SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, August 12, 2018

Bagaimana Harus Saya Bereaksi?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!!! Macam mana weekend korang? Mesti bestkan habiskan masa dengan yang tersayang? Kalau korang jadi saya, apa yang harus korang katakan atau reaksi bagaimana yang korang akan tunjukkan bila berhadapan dengan situasi macam ni? Dalam entri lepas, saya ada mention yang saya baru balik meeting DBKL. Meeting tu berjalan seperti biasa dan saya dah mula baik dengan sorang demi sorang yang sama-sama jadi jawatankuasa pemilihan untuk anugerah datuk bandar tu. Dah satu komiti dan selalu jumpa, alhamdulillah, lama-lama bolehlah bertegur sapa dan melawak. Tapi ada beberapa orang yang saya dah kenal lama seperti Puan Sharifah, Puan Cheng, Puan Zaini, Puan Masuri dan En. Zahri. Meeting berjalan seperti biasa. Hahahaha... Majoriti pakai baju kemeja jawatankuasa. Saya dan beberapa orang je tak pakai baju tu. Balik dari simulasi, kami ambil gambar beramai-ramai dan terus ke bilik jamuan. Apa lagi? Makanlah! Masa saya duduk kat meja makan tu, Puan Sharifah datang menyapa saya: Puan Sharifah: Tinta, Tinta ni cantilah. Sentiasa cantik. Tinta tahu tak? Alamak! Ni yang saya lemah ni. Saya nak ucap terima kasih, takut dikata perasan. Nak senyumpun takut dikata perasan jugak. Nak tunjuk tak suka, nanti orang kata sombong. Saya malu sebenarnya ditegur begitu. Kot orang lain salah sangka cap kita perasan. Mahu tak mahu: Saya: Tak adalah, puan. Biasa je. Pipi saya rasa panas. Puan Sharifah: Mana ada biasa. Selalu cantik. Tubuh pun cantik, kecik. Kecik? Bila pulak saya kecik ni? Oooo... Mungkin yang dia maksudkan, tubuh saya kecik tu bersesuaian dengan tinggi saya kot. Hayyoooo... Sampai tubuh pun puan perhati ke? Tanya saya dalam hati. Nasib baik perempuan, kalau lelaki, nak je saya masukkan kepala ke dalam badan macam kura-kura. Biar tak kelihatan wajah ni. Dan saya cuba mengalihkan tajuk perbualan dan berjaya hahahahahahahah.... Masa nak balik pulak, sebagai tanda hormat kat pengerusi mesyuarat, Puan Sharifah tu, saya dan assistant ke meja Puan Sharifah untuk bertemu mata dan bersalam sebelum beredar. Dr. Naziati dan Puan Zaini turut ada di meja tersebut. Kata Puan Masuri, Puan Sharifah dan Puan Zaini ni sama pangkat. Boss-boss. Sebab tu Puan Masuri duduk semeja dengan kami. Diapun malu nak duduk dengan boss-boss kat meja Puan Sharifah. Saya dan Kak Sha bersalaman dengan Puan Sharifah dan Dr. Naziati. Puan Zaini: How many people tell her that she is pretty. Hayyyoooo... Ni lagi sorang. Mana nak letak muka saya ni. Pipi saya panas lagi. Nak balik! Nak tinggalkan dia orang semua ni. Tak nak salam Puan Zaini boleh tak? Saya buat-buat tak dengar dan terus bersalam dengan Dr. Naziati. Puan Sharifah: Itulah. Puan Zaini: Tinta, dengar tak saya cakap? Alamak, kalau nak cakap, cakap jelah. Tak payahlah suruh saya dengar. Dan tak payahlah tunggu reaksi saya. Saya tak tahu nak cakap apa. Ramai lagi kot yang cantik kat muka bumi ni. Saya nak jawab apa ni? Saya: Ya. Puan Zaini: Awak ni cantik tau, manis. Akhirnya, idea gila saya datang! Saya: Puan, jangan cakap macam tu, kembang saya jap lagi. Nanti tak muat keluar pintu ni. Kebetulan meja dia orang tu dekat dengan pintu. Puan Zaini: Ish, takkanlah tak muat. Muat punya. Saya cakap betul ni. Tinta cantik. Selalu cantik. Saya: Jangan puan, nanti saya kembang, satu hal pulak DBKL kena pecahkan pintu ni keluarkan saya. Semua yang dengar jawapan saya tergelak. Kak Sha pun ikut ketawa. Puan Zaini: Tak, she is beautiful. Awak cantik, awak tahu tak? Tak ada kembang-kembangnya. Hadoi, berapa kali dia nak ulang ni. Dahlah, saya harus cepat tinggalkan tempat ni. Saya: OK, puan. Balik dulu. Saya mensalami tangan Puan Zaini dan terus berpusing menuju pintu. Entah apa-apalah lagi dia duk cakap cantik dengan Puan Sharifah dan Dr. Naziati tu. Lantaklah. Saya kena tinggalkan mereka cepat. Tangan dah sejuk, muka dah panas. Riak macam manapun tak tahu nak tunjuk kat dia orang.

No comments: