Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Monday, August 6, 2018
Allah Marah...
Assalammualaikum semua.
Selamat petang.
Bila dah terbaca Novel Eksperimen Cinta ni, rasa seronok pulak duk pejabat lepas waktu kerja.
Tapi... Bila tiba bab dikhianati ni, rasa macam dah tak sanggup untuk dilalui dalam kehidupan sendiri. Hahaha... Tapi jugak, jangan terpedaya ya. Orang yang dikhianati ni, pun boleh mengkhianati kita. Saya pernah lalui hal ni. Jangan cakaplah orang dikhianati ni lebih tahu menghargai. Sama je. Malah, kadang-kadang orang yang pernah dikhianati ni lagi tak sedar diri.
Stop, stop, stop. Malas nak cerita pasal hati dan perasaan ni. Sebab hati saya buat masa ni memang kering kontang dengan semua perasaan ni. Cukuplah saya ada kawan-kawan yang baik bersama saya tak kira lelaki atau perempuan. Love all of you.
******************
Lebih kurang sebulan lalu, kononnya nak melegakan rasa sakit kaki saya, saya pergi urut kat rumah kawan yang blind. Hahahaha... Siap booking dua jam tu urut badan.
Proses mengurut berjalan seperti biasa. Sampailah kepada akhir sekali urut di bahagian kepala dan dahi. Masa tu, Kak Yati tu urut dahi saya. Dia tiba-tiba macam terkejut.
Kak Yati: Eh, Hang ni tak ada kening ke?
Saya terkejut. Takkan kening saya dah hilang kot?
Saya: Adalah, kak.
Kak Yati: Mana?
Saya: Ni.
(Sambil memberi Kak Yati pegang kening saya.)
Kak Yati: Halusnya kening hang.
(Saya ketawa)
Kak Yati: Allah marah tau cukur kening.
Astaghfirullahalazim. Ke situ pulak Kak Yati ni.
(Saya senyum)
Saya: Ish, taklah, kak. Saya tak pernah cukur kening.
(Saya tak marah Kak Yati. Sebenarnya saya dah biasa dengan persoalan macam tu. Alangkan orang Nampak pun Tanya soalan macam ni, apa lagi orang yang tak Nampak.)
Kak Yati: Ni nipis sangat kening hang ni?
Saya: Kening saya memang macam nilah kak. Memang orang Nampak pun pernah Tanya saya cukur kening ke? Memang dari kecik macam ni.
Kak Yati: Berdosa tau kalau hang cukur.
Saya: Hahahaha... kak, saya ni masih tahu hukum lagi. Takkanlah saya nak buat macam tu.
Kak Yati: Manalah tahu kalau hang nak cantik.
Saya: Ish, tak pernahlah kak. Even MUA yang selalu mekapkan sayapun cakap kening saya dah halus, tak perlu cukur dah.
Hahahaha... Terserahlah kat kakak tu nak percaya ke tak kata-kata saya. Yang penting Allah tahu apa yang saya buat. Dia pasti tahu saya tak pernah mencukur kening saya. Memanglah saya ni sukakan kecantikan. Tapi belum lagilah nak ubah kejadian Allah tu. Setakat ni tak pernah terlintas nak cukur kening ke, nak cucuk vitamin C ke, nak pakai botox ke. Tak pernah. Setakat mekap dan guna barangan penjagaan wajah, penjagaan badan dan kulit dari kaki sampai kepala tu yelah. Nak cucuk-cukuk atau buang-buang atau bedah-bedah tu belum lagi. Harapnya saya kekal begini.
Cuma saya doa kepada Allah, agar ia mengindahkan akhlak saya sebagaimana ia mengindahkan wajah saya. Dan indahkanlah wajah saya, agar senang orang melihatnya. Saya juga mohon agar Allah pinjamkan sedikit kecantikan yang pernah dipinjamkan kepada Yusuf dan Mariam kepada saya. Tiba-tiba rasa sayulah pulak.
Kepada mereka yang tak suka saya tu, jangan risau, saya tak cantik manapun. Siapa tahu kalau korang tu jauh lebih cantik dari saya. So, tak payahlah tambah dosa mengumpat saya lepas baca entri ni. Hahahaha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment