SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Wednesday, August 29, 2018

Projek Siar Kaki Membangkitkan Kemarahan!

Haaa... Ni projek yang buat saya menyirap dari semalam sampai hari ni. Semalam, semasa Puan Emilia hubungi saya, dia beritahu yang Datuk Mahadi minta team dia untuk percepatkan projek ROL di Brickfields. Team dia juga beri taklimat kepada Datuk Mahadi. Dia jugak bagi tahu yang mereka tahu akan surat aduan saya tentang projek depan Public Bank serta sekitar KK Speed Mart dan YMCA. Katanya, Datuk Mahadi ada tunjukkan kepada mereka. Saya kata saya tiada pilihan melainkan hantar surat kepada Datuk Mahadi sebab saya tak dapat hubungi En. Nasrin yang bertanggungjawab menjaga projek tu. Puan Emilia berjanji untuk memaklumkan kepada En. Nasrin yang saya mahu menghubunginya memandangkan En. Nasrin ada dalam group whatsapp mereka. Boring dengar presentation dalam seminar semalam, saya try tengok whatsapp En. Nasrin. OK, dia online. Saya terus whatsapp dia. Lebih kurang begini bunyinya: Saya: Assalammualaikum En. Nasrin. Saya nak tanya tentang progress naiktaraf siar kaki sekitar KK tu. Nasrin: Wasalam. Siar kaki tu dah siap. (Ni buat saya marah ni! Dah siap dia cakap? Kau yang aku siapkan! Siaplah!) Saya: Dah siap??? Macam tak siap je? Kenapa cone masih lagi diletakkan di sepanjang siar kakitu kalau dah siap? Nasrin: Nanti saya double check dengan kontraktor. Petang ni saya turun site. Saya: Mohon dipercepatkan kerja-kerja yang dah lama terhenti tu. Lepas tu saya mula tak dapat fokus kepada presenter yang duk present kat depan. Terbakar perasaan saya ni dengan jawapan En. Nasrin ni. Dia nak saya bagi ceramah kuasa Allah lagi ke macam beberapa bulan lalu? Sabar Tinta, sabar. Biar dia turun site dulu petang ni. Esok follow up dan bambu kalau perlu. Hari ni punya cerita: Lepas lunch, rasa sakit saya dah kurang. Saya masuk office macam biasa. Teringatkan En. Nasrin, saya whatsapp dia: Saya: Assalammualaikum En. Nasrin, macam mana dengan status naiktaraf siar kaki tu? En. Nasrin turun site petang semalam? Dia hantar kat saya dua keping gambar. Nasrin: Sorry, ni gambar lama. Memang darah saya meruap naik ke muka. Terus hilang semua sakit perut. Gambar lama, memanglah nampak rumput menghijau. Tapi bukan ni yang saya nak. Saya nak tahu tentang siar kaki, bukan pocket park ni! OK, biar saya double check dulu. Saya terus ajak assistant saya pergi site. Kami snap beberapa gambar yang menunjukkan naiktaraf siar kaki yang tak siap tu. Biar cuaca panas, hati saya lagi panas! Saya balik ke pejabat dan terus send kat dia beberapa gambar yang baru saya ambil sebagai balasan kepada whatsapp dia tadi. Saya: Ni gambar terkini. Saya baru ambil sekejap tadi. Kalau siar kaki ni dah siap, 1. Kenapa masih ada lantai yang masih belum sempurna. Ada macam bekas nak letak sesuatu tapi tak letak apapun? Air bertakung kat tempat ni. 2. Kenapa tiada warning block dipasang di setiap hujung siar kaki? Walaupun guiding block tidak mahu dipasang, warning block kena ada. 3. Kenapa tanah pocket park di sebelah siar kaki ni rendah? Tak seamless macam yang kita bincang awal dulu? Bila guiding tak ada, possibility blind tersasar ke tepi tinggi. Kalau rumput tak sama rata dengan simen, terpelecuk dan jatuhlah blind nanti. 4. Kenapa cone masih lagi diletakkan di sepanjang siar kaki? Susah blind nak lalu. Ini merimaskan blind dan bukan setakat blind, orang biasa pun rimas. Nasrin: Berkenaan dengan kelewatan tu, hotel tak bagi kami usik enterence hotel dia. Sebab tu projek ni terhenti kejap. Sekarang hotel dah setuju, so kita akan buat. Saya: Mohon dipercepatkan kerja-kerja ni. Dulu kata lapan minggu je? Tolonglah faham kesukaran kami. Blind dan penduduk Brickfields dah mula marah. Dia orang nak panggil press je kerja dia orang. Saya je minta tunggu dulu sebab nak bincang. Tapi kalau hal ni masih tak ada tindakan, saya akan bersama dia orang panggil press. Takkan En. Nasrin tak tengok apa yang kontraktor encik buat? Nasrin: Saya tengok site dua kali seminggu. Saya: Kalau En. Nasrin tengok site dua kali seminggu, kenapa semalam En. Nasrin cakap dah siap? Pada hal bendanya belum siap? Saya mohon kerjasama pihak encik dalam hal ni. Geram rasanya hati saya ni! Hambek kau. Cakap tengok site dua kali seminggu. Hello! Saya ni lalu tempat tu 10 kali seminggu tau. Kalau Sabtu Ahad datang office, lebih sepuluh kali lalu. Mestilah tahu siar kaki tu siap ke tak. Kan dah kena. Terus diam tak balas whatsapp. Nak suruh saya bagi tazkirah macam hari tu ke? Kalau saya bengang nanti, saya nak cakap je, Kuasa Allah la ni jadi macam ni sebab kuasa Allah tu tak diiringi dengan usaha sebaik mungkin dari pihak encik. Allah bagi jalan, tak nak fikir untuk buat yang terbaik. Benganglah saya! Saja buat saya hot! Macam mana saya tak marah? Lepas tu orang kata saya garang! Mana tak garangnya kalau diminta suruh jadi garang? Nak lemah-lembut? Nak gedik-gedik control ayu? Memang tak la! Memang tak jalanlah buat aksesibiliti nak lembut-lembai. Biar lembut tapi tegas. Bila kena marah, marah. Supaya apa kita nak tu dipenuhi. Kalau dapat 60 pratus pun dah kira baik. Kadang-kadang saya fikir kenapa Allah jadikan saya seorang yang tegas, keras hati dan suka nak menang? Inilah kebaikannya. Sebab Allah nak letak saya kat Aksesibiliti. Mana boleh orang lembut nak duduk kat tempat ni. Kalau terkemut-kemut macam siput, selalulah kena buli dengan kontraktor dan pihak berkuasa tempatan atau mereka terlibat. Saya yang garang pun dia orang nak pusing! Saya memang tak banyak cakap dalam meeting, tapi kalau kena waktunya, siaplah kau! Memang diam bertukar bising, lembut terus keras. Sayapun fikir, kenapa saya tak dijadikan seorang yang selalu naik kereta dan orang hantar ke sana sini? Ini sebabnya! Sebab Allah nak saya sendiri rasa kesukaran di perjalanan tu. So, baru saya boleh fight dan betul-betul fight. Kalau saya asyik naik kereta je, nak cerita pun susah dengan kontraktor dan arkitek! OK, En. Nasrin, saya bagi encik masa untuk buat kerja encik. Minggu depan atau dua minggu lagi, saya akan follow up lagi! Saya nak tengok, jalan tak kerja kontraktor encik dalam dua tiga hari ni. Kalau tak jalan jugak, gambar yang saya hantar kat encik tadi, akan sampai ke Datuk Najib! Encik jawablah dengan boss encik! Saya cakap tak nak dengarkan? Kalau boleh saya tak nak publisiti murahan masuk surat khabar dengan isu remeh macam ni.

No comments: