SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Saturday, August 4, 2018

Punca Sakit Tumit Serta Rawatannya

Ni buat orang yang malas buat research sendiri tapi suka masuk blog saya untuk membaca. Sila baca apa itu Plantar Fasciitis dan punca sakit tumit. Lepas ni jangan jadi doktor sendiri memandai-mandai cakap saya sakit tumit disebabkan hal yang merepek. Please lah!!!! ********************** Antara keadaan yang paling biasa pada sakit tumit adalah keadaan yang dikenali sebagai plantar fascitis. Keadaan ini berlaku kerana kecederaan mikro dan keradangan pada tisu tapak kaki. Keradangan tisu menyebabkan sakit, bengkak dan lebam. Fascia, tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut iaitu tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki. Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki. Apakah gejala sakit pada tapak kaki? Pada lazimnya sakit tapak kaki adalah sangat tajam dan terletak di pangkal tumit. Ia juga boleh tersebar ke seluruh tapak kaki. Sakit paling teruk adalah pada waktu pagi bila bangun daripada tidur dan bila mengambil langkah pertama selepas untuk tempoh yang panjang berehat. Anda juga mungkin mengalami bengkak, sakit bila sentuh tisu tapak kaki dengan kuat (selalunya di tempat yang khusus bahagian dalam tumit). Senaman ringan boleh mengurangkan sakit untuk sementara. Tetapi berjalan lama sering membuat sakit teruk. Merehatkan kaki anda biasanya mengurangkan kesakitan. Kadang-kala sakit dirasai apabila melakukan regangan pada tisu tapak kaki. Anda mungkin berjalan dengan tempang atau tidak dapat menanggung berat badan pada kaki yang terjejas. Apakah punca sakit pada tapak kaki? Anda lebih cenderung untuk mencederakan fascia plantar anda dalam keadaan tertentu. Sebagai contoh: 1. Banyak berjalan, berlari, berdiri (aktiviti berterusan yang melebihi 1 jam) - Ini selalu juga saya buat. Setiap minggu saya akan berdiri lebih dari sejam untuk iron baju dan tudung bagi pemakaian selama seminggu. 2. Postur kaki yang lemah (bentuk tapak kaki yang leper/rata atau tinggi) - rata bentuk tapak kaki saya. 3. Kaki atau sendi pergelangan yang keras. 4. Kelemahan otot (terutama otot betis). 5. Penggunaan yang berlebihan pada kaki atau regangan secara tiba-tiba pada tapak kaki. (Contoh: latihan yang tidak sesuai atau berlebihan, atlet yang meningkatkan latihan intensiti berjalan atau jarak dengan mendadak) - Mungkin salah satu sebab saya sakit kaki sebab selalu cycling dalam masa yang lama. 6. Otot yang ketat (terutama otot betis). 7. Berat badan berlebihan (ini akan meletakkan tekanan tambahan pada tumit anda) - berat badan saya masih dalam kategori ideal. 8. Perbezaan panjang kaki. 9. Memakai kasut dengan span yang berkurangan atau sokongan yang lemah pada bentuk kaki. (Elakkan memakai kasut yang longgar dengan tapak yang nipis) - Kasut flat yang saya gunakan. Ini penyebab saya sakit tumit kata doktor. Siapakah lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki? Adalah dianggarkan sekitar 1 daripada 10 orang akan mendapat sakit tapak kaki di Amerika Syarikat dalam kehidupan mereka. Ia adalah dua kali ganda lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki. Atlet juga lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki. Selalunya melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun. Apakah komplikasi jika sakit tapak kaki tidak dirawat? Mengabaikan sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian seseorang. Anda juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki menbawa kepada perubahan cara berjalan anda. Apakah Rawatan Fisioterapi? Rawatan fisioterapi adalah penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan, memastikan hasil yang optimum dan mengurangkan kemungkinan sakit berulang. Fisioterapi akan melakukan penilaian pada kaki anda, membantu anda untuk melegakan kesakitan, meningkatkan fleksibiliti otot, meningkatkan kekuatan otot, juga membantu anda untuk merancang kembali aktiviti harian bila gejala beransur pulih. Rawatan Fisioterapi boleh terdiri daripada: Ais atau rawatan haba Elektroterapi (seperti Ultra Sound) Senaman untuk meningkatkan keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti (terutamanya otot-otot betis) Urutan tisu lembut Mobilisasi pada sendi otot Taping (plaster) Pendidikan (kasut yang bersesuaian dan pengubahsuaian aktiviti harian) Senaman untuk Tapak Kaki 1. Regangan otot betis Kaedah 1 Bermula pada duduk dengan kaki anda menghulur lurus. Menggunakan tuala atau tali pinggang. Lilit di bawah tapak kaki. Dengan perlahan tarik jari kaki dan tapak kaki anda ke arah anda sehingga anda berasa regangan di belakang betis dan tapak kaki. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit. Kaedah 2 Letakkan tangan anda di dinding di hadapan anda sambil meletakkan satu kaki di hadapan yang lain. Alihkan berat badan anda ke kaki hadapan dan bengkok pada lutut, pastikan kaki belakang lurus dan kedua-dua tumit di atas lantai. Menggunakan sokongan pada dinding, alihkan berat badan ke depan dan rasa regangan sepanjang betis. Tahan regangan ini pada setiap kaki tidak kurang daripada 30 saat. Ulangi 5 kali pada setiap kaki. Kembali ke kedudukan semula dan ulangi dengan kaki yang sebelah lagi. Kaedah 3 Berdiri di atas tangga. Secara beransur-ansur turunkan tumit ke bawah sehingga anda rasa regangan yang selesa pada betis anda. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit. 2. Regangan pada tapak kaki Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain. Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat. Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit. 3. Senaman menguatkan otot betis Duduk dengan kaki anda menghulur lurus. Gunakan theraband, lilit di hujung tapak kaki. Perlahan-lahan gerakkan kaki dan tapak kaki anda ke bawah dengan rintangan pada theraband dan ketatkan otot betis anda dan tahan selama 10 saat. Ulangi latihan ini 10 hingga 20 kali asalkan senaman ini tidak menyebabkan kesakitan. Kesimpulan Cuba senaman yang dicadangkan di sini untuk membantu meringankan kesakitan dan mencegah kecederaan masa depan. Sakit anda akan berkurangan dalam tempoh 2 minggu dan anda akan pulih lebih kurang tempoh 4 hingga 6 minggu. Dipetik daripada: http://www.sentiasapanas.com/2017/10/punca-sakit-tumit-dan-tapak-kaki.html#axzz5ND1uoqSV So, kalau seseorang tu menghidap Plantar Fasciitis, ada ke dalam artikal ni tulis disebabkan oleh cara berjalan yang teragak-agak, tidak yakin, seret kaki dan membongkok? Ada? Bukan satu artikal ni je saya baca tau. Dah lebih 10 artikal pasal Plantar Fasciitis dan sakit tumit saya baca. Dari bulan lepas yang saya update pasal sakit tumit tu hinggalah ke hari ni. Saya banyak baca pasal Plantar Fasciitis. Yang tulis artikal saya baca tu bukan bodoh-bodoh punya orang. Saya baca petikan akhbar, soal jawab dengan doktor, blog doktor, blog perubatan dan lain-lain. Jadi, kalau tak tahu atau tak faham, jangan banyak cakap dan jangan tunjuk pandai!!! Buat orang marah je. Cakap benda betul tak apalah. Ni merapu je lebih!!!

No comments: