SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, August 26, 2018

Sakitnya Bila Cinta Ditolak 2

Masa tengah cakap kat telefon tu, saya nangis dalam diam. Dia tak tahupun. Dan saya mula rasa dia berubah. Whatsapp pun tak macam dulu. Saya whatsapp pun susah balas. Kalau balas pun, tak semesra dulu. Saya semak diri saya. Adakah apa-apa yang saya silap? Tak ada. Kami tak bergaduhpun. Ada ke apa-apa yang kurang? Rasanya, saya cuba buat yang terbaik. Ambil berat tentang dia, even kalau dia nak ke mana-mana 4.00 pagipun saya bangun semata-mata nak wish safe journey kat dia. Lepas tu boleh ngam-ngam dia sampai kat tempat tu, saya tanya dia dah sampai ke belum? Saya, kalau saya mula mencintai, saya akan buat sehabis baik. Saya akan jaga orang yang saya sayang. Saya akan selalu ingat dan rindukannya. Saya tidak pernah lokek menunjukkan kasih sayang saya. Bagi saya, cinta itu harus ditunjuk, supaya tiada sangsi di pihak pasangan. Belum sampai tahap saya melafazkan sebab saya sendiripun tak tahu dia anggap saya apa. Cuma di pihak saya, saya mula menerimanya sebagai seorang yang istimewa. Suatu hari, dia bagi tahu saya yang dia nak ke Indonesia, selesaikan masalah persekolahan anak saudara dia. Saya OK je. Dia seorang yang bertanggungjawab kepada keluarganya. Katanya, family dia ada problem. So, dia kena bantu. Dia bagi tahu saya waktu penerbangan dia. Macam biasa, saya wish dia. Saya dah tak nak tengok dia online ke tidak. Nanti saya fikir bukan-bukan. Malam tu, lebih kurang jam 1.00 pagi, saya terima panggilan dari nombor dia. Panggilan biasa, bukan whatsapp. Belum sempat saya jawab, panggilan tu mati. Saya risau kalau dia dalam kesusahan. Saya cuba hubungi dia balik. Dapat. Apa yang memeranjatkan saya, bunyi nada yang saya dengar adalah nada dalam negara. Bila kita call orang yang di luar negara, bunyi nada dia berbeza. Tapi tak tahulah kalau tiori tu salah. Dia tak jawab call saya tapi whatsapp dia online. Saya tanya dia, dia OK tak? Kenapa tak jawab call saya dan kenapa call saya tadi? Bila saya sayangkan seseorang, saya akan risaukan dia. Saya boleh menangis bila dia susah dan ketawa bila dia happy. Dan saya pernah menangis kerana dia susah. Dia tahu hal tu. Maksud saya, dia tahu saya menangis bila dia ceritakan kesusahan dia atau masalah dia. Whatsapp saya dia tak balas. Malam tu, saya gelisah memikirkan dia. Saya tengok tiket penerbangan airline yang ada di Malaysia. Ada tak penerbangan waktu dia cakap tu? Tak ada. Habis, dia naik penerbangan mana? Hati saya mempertikaikan kejujuran dia. Saya pujuk hati saya, mungkin penerbangan Indonesia atau lain-lain penerbangan kot. Pagi esoknya saya try call dia, panggilan tak bersambut. Nada masih seperti malam tadi. Saya cuba call dia lagi tapi dalam waktu yang dia beritahu saya penerbangan balik. Pelik, macam mana dalam penerbangan boleh dapat pulak saya call? Tak off handset ke? Saya whatsapp dia bila tengok dia online. Saja berbasa-basi tanya dia OK ke tak. Dia kata OK. Saya tanya, kata flight pukul 11.30? Dia kata nak off phone dah ni. OK, whatsapp saya tu sent. Saya saja tengok whatsapp tu beberapa ketika kemudian iaitu kalau dia betul dalam penerbangan balik, dia mesti takkan baca whatsapp saya atau online whatsapp dalam masa tu. Tapi memeranjatkan lagi, last seen dia jam 12.30 kot. Kalau betul dia naik flight, dia takkan buka phone waktu tu. Saya bengang. Dia ingat saya bodoh sangat ke dia nak tipu saya macam tu? Dia kat mana sebenarnya? Dalam group, kami bersembang tentang something. So, saya ambil kesempatan tu untuk cakap pasal tipu. Saya cakap, saya bukan bodoh untuk ditipu. Adalah kawan-kawan lain bagi respon. Dua minggu lepas tu, saya cuba dapatkan penjelasan dari dia. OK, dia buat drama pulak. Dia banyak masalah, pening nak fikir, saya pulak buat perangai. Saya layankan aje. Boleh pulak bila saya tanya dia naik flight apa dia lupa. Katanya bukan dia beli tiket. Habis tu, setiap airline kan counter dia berbeza? Lepas tu, kami baik balik. Sebelum puasa, dia minta saya datang KLCC sebab dia nak cerita panjang dengan saya. Saya suruh dia cerita melalui whatsapp. Katanya nak cerita depan-depan. OK, lepas office janji nak jumpa. Tiba-tiba dia call saya. Cakap tak jadi. Kena replace boss dia pergi event. Tak apalah, takkan nak nangis hentak-hentak kaki pulak tak bagi dia pergi event? Urusan kerja pulak tu. Bulan puasa, dia kejut saya bangun sahur. Bukanlah hari-hari. Kadang-kadang, dia wish kat saya selamat berbuka puasa. Mestilah saya balas. Masa raya, dia minta maaf kat saya atas semua salah dia. Sayapun macam tu jugak. Tapi saya cakap dengan dia, tolonglah, lepas ni, jangan buat saya susah hati. Jangan buat saya fikir bukan-bukan. Dia kata, dia cuba. Naik cuti raya, saya cuba whatsapp dia. Sepatutnya dia dah masuk kerja. Tapi whatsapp tak delivered, call tak dapat. Dia ke mana? Ada apa-apa berlaku ke? Tak pernah dia macam ni. Saya risau. Banyak jugak whatsapp saya hantar. Satu petang tu, dia balas. Dia kata dia kat Kedah. Saya tanya buat apa? Dia tak jawab. Tapi dia beritahu saya dia pergi dengan family bagi menjawab soalan saya dengan siapa. Demi membaca dia kat Kedah, hati saya berdebar hebat! Saya cuba tenteramkan hati saya tapi tak mampu! Hati tetap berdebar bercampur sedih, sayu, curiga dan macam-macam perasaan melanda. Saya istighfar banyak-banyak. Kenapa ni? Seakan-akan ada yang memberitahu saya yang dia pergi kahwin atau bertunang dengan mama Icha yang saya tak tahu nama tu.

No comments: