SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, December 11, 2018

Kening Yang Cantik

Meh, nak bincang pasal kecantikan sikit. Dah lama tak buat entri kecantikan. Tapi hari ni tak ada petua atau teknik yang nak dikongsikan. Malas. Cadangan produk pun tak ada. Orang yang menjaga kecantikan, pastinya mengambil kira setiap inci wajahnya ketika bertatarias. Kening merupakan satu elemen wajah yang sering dititikberatkan dalam solekan. Bentuk kening yang menarik mampu mempengaruhi bentuk wajah seseorang sama ada kening yang dilukis, dicukur atau sebagainya. Bersyukurlah bagi mereka yang sememangnya dianugerahkan kening yang cantik. Kalau tidak ditatarias pun kening udah kelihatan cantik, apa lagi bila disolek. Dalam solekan, sememangnya banyak teknik digunakan bagi menyerlahkan kecantikan seseorang. Ada yang sanggup mencukur kening agar keningnya terbentuk indah dan halus. Namun pada saya, dalam zaman yang serba cantik ni, tak perlulah kita nak cukur-cukur kening. Sebenarnya, keindahan kening boleh diperoleh dengan teknik lukisan menggunakan eye brow. Bukan setakat nak kening halus dan terbentuk, nak kening tebal, kening Sin Chan, semua boleh. Hal ini diakui sendiri oleh MUA yang sering menyolekkan saya. Kening saya? Oh no, saya tak pernah cukur. Pakai eye brow je kalau rajin. Kalau tak, biar jelah. Cuma orang sering tersalah sangka. Meskipun saya tidak memakai eye brow, ada yang bertanya kepada saya, adakah kening saya ini dicukur? Tak. Saya belum sampai ke tahap itu dan tak mahu sampai begitu.

No comments: