PR yang saya tak suka. Ramai orang kata saya mempunyai kemahiran dalam penulisan ucapan dan teks yang menarik serta berfakta. Tapi korang ingat senang ke nak hasilkan teks yang macam tu? Kena focus dan buat kajian tau. Nanti orang besar-besar tu salah cakap, habislah saya! Bukan dapat terima kasih, kena panggil dan soal lagi ada!
Ada juga orang cakap suka baca tulisan saya walaupun bukan tulisan rasmi. Dulu-dulu lagi best, siap jadi tukang edit surat kat pejabat ni. Edit surat senior staff ya, bukan junior. Hadoi. Tapi tak apalah. Masa tu saya PR.
Masalahnya sekarang ni, event sorang umat ni 24 Disember depan. Tapi dah kecoh-kecoh Tanya saya draf ucapan. Bukan satu draf ya, dua draf. Habis apa fungsi PR baru? Dia dibayar gaji kot untuk jadi PR. You don't aspect all PR are same. Masuk kerja terus pandai. Kalau dia tak boleh then nak mudahkan kerja kau cari x-PR. Kau kena ajarlah PR baru tu supaya dia pun mempunyai kebolehan yang sama. Kalau tak boleh jugak, koranglah yang salah. Siapa suruh tak pilih staff betul-betul masa interview. Tulah, siapa suruh buat interview kedai kopi? Sorang candidate je kau interview, lepas tu terus bagi kerja. Yang interview pun tak tahu kerja PR lepas tu mula nak campak kerja kat orang lain. Korang ingat Accessibility ni duduk saja ke? Tak payah buat kerja? Tunggu je kerja yang orang tak boleh buat then kita buat. Sukan saya lagi tu nak letak mana? Pertandingan goal-ball tak lama lagi. Ada persiapan yang belum siap. Tourism accessibility ada dua buku tebal kat atas meja saya ni untuk dibaca dan diberi komen. Kena compare MS1184. Maknanya kedua-dua naskah ni saya kena baca. Ingat baca benda berfakta ni baca tiga hari habis macam baca novel?
Dahlah draf ucapan ni saya sendiri tak terlibat dalam event tu. Apa saya nak tulis? Memanglah simple, nak lancer buku bibliografi. Tapi ingat buat teks ucapan tu mudah?
Stress aku!
Nasiblah siapa yang baca entri hari ni.
Rasa tak macam mana hotnya saya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment