SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, August 22, 2018

Flos Gigi Yang Besar

Kelakarlah dengan Chiko ni. Dia dah faham kot saya tak bagi dia tidur dulu. Saya sentuh je kepala dia, dia mesti cepat-cepat angkat kepala dia. Nak bagi tahu saya yang dia belum tidur kot. Tapi dia tetap setia teman saya. Tak bergerakpun walaupun saya kacau dia tidur. ________________________ Saya pernah tulis tentang rawatan gigi kat sini. Dan saya pernah tulis pasal doktor cadangkan agar setiap orang flos gigi pada setiap hari. OK Doktor Azizah, dua minggu lagi kita jumpa ya untuk pemeriksaan gigi berkala enam bulan sekali. Menyahut cadangan doktor dan kerana rasa sayang pada gigi, saya pun beli flos. Flos pertama saya beli, flos yang ada batang. Halus je benang dia tapi kalau tempat yang sukar susah sikit nak flos sebab dia ada kayu pemegang. Jadi kita tak boleh tarik flos tu terus keluar, kena tarik ke permukaan gigi. Kalau siapa yang biasa buat flos gigi, mesti tahu permukaan gigi tu lebih rapat dengan gigi sebelah berbanding bahagian bawah gigi yang sedikit renggang. Saya beli flos kedua. Balik try guna, apa hal, tak muat nak masuk celah gigi saya? Sudahnya saya bagi adik saya. Saya beli lagi flos ketiga. Kata sales girl Guardian, flos ni flos paling halus tanpa batang. OK, hati berbunga-bunga balik dengan harapan dapat flos gigi setiap hari. Susah jugak nak masuk kat celah gigi tapi saya paksa. Alamak, sekali nak tarik keluar, rasa ngilu dan sengal. Tak bolehlah. Nanti tak memasal gigi saya yang renggang pulak. Rapat betul gigi saya ni. Sudahnya, saya buat keputusan untuk tidak lagi membeli flos. So tak nak flos gigi ke? Flos. Mana boleh tak flos. Sehari tu dua tiga kali saya flos. Tapi saya tak guna flos dah. Saya guna benang menjahit. Benangkan halus. Benang pun susah nak masuk celah gigi saya. Tapi tak adalah sakit bila saya masukkan. Dan saya boleh tarik keluar di bahagian bawah gigi. Betul kata doktor, kadang-kadang kita rasa makanan tak masuk kat celah gigi. Tapi bila kita flos, ada je sisa makanan terselit. Saya pernah buat kajian, gosok gigi dulu kemudian flos. Sekali lagi saya terpaksa bersetuju dengan doktor Azizah. Walaupun kita gosok gigi, ada ruangan gigi yang tak dapat berus gigi bersihkan. Lepas gosok, bila flos pun still ada sisa yang keluar. So, sisa ni la jika dibiarkan akan menjadi plag gigi. Sisa ni akan mengeras serta melekat pada gigi kita. Bayangkan kalau kita bertahun tak flos, gelikan? Nanti 8 September, Doktor Azizah akan cuci gigi saya atau lebih tepat lagi, saya akan buat scaling gigi. Tak apalah berhabis. Yang penting gigi saya sihat. Nanti sakit beribu pulak saya kena belanja. Bercakap pasal gigi rapat ni, angah lagi teruk. Gigi dia sakit sebab terlalu rapat. So, doktor suruh dia potong gigi tu supaya ada jarak. Hahahaha... Macam-macamkan?

No comments: