SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, December 29, 2018

Ketua Yasin Di Belakang Surau

Assalammualaikum semua. Salam sejahtera. OK, ada orang ajak saya sarapan esok. 7.30 pagi. Lama tak sembang katanya. Siapa lagi, En. Mahathir yang telah dianggap seperti abang sendirilah. Dahlah bukan main dia mengata saya masa call saya tadi. Memang esok sambung kena bahanlah nampaknya. Dia kalau bab mengata saya, bukan main lagi. Tak boleh kalah ni. Esok saya bahankan dia balik. ****************************** Masa saya kecil dulu, sekolah pendidikan khas ni ada dua je yang berasrama seluruh Malaysia. So, my parent kena pilih nak hantar saya ke Johor ke, ke Pulau Pinang? Dia orang pilih hantar saya ke JB sebab sekolah tu pakej dengan sekolah agama kerajaan negeri. Tapi sekolah tu sendiri pun memang titikberatkan bab agama ni walaupun bukan under sekolah agama. Nama je Princess Elizabeth School tapi kami ni selalu kena paksa dalam bab agama ni. Masa tu ada dua orang ustaz. Ustaz Ibrahim dan Ustaz Rashid. Kali ni saya nak cerita pasal Ustaz Ibrahim dulu atau kami panggil dia Cikgu Yim. Setiap hari Khamis malam Jumaat lepas Maghrib, kami wajib baca Yasin dan Tahlil. Ketuanya budak-budak lelakilah. Dah namapun Yasin dan Tahlil. Takkan perempuan jadi ketua kot? Entah mana Ustaz Ibrahim ni dapat idea entah. Dia tambah satu malam lagi untuk baca Yasin dan Tahlil lepas Maghrib iaitu hari Jumaat malam Sabtu. Ketuanya budak-budak perempuan dimulai dengan students form 5 sampai yang darjah enam. Katanya untuk pembelajaran. Biar budak perempuan pun mahir jadi ketua Yasin. Kalau budak lelaki tak ada, ada jugak orang boleh jadi ketua. Memang berdebar masa notis ni naik. Kalau baca tak lancar, mesti kena ketawakan dengan budak-budak lelaki yang mahir jadi imam dan ketua Yasin sebab jadi ketua ni untuk semua termasuk students lelaki. Dorang tu dahlah suka ketawakan orang. Jadi, setiap hari Jumaat, mikrofon akan dipasang di surau perempuan selepas Maghrib. Tahun pertama, turn saya lambat. Sebab saya bukan senior. Dia mula dengan pelajar senior. Tapi alhamdulillah, bila tiba turn saya, Allah izinkan saya untuk mengetuai Yasin dan Tahlil dengan lancar. Dah namanya ketua, bermula dari Ilahadratin nabi, sampailah ke Yasin, Tahlil dan doa Tahlil. Paling risau bab doa Tahlillah sebab doa Tahlil kan panjang. Saya tarik nafas lega setelah selesai membaca doa Tahlil. Kalau semua orang aminkan dan diam, tak ada yang bising dan Ustaz Ibrahim pun diam maknanya, lepaslah tu. Tahun kedua, turn saya yang pertama ke kedua entah. Sebab saya senior masa tu. Dah ada pengalaman, so saya relax je. Yang tak best tu, kalau ketua minggu tu tak ada, nama saya dipetik untuk ganti ketua minggu tu. Biasalah perempuan, ada waktu cuti kan? Setiap hari Jumaat masa Maghrib, saya mesti check, ada tak ketua Yasin minggu tu. Sekali dua ganti, OK la. Bila dah lama-lama, saya pun malas. Sebenarnya, lancar pun, saya tetap segan nak jadi ketua Yasin Tahlil depan bebudak lelaki tu. Ish, tak suka betul. Hahaha... Kat sekolah dulu, dorang kata saya ni anti lelaki. Yelah, budak lelaki selalu kena marah dengan saya. Dah perangai tak betul, marahlah. Saya ni bukan baik sangat. Ada nakalnya jugak. Tapi nakal dalam diam heheehhe... Kalau saya tahu minggu tu ketua Yasin perempuan tak ada. Lepas Maghrib je, saya cepat-cepat keluar surau. Nak tahu saya pergi mana? Balik asrama tak boleh. Sebab Ustaz Ibrahim or waden ada kat luar surau. Saya akan ke belakang surau. Saya akan buka kain telekung, telekung saya akan angkat ke bahu dan saya duduk bersandar pada dinding surau diam-diam, siap duduk atas simen kau. Semua orang tak tahu saya kat mana. Seperti yang saya jangka, nama saya dipanggil untuk ganti ketua Yasin. Saya terus diam di belakang surau. Memang kecohlah dia orang cari saya hahahaha... Nakalkan? Ada yang cakap saya pergi toiletlah. Hadoi, dorang siap tunggu tu. Tapi bila dah lama tak datang-datang, orang lainlah kena. Yes! Selamat aku! Tulah saya fikir dulu. Sekali lagi yang saya akan lari, bila nak masuk doa Tahlil. Sebab bukan semua orang lancar baca doa tu walaupun buku di tangan. Kalau orang yang jadi ketua tu tak lancar, nanti saya jugak kena panggil. Bila diingatkan kembali, nakal jugak saya ni heheehhe...

No comments: