Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Saturday, December 29, 2018
Suami Saya Tak Suka Saya Mekap
Assalammualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan yang budiman.
OK, rasa ngantuk. Tapi belum boleh tidur. Kita tulislah dulu. Mana tahu jap lagi terlelap?
Perempuan ni ada macam-macam. Ada yang suka berhias, ada yang tak suka berhias. Terserahlah pada diri masing-masingkan? Itu hak individu.
Paling tak boleh belah, perempuan yang tak suka mekap ni, suka sangat bajet-bajet bagus. Bajet-bajet memiliki kecantikan asli. Bukan semua. Segelintir. Yang tak ada kena-mengena tu jangan sentap pulak.
Dulu-dulu, saya pun fikir, orang yang mekap ni kecantikan dia palsu. Mekap tu yang buat dia cantik. Tak ada mekap, habis semuanya. Tapi, mummy pernah cakap, "Kalau mekap pun tak cantik, maknanya tak lawalah orangnya." Kak Fatimah pulak pernah kata, "Kalau dah tak cantik, mekaplah macam manapun, tetap tak cantik. Tapi kalau cantik, mekap sikit pun, nampak menyerlah. Mekap tu bukan palsu tapi penyerlah kecantikan,"
Lantaklah apa orang katapun, yang penting minat saya memang ke situ. Bukan sebab cantik tak cantik.
Tapi saya tak suka bila dengar SESETENGAH perempuan yang tak mekap ni bercakap. Konon orang yang mekap ni kecantikan palsu. Orang yang tak mekap tu kecantikan dia asli. Ada jugak yang cakap, "Oh, saya tak mekap sebab suami saya tak suka saya mekap. Dia suka tengok saya yang asli."
OK, tak dinafikan, taste lelaki pun ada macam-macam. Mungkin betul, ada lelaki yang tak suka tengok perempuan mekap. So, beruntunglah isterinya, tak payah nak bersiap bagai dan tak payah keluar duit beli mekap.
Tapiiii... Isteri yang macam ni, nasihat saya, korang kena tengok, betul ke suami korang tak suka perempuan yang mekap? Ke dia tak suka tengok korang mekap je? So, perhati betul-betul mata suami korang bila dia memandang perempuan lain. Ada tak dia pandang perempuan tu dengan gaya, "cantiknya!"
Kalau ada gaya macam tu, baik korang cari puncanya. Adakah kata-kata dia yang suka tengok korang dengan kecantikan asli tanpa mekap tu betul? Pernah berlaku, macam nilah kesnya. Tapi sang suami bila tengok perempuan lain berhias, bukan main lagi mata dia. Sekiranya ini berlaku, sebenarnya, suami tu bukan tak suka tengok korang mekap. Mungkin, cara korang mekap tu yang buat dia tak suka tengok. So, mulalah belajar mekap supaya suami korang tu tak pandang perempuan lain je tapi dengan korang cakap tak suka korang mekap. Orang lain mekap pandang tak mau lepas.
Jadi, jangan feeling-feeling koranglah paling cantik bila korang tak mekap dengan alasan kecantikan asli. Setiap orang ada kecantikan dan boleh serlahkan kecantikan tu. Cuma, jangan riak dan cakap besar. Semua pinjaman Allah. Bila-bila Dia nak ambil, Dia berhak.
Nasihat ni, hanya untuk orang yang sudi nak dengar. Kalau ego, susahlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment