Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Friday, August 3, 2018
Perkembangan Kaki Saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Rasa tak selesa dek sakit kaki sejak sebulan yang lalu. Keselesaan ini memuncak pada Rabu lalu kerana saya tidak boleh memijak lantai dengan sepenuhnya. Sakit, ngilu dan entah apa rasa lagi entah.
Balik jumpa doctor, saya terus bertukar kepada Hush Puppies buat sementara sebelum beli kasut baru.
Tumit beransur reda tapi masih sakit bila saya mengenakan kasut rendah dan memijak lantai tanpa alas. Tambah buat tidak selesa apabila Hush Puppies ni makan kaki saya. Habis melecet bahagian belakang kaki. Manakala untuk kaki kiri, bahagian atas dan hujung juga kelihatan kulit mula mengeras kerana geseran yang berlaku apabila saya mengenakan Hush Puppies. Tapi saya harus memilih satu antara dua. Sakit tumit atau pedih melecet kaki? Saya pilih untuk melecet kaki dengan harapan keadaan ini tidak berterusan. Melecet kaki tu memang selalu saya rasa bila beli kasut baru. Hush Puppies ni bukan baru tapi biasanya saya pakai sekejap-sekejap je so tak sempat melecet. Kenapa tak pilih sakit tumit? Sebab sakitnya dahsyat bagi saya.
So, dua tiga hari ni, saya berjalan tak menentu. Terkedek-kedek dan sering berhenti di jalanan. Tak ada lagi jalan macam Hadisah ajar dulu kerana pedih lecetan ini terlalu dirasakan. Saya tak boleh berjalan betul. Hari ni, masih rasa pedih melecet. Banyak juga kulit kaki yang yang terkeluar akibat geseran pada kasut sehingga saya boleh gunting kulit tu. Ubat gamat dan ubat luka jadi teman saya buat masa ni. Baru letak handy plus supaya dapat kurangkan melecet. Tapi still rasa bila pakai kasut. Lotion pun jadi rakan karib saya untuk mencegah kulit atas kaki saya menjadi keras. Manakala beberapa rasa pedih dirasai di bahagian atas jari kaki. Tuhan je yang tahu macam mana pedihnya saya menahan melecet ni. Kadang-kadang saya nangis sorang-sorang. Saya tak boleh jalan laju. Masa yang saya ambil dari pejabat ke LRT dan dari LRT ke pejabat lebih lama tak seperti kebiasaannya. Sekarang ni saya rasa jauh sangat perjalanan saya ke LRT. Bila sampai ke ofis atau rumah, saya pasti menggosok dan membelai kaki saya yang pedih. Bertahanlah kaki sampai saya beli kasut baru ya. Saya bukan sengaja nak menyiksa awak. Saya sayang awak. Tapi, tumit lebih memerlukan rawatan segera. Nanti saya pilihkan kasut yang baik untuk awak supaya awak rasa selesa dan saya boleh berjalan seperti biasa. Tak dapat saya bayangkan cara saya berjalan. Mesti orang nampakkan saya jalan tak betul?
Rintihan pesakit kaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment