Dari hati seorang perempuan: Pandangan merentasi sempadan khatulistiwa, sedalam jurang Mariana, melewati lautan pasifik.
SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA
Wednesday, August 29, 2018
Projek River of Life, Brickfields
Assalammualaikum dan selamat malam semua!
Selamat malam ni orang ucap bila nak tidur. Tak apalah, saya jadikan ianya sebagai muqadimah.
Rasa masih bugar. Pagi tadi entah berapa jam saya baring di surau pejabat sebab sakit perut. Handset Maxis saya pulak kadang call masuk kadang tak. Tadi masa saya berehat tu, ada empat panggilan yang jadi missed call saya terima dari message. Maaflah ya siapa yang call tu, saya sakit. Petang pulak sibuk gaduh dengan DBKL. Tapi cerita semalam dan petang ni saya cerita di entri seterusnya.
************************
Dah berapa minggu projek River of Life (ROL) ni terhenti. Katanya sebab stok barang pembinaan belum sampai dan DBKL sedang mencari tactile yang bersesuaian dengan harga untuk dipasang.
Jumaat lepas, 24 Ogos lalu, saya hubungi Puan Emilia, arkitek DBKL yang bertanggungjawab ke atas projek ni untuk bertanyakan status pembinaan siar kaki tu. Katanya, sepatutnya kerja-kerja pembinaan bermula 21 Ogos. Saya maklumkan kepadanya bahawa tiada sebarang kerja berjalan di tapak projek. So, dia akan semak perkara ni dengan kontraktor. Panggilan saya kepada handset Puan Emilia ni saya buat pada pagi Jumaat.
Lepas lunch dalam jam 2.00 lebih, sampailah lori menghantar barang binaan termasuk heritage bridge dan batu-bata. Bunyi mesin serta jentera mula kedengaran. Hai, takkan baru call pagi, petang dah sampai? Cepatnya? Baguslah!
Masa nak balik tu, mamat-mamat Bangladesh sibuk membuat kerja-kerja kontrak dengan dipantau tak tahulah, orang DBKL ke, boss dia. Saya bertanya kepada salah sorang daripada mereka:
Saya: Buat apa?
Mamat Bangla: Buat kerja. Mahu siapkan tempat ni.
Saya: Awak pun buat jugak?
Mamat Bangla: Buat. Itu tauke sudah marah. Dia mahu ini siap cepat.
(Beritahunya dalam loghat Bangladesh)
(Saya senyum)
Saya: Bila mahu siap?
Mamat Bangla: Tak tahu. Mungkin satu bulan.
Saya: Esok kerja?
Mamat Bangla: Kerja.
Saya: Ahad?
Mamat Bangla: Kerja.
(Saya senyum lagi.)
Saya: Tak ada cuti?
Mamat Bangla: Tak ada. Tauke sudah marah wo. Sangat marah.
Saya: Buat ni sampai pukul berapa?
Mamat Bangla: Malam. Pukul 7, 7 lebih.
Kesianlah pulak. Tapi siapa suruh korang berlengah?
Semalam, saya menghadiri suatu seminar. Dalam duduk berseminar tu, saya terima panggilan dari Puan Emilia. Dia minta untuk bercakap sekejap dengan saya. Sayapun keluar dewan.
Puan Emilia memaklumkan kepada saya tentang progress kerja projek ROL tu. OK. Habis bercakap, saya masuk semula ke dalam dewan. Saya terima whatsapp dari Puan Emilia mengatakan, boss dia, En. Mahisham nak buat temu janji dengan saya untuk perbincangan ringkas. Saya setuju. Apalah agaknya yang nak dibincangkan tu? Harap-harap mereka tak buat saya marah. Doakan semua keperluan komuniti ni akan dipenuhi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment