SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Thursday, August 2, 2018

Plantar Fasciitis

Assalammualaikum semua... Selamat pagi. Dah lama tak menulis. Tak ada mood nak tulis. Banyak yang nak diceritakan tapi kemalasan mengatasi segalanya. Sebulan lalu, saya ada menulis tentang sakit kaki atau lebih tepat, tumit kaki. Dah berapa lama saya alami sakit ni. Dah dua kali jugak saya pergi urut. Sakitnya tak berkurang pun. Malah makin sakit. Last Monday sepatutnya saya pergi urut lagi. Kata orang juruurut ni bagus. Sayapun pernah urut dengan dia. Sekali urut je sakit akibat tulang terkeluar di belakang saya sembuh. Malangnya, temujanji terpaksa dibatalkan kerana dia ada hal lain. Tak apalah. Saya nekad untuk tunggu tarikh temu janji selanjutnya. Ada kawan cakap, saya kena pergi check, apa sebenarnya terjadi. Saya memang nak pergi hospital. Takut sakit ni melarat. Tapi saya bercadang untuk pergi hospital minggu depan. Semalam, setelah bangun dari tidur, seperti hari-hari sudah, saya nak ke bilik air. Ya Allah, betapa sakitnya tumit kiri saya tatkala saya mula mengatur langkah. Saya berhenti. Dan meneruskan langkah beberapa detik kemudian dengan harapan sakit tersebut akan reda seperti kebiasaannya. Namun, sakit itu tetap terasa. Lebih membimbangkan saya, sakit tersebut mula dirasai di bahagian penghubung tumit dan buku lali. Bahkan, ianya mula tersebar luas ke bahagian hadapan tumit tapi masih di bawah tapak kaki. Saya menangis sendirian. Saya sedapkan hati dengan meyakinkan diri bahawa sakit itu akan reda. Namun, harapan tidak menjadi kenyataan. Saya mengatur langkah ke LRT dan pejabat dengan kaki kiri tidak berpijak sepenuhnya pada Tanah. Kesakitannya masih terasa. Fikiran saya berkecamuk. Sakit apakah ini? Saya belum lagi mencecah 40 tahun, kenapa sakit ini datang? Atau ini petanda saya takkan hidup lama? Sampai ke tahap itu fikiran saya. Setibanya di pejabat, saya ajak Kak Sha temankan saya ke PPUM. Lama menunggu, akhirnya tibalah giliran saya untuk bertemu doctor di dalam bilik 25. Doktor Sathya menyambut saya dengan ramah. Doktor: Apa boleh saya bantu Cik Tinta? Saya: Saya sakit tumit kiri, doctor. Doktor: Boleh ceritakan pada saya macam mana sakit tu? Saya: Saya sakit pada tumit tapi sekarang ni dia mula merebak ke bahagian atas antara tumit dan buku lali. Doktor: Dah berapa lama? Saya: Yang betul-betul terasa ni mungkin sebulan atau tiga minggu. Doktor: Rasa macam mana? Saya: Rasa tajam... Tak pandailah saya nak describe. Yang penting sangat sakit. Doktor: Bila yang sakit sangat tu? Saya: Waktu mula nak melangkah lepas bangun tidur dan setelah duduk lama. Doktor: Ada rasa bengkak tak kat situ? Saya: Tak pasti doctor. Bila sakit, saya takut nak pegang dia. Doktor: OK. Ada rasa panas tak? Saya: Setakat ni tak ada. Doktor: Ada merah tak? Saya: Saya tak tahu. Doktor: Ops, sorry. Maafkan saya. Saya ketawa. Doktor: Pernah buat senaman tak? Saya: Pernah. Doktor: Senaman macam mana? Saya: Cycling, renang dan naik tangga dari tingkat 1 sampai 13. Doktor: OK. Sekarang kita check darah dulu. Alhamdulillah, tekanan darah saya normal. Doktor: Kalau saya nak ajar awak senaman, macam mana? Saya kena pegang ya? Saya: Ya, doctor. Doktor: Kita tengok kaki dulu. Saya menaiki katil setelah diarahkan. Doktor mula menekan tumit saya. Doktor: Kat sini sakit tak? Saya: Ya doctor. Kat situ saya sakit. Doktor menekan beberapa tempat lagi. Kemudian doctor menolak kaki saya rapat ke betis. Waktu doctor berbuat demikian, saya tak rasa sakit. Kemudian doctor menarik kaki saya menjauhi betis. Perbuatan tu pun tidak membuatkan saya sakit. Doktor: OK. Turun. Saya dah tahu apa masalah kaki awak. Saya: Kenapa, doctor? Saya kembali ke tempat duduk pesakit dan doctor kembali ke tempat duduknya. Doktor: Awak sebenarnya menghidap Plantar Fasciitis. Saya: Apa tu, doctor? Dalam hati: Macam sakit yang pernah aku baca je. Takkanlah saya kena penyakit tu? Doktor: Keradangan tisu. Saya: Macam mana boleh jadi macam tu, doctor? Saya sugul. Saya bimbang sebab saya nak guna kaki ni lama lagi kalau Allah izinkan. Doktor: Tisu tapak kaki awak cedera. Bila tak dirawat, dia akan jadi keradangan. Saya: Kenapa dia jadi macam tu, doctor? Doktor: Mungkin pemakaian kasut yang tak sesuai. Saya: Saya pakai kasut flat doctor. Boleh ke? Doktor: Itu yang menyebabkan awak sakit. Kaki awak dah flat. Awak tak boleh pakai kasut flat. Pakai kasut tinggi. Jangan tinggi sangat. Cukup dengan kasut 1 inci atau 1 inci setengah. Saya rasa pelik. Nilah kali pertama saya dengar orang nasihatkan saya supaya pakai kasut tinggi. Doktor pulak tu. Sebelum ni semua orang suruh saya pakai kasut rendah. Akibat dengar cakap dia orang, saya yang menanggung sakit. Sebelum ni, saya tak pernah rasa sakit tumit macam ni masa pakai kasut tinggi hari-hari. Saya: Sekarang apa saya nak buat doctor? Doktor: Nanti rendam kaki awak dengan air suam bagi tisu tu relax. Saya akan bagi ubat untuk sapu dan urut perlahan-lahan. I will give you pain killer also. Don't take it regularly. Ambil bila sakit je. Bila terpaksa. Saya: Boleh baik ke, doctor? Doktor: Boleh. Give your leg one week or two weeks. Don't aspect esok sembuh. As long as you rendam dia dalam air suam, jangan banyak bergerak and please change your shoes. You will be better. Saya: Kasut apa yang sesuai doctor? Doktor: You boleh pakai Scholl, Hush Puppies apa lagi eh? Doktor berfikir. Saya Medifeet, doctor? Doktor: Yes, boleh. Tapi ingat, jangan pakai yang flat. Kalau tak you akan sakit. Saya: Sesekali saya pakai Hush Puppies doctor. Masa saya pakai Hush Puppies, saya rasa sakit saya kurang. Doktor: Flat tak? Saya: Tinggi. Doktor: I told you. Masalahnya Hush Puppies saya ni suka buat kulit kaki saya melecet. Tapi semalam saya terus pakai Hush Puppies walaupun pedih. Bukan setakat rendam kaki dalam air suam, siap letak minyak gamat sebab dah melecet. Pagi ni saya jalan terkedek-kedek sebab pedih kulit kaki. Kulit yang mula kering melecet balik. Tuhan je tahu pedihnya kaki saya. Tapi tumit saya tak terasa sangat sakitnya macam hari-hari sebelumnya. Sangat selesa. Kejap lagi saya nak survey Medifeet. Saya dah baca review, Medifeet baik untuk lutut dan tulang belakang jugak. Kadang-kadang saya rasa jugak lutut ni tak selesa. Lebih baik kita cegah dari merawatkan? Saya berkenan jugak dengan Clarks tapi saya rasa fungsi Medifeet tu lebih saya perlukan. Mungkin saya akan beli keduanya. Buat masa ni, saya beli satu dulu. Medifeet. Sebenarnya saya dah lama tak suka-suka beli kasut. Masa kaki berjahit dulu saya beli satu untuk pakai. Sebab masa tu saya perlukan kasut rendah yang tidak menutup jahitan saya. Saya ada banyak kasut. Tapi semuanya tidak ada ciri yang doctor cakap. Ada yang tinggi, tinggi sangat. Lebih dari tiga inci.

No comments: