SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, December 26, 2018

Polisi Insurans Yang Memberi Tanda Tanya

Saya termenung sambil tunggu update apps kat phone. Tiba-tiba Whatsapp masuk. Angah! Biasanya kalau angah whatsapp ni ada sesuatu yang serius. 'Assalam' 'Aku dgn Jamal pergi Thailand malam ni' 'Nt aku bg polisi insurans kt kau. Kalau pape jadi, kau uruskan ya. Bagi 2. 1 family kita, 1 family Jamal' 'Bahagian family kita kau buat faraid' Demi membaca text daripadanya, saya tersentuh. Hati tertanya-tanya, kenapa dia menghantar text ini kepada saya? Ya Allah, Kau selamatkan adikku dan suaminya. Saya tak mahu kehilangannya. Saya baru rasa yang angah dulu telah kembali. Angah yang pernah saya rasa seperti hilang. Hati ini cepat saja tersentuh. Lantas saya coretkan luahan di entri ini. Mana mungkin mahu kongsikan dengan sesiapa. Belum tentu ada yang sudi mendengarnya. Dengan keluarga? Tidak! Kalau angah menceritakan sesuatu kepada saya, secara automatik saya faham. Ianya rahsia dan tak perlu bercerita kepada family yang lain. Angah tak suka halnya diketahui orang lain melainkan orang yang dikehendakinya. Kecuali, dia sendiri bercerita kepada family yang lain. Saya tak mahu rosakkan kepercayaannya kepada saya. Saya mahu menjadi orang kepercayaannya seperti dulu. Dalam family, angah banyak memberi rahsianya kepada saya sehinggalah badai melanda yang membuatkan dia menjauh. Sebenarnya bukan salah sesiapa tapi angah sensitif dan perasa orangnya. Dia salah faham mungkin salah fahamnya termasuk kepada saya. Dan saya baru merasakan dia kembali seperti angah yang dulu sewaktu dia ingin berkahwin atau lebih tepat, semasa hariraya tahun lepas. Angah ni sangat positif terhadap saya. Banyak benda yang dia percaya saya yang boleh laksanakan untuk dia termasuklah dalam hal insuran ni. Saya tanyakan kepada dia untuk apa dia ke sana? Ke Patani ke atau Songkhla? Biasanya dua tempat nilah orang takut nak pergi. Jawabnya ringkas. Pergi jalan-jalan. Saya suka mendengarnya. Mungkin pergi honeymoon. Saya tumpang bahagia. Saya mohon Allah bahagiakan dia dan suami. Baguslah pergi bercuti, mengeratkan kasih sayang. Tapi kenapa bagi saya text ni? Saya risau. Pergi bercuti sebelum ni tak pernah pesan apa-apa. Tapi kali ni... Semoga angah dan Jamal baik-baik saja. Tak ada apa yang berlaku. Angah ni perahsia orangnya. Kalau ditanya, bukan nak cakap sampai habis. Nak kita faham sendiri. Tapi sukakan perhatian dan sukan orang manjakan dia. Hmmm... Nampaknya, untuk beberapa hari ni, saya akan jadi pemerhati whatsapp dia. Kalau dia online tu, maknanya dia OK. Kalau saya tanya berapa hari dia pergi pun, belum tentu dia balas text. Empat hari lagi, saya akan tanya dia dah balik ke belum. Jamal jaga angah tau. Along sayang dia. Terima kasih jugak kepada Jamal. Sebab rasanya angah ada perubahan sejak kahwin dengan Jamal. Mungkin Jamal banyak mengajarnya. Ya Allah, saya turut merasa bahagia dengan kebahagiaan angah.

No comments: