SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Tuesday, August 21, 2018

Memang Takkan Puaskan Hati Semua Orang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Masa belajar dulu, saya selalu pakai baju kurung besar jatuh bahunya. Sebab malu nak melawa. Kak Ida selalu suruh saya pakai baju-baju cantik yang saya ada seperti kebaya nyonya. Tapi saya tak nak. Takut orang kata. Kak Ida kata, tak perlu fikir apa orang kata. Baju Tinta, suka hati Tintalah. Puas Kak Ida pujuk suruh saya ubah penampilan. Tapi saya tetap tak mahu! Penampilan saya dulu dan sekarang sangat jauh bezanya. Sebab tu kawan-kawan UiTM terkejut lihat saya sekarang. Mereka tak sangka saya boleh jadi macam sekarang. Bercakap pasal puaskan hati orang, memang susah. Hari tu, saya hadir ke satu majlis dengan kawan-kawan blind kebetulan saya lupa nak update kat FB. Bila saya nak update, gambar pun tak ambil. Sebab tak ada orang nak melayan saya ambil gambar. Hari tu ada orang tegur saya: Kawan: Bedak Tinta ni teballah. Blind ni memang suka bagi komen macam ni. Saya senyum je. Dah biasa sangat dengan orang macam ni. Ada je yang tak kena dengan mekap orang. Satu lagi orang yang tak mekap. Pun sama jugak. Habis, nak suruh saya pakai bedak dan foundation gelap ke? Time saya salah beli yang gelap, tak tegur pulak gelap. Kita kena tahu match warna kulit, warna foundation dan warna bedak untuk dapatkan keserian wajah. Saya: Tak adalah. Sukatan selalu saya pakai. Kawan: Memanglah tapi kulit Tinta gelap, bedak ni tebal. Bila tebal nampaklah beza kulit dengan bedak tu. Macam pakai topeng pulak. Hahahaha... Itu melampau tu, Kalau pakai topeng, maknanya warna foundation yang cerah sangat berbanding kulit. Saya ni bukan hitam ya, sawo matang je. Lagipun saya pakai tudung, so mana dia tengok perbezaan kulit dengan bedak saya tu? Leher tutup. Mungkin faktor penglihatan yang membatasi dia untuk melihat secara jelas dan keseluruhan mekap saya. Yang gelap kat pipi berbeza dengan bedak tu, blusher tau. Bukan kulit hahahaha... Saya: Saya ni dah selalu mekap dan inilah bedak harian saya. Sebelum keluar, saya dah Tanya orang dulu OK ke tidak. Kawan: Ya, tapi tebal. Saya senyum je. Maafkanlah dia. Dia rabun. Tak perlu risau dengan komen orang macam ni. Wife diapun bukan jenis orang yang mekap. Lantak kaulah. Malas nak layan! Satu lagi mungkin dia Nampak saya cerah hari ni sebab tudung hitam yang saya kenakan. Kawan-kawan Nampak selalu cakap, saya akan Nampak cerah dan lebih berseri kalau pakai tudung hitam. Warna hitam membuatkan saya Nampak cerah tidak seperti biasa. Cuma saya je jarang pakai hitam kerana bagi saya tu warna klise. Tak berwarna-warni. Saya pernah pakai mekap yang sama dengan tudung berbeza warna. Kawan kata, yang pakai tudung hitam tu memang Nampak saya cerah. Tudung satu lagi tu pulak mekap OK jugak cuma Nampak tak secerah yang tudung hitam. Saya ada beberapa warna tudung yang bila saya pakai ia mampu menambah seri wajah saya. So, hari ni saya pakai mekap sama, kenakan tudung kelabu gelap. Saya send gambar kat Kak Fatimah, dia kata OK je mekap saya. Saya Tanya Qilah, Qilah kata pun OK. Saya suruh dia tengok betul-betul sebab ada orang kata tebal, Qilah kata mana ada tebal? Habis nak pakai bedak macam mana? Takkan nak pakai warna gelap? Qilah kata kalau tak percaya, Tanya si Amjat yang puaka tu. Jap lagi akan minta komen dia pulak. Saya bukanlah orangnya menggunakan mekap untuk tutup wajah buruk saya. Saya pun bukan buruk sangat. Bukan saya tak pernah dipuji walaupun tanpa secalit mekap. Saya tak malu pun untuk keluar tanpa secalit mekap. Sebab kulit saya bukan teruk. Mekap tu sekadar penambah seri. Tak ada apa yang nak saya sembunyikan pada wajah saya. Sebab tu saya rela berhabis untuk skin care saya. Untuk menjaga kulit saya. Begitu jugak untuk mekap saya. Bila cuci mekap, saya ambil masa menyamai waktu mekap sebab untuk kesihatan kulit. Saya bukan macam orang lain pakai mekap tebal-tebal untuk tutup kekurangan kulit. Saya suka orang tengok kulit sebenar saya. Ada waktu-waktunya saya nak bebas mekap. So pergi office pun tak mekap la. Saya akan dengar cakap orang yang mata terang dan tahu pasal mekap dan fesyen je. Yang lain tu, malas layan. Kalau nak dengar cakap semua orang, jenuhlah nak tukar foundation dan bedak. Time salah beli foundation gelap tu tak komen pulak. Budak ofis la yang tegur dan ajar macam mana nak campur foundation tu agar dapat warna sesuai dengan kulit saya. Foundation yang saya pakai ni jugak pernah dipakaikan oleh MUA untuk saya cuma masa MUA pakaikan tu lain cara solekannya sebab saya nak pergi dinner. Takkan MUA nak pakaikan saya foundation yang tak kena dengan kulit saya? Cuma campuran foundation je untuk jadikan mekap tu mekap dinner. Tapi untuk harian, MUA kata foundation ni saja bersama bedak cukup untuk saya. MUA tak bagi saya beli tona lebih cerah. Katanya nanti jadi mawas! Cukup dengan tona ni.

No comments: