SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, December 30, 2018

Imam Zuhur Dalam Toilet

Bila ada masa terluang ni, banyak kenangan zaman sekolah dulu yang terimbau. Kalau semalam cerita pasal Ustaz Ibrahim, hari ni nak cerita pasal ustazah sekolah agama, Cikgu Zaleha. Kita orang panggil cikgu je kat ustazah ni, tak panggil ustazah. Cikgu Leha. Cikgu Leha ni guru besar sekolah agama Puteri Elizabeth. Dialah yang akan pastikan semua pelajar solat berjemaah waktu Zuhur dan Asar selain daripada mengajar sekolah agama. Hari Jumaat, budak-budak lelaki pergi masjid solat Jumaat. Kami yang tinggal ni akan solat Zuhur di surau sekolah. Imamnya dari kalangan pelajar perempuanlah. Masa saya junior, ikut jelah senior jadi imam. Tapiii... Bila saya jadi senior, sayalah yang disuruh menjadi imam. Cikgu Leha ni tak adil, asyik saya je kena jadi imam. Cikgu: Dah Tinta, ke depan. Saya: Kenapa saya kena duk depan? Cikgu: Kamu jadi imam. Pelajar senior lain ketawa perlahan sebab dia orang lepas. Saya: Minggu lepas saya dah. Dah banyak kali dah cikgu Cikgu: Eh, budak ni, banyak cakap. Lekas ke depan. Cikgu Leha menolak saya ke depan. Saya tarik muncung tak puas hati. Kenapa orang lain asyik selamat je? OK, tak apa. Tahulah saya apa nak buat minggu depan. Minggu depannya, bila loceng solat Zuhur berbunyi dan cikgu Leha round asrama, saya cepat-cepat beratur. Tapi bila barisan dah cukup dan lurus, ketika cikgu suruh bergerak ke surau, saya masuk semula ke asrama dengan alasan nak pergi toilet. Cikgu Leha suruh saya cepat. OK. Saya pun masuk toilet. Lepas masuk toilet, saya tunggu beberapa ketika di asrama sebelum ke surau. Bila dah agak-agak orang dah mula solat, baru saya naik ke surau. Hehehehe... Nakalkan? Cikgu Leha pun mula membebel marah saya lambat. Kalau nasib saya baik, saya jadi makmum masbuk. Kalau ramai yang lambat, saya kena jadi imam kedua. Hayyyoooo... Bila difikirkan balik, apa yang susah sangat jadi imam tu? Nak solat jugak. Yang menyorok tu kenapa? Mungkin sebab tak puas hati orang lain tak kena kot. Hahahahaha... Bila cikgu tanya siapa nak jadi imam? Kawan-kawan mesti ramai-ramai sebut nama saya. Benganglah. Dia orang tu tak nak pulak jadi imam. So, tak payah lawan, kita buat cara lembut heheheehe... Akhirnya, malas dah saya nak menyorok. Ikut jelah. Dan, Cikgu Leha ni selalu bawa saya balik rumah dia. Masakkan saya sedap-sedap. Kalau tak balik rumah dia pun, kalau saya minta nak makan mihun Singapura, dia mesti masakkan saya dan bawa satu bekas bagi saya kat sekolah. Siap dengan sambal kicap atau lada jeruk lagi. Cikgu Leha ni orang Singapura. Kawan-kawan selalu kata saya anak cikgu. Bukan sorang cikgu ramai cikgu yang dorang kata mak sayalah, kakak sayalah, abanglah, ayahlah. Dah cikgu-cikgu tu baik dengan saya, saya baiklah. Lagipun ramai yang tahu saya ni manja dan hati tisu. Hehehe... Rindulah zaman sekolah.

Almari Display Mesti Beli, Arahan Dari Mam Besar!

Assalammualaikum semua. Salam Ahad. Korang buat apa tu? Berehat ke? Rasa bosan. search almari display tak jumpa-jumpa. Manalah Diana ni, nak teman saya pergi Ikea ke tidak ni? Year end ni selalu ada sales. Mummy semalam call saya dah bising-bising suruh saya beli almari display suruh letak dia punya periuk belanga tembaga yang dia bagi saya hari tu. Yelah, yelah, nanti along beli. Amboi, siap kirim duit suruh saya beli. Saya cakap dengan dia, simpan je duit dia tu untuk belanja dia. Dia kata dia banyak duit hahaha... yang penting, saya mesti beli almari tu dalam masa terdekat! Tak boleh tidak! Kalau tak beli, siap! Dia kata saya degil! Hahaha... Katanya, kunjungan hormat dia sekali lagi ke teratak kecil saya ni, dia nak tengok almari tu dah tersergam indah kat ruang tamu saya bersama barang-barang perhiasan yang dia bagi. Bulan lepas mummy mengotakan katanya dengan memberikan saya beberapa periuk, sudip, sudu, garfu diperbuat daripada tembaga kepunyaan keluarga kami turun-temurun. Periuk tu katanya berusia lebih 200 tahun milik arwah ibu kepada arwah moyang saya. Dulu-dulu ceritanya periuk tu digunakan untuk memasak harian. Kata mummy, dalam banyak-banyak anak dan cucunya, dia percayakan saya. Dia nak bagi semua barang kesayangannya kepada saya. Katanya, dia nak bagi sedikit demi sedikit sebelum dia meninggal. Nanti kalau dia dah tak ada, orang lain tak tahu menilai sesuatu barang tu berharga atau tidak. Kata mummy lagi, dalam banyak-banyak cucunya, saya adalah cucu yang paling dekat di hatinya. Cucu sulung dan cucu yang diasuhnya bersama arwah moyang. Katanya saya memang ada tempat istimewa di hatinya menerusi panggilan telefon semalam. Daripada saya berkeras tak nak dia kirim duit untuk beli almari, saya mengalah. Saya bukan tak boleh beli almari tu. Tapi saya nak beli almari baju dulu. So mummy kata tak apa, dia yang nak bagi saya almari pameran berkaca tu. Siap suruh call dia kalau saya jumpa almari tu. OK mummy, hamba yang menurut perintah. Tapi ia bergantung kepada kawan along boleh teman atau pun tidak. Sebab along bukan macam dulu lagi, anytime ada je orang teman along beli barang. Cakap je bila dan di mana mesti teman. Tapi last-last orang mengungkit, mi. Hahaha tapi tu dalam hati jelah. Diana kata hari ni nak confirm balik. Kalau Diana tak boleh teman, kita tengoklah siapa boleh teman. Janganlah mummy call sebelum saya pergi beli. Kalau tak nanti, menanah telinga saya ni. Hehehehe... Mummy dan arwah chek, dua wanita yang selalu buat saya lembut hati dan kalah. Yelah, pengasuh kita dari kecilkan? So, dia tahu macam mana nak patahkan kedegilan kita. Tapiiii... Ada ketikanya, dorang pulak akan kalah dengan saya. Saya pun kalau saya nakkan sesuatu, saya tahu jugak macam mana nak pujuk dia orang. Hehehehe...

Saturday, December 29, 2018

Seperti Selalu

Tadi pergi kenduri kawan kahwin. Masa saya lintas jalan depan Public Bank, ada seseorang sentuh bahu saya dan cakap "Cantik awak hari ni," Rupanya Kak Nisa kedai Mahmud. Mata manusia ni pelik jugakkan? Rasanya saya ni pakai seperti selalu tak ada bezanya sebab saya pakai baju dan tudung yang selalu saya pakai pergi ofis. Tak payah nak melawa sangat. Kenduri pun dekat kafeteria office saya je. Mekap pulak, mekap ala kadar je. Mekap bukan mekap pejabat. Just pakai foundation, bedak, blusher dan lipstik. Eye brow, Eye liner dan eye shadow tak ada. Malas! Nak kata dia tak pernah tengok saya mekap, ada je hari kerja saya pergi kedai dia. Hmmm... Tak apalah. Terima kasih Allah atas kurniaan ni. Dan saya mohon indahkanlah budi bahasa serta akhlakku sepertimana Kau indahkan paras rupaku. Dan indahkanlah paras rupaku, agar senang hati orang yang melihatnya. Korang amalkanlah doa ni setiap kali korang berhias atau pakai bedak. Hmmm... Kalau dah namanya kenduri kahwin, saya pasti tak lepas dari dihujani soalan, "Tinta bila lagi?", "Awak bila pulak?", "Nak rasa nasi minyak Tinta pulak," OK, jawapan saya seperti selalu jugak, "Insya-Allah, doakanlah. Doalah, supaya Allah bagi saya jodoh yang baik. Nanti kahwinlah saya," Nak cakap apa lagi? Bukan kita tahu jodoh kita kan? Dia orang ni pun macam tak ada soalan lain nak tanya. Tanya yang saya sendiripun tak ada jawapan.

Ketua Yasin Di Belakang Surau

Assalammualaikum semua. Salam sejahtera. OK, ada orang ajak saya sarapan esok. 7.30 pagi. Lama tak sembang katanya. Siapa lagi, En. Mahathir yang telah dianggap seperti abang sendirilah. Dahlah bukan main dia mengata saya masa call saya tadi. Memang esok sambung kena bahanlah nampaknya. Dia kalau bab mengata saya, bukan main lagi. Tak boleh kalah ni. Esok saya bahankan dia balik. ****************************** Masa saya kecil dulu, sekolah pendidikan khas ni ada dua je yang berasrama seluruh Malaysia. So, my parent kena pilih nak hantar saya ke Johor ke, ke Pulau Pinang? Dia orang pilih hantar saya ke JB sebab sekolah tu pakej dengan sekolah agama kerajaan negeri. Tapi sekolah tu sendiri pun memang titikberatkan bab agama ni walaupun bukan under sekolah agama. Nama je Princess Elizabeth School tapi kami ni selalu kena paksa dalam bab agama ni. Masa tu ada dua orang ustaz. Ustaz Ibrahim dan Ustaz Rashid. Kali ni saya nak cerita pasal Ustaz Ibrahim dulu atau kami panggil dia Cikgu Yim. Setiap hari Khamis malam Jumaat lepas Maghrib, kami wajib baca Yasin dan Tahlil. Ketuanya budak-budak lelakilah. Dah namapun Yasin dan Tahlil. Takkan perempuan jadi ketua kot? Entah mana Ustaz Ibrahim ni dapat idea entah. Dia tambah satu malam lagi untuk baca Yasin dan Tahlil lepas Maghrib iaitu hari Jumaat malam Sabtu. Ketuanya budak-budak perempuan dimulai dengan students form 5 sampai yang darjah enam. Katanya untuk pembelajaran. Biar budak perempuan pun mahir jadi ketua Yasin. Kalau budak lelaki tak ada, ada jugak orang boleh jadi ketua. Memang berdebar masa notis ni naik. Kalau baca tak lancar, mesti kena ketawakan dengan budak-budak lelaki yang mahir jadi imam dan ketua Yasin sebab jadi ketua ni untuk semua termasuk students lelaki. Dorang tu dahlah suka ketawakan orang. Jadi, setiap hari Jumaat, mikrofon akan dipasang di surau perempuan selepas Maghrib. Tahun pertama, turn saya lambat. Sebab saya bukan senior. Dia mula dengan pelajar senior. Tapi alhamdulillah, bila tiba turn saya, Allah izinkan saya untuk mengetuai Yasin dan Tahlil dengan lancar. Dah namanya ketua, bermula dari Ilahadratin nabi, sampailah ke Yasin, Tahlil dan doa Tahlil. Paling risau bab doa Tahlillah sebab doa Tahlil kan panjang. Saya tarik nafas lega setelah selesai membaca doa Tahlil. Kalau semua orang aminkan dan diam, tak ada yang bising dan Ustaz Ibrahim pun diam maknanya, lepaslah tu. Tahun kedua, turn saya yang pertama ke kedua entah. Sebab saya senior masa tu. Dah ada pengalaman, so saya relax je. Yang tak best tu, kalau ketua minggu tu tak ada, nama saya dipetik untuk ganti ketua minggu tu. Biasalah perempuan, ada waktu cuti kan? Setiap hari Jumaat masa Maghrib, saya mesti check, ada tak ketua Yasin minggu tu. Sekali dua ganti, OK la. Bila dah lama-lama, saya pun malas. Sebenarnya, lancar pun, saya tetap segan nak jadi ketua Yasin Tahlil depan bebudak lelaki tu. Ish, tak suka betul. Hahaha... Kat sekolah dulu, dorang kata saya ni anti lelaki. Yelah, budak lelaki selalu kena marah dengan saya. Dah perangai tak betul, marahlah. Saya ni bukan baik sangat. Ada nakalnya jugak. Tapi nakal dalam diam heheehhe... Kalau saya tahu minggu tu ketua Yasin perempuan tak ada. Lepas Maghrib je, saya cepat-cepat keluar surau. Nak tahu saya pergi mana? Balik asrama tak boleh. Sebab Ustaz Ibrahim or waden ada kat luar surau. Saya akan ke belakang surau. Saya akan buka kain telekung, telekung saya akan angkat ke bahu dan saya duduk bersandar pada dinding surau diam-diam, siap duduk atas simen kau. Semua orang tak tahu saya kat mana. Seperti yang saya jangka, nama saya dipanggil untuk ganti ketua Yasin. Saya terus diam di belakang surau. Memang kecohlah dia orang cari saya hahahaha... Nakalkan? Ada yang cakap saya pergi toiletlah. Hadoi, dorang siap tunggu tu. Tapi bila dah lama tak datang-datang, orang lainlah kena. Yes! Selamat aku! Tulah saya fikir dulu. Sekali lagi yang saya akan lari, bila nak masuk doa Tahlil. Sebab bukan semua orang lancar baca doa tu walaupun buku di tangan. Kalau orang yang jadi ketua tu tak lancar, nanti saya jugak kena panggil. Bila diingatkan kembali, nakal jugak saya ni heheehhe...

Suami Saya Tak Suka Saya Mekap

Assalammualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan yang budiman. OK, rasa ngantuk. Tapi belum boleh tidur. Kita tulislah dulu. Mana tahu jap lagi terlelap? Perempuan ni ada macam-macam. Ada yang suka berhias, ada yang tak suka berhias. Terserahlah pada diri masing-masingkan? Itu hak individu. Paling tak boleh belah, perempuan yang tak suka mekap ni, suka sangat bajet-bajet bagus. Bajet-bajet memiliki kecantikan asli. Bukan semua. Segelintir. Yang tak ada kena-mengena tu jangan sentap pulak. Dulu-dulu, saya pun fikir, orang yang mekap ni kecantikan dia palsu. Mekap tu yang buat dia cantik. Tak ada mekap, habis semuanya. Tapi, mummy pernah cakap, "Kalau mekap pun tak cantik, maknanya tak lawalah orangnya." Kak Fatimah pulak pernah kata, "Kalau dah tak cantik, mekaplah macam manapun, tetap tak cantik. Tapi kalau cantik, mekap sikit pun, nampak menyerlah. Mekap tu bukan palsu tapi penyerlah kecantikan," Lantaklah apa orang katapun, yang penting minat saya memang ke situ. Bukan sebab cantik tak cantik. Tapi saya tak suka bila dengar SESETENGAH perempuan yang tak mekap ni bercakap. Konon orang yang mekap ni kecantikan palsu. Orang yang tak mekap tu kecantikan dia asli. Ada jugak yang cakap, "Oh, saya tak mekap sebab suami saya tak suka saya mekap. Dia suka tengok saya yang asli." OK, tak dinafikan, taste lelaki pun ada macam-macam. Mungkin betul, ada lelaki yang tak suka tengok perempuan mekap. So, beruntunglah isterinya, tak payah nak bersiap bagai dan tak payah keluar duit beli mekap. Tapiiii... Isteri yang macam ni, nasihat saya, korang kena tengok, betul ke suami korang tak suka perempuan yang mekap? Ke dia tak suka tengok korang mekap je? So, perhati betul-betul mata suami korang bila dia memandang perempuan lain. Ada tak dia pandang perempuan tu dengan gaya, "cantiknya!" Kalau ada gaya macam tu, baik korang cari puncanya. Adakah kata-kata dia yang suka tengok korang dengan kecantikan asli tanpa mekap tu betul? Pernah berlaku, macam nilah kesnya. Tapi sang suami bila tengok perempuan lain berhias, bukan main lagi mata dia. Sekiranya ini berlaku, sebenarnya, suami tu bukan tak suka tengok korang mekap. Mungkin, cara korang mekap tu yang buat dia tak suka tengok. So, mulalah belajar mekap supaya suami korang tu tak pandang perempuan lain je tapi dengan korang cakap tak suka korang mekap. Orang lain mekap pandang tak mau lepas. Jadi, jangan feeling-feeling koranglah paling cantik bila korang tak mekap dengan alasan kecantikan asli. Setiap orang ada kecantikan dan boleh serlahkan kecantikan tu. Cuma, jangan riak dan cakap besar. Semua pinjaman Allah. Bila-bila Dia nak ambil, Dia berhak. Nasihat ni, hanya untuk orang yang sudi nak dengar. Kalau ego, susahlah.

Wednesday, December 26, 2018

Polisi Insurans Yang Memberi Tanda Tanya

Saya termenung sambil tunggu update apps kat phone. Tiba-tiba Whatsapp masuk. Angah! Biasanya kalau angah whatsapp ni ada sesuatu yang serius. 'Assalam' 'Aku dgn Jamal pergi Thailand malam ni' 'Nt aku bg polisi insurans kt kau. Kalau pape jadi, kau uruskan ya. Bagi 2. 1 family kita, 1 family Jamal' 'Bahagian family kita kau buat faraid' Demi membaca text daripadanya, saya tersentuh. Hati tertanya-tanya, kenapa dia menghantar text ini kepada saya? Ya Allah, Kau selamatkan adikku dan suaminya. Saya tak mahu kehilangannya. Saya baru rasa yang angah dulu telah kembali. Angah yang pernah saya rasa seperti hilang. Hati ini cepat saja tersentuh. Lantas saya coretkan luahan di entri ini. Mana mungkin mahu kongsikan dengan sesiapa. Belum tentu ada yang sudi mendengarnya. Dengan keluarga? Tidak! Kalau angah menceritakan sesuatu kepada saya, secara automatik saya faham. Ianya rahsia dan tak perlu bercerita kepada family yang lain. Angah tak suka halnya diketahui orang lain melainkan orang yang dikehendakinya. Kecuali, dia sendiri bercerita kepada family yang lain. Saya tak mahu rosakkan kepercayaannya kepada saya. Saya mahu menjadi orang kepercayaannya seperti dulu. Dalam family, angah banyak memberi rahsianya kepada saya sehinggalah badai melanda yang membuatkan dia menjauh. Sebenarnya bukan salah sesiapa tapi angah sensitif dan perasa orangnya. Dia salah faham mungkin salah fahamnya termasuk kepada saya. Dan saya baru merasakan dia kembali seperti angah yang dulu sewaktu dia ingin berkahwin atau lebih tepat, semasa hariraya tahun lepas. Angah ni sangat positif terhadap saya. Banyak benda yang dia percaya saya yang boleh laksanakan untuk dia termasuklah dalam hal insuran ni. Saya tanyakan kepada dia untuk apa dia ke sana? Ke Patani ke atau Songkhla? Biasanya dua tempat nilah orang takut nak pergi. Jawabnya ringkas. Pergi jalan-jalan. Saya suka mendengarnya. Mungkin pergi honeymoon. Saya tumpang bahagia. Saya mohon Allah bahagiakan dia dan suami. Baguslah pergi bercuti, mengeratkan kasih sayang. Tapi kenapa bagi saya text ni? Saya risau. Pergi bercuti sebelum ni tak pernah pesan apa-apa. Tapi kali ni... Semoga angah dan Jamal baik-baik saja. Tak ada apa yang berlaku. Angah ni perahsia orangnya. Kalau ditanya, bukan nak cakap sampai habis. Nak kita faham sendiri. Tapi sukakan perhatian dan sukan orang manjakan dia. Hmmm... Nampaknya, untuk beberapa hari ni, saya akan jadi pemerhati whatsapp dia. Kalau dia online tu, maknanya dia OK. Kalau saya tanya berapa hari dia pergi pun, belum tentu dia balas text. Empat hari lagi, saya akan tanya dia dah balik ke belum. Jamal jaga angah tau. Along sayang dia. Terima kasih jugak kepada Jamal. Sebab rasanya angah ada perubahan sejak kahwin dengan Jamal. Mungkin Jamal banyak mengajarnya. Ya Allah, saya turut merasa bahagia dengan kebahagiaan angah.

Tak Nak Peluk Ke?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Menyampah dengan google ni. Nak suruh tulis text yang dia bagi segala untuk log in blog ni. Saya ni dahlah blind. Menyusahkan je! Mujurlah saya ambil gambar hantar kat acik, acik boleh baca text yang dia bagi. Mujurlah acik tu segera balasnya. Kalau tak, asyik kena ambil gambar sebab text tu bertukar. Dia kan valid berapa minit je. System audio pulak tak function. Mujur mood tak jadi rosak hahahaha... ****************************** Mak ai tajuk, boleh tahan. Masa Hakim datang hantar barang-barang kat rumah saya ni bulan lepas, dia datang dengan Halim, kawan baik dia. Waaa... Dah pandai suruh saya tutup aurat bagai sebab dia datang dengan kawan dia. Yelah pakcik, along tahulah. Takkanlah along nak togel je? Tapi bagus, saya suka. Sebab nampak sikap tanggungjawabnya. Hehehehe... Dah besar adik along. Lepas dah angkat semua barang, dia minta diri untuk balik. Saya sambut huluran tangannya untuk bersalam. Selesai bersalaman dan dia mencium tangan saya, saya menarik kembali tangan saya. Hakim: Tak nak peluk ke? Hahahaha... Kan selalunya, lepas salam, saya akan peluk dia erat dan lagakan pipi saya dengan pipi dia tiga kali. Malam tu saya tak buat sebab ada Halim. Saya OK je. Tapi saya takut dia malu bila saya buat macam tu depan kawan baiknya. Orang lelaki kan. Takut dia rasa tak macho bila kakak buat gitu depan kawan dia. Takut jugak nanti kawan dia ketawakan dia bila saya peluk dia. Tapi nampaknya, Hakim berkehendakkan sesuatu yang sebaliknya. Baguslah. Kasih sayang tu perlu selalu ditunjukkan sesama adik-beradikkan? Eleh, sebenarnya dia tu manja. Saya mengharapkan dia menjadi seorang lelaki yang tahu menghargai dan menzahirkan kasih sayangnya kepada perempuan yang ada pertalian dengannya. Perempuan kan suka dibelai dan orang berlembut. Kalau lelaki lembut dengannya, hati yang marahpun sejuk. Hati yang rajuk terus reda. Hehehehe... Tapi kalau lelaki marah, memang lambatlah sembuh hati yang rajuk or reda kemarahan perempuan. Tapi ini lelaki tak faham. Hehehehe... Nanti karang ada pulak lelaki yang marah pulak.

Thursday, December 20, 2018

Merisik Khabar

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Jom nak sembang. Dah pening dah kepala ni. Hmmm... Macam-macam dia orang ni. Ada orang kena pukul then bagi police report dia kat saya. Saya ingat report sebab jatuh kat mana-mana sebab tak accessible. Tak apalah. Layankan je. Biasalah, kadang-kadang orang ni dah kenal kita nak kita yang uruskan hal dia. Tapi kat office ni kan ada department masing-masing. So, saya terima je report tu dan minta department berkenaan yang uruskan. Nanti kalau dia Tanya, saya akan terangkan pada dia. ****************************** Oktober lalu, saya menghadiri event di Sabah. Saya ditempatkan bersama dengan pengerusi Komiti Sabah untuk penginapan. Konsep apartment. Bilik masing-masinglah. Tapi dah duduk serumah tu mestilah bersembangkan? Pengerusi: Tinta bila nak makan nasi beriani? Saya: Nasi Beriani? Maksudnya? Pengerusi: Alah, takkan tak faham. Orang kan selalu cakap bila nak makan nasi Beriani? Saya: Nasi Beriani ke Nasi Minyak? Pengerusi: Oooo... Sorry, sorry, Nasi Minyak. Saya tak berapa familiar sangat dengan adat orang Melayu ni. Pengerusi tu dari suku kaum Sabah tapi saya tak ingat dia suku kaum apa. Saya: Belum ada jodoh madam. Jawab saya sambil menghabiskan tawa yang tersisa. Pengerusi: Eh, bukan kamu ada boy friendkah? Saya dengar, orang cakap kamu ada boy friend. Saya: Itu dulu. Pengerusi: Jadi sekarang kamu single la? Saya hanya menjawab soalannya dengan tawa. Pengerusi: Itu hari, ada someone Tanya saya, Katanya, Tinta Emas itu sudah berpunya ka belum? Saya: Siapa? Pengerusi: Inda payah dibilanglah siapa. Nanti dia betul-betul berkenan, datanglah tu. Saya: Madam jawab apa? Pengerusi: Saya bilang sama dia, aku inda tahu. Kamu Tanya sendiri bah. Nanti aku bilang tiada kamu sudah menaruh harapan. Nanti ada, kamu yang menderita. Saya inda mahu bertanggungjawab kepada penderitaan jiwa orang. Pedih tu. Baik kamu Tanya dia sendiri. Amboi, ayat madam ni, memang tak boleh belah. Saya ketawa mendengar ayat yang dituturkan. Geli hati. Pengerusi: Jadi selepas ini kalau ditanya, saya boleh bilang kamu single. Tapi untuk confirmation kena Tanya kamu sendirilah. Ada-ada je dia orang ni. Orang-orang Sabah ni memang concern tentang jodoh saya. Ada yang suruh saya cari orang Sabah. Katanya, bila kahwin dengan orang Sabah, saya boleh menetap terus di Sabah. So, boleh selalu dengan mereka. Malah, semasa kontingen Sabah menyertai Karnival Sukan yang saya anjurkan tahun lepas pun dia orang cakap benda yang sama kepada saya sewaktu saya mengucapkan selamat jalan kepada mereka sebelum pulang. Ada yang siap cakap dia ada anak lelaki boleh buat menantu. Entah apa-apalah. Layankan jelah. Saya tak ambil serius pun semua tu. Cukup sekadar kita mesra dengan mereka dan layan mereka sebaiknya. Kalau mereka suka, Alhamdulillah. Saya bukan nak lelaki je suka saya. Saya nak semua orang senang dengan saya sama ada lelaki, perempuan, tua, muda, kanak-kanak, alam dan haiwan. Jadi, saya ramah je dengan semua orang yang nak bercakap dengan saya. Bergurau pun saya layan janji tidak melampaui batas.

Wednesday, December 19, 2018

Insan Yang Ingin Mengenalimu

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Korang selalu tak dapat call or text dari nombor yang tak dikenali? OK. Hari ni saya dapat text dari nombor yang tidak dikenali. Tapi bagi saya itu normal. Sebab saya bekerja dengan public. So, saya tak fikir lain bila nombor tak dikenali naik kat phone saya. 'Assalammualaikum Tinta Emas,' 'Waalaikummussalam. Maff, siapa ni?' Tanya saya seperti lazimnya menerima text dari orang yang tak dikenali or nombor asing. 'Insan yang ingin mengenalimu' Hamboi, ayat kau kan? Memang tak ingat. Jiwang karat ke apa ni? 'Ye ke? Siapa?' Nak tahu jugaklah kan, siapa empunya gerangan dan dari mana dapat nombor saya? 'Semalam, saya ada bergurau dengan awak,' Eh, biar betul! Siapa? Saya ni memang peramah. Siapa sembang dengan saya, saya sembanglah. Kalau orang bergurau, saya guraulah. Takkan nak buat bodoh je kot? Tapi tak ada maksud lain. Cuma melayan tetamu or client sebaik mungkin. Tapi tak ada bagi nombor kat sesiapa pun semalam. Biarlah. Abaikan. Bukan sombong. Cuma malas nak layan kalau merapu.

Tuesday, December 18, 2018

Pucuk Dicita, Ulam Mendatang

OK, saya happy, happy, happy, happy. Kenapa? Setelah monorel, kini giliran Air Asia pulak mencari saya. Di mana kedua-dua agensi ini adalah wanted! Monorel dengan kes kemalangan blind di stesen mereka, sementara Air Asia pulak adalah isu berkenaan web aksesibiliti. Air Asia ni bukan mudah nak link dengan mereka walaupun saya ni one of the instructor Air Asia. Sebab Air Asia tu, saya mengajar je, bukan orang yang deal. Lagi pun sekarang ni, Akademi Air Asia bukan lagi under Air Asia, dah out source. Dia email kat email general so PA boss forward kepada saya dan PR. Apa hal forward kat PR entah. Dorang ni tak faham kerja Accessibility kot. Tak apalah, janji saya dah contact dan bercakap dengan that guy. Dia pun dah susuli dengan whatsapp. Insya-Allah akan ada perbincangan dengan mereka macam mana nak improve website mereka tu supaya comply dengan W3C or WCAG. Semoga Allah permudahkan agar faedahnya dapat dinikmati oleh komuniti OKU Penglihatan dalam dan luar Negara. Semoga bertambahlah majunya Air Asia.

PR Ke Aksesibiliti?

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Meh sini nak buat luahan sikit. Hari ni rasa bengang. Sebenarnya, bukan saya yang tak boleh move on dari PR Department. Tapi office ni yang tak boleh move on yang saya dah bukan under PR. Mula-mula memanglah saya tak suka nak pindah ke Accessibility Department. Nak stay kat PR. Memandangkan politik banyak sangat kat PR, ikut nasihat x-boss saya, so saya belajar Aksesibiliti dan pada awalnya saya paksa diri untuk jatuh hati dengan Aksesibiliti. Saya tak suka Aksesibiliti sebab banyak kerja luar dan bermain dengan fakta dan akta. Bukan macam PR, auta banyak hahahahahaha.... Janji pandai cakap, mulut manis, senyum manis, penampilan menarik. Dah boleh buat orang yakin dengan kita. Tapi Aksesibiliti ni, cantik manapun kita, pandai cakap macam manapun, mulut manis semanis gula, senyum semanis madu, kalau kau bercakap tak ada fakta tepat, siaplah kau kena kondem dan hentam! Alhamdulillah, akhirnya saya pun jatuh suka kepada Aksesibiliti. Masalahnya sekarang, management termasuk board members suka suruh saya buat kerja PR. Kalau nak buat teks ucapan, mesti cari saya suruh buat. Sebenarnya ni adalah salah satu kerja PR yang saya tak suka. Ramai orang kata saya mempunyai kemahiran dalam penulisan ucapan dan teks yang menarik serta berfakta. Tapi korang ingat senang ke nak hasilkan teks yang macam tu? Kena focus dan buat kajian tau. Nanti orang besar-besar tu salah cakap, habislah saya! Bukan dapat terima kasih, kena panggil dan soal lagi ada! Ada juga orang cakap suka baca tulisan saya walaupun bukan tulisan rasmi. Dulu-dulu lagi best, siap jadi tukang edit surat kat pejabat ni. Edit surat senior staff ya, bukan junior. Hadoi. Tapi tak apalah. Masa tu saya PR. Masalahnya sekarang ni, event sorang umat ni 24 Disember depan. Tapi dah kecoh-kecoh Tanya saya draf ucapan. Bukan satu draf ya, dua draf. Habis apa fungsi PR baru? Dia dibayar gaji kot untuk jadi PR. You don't aspect all PR are same. Masuk kerja terus pandai. Kalau dia tak boleh then nak mudahkan kerja kau cari x-PR. Kau kena ajarlah PR baru tu supaya dia pun mempunyai kebolehan yang sama. Kalau tak boleh jugak, koranglah yang salah. Siapa suruh tak pilih staff betul-betul masa interview. Tulah, siapa suruh buat interview kedai kopi? Sorang candidate je kau interview, lepas tu terus bagi kerja. Yang interview pun tak tahu kerja PR lepas tu mula nak campak kerja kat orang lain. Korang ingat Accessibility ni duduk saja ke? Tak payah buat kerja? Tunggu je kerja yang orang tak boleh buat then kita buat. Sukan saya lagi tu nak letak mana? Pertandingan goal-ball tak lama lagi. Ada persiapan yang belum siap. Tourism accessibility ada dua buku tebal kat atas meja saya ni untuk dibaca dan diberi komen. Kena compare MS1184. Maknanya kedua-dua naskah ni saya kena baca. Ingat baca benda berfakta ni baca tiga hari habis macam baca novel? Dahlah draf ucapan ni saya sendiri tak terlibat dalam event tu. Apa saya nak tulis? Memanglah simple, nak lancer buku bibliografi. Tapi ingat buat teks ucapan tu mudah? Stress aku! Nasiblah siapa yang baca entri hari ni. Rasa tak macam mana hotnya saya?

Tuesday, December 11, 2018

Kening Yang Cantik

Meh, nak bincang pasal kecantikan sikit. Dah lama tak buat entri kecantikan. Tapi hari ni tak ada petua atau teknik yang nak dikongsikan. Malas. Cadangan produk pun tak ada. Orang yang menjaga kecantikan, pastinya mengambil kira setiap inci wajahnya ketika bertatarias. Kening merupakan satu elemen wajah yang sering dititikberatkan dalam solekan. Bentuk kening yang menarik mampu mempengaruhi bentuk wajah seseorang sama ada kening yang dilukis, dicukur atau sebagainya. Bersyukurlah bagi mereka yang sememangnya dianugerahkan kening yang cantik. Kalau tidak ditatarias pun kening udah kelihatan cantik, apa lagi bila disolek. Dalam solekan, sememangnya banyak teknik digunakan bagi menyerlahkan kecantikan seseorang. Ada yang sanggup mencukur kening agar keningnya terbentuk indah dan halus. Namun pada saya, dalam zaman yang serba cantik ni, tak perlulah kita nak cukur-cukur kening. Sebenarnya, keindahan kening boleh diperoleh dengan teknik lukisan menggunakan eye brow. Bukan setakat nak kening halus dan terbentuk, nak kening tebal, kening Sin Chan, semua boleh. Hal ini diakui sendiri oleh MUA yang sering menyolekkan saya. Kening saya? Oh no, saya tak pernah cukur. Pakai eye brow je kalau rajin. Kalau tak, biar jelah. Cuma orang sering tersalah sangka. Meskipun saya tidak memakai eye brow, ada yang bertanya kepada saya, adakah kening saya ini dicukur? Tak. Saya belum sampai ke tahap itu dan tak mahu sampai begitu.

Saya Harus Bagaimana?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pernah tak sesiapa cakap dengan korang, kita kena berkomunikasi untuk melestarikan sesuatu persahabatan, ikatan, hubungan dan yang seangkatan dengannya? Tapi... Kadang-kadang susah untuk kita bercakap tentang apa yang kita rasa. Sebab bukan semua orang yang cakap macam tu, terbuka untuk terima apa yang kita cakap apabila tiba waktunya. Tak cakap, kita yang terasa. Bila cakap, kita jugak yang salah atau mungkin kita dimarahi. Ataupun, kita dianggap pembuat orang serabut. Habis, saya harus bagaimana? Kalau dah macam ni... Nampaknya saya perlu diam dan terima jelah apa yang orang buat kat saya. Selagi boleh sabar, sabar. Bila dah tak boleh nanti, kita jauhkan diri jelah untuk mengelakkan pergaduhan. Salah kot bila kita cakap apa yang kita rasa.

Sunday, December 9, 2018

Mood Yang Melayang

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Malas nak berbasa-basi. Korang tengok tajuk pun dah tahukan keadaan saya macam mana? Mesti korang dapat agak perasaan saya masa ni. Actually I was very happy yesterday membawa ke malam tadi. Tambah lagi bila Suzi datang tidur rumah saya. Adalah teman berbual, bergurau dan gaduh-gaduh manja. Sempat minta dia urut saya malam tadi. Macam biasa, bila jumpa sembang-sembang, gosip dan membawang, usik-mengusik dan semestinya kami tak berhenti ketawa. Tak dia usik saya, saya usik dia. Tidur pun sekatil. Minah ni demand sikit sibuk nak tidur tepi dinding. Dahlah saya ni kecik, dia tu besar. Disuruhnya tidur bahagian luar. Wah, siap claim tepi dinding tu tempat dia. Hehehe... Sembang punya sembang, lewat malam baru tidur. Tapi tidur saya sering diganggu Suzi. Dia suka limpas sempadan tempat saya sampai saya nak jatuh katil. Melampau minah ni. Dia sedar tak yang kami tidur ni katil bujang? Dia ingat dia tidur katil king size agaknya. Entah berapa kali saya kejut dia. Saya: Suzi, sanalah sikit. Aku nak jatuh dah ni. Suzi: Hmmmm... Sambil dia rapat ke dinding. Sudahnya, dua-dua tak boleh tidur. Lepas Subuh, kami sambung sembang. Pagi-pagi buta kami dah bergelak-ketawa. Dan Suzi tinggalkan saya jam 9.30 pagi untuk pergi kerja. Maka kesepianlah saya duduk seorang diri. Masa tu mood baik lagi. Tiba-tiba ada seseorang cakap something dengan saya. Puuuuuuu... Terus mood saya melayang entah ke mana. Tak sempat nak kejar. Tangkap apa lagi. Saya tahu, bukan niat dia nak buat saya bad mood. Tapi entahlah. Sayapun tak tahu kenapa dengan saya? Memang ayat tu buat saya hilang semangat. Dari saya elok-elok nak tanya pasal sakit dia, terus tak jadi! Sudahnya, mood saya tak pulih-pulih sampai malam ni. Sampai saat saya tulis entri ni. Saya terasa hati dengan ayat tu. Dan terasa tu buat saya berjauh hati. Memang jenis saya, bila saya rasa berjauh hati dan sedih, saya takkan banyak cakap. Saya akan mendiamkan diri. Tapi bila saya mendiamkan diri sebenarnya itu petanda tidak baik. Sebab rajuk saya akan lama. Marah? Saya tak marahpun. Cuma, antara jauh hati dan marah, lebih baik saya marah dan saya cakap. Sebab bila saya cakap atau saya luahkan apa saya rasa tak kiralah orang nak anggap saya membebel or what so ever, marah tu takkan lama. Saya akan pulih segera. Kalau saya diam, lambatlah saya nak pulih. Nak-naknya kalau dibiarkan. Kalau dipujuk tu adalah ampun sikit.

Friday, December 7, 2018

Jodoh Yang Tersembunyi

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Tunggu masa nak balik ni, nak buat luahan sikit. Hehehehe... ****************************** Awak yang bernama jodoh, Masih dalam rahsia Allah. Saya tak tahu awak siapa? Adakah awak yang kini mendekati saya... Atau sekali lagi, saya salah orang? Pleaselah jodoh, Saya takut. Jangan bermain-main dengan saya. Sebab, sekali saya mencintai, maka ianya dari dalam dasar hati saya. Ya Allah, Aku mohon petunjukMu Yang Maha Hebat. Kerana aku tak bisa mengetahui ketentuanku sendiri. Aku takut Ya Allah, Takut luka lagi.

Thursday, December 6, 2018

Misi Disah Dan Amjad

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai korang. Sibuk ke? Ke tak ada mood nak buat kerja? Saya baru balik fisio. Eh, tak baru sangatlah. ****************************** OK, sekarang ni saya ada pengkritik dan perunding imej kat pejabat. Iaitu Amjad. Dan si Amjad ni akan berhubung terus dengan si Disa. Disa pulak akan komen berdasarkan gambar yang dihantar Amjad. Tapi telinga saya yang menanah. Kalau Disa yang bebel OK lagi. Tapi kalau si Mejad.... Hmmmm... tahi telinga keras pun jadi cair tau. Hahahahahaha... Isnin lepas, masa hang out dengan Disa, Disa ada cakap, misi dia dan Mejad untuk 2019 ni ialah, untuk groom saya. Dia orang nak saya berpenampilan lebih moden sebagai seorang wanita yang berkerjaya dan berkredibeliti. Hahahahaha... Saya ikut je. Saya memang suka bab-bab ni. Dah ada orang nak ubah penampilan saya lagi, then OK la. Lepas tu, dalam voice whatsapp Selasa malam Rabu hari tu, Disa ulang lagi. Plan dia dan Amjad untuk 2019 adalah mencantikkan saya. Hahahahaha... Dia orang nak tengok saya lebih lagi dari saya yang sekarang. Katanya, dia orang nak saya ikut tren semasa. Terima kasih korang sebab masukkan saya dalam plan tahun 2019 korang. Hahahaha... Hadoi, cuma telinga kena tahan eh.

Monday, December 3, 2018

Kata Tetap Dikota

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Rasa mengantuk. So kita tulis blog dululah. *********************** Jumaat lepas, ada orang kata nak hantar saya balik kul 6.00 petang. So, saya tunggu jelah kat office. Tiba-tiba telefon berdering. Dia: You, sorry. I lupa nak bawa kunci keretalah you. Saya: Laaa... Ye ke? Dia: Sorry sangat-sangat you. Saya: Tak apalah. So, you nak balik macam mana? Dia: I naik train la. Saya: OK. You pergilah. (Dengan harapan dia pergi meninggalkan saya sebab saya tengah online dengan kawan di telefon satu lagi.) Dia: Jom I hantar you pergi KL Sentral. (Alamak. Pergi jelah. Aku balik lambat pun tak apa. Bukan nak kejar apapun.) Bebel saya dalam hati. Hehehehe... Saya: Hah? Sekarang ke? Dia: Yelah. Saya: You baliklah dulu. Dia: Habis you nak balik pukul berapa? Saya: You kat mana sekarang? Dia: I kat depan pintu office you. (Alamak, terpaksalah saya berhenti bersembang. Orang dah kat depan pintu, takkan nak halau dia balik pulak kan? Karang kecik hati pulak. Sebenarnya saya dah lama tak sembang dengan kawan sorang ni.) Lantas saya matikan talian. So, kami berjalan menuju ke KL Sentral. Dia Tanya saya nak naik monorel ke? Saya OK je kalau berjalan. Hari-hari macam tu. Takut dia tak biasa. Saya: Up to you. Dia: Tak yahlah. Kita jalan kaki jelah. Saya: Betul? I dah biasa, tak apa. Dia: Betul. Sampai di eskelator LRT KL Sentral saya bagi tahu dia. Saya: OK. Kita berlainan arah. You pergilah belah sana. Kat sini pun OK. I dah biasa. Dia: Tak nak. Saya: Laaa... Kenapa pulak? Dia: I nak naik dengan you. Saya: Habis you nak tukar kat mana? Dia: I turun kat Ara Damansara. Saya: Habis tu? Nak naik apa? Dia: Naik Putra dari Ara Damansaralah. Kami terus menaiki train ke Ara Damansara. Setibanya di Ara, Dia ikut saya keluar dari train. Saya: I nak turun. You patahlah balik. Dia: Tak nak. (Dah kenapa dia ni?) Saya: Rumah I kena jalan kaki lagi tau. Jauh jugak. You hantar I kat eskelator luar tu pun tak apa. (Dia ni tahu tak kalau jalan kaki boleh tahan jugak jarak LRT ni ke rumah saya? Naik kereta tak apalah.) Gumam saya dalam hati. Dia: I hantar you sampai guard, OK? Saya: Dah alang-alang, kenapa you tak nak hantar I kat lif terus? Dia ketawa. Dia: I nak you cakap suruh hantar. Tu pun susah ke nak cakap? Saya: Mengadalah. Dia: At least, you cakap jugak. Katanya sambil menghabiskan sisa tawanya. Dia: Sekurang-kurangnya hari ni, I tunaikan janji I untuk hantar you balik. Saya: You, I tak kisahlah. Kalau you tak jadi hantar I balik pun tak apa. Lagipun kunci tertinggalkan. Dia: Tapi I nak jumpa you. Malam tu, saya terima text dari dia katanya, dia rasa seronok sangat petang tadi. Saya hairan. Apa yang seronoknya? Penat adalah. Katanya, dia seronok dapat berjalan dengan I. Rasa macam loving couple. Hahahahaha... Biar betul dia ni? Macam tu ke bila hati sukakan seseorang? Kalau awak ikhlas terhadap saya, berdoalah. Berdoa supaya Allah permudahkan jodoh kita dan kekalkan kita bersama hingga ke Jannah. Saya tak mahu lagi mengharap kepada manusia. Kelak saya yang akan kecewa. Esoknya, menerusi telefon, dia ulang lagi. Dia kata seronok dapat berjalan dengan saya. Saya: Apa yang seronoknya? Tak penat? Dia: Tak. Saya: Apa seronoknya? Dia: I dapat tumpukan sepenuh perhatian pada you. Saya: Gitu pulak? Dia: Ya. Just relax and enjoy our journey. Jalan sama-sama macam loving couple. Dapat tengok you, dapat sembang dengan you dari awal sampai akhir. Saya: Naik kereta pun sama jugak. Dia: Tapi I tak dapat focus. Nak drive lagi, takkan nak diam je. Mesti nak sembang. Nak tengok jalan, fikir pasal kerja. Fikir pasal you. Tengok you pun kejap-kejap je. Saya: Kenapa nak fikir pasal I? I dah ada kat sebelah. Dia: Yelah. Takkan nak biar you gitu je. Lain kali, hantar dengan train pun OK. Lagi I suka. I'm happy. Hmmm... Macam ni pun ada. Ya Allah, Jika Engkau ketahui dia baik bagiku, untuk agamaku, hidupku dan kesudahan urusanku, Maka cepat atau lambat, Kau takdirkanlah dia buatku, Kau berkatilah dan redhailah aku baginya. Andainya Engkau ketahui dia mendatangkan keburukan bagiku, untuk agamaku, hidupku, serta akhir urusanku, Sama ada cepat atau lambat, Jauhkan aku daripadanya, Dan gantikanlah dengan yang lebih baik, Kemudian redhakanlah aku baginya.