SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Friday, August 31, 2018

Di Saat Orang Hangat Memperkatakannya

Assalammualaikum... Boleh saya masuk? Ada orang tak kat rumah? Hahhaha... Melawak je. Seharian hari ni saya baca novel. Setakat 111 muka surat. Sekali baca terus habis. Hadoi, tak boleh jadi macam ni. Nanti saya tak keluar bersosial pulak. ******************** OK, kita terus ke tajuk perbincangan kita hari ni. Isu buskers dirampas peralatan muzik dan isu tandas OKU digunakan oleh golongan LGBT. Bukan setakat akhbar, media sosial juga tular dengan dua isu ni. Saat orang sibuk memperkatakannya, memberi kenyataan akhbar dan sebagainya, saya membisu. Mengapa? Tentu ada yang tertanya-tanya mengapa saya membisu isu ni. Sekurang-kurangnya melahirkan rasa kesal di Facebook juga tidak saya buat. Kenapa? Kalau saya tulis kat Facebook nanti ramai yang marah. Mari kita lihat isu ni secara dekat. 1. Isu buskers OKU Penglihatan dirampas peralatan muzik: Kenapa saya diam? Kata memperjuangkan hak? Saya diam sebab saya memperjuangkan hak golongan ini. Saya pernah memuatnaik status di FB saya tentang memperjuangkan hak ni. Antara lain saya menyebut, perjuangan hak itu penting tapi biarlah pada tempatnya. Samalah dengan isu ini. Bila kita seorang pejuang hak, kita harus tahu apa hak kita dan bukan hak kita. Jika sesuatu itu bukan hak kita, eloklah dipulangkan kepada mereka yang berhak. Kalau kita mahu hak kita dihormati, kita juga harus menghormati hak orang lain. Jika bukan hak kita pun kita mengaku hak kita, itu namanya menganiaya serta menzalimi orang lain. Saya cukup tak setuju dengan mereka yang memuatnaik status di media sosial bersimpati dengan buskers berkenaan. Itu namanya mereka bersimpati. Bukan memberikan hak kepada mereka. Saya juga mempunyai pendapat berlainan daripada pihak yang mengeluarkan kenyataan akhbar tentang perkara ini. Saya faham, apa yang dilakukan dengan niat membela golongan ini. Tetapi saya masih dengan pendirian saya. Tak perlu kita mengeluarkan kenyataan akhbar yang memperlihatkan tidak rasionalnya kita dalam memperkatakan tentang sesuatu. Janganlah semata-mata mahu mengejar nama atau mahu dikenali kita mengeluarkan kenyataan akhbar yang berunsurkan simpati. Itukah yang mahu kita banggakan? Dalam isu ini, jelas, kesalahan itu adalah pada buskers berkenaan. Tidakkah mereka ketahui undang-undang busking yang dikeluarkan DBKL? Mustahil mereka tidak diberi tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan sewaktu busking. Bengkel juga dibuat pihak DBKL setiap tahun. Tidakkah mereka menghadirinya? Jika kita mahu orang menghormati hak kita, kita juga harus menghormati masyarakat. Bermain di tempat awam itu betul untuk mencari rezeki. Namun, sekiranya perbuatan itu mengganggu ketenteraman awam, itu sudah menyalahi undang-undang. Janganlah kerana ada kekurangan, perbuatan salah itu minta dimaafkan. Mujurlah pegawai berkenaan merampas peralatan muzik yang akhirnya dipulangkan. Jika beliau melaporkan kepada polis dengan sebab mengganggu ketenteraman awam dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, tak ke naya? Perkara yang selalu kita pandang remeh, mengganggu ketenteraman awam. Kalau di luar negara, perkara ini amat dititikberatkan. Dan dalam undang-undang negara kita pun mengganggu ketenteraman awam boleh diambil tindakan. Jadi, sebagai orang yang memperjuangkan hak, Haruskah saya mengeluarkan kenyataan akhbar membela golongan ini? Golongan yang tidak mahu menghormati hak orang lain tetapi mahu haknya diberikan? Jika sudah tahu mereka melakukan kesalahan, perlukah saya bersusah-payah menghubungi DBKL meminta penjelasan sedangkan saya telah tahu jawapannya? Haruskah saya memohon sesi perbincangan bersama DBKL bagi membincangkan perkara ini sedangkan garis panduan busking telah ditetapkan? Apa yang saya akan lakukan adalah memperhalusi garis panduan tersebut. Sekiranya ada mana-mana garis panduan yang dirasakan boleh diperbaiki, saya akan mengutarakannya kepada DBKL. 2. Isu saranan penggunaan tandas OKU kepada LGBT oleh YB Fuziah Salleh: Nak ketawa saya baca berita ni di akhbar. Susah betullah kalau seorang menteri tak buat homework dan mengeluarkan kenyataan akhbar yang memalukan malah menyinggung hati mereka yang berhak. Mak menteri, kot ya pun isu LGBT ni hangat diperkatakan, janganlah mak menteri main hentam keromo je nak selesaikan masalah mereka. Masalah OKU ni lagi serius kot daripada masalah mereka. Mereka tu yang cari masalah. So kenapa kita sibuk nak selesaikan masalah mereka? Saya bukan memusuhi golongan LGBT, hak mereka nak memilih jalan hidup mereka. Tapi berfikirlah dengan akal yang dikurniakan, Allah dah bagi bahagian masing-masing, jantina masing-masing, so kenapa nak ditukar-tukar? Allah pun dah bagi peringatan, penukaran jantina membawa kepada laknatNya. Kalau hunsa pun ada garis panduan penentuan jantina yang Allah dah gariskan. Tengok kecenderungan. Yang jadi masalahnya sekarang ni bukan hunsa, tapi lelaki dan perempuan jadian. Lepas tu sibuk memperjuangkan hak mereka. Hak apa yang mereka mahu perjuangkan? Hak Allah untuk murka kepada mereka? Kalau kerana politik menteri mahu membela mereka, itu maknanya, menteri tu jugak kena masuk kelas belajar agama balik. Memberi hak kepada mereka bermakna menggalakkan mereka untuk menjadi begitu. Kalau mereka pilih nak jadi lelaki, masuklah tandas lelaki. Nak takut apanya? Dah rasa diri tu lelaki kan? Takkan takut diusik pula sedangkan mereka yang pilih jalan hidup begitu? Kalau pilih jadi perempuan, masuklah tandas perempuan. Takkan ada nafsu nak apa-apakan perempuan pulak? Ataupun, kalau takut, masuk je tandas mengikut fitrah kejadian tuhan. Kalau tom boy, masuk tandas perempuan. Kalau mak nyah, masuk tandas lelaki. Ikut jantina asal. Lagi selamat. Dan lagi! Kenapa saya membisu isu ni tanpa mahu mengeluarkan kenyataan akhbar dan mengutus surat kepada mereka berkaitan? OK, buat pengetahuan semua, tandas OKU tu sebenarnya adalah hak pengguna kerusi roda. Bukan untuk OKU Penglihatan. Sebab tu tandas OKU tu dibina dengan saiz besar, mempunyai grab bar, singki rendah, paip mudah dibuka dan ada sesetengahnya mempunyai pintu gelongsor dan ada juga yang menggunakan sistem tekan button seperti di KLIA untuk membuka dan menutupnya. Semua ciri aksesibiliti ini adalah untuk kegunaan mereka Kurang Upaya Fizikal. Mereka perlukan ruangan besar untuk membuat pusingan kerusi roda serta membuat 'transfer' dari kerusi roda ke mangkuk tandas serta sebaliknya. Begitu juga singki yang rendah. Ianya untuk membolehkan mereka mencapai serta menggunakannya. Lain-lain kemudahan dalam tandas OKU tu semuanya untuk kegunaan mereka. Bukan untuk kegunaan OKU Penglihatan biarpun OKU Penglihatan juga termasuk dalam OKU dan boleh menggunakan tandas berkenaan. Tapi prioriti haruslah diberikan kepada mereka berkerusi roda. Oleh yang demikian, siapakah yang paling wajar mengeluarkan kenyataan akhbar? Adakah OKU Penglihatan yang bukan golongan prioriti menggunakan kemudahan tersebut? Pada saya tidak. Mereka berkerusi rodalah yang patut dan berhak mengeluarkan kenyataan akhbar. Saya baca kenyataan akhbar yang dikeluarkan beberapa pihak bukan dari mereka berkerusi roda. Hujah mereka dalam kenyataan akhbar tersebut adalah lemah. Mungkin penulis kenyataan akhbar tersebut bukan dari kalangan mereka berlatarbelakangkan aksesibiliti. Mungkin mereka juga tidak tahu tentang MS1184 sebab itulah kenyataan akhbar dikeluarkan tidak bernas dan kelihatan menjurus kepada simpati. Kalau nak keluarkan kenyataan akhbar, biarlah hujah kita kukuh dan meminta hak kita dihormati dengan fakta logik. Kalau kita mempunyai fakta yang kuat, maka ianya akan membuatkan pihak bertentangan goyah. Jadi, sekali lagi saya tidak bersetuju mengeluarkan kenyataan akhbar untuk dipandang orang yang agensi atau NGO itu ke hadapan dalam membela hak. Untuk dikenali ramai ada banyak cara bukan semata-mata menerusi akhbar yang memperlihatkan kelemahan hujah kita.

Wednesday, August 29, 2018

Projek Siar Kaki Membangkitkan Kemarahan!

Haaa... Ni projek yang buat saya menyirap dari semalam sampai hari ni. Semalam, semasa Puan Emilia hubungi saya, dia beritahu yang Datuk Mahadi minta team dia untuk percepatkan projek ROL di Brickfields. Team dia juga beri taklimat kepada Datuk Mahadi. Dia jugak bagi tahu yang mereka tahu akan surat aduan saya tentang projek depan Public Bank serta sekitar KK Speed Mart dan YMCA. Katanya, Datuk Mahadi ada tunjukkan kepada mereka. Saya kata saya tiada pilihan melainkan hantar surat kepada Datuk Mahadi sebab saya tak dapat hubungi En. Nasrin yang bertanggungjawab menjaga projek tu. Puan Emilia berjanji untuk memaklumkan kepada En. Nasrin yang saya mahu menghubunginya memandangkan En. Nasrin ada dalam group whatsapp mereka. Boring dengar presentation dalam seminar semalam, saya try tengok whatsapp En. Nasrin. OK, dia online. Saya terus whatsapp dia. Lebih kurang begini bunyinya: Saya: Assalammualaikum En. Nasrin. Saya nak tanya tentang progress naiktaraf siar kaki sekitar KK tu. Nasrin: Wasalam. Siar kaki tu dah siap. (Ni buat saya marah ni! Dah siap dia cakap? Kau yang aku siapkan! Siaplah!) Saya: Dah siap??? Macam tak siap je? Kenapa cone masih lagi diletakkan di sepanjang siar kakitu kalau dah siap? Nasrin: Nanti saya double check dengan kontraktor. Petang ni saya turun site. Saya: Mohon dipercepatkan kerja-kerja yang dah lama terhenti tu. Lepas tu saya mula tak dapat fokus kepada presenter yang duk present kat depan. Terbakar perasaan saya ni dengan jawapan En. Nasrin ni. Dia nak saya bagi ceramah kuasa Allah lagi ke macam beberapa bulan lalu? Sabar Tinta, sabar. Biar dia turun site dulu petang ni. Esok follow up dan bambu kalau perlu. Hari ni punya cerita: Lepas lunch, rasa sakit saya dah kurang. Saya masuk office macam biasa. Teringatkan En. Nasrin, saya whatsapp dia: Saya: Assalammualaikum En. Nasrin, macam mana dengan status naiktaraf siar kaki tu? En. Nasrin turun site petang semalam? Dia hantar kat saya dua keping gambar. Nasrin: Sorry, ni gambar lama. Memang darah saya meruap naik ke muka. Terus hilang semua sakit perut. Gambar lama, memanglah nampak rumput menghijau. Tapi bukan ni yang saya nak. Saya nak tahu tentang siar kaki, bukan pocket park ni! OK, biar saya double check dulu. Saya terus ajak assistant saya pergi site. Kami snap beberapa gambar yang menunjukkan naiktaraf siar kaki yang tak siap tu. Biar cuaca panas, hati saya lagi panas! Saya balik ke pejabat dan terus send kat dia beberapa gambar yang baru saya ambil sebagai balasan kepada whatsapp dia tadi. Saya: Ni gambar terkini. Saya baru ambil sekejap tadi. Kalau siar kaki ni dah siap, 1. Kenapa masih ada lantai yang masih belum sempurna. Ada macam bekas nak letak sesuatu tapi tak letak apapun? Air bertakung kat tempat ni. 2. Kenapa tiada warning block dipasang di setiap hujung siar kaki? Walaupun guiding block tidak mahu dipasang, warning block kena ada. 3. Kenapa tanah pocket park di sebelah siar kaki ni rendah? Tak seamless macam yang kita bincang awal dulu? Bila guiding tak ada, possibility blind tersasar ke tepi tinggi. Kalau rumput tak sama rata dengan simen, terpelecuk dan jatuhlah blind nanti. 4. Kenapa cone masih lagi diletakkan di sepanjang siar kaki? Susah blind nak lalu. Ini merimaskan blind dan bukan setakat blind, orang biasa pun rimas. Nasrin: Berkenaan dengan kelewatan tu, hotel tak bagi kami usik enterence hotel dia. Sebab tu projek ni terhenti kejap. Sekarang hotel dah setuju, so kita akan buat. Saya: Mohon dipercepatkan kerja-kerja ni. Dulu kata lapan minggu je? Tolonglah faham kesukaran kami. Blind dan penduduk Brickfields dah mula marah. Dia orang nak panggil press je kerja dia orang. Saya je minta tunggu dulu sebab nak bincang. Tapi kalau hal ni masih tak ada tindakan, saya akan bersama dia orang panggil press. Takkan En. Nasrin tak tengok apa yang kontraktor encik buat? Nasrin: Saya tengok site dua kali seminggu. Saya: Kalau En. Nasrin tengok site dua kali seminggu, kenapa semalam En. Nasrin cakap dah siap? Pada hal bendanya belum siap? Saya mohon kerjasama pihak encik dalam hal ni. Geram rasanya hati saya ni! Hambek kau. Cakap tengok site dua kali seminggu. Hello! Saya ni lalu tempat tu 10 kali seminggu tau. Kalau Sabtu Ahad datang office, lebih sepuluh kali lalu. Mestilah tahu siar kaki tu siap ke tak. Kan dah kena. Terus diam tak balas whatsapp. Nak suruh saya bagi tazkirah macam hari tu ke? Kalau saya bengang nanti, saya nak cakap je, Kuasa Allah la ni jadi macam ni sebab kuasa Allah tu tak diiringi dengan usaha sebaik mungkin dari pihak encik. Allah bagi jalan, tak nak fikir untuk buat yang terbaik. Benganglah saya! Saja buat saya hot! Macam mana saya tak marah? Lepas tu orang kata saya garang! Mana tak garangnya kalau diminta suruh jadi garang? Nak lemah-lembut? Nak gedik-gedik control ayu? Memang tak la! Memang tak jalanlah buat aksesibiliti nak lembut-lembai. Biar lembut tapi tegas. Bila kena marah, marah. Supaya apa kita nak tu dipenuhi. Kalau dapat 60 pratus pun dah kira baik. Kadang-kadang saya fikir kenapa Allah jadikan saya seorang yang tegas, keras hati dan suka nak menang? Inilah kebaikannya. Sebab Allah nak letak saya kat Aksesibiliti. Mana boleh orang lembut nak duduk kat tempat ni. Kalau terkemut-kemut macam siput, selalulah kena buli dengan kontraktor dan pihak berkuasa tempatan atau mereka terlibat. Saya yang garang pun dia orang nak pusing! Saya memang tak banyak cakap dalam meeting, tapi kalau kena waktunya, siaplah kau! Memang diam bertukar bising, lembut terus keras. Sayapun fikir, kenapa saya tak dijadikan seorang yang selalu naik kereta dan orang hantar ke sana sini? Ini sebabnya! Sebab Allah nak saya sendiri rasa kesukaran di perjalanan tu. So, baru saya boleh fight dan betul-betul fight. Kalau saya asyik naik kereta je, nak cerita pun susah dengan kontraktor dan arkitek! OK, En. Nasrin, saya bagi encik masa untuk buat kerja encik. Minggu depan atau dua minggu lagi, saya akan follow up lagi! Saya nak tengok, jalan tak kerja kontraktor encik dalam dua tiga hari ni. Kalau tak jalan jugak, gambar yang saya hantar kat encik tadi, akan sampai ke Datuk Najib! Encik jawablah dengan boss encik! Saya cakap tak nak dengarkan? Kalau boleh saya tak nak publisiti murahan masuk surat khabar dengan isu remeh macam ni.

Projek River of Life, Brickfields

Assalammualaikum dan selamat malam semua! Selamat malam ni orang ucap bila nak tidur. Tak apalah, saya jadikan ianya sebagai muqadimah. Rasa masih bugar. Pagi tadi entah berapa jam saya baring di surau pejabat sebab sakit perut. Handset Maxis saya pulak kadang call masuk kadang tak. Tadi masa saya berehat tu, ada empat panggilan yang jadi missed call saya terima dari message. Maaflah ya siapa yang call tu, saya sakit. Petang pulak sibuk gaduh dengan DBKL. Tapi cerita semalam dan petang ni saya cerita di entri seterusnya. ************************ Dah berapa minggu projek River of Life (ROL) ni terhenti. Katanya sebab stok barang pembinaan belum sampai dan DBKL sedang mencari tactile yang bersesuaian dengan harga untuk dipasang. Jumaat lepas, 24 Ogos lalu, saya hubungi Puan Emilia, arkitek DBKL yang bertanggungjawab ke atas projek ni untuk bertanyakan status pembinaan siar kaki tu. Katanya, sepatutnya kerja-kerja pembinaan bermula 21 Ogos. Saya maklumkan kepadanya bahawa tiada sebarang kerja berjalan di tapak projek. So, dia akan semak perkara ni dengan kontraktor. Panggilan saya kepada handset Puan Emilia ni saya buat pada pagi Jumaat. Lepas lunch dalam jam 2.00 lebih, sampailah lori menghantar barang binaan termasuk heritage bridge dan batu-bata. Bunyi mesin serta jentera mula kedengaran. Hai, takkan baru call pagi, petang dah sampai? Cepatnya? Baguslah! Masa nak balik tu, mamat-mamat Bangladesh sibuk membuat kerja-kerja kontrak dengan dipantau tak tahulah, orang DBKL ke, boss dia. Saya bertanya kepada salah sorang daripada mereka: Saya: Buat apa? Mamat Bangla: Buat kerja. Mahu siapkan tempat ni. Saya: Awak pun buat jugak? Mamat Bangla: Buat. Itu tauke sudah marah. Dia mahu ini siap cepat. (Beritahunya dalam loghat Bangladesh) (Saya senyum) Saya: Bila mahu siap? Mamat Bangla: Tak tahu. Mungkin satu bulan. Saya: Esok kerja? Mamat Bangla: Kerja. Saya: Ahad? Mamat Bangla: Kerja. (Saya senyum lagi.) Saya: Tak ada cuti? Mamat Bangla: Tak ada. Tauke sudah marah wo. Sangat marah. Saya: Buat ni sampai pukul berapa? Mamat Bangla: Malam. Pukul 7, 7 lebih. Kesianlah pulak. Tapi siapa suruh korang berlengah? Semalam, saya menghadiri suatu seminar. Dalam duduk berseminar tu, saya terima panggilan dari Puan Emilia. Dia minta untuk bercakap sekejap dengan saya. Sayapun keluar dewan. Puan Emilia memaklumkan kepada saya tentang progress kerja projek ROL tu. OK. Habis bercakap, saya masuk semula ke dalam dewan. Saya terima whatsapp dari Puan Emilia mengatakan, boss dia, En. Mahisham nak buat temu janji dengan saya untuk perbincangan ringkas. Saya setuju. Apalah agaknya yang nak dibincangkan tu? Harap-harap mereka tak buat saya marah. Doakan semua keperluan komuniti ni akan dipenuhi.

Monday, August 27, 2018

Sakitnya Bila Cinta Ditolak 4

Antara kata-katanya yang masih saya ingat sewaktu pertemuan malam tu, "Kalau nak compare you dengan dia, she is ampty, dia tak ada apa-apa," Belahlah kau! Dia ada tanah, untuk kau buat business kan? Janganlah menipu! "Kita tetap kawan," "Tengoklah," Jawab saya menyampah. Ingat senang-senang macam tu ke? Kau dah sakitkan hati orang, lepas tu nak buang rasa bersalah kau nak orang jadi kawan kau? Saya tak bodoh macam X-girl friend dia yang boleh jadi kawan dia lepas ditinggalkan. Sorry la! Boy friend yang saya sayangpun tak ada jadi kawan lepas putus, ini pulak kau! "You macam tak nak kawan I je?" Duganya. "Bukan tak nak kawan, tapi I tak nak sakitkan hati I sendiri," Jelaskan? Faham tak? "Tulah you, kenapa you tak cakap awal-awal? Kalau tak, mesti tak jadi macam ni," Katanya mempersalahkan saya. Gila ke apa lelaki ni??? "You ingat I ni bodoh ke? Sekarang you cakaplah macam tu sebab you dah bertunang. Kalau tak bertunang lagi, lain pulak alasan you," Laju je ayat tu keluar dari mulut saya. Tak payah nak pusinglah encik abang! Saya bukan bodoh! "I pernahlah jatuh cinta dengan orang macam you. Tapi dia tak layan I." Hahahahahaha... Rasa nak gelak guling-guling. Pusingan mesin basuh auto ke ni? Eh, bukan auto, auta! "Siapa? Cakaplah," Duga saya pula. "Tak bolehlah bagi tahu." Dia berahsia. Sudahlah! Memanglah kau tak boleh bagi tahu, sebab kau reka cerita! Nanti sebut nama sebarang, saya pergi tanya, pecahlah rahsiakan yang awak tu sebenarnya menipu?! Patutlah Allah tak bagi saya bersama dia. Memang tak boleh dibuat laki orang macam ni! "You jadi rakan business I la. Boleh eh you?" Katanya masih memujuk. "Tak nak!" Sepantas kilat saya respon. "You ni, laju je tak nak." Katanya sambil ketawa kecil. "You ingat I apa? Tak ada perasaan? You nak tayang kebahagiaan you depan I? Ha? Nak bersayang-sayang, berabang-abang depan I masa bincang hal business?" Nampak sangat dia nak jadikan saya batu loncatan untuk dia maju ke depan. Ingat saya suka ke nak saksikan kebahagiaan dia nanti? Tu pun kalau bahagialah! Kau business la dengan tunang pilihan kau tu! Eh salah, pilihan adik kau tu! Entah-entah memang pilihan dia. "You, I minta maaf sangat-sangat. Jangan buat I rasa bersalah. I tahu berdosa pada you. Bagi peluang kat I untuk tebus semua salah I," Keluhnya. Huh, tak semudah tu. Saya bukan perempuan bodoh. Kalau kau dah pilih untuk melangkah pergi dari aku, silakan pergi! Jangan nak menyusahkan jiwa raga aku dah! Lenyaplah dari hidup saya agar saya boleh hidup tenang. "Kenapa hati you keras sangat?" "Sebab I tak bodoh." Balas saya cepat. "I perlukan you, perlukan sokongan you..." Katanya masih memujuk. "Kalau you perlukan I, you tak buat I macam ni. Nakkan sokongan I apa lagi? Tunang you dah ada, biarlah dia yang sokong you, kongsi semua masalah dengan you," Memang hati saya keras kali ni. "You, I kenal dia dulu dari you. So tak salahkan kalau I pilih dia?" Ujarnya. "Oooo... Memang you la yang pilih dia? Siapa kenal you dulu tu bukan soalnya. Kalau macam tu, kenapa you tak pilih Rina? You kenal Rina jauh lebih lama dari you kenal dia?" Dia terdiam. "You I tak tahu dah macam mana nak cakap dengan you." "You cakaplah apapun, you memang tipu I tu je. Kalau pun you tak tahu perasaan I, kenapa tak terus-terang bila I tanya pasal hal ni? Bukan sekali I tanya you, banyak kali!" "Semuanya berlaku terlalu pantas." "Bila you tahu kononnya, adik you nak you kahwin dengan dia?" Konon tu saya tekan suara. "Sebelum puasa tu, dia datang bermalam kat rumah I. Adik I tanya dia, dia mengaku dia sukakan I. Adik I very happy and told my mum. My mum ajak I bincang. Mulanya I tak nak, tapi kalau sampai semua porak-peranda kalau I tak nak, terpaksalah I setuju," Jelasnya. Rasa macam nak tepuk tangan kuat-kuat. Mamat ni suka baca novel kot. Macam orang besar-besar dalam novel nak jodohkan anak pulak. Padahal dia bukan orang kopratpun! "Kalau you tak nak kahwin dengan dia, apa jadi?" Saja saya melayan cerita dia. Nak tengok akal dia. "Macam-macamlah you. I tak naklah bebankan keluarga I pulak. I ikut jelah," Suara disedihkan. Meraih simpati. "Lagipun, bila my mum cakap macam tu, I terus pandang Icha, anak dia. You pun tahukan anak dia rapat dengan I. I rasa tanggungjawab. Rasa tak sampai hati bila pandang Icha." Kau tak sampai hatilah sebab kau dah gilakan mak dia! Tu je sebenarnya! "Lagipun I rasa macam dah nak ada tanggungjawab. Sebab tu I setuju," "Bukan masalah nak ada tanggungjawab. You ingat, kahwin dengan dia je ke ada tanggungjawab? Kahwin dengan orang lain tak ada tanggungjawab?" Saya hamburkan semua kemarahan saya. Bukan marah sebab tak pilih saya tapi saya benci orang yang menipu! Cakappun belit-belit! Mana satu betul kau ni?! "Bukan macam tu. I tak tahu nak cakap macam mana dengan you..." "Yelah, sebab you menipu," Sahut saya. "Sebelum puasa I tanya you pasal ni. Dalam bulan puasa pun I tanya jugak lagi. You tak mengaku. I dapat rasalah perangai you," "I ingat nak bagi tahu you. Tapi I busy sangat. Tak sempat," Dia beralasan. "You jangan cakap tak sempatlah. Bulan puasapun kita ada berbual kat whatsapp. Patutnya bila I tanya, takkan you lupa lagi? Mesti you ingat hal ni kan? Nak pergi meminang, mesti you pergi beli barang..." "I tak beli apa-apa you. Semua my mum uruskan. Kan I cakap I tak nak sebenarnya," Masih beralasan. Habis kau tak keluar duit satu sen pun ke untuk bertunang? "Habis, takkan dia orang tak update you. You pergi meminang, takkan you tak ambil cuti? You cakap dengan I, raya ketiga you dah kerja. Takkanlah your family did not tell you anything about the date? You yang nak kena drivekan?" Saya semakin geram dengan dalih-dalih bodoh dia tu. "You, I tak tahupun date I nak bertunang tu," Sudahlah! Malas saya nak layan lelaki macam ni. Tak payah tunggu lama, malam tu jugak, Allah dah tunjuk siapa dia pada saya. Dan Allah bagi tahu terus terang-terang kenapa dia tak boleh jadi suami saya. Gila punya lelaki. Janganlah kau nak menipu. Jangan ingat semua perempuan bodoh. Kalau 10 tahun dulu, bolehlah kau tipu aku. Tapi bukan sekarang! Saya tak pernah rasa marah macam ni walaupun dicurangi. Marah, memang marah tapi saya pun faham, orang yang mencurangi perlukan masa untuk berterus-terang. Akhirnya, bekas kekasih saya berterus-terang. Tak adalah terus-terusan menipu dan bagi alasan sebodoh dia ni! Tapi dia ni, saya memang menyampah sebab menipu, lepas tu bercakap macam dia teraniaya, macam dia mangsa keadaan, macam dia baik sangat. Pada hal dialah pemangsa! Sampai ke hari ni, kalau saya teringat kat dia, mesti saya akan cakap, "Mampuslah kau," dan kadang-kadang saya menangis, sebab saya tak pernah cakap macam tu kat orang walau macam mana pun dia buat saya menderita. Saya selalu minta dengan Allah, supaya Allah padamkan rasa benci dalam hati saya pada dia. Sebab benci ni akan merosakkan hati saya. Dah setahun berlalu, Dah kahwin pun agaknya dia. Tapi saya masih mengucapkan perkataan tu bila teringat dia menipu saya. Ya Allah, janganlah Kau uji aku sebegini. Janganlah izinkan hatiku rosak kerana benci ini. Saya maafkan dia. Tapi marah masih ada. Benci pun, seolah tak mahu pergi. Semoga seiring waktu beredar, padamlah semua rasa benci ini.

Sakitnya Bila Cinta Ditolak 3

Assalammualaikum dan selamat petang semua! Macam mana kerja hari ni? Okay? Kerjalah korang. Saya bercuti hari ni. Siapa suruh last minute boss suruh saya pergi forum? Saya ambillah cuti ganti satu hari hahahahaha... Dasar berkira! Lantaklah, saya ada cuti yang banyak! Kalau nak pergi Europe dan cuti raya pun masih lepas! Jom, sambung cerita malam tadi. Makcik dan pakcik bawang, tak yah baca kalau dah niat nak membawang. Saya tak redha. Saya sekadar berkongsi pengalaman sambil mencoret kenangan di sini untuk renungan masa hadapan. ********************** Last dia balas Whatsapp saya hari Jumaat memberitahu saya dia di Kedah. Sabtu dan Ahad langsung dia tak whatsapp saya. Saya hanya mampu berserah kepada Allah. Saya mohon Allah tunjukkan saya siapa dia sebenar. Biar senang, terus saya akan lepaskan agar derita cinta saya tak berulang. Isnin, saya ke Hospital Mata Tun Hussein Onn bagi menjalani major sergery di bahagian bawah mata saya. Saya duduk di ruang menunggu penuh debar. Walaupun minor, takut jugak. Bunyi personal whatsapp masuk. Saya lantas membacanya. 'Assalammualaikum you, apa khabar?' Kiriman whatsapp darinya saya baca. Hati saya tidak mahu merasa gembira dengan whatsapp daripadanya. Tangan mula sejuk dan jantung berdebar. Apakah berita yang akan disampaikannya? Selalunya, firasat serta naluri hati saya tentang orang yang saya sayang adalah benar. Mungkinkah? 'Waalaikummussalam. Tak berapa sihat. You dah balik?' 'Tak sihat? Kenapa? You kat mana tu?' Dia seakan mengelak dari menjurus perbualan kepada program hujung minggunya. 'Kat hospital. Ada minor surgery. You buat apa pergi Kedah?' Saya menahan sabar. 'Ya Allah, kenapa?' Tanyanya. 'You kat mana ni?' Malas melayan soalannya. Dia pulak yang nak menyoal. Soalan kita tak nak jawab! 'I kat office' Jawabnya. 'Bila balik?' Saya terus melontarkan soalan. 'Semalam. You ada minor surgery apa?' Malas nak jawab! Kedengaran nama saya dipanggil. Nurse meminta saya masuk ke bilik minor surgery. Saya mengetap bibir. Orang nak buat soal selidik, panggil pulak! Dah lama orang duduk kat sini tadi tak nak panggil! Gerutu saya dalam hati. Saya melangkah masuk ke bilik minor surgery. Nurse meminta saya baring di atas katil sementara menanti kedatangan doktor. Saya mengeluarkan IPhone. 'You pergi Kedah buat apa?' Saya sambung menyoal menerusi Whatsapp. 'Engagement' Demi membacakan satu perkataan itu, Hati saya dibelah terlebih dahulu berbanding mata saya. Bukan setakat dibelah, dirobek dan dicincang lumat. 'You bertunang?' Tebak saya ingin tahu. 'Yup' Balasnya ringkas. Entah apalah dalam hatinyakan kala itu? 'Dengan mama Icha?' Tebak saya lagi. 'Macam mana you tahu?' Bodoh punya soalan! Ada ke saudara-mara atau kawan-kawan dia kenal saya dan berpotensi untuk menceritakannya kepada saya? Saya berpegang kepada kata arwah chek, kalau kita jujur, benar dan ikhlas, Allah pasti menunjukkan kebenaran kepada kita. Tak perlu ada yang memberitahu. Gerak hati saya sudah mampu merungkainya. Cuma saya perlukan kepastian. 'You kata, you tak percayakan perempuan?' Tempelak saya. Mujur jururawat yang akan melakukan minor surgery bersama doktor keluar meninggalkan saya keseorangan dalam bilik tersebut. Tangisan tidak mampu lagi saya bendung. Esakan pecah dan gema kecil kedengaran dalam suara yang tertahan. Hati saya hancur. Luka yang baru ingin sembuh berdarah kembali. Pedihnya menjalar keseluruh tubuh dan jiwa. Tidak ada satu pun tempat di tubuh dan jiwa ini yang tidak terasa kesakitannya. Jiwa saya sakit! Hati saya pedih! Perasaan saya parah! Sambil menunggu jawapannya, saya merintih kepada Allah. Ya Allah, tidak layakkah saya merasa bahagia? Tidak layakkah saya memiliki sebuah cinta sejati? Kenapa saya sering disakiti? Adakah dosa saya yang menghalang kebahagiaan ini? Dalam sendu itu, terdengar suara Professor Madya Dr. Mohd Nor Mamat, pensyarah mata pelajaran IMK iaitu subjek Agama Islam di UiTM yang pernah memujuk saya ketika saya dilukai buat kali pertama dulu. Walaupun kata-katanya ditulis menerusi aksara di Yahoo Messenger, saya terjemahkan menjadi suara Ustaz. Bersabarlah Tinta, berbanggalah kerana Tinta tidak menjadi kejam seperti mereka. Ingat Allah, sesudah derita itu kan bahagia. 'I memang tak percayakan perempuan pun' Balasnya. 'Tapi bertunang boleh pulak eh?' Sindir saya. Jari menyindir tapi diri menangis. 'Adik I yang sukakan dia. Semuanya keluarga yang atur.' Persetankan alasan yang dah muak saya dengar tu! Kalau betul kau tak sukakan dia, kenapa kau boleh bawa dia pergi family day la, dia datang tidur rumah kau la. Tak suka ke namanya tu? Jangan menipulah. Saya bukan bodoh. Kalau nak tipu tunang kau tu bolehlah! 'Adik I yang beria-ia sangat nak I kahwin dengan dia.' Bodoh ke apa kau ni? Siapa kau sampai nak kena ikut cakap adik kau? Adik perempuan pulak tu! Kau bukan adik perempuan yang kena ikut cakap abang! Kalau adik kau beria nak, kau boleh explain kat mak kau yang kau tak bersedia. Kau lelaki kot, bukan perempuan! Patutlah Tuhan tak jodohkan kau dengan aku, sebab kau bodoh! Macam mana nak bimbing saya? Kalau berjodoh nanti asyik bergaduh je! 'Whatever!' Saya tak sanggup lagi mendengar alasan bodoh dia. Mungkin dia rasa dia dah cukup pandai memperbodohkan saya. Tapi saya tak sebodoh itu! 'You, berdosa ke I bertunang?' Ya Allah, kenapalah mamat ni tanya soalan bodoh kat saya? Bertunang memanglah tak berdosa! Tapi kau tipu aku tu berdosa! Bagi harapan tu berdosa! Lainlah kalau saya tak pernah tanya, banyak kali saya tanya. Kenapa kau nafikan? 'Whatever!' Sungguh! Saya benci dia! Sebab apa? Sebab dia penipu. Walau pun yang dua orang yang tinggalkan saya tu buat saya menderita, sekurang-kurangnya mereka jujur bagi tahu yang mereka ada orang lain dan nak kahwin! Tapi dia ni, berlagak baik macam ustaz, cerita dia teraniaya dengan perempuan, teraniaya dengan kawan-kawan, tapi sebenarnya dia penipu besar! Lepas tu nak tanya saya berdosa ke tidak dia bertunang. Jangan guna agama, dosa, pahala untuk meraih simpati saya. Tak ada simpati lagi buat orang macam ni. Serius, saya tak pernah rasa marah macam ni bila ditinggalkan. Tapi perbuatan dia ni bukan setakat menghancurkan hati saya, buat saya kecewa, tambah satu! Buat saya marah! Marah yang amat sangat! Saya tak mampu menahan sedih. Lantas saya Whatsapp Kak Sariha, adukan kepada dia tentang apa yang saya rasa. Biarlah Kak Sariha tak tahu hujung pangkal pun, saya perlukan seseorang untuk merawat hati saya! Kemudian saya call Kak Sariha. Takut lambat guna whatsapp. Saya: Kak Sariha, kenapa orang suka buat saya macam ni? Buruk sangat ke saya ni? Teruk sangat ke saya ni sampai orang buat saya macam ni? Kak Sariha: Ya Allah, Tinta, sabar Tinta, sabar. Kedengaran Kak Sariha sebak di hujung talian. Kak Sariha: Sebab Allah sayangkan Tinta, sebab tu Allah selamatkan Tinta dari lelaki macam tu. Pasti, Tinta pasti akan jumpa dengan orang yang lebih baik dari dia orang semua. Akak doakan. Saya: Kak Sariha, saya penat. Saya letih macam ni. Saya lemah. Saya nak peluk akak. Kak Sariha: Tinta, tenang ya. Nanti balik akak peluk Tinta. Tinta jangan macam ni kan ada surgery kejap lagi. Setelah keadaan reda, saya tamatkan perbualan dengan Kak Sariha. Terasa kekuatan Kak Sariha sedikit membantu. Saya tak mampu menghentikan esakan saya. Pintu bilik dibuka. Doktor dan jururawat melangkah masuk. Sedaya-upaya saya mengawal perasaan dan berlagak tenang. Harap doktor tak tanya kenapa mata bengkak dan merah. Lepas minor surgery saya balik ke pejabat. Saya cari Kak Sariha dan memeluknya. Saya menangis dalam pelukannya. Seperti ibu memujuk anak, Kak Sariha mendakap saya erat lalu mengusap belakang saya serta membisikkan kata-kata perangsang. Saya teringat Kak Fatimah. Jika dia masih bekerja, pasti dia saya cari dan adukan kepadanya apa yang berlaku. Kak Fatimah pendengar yang baik. Pasti saya huraikan segalanya kepada dia. Terasa terhambur keluar beban perasaan saya. Terpujuk hati saya dek kata-kata semangat Kak Sariha. Kak Sariha: Jangan sedih-sedih. Jangan fikir sangat pasal dia. Dia tak layak untuk Tinta fikir dan tangisi. Akak tak nak Tinta jatuh sakit macam hari tu. Lebih kurang jam 3.00 petang, personal Whatsapp berbunyi: 'Done your surgery?' Whatsapp dari dia. Saya sedih kembali. Dia ni tak ada perasaan bersalah ke? 'Done.' Saya tak berhasrat nak berbalas whatsapp dengan dia. Tunang orang! Jangan dilayan! Tiga hari kemudian: 'You, salah I ke kalau I bertunang you?' Dia Whatsapp saya. 'I tak kata pun salah?' Saya harus keras dan tegas. 'Suka hati you la. Diri you. Tak ada kena-mengena dengan I.' Tak payahlah nak bermanis mulut dengan saya. Pergi jelah! Kau nak pergi sangatkan? 'You macam marah I je?' Hmmm... Baguslah kalau rasa. Gumam saya dalam hati. 'Siapa I nak marah you?' Balas saya acuh tak acuh. 'You, percayalah, semua ni bukan kehendak I,' Kenapa mesti terangkan kat saya eh? Saya berfikir sendiri. 'Kehendak you ke, tak ke, benda dah jadi,' Saya bengang. 'You tak faham.' Katanya. 'Faham, you kan kena ikut cakap adik you. Mak you pun suka dia, you pun suka dia,' Entah apa-apalah lagi yang kami bebalas whatsapp. Mungkin nak meraih perhatian saya. Ada juga dia menduga macam tak nak ganggu saya lagi. Saya kata terserah. Memang saya tak berniat pun nak terus berhubung dengan lelaki macam ni! Akhir sekali: 'You tak boleh fikir ke you, kalau sorang perempuan, ambil berat pasal you, edih bila you sedih, happy bila you happy, alert semua tentang you, boleh budget you sampai ke destinasi berapa jam, wish you safe journey walaupun pukul 4.00 pagi. You tak boleh rasa ke semua tu?' Saya tak malu untuk mendedahkan perasaan saya padanya. Sebab sebelum saya berlalu, biar dia tahu. Dan biar dia ingat sampai mati, yang dia pernah mempermainkan sekeping hati yang tulus. Biar dia ingat sampai mati, yang dia pernah mencampakkan cinta tulus ke tepi. Dan dia takkan dapat cinta ni kat mana-mana sekalipun dari tunang dia. Malam tu, dia datang jumpa saya di pakir kereta rumah saya. Lama kami berbincang. Berbicara dari hati ke hati. Perkara yang tak pernah saya buat. Saya: Tak apa. I faham kenapa you reject I. Sebab I ni tak setaraf dengan you. I tak sempurna. Itu je sebenarnya. Dia: Bukan macam tu you. Ya Allah, I tak bermaksud macam tu. Huh, tak payahlah nak cakap Ya Allah bagai, memang itu pun sebenarnya kan? Sebab tu la masa jumpa mula-mula kau macam suka kat aku sebab kau rasa tak ada perempuan nak kat kau. Lepas tu bila ada perempuan tergedik-gedik, kau mulalah cari alasan. Saya dah masak benarlah dengan perangai lelaki ni!

Sunday, August 26, 2018

Sakitnya Bila Cinta Ditolak 2

Masa tengah cakap kat telefon tu, saya nangis dalam diam. Dia tak tahupun. Dan saya mula rasa dia berubah. Whatsapp pun tak macam dulu. Saya whatsapp pun susah balas. Kalau balas pun, tak semesra dulu. Saya semak diri saya. Adakah apa-apa yang saya silap? Tak ada. Kami tak bergaduhpun. Ada ke apa-apa yang kurang? Rasanya, saya cuba buat yang terbaik. Ambil berat tentang dia, even kalau dia nak ke mana-mana 4.00 pagipun saya bangun semata-mata nak wish safe journey kat dia. Lepas tu boleh ngam-ngam dia sampai kat tempat tu, saya tanya dia dah sampai ke belum? Saya, kalau saya mula mencintai, saya akan buat sehabis baik. Saya akan jaga orang yang saya sayang. Saya akan selalu ingat dan rindukannya. Saya tidak pernah lokek menunjukkan kasih sayang saya. Bagi saya, cinta itu harus ditunjuk, supaya tiada sangsi di pihak pasangan. Belum sampai tahap saya melafazkan sebab saya sendiripun tak tahu dia anggap saya apa. Cuma di pihak saya, saya mula menerimanya sebagai seorang yang istimewa. Suatu hari, dia bagi tahu saya yang dia nak ke Indonesia, selesaikan masalah persekolahan anak saudara dia. Saya OK je. Dia seorang yang bertanggungjawab kepada keluarganya. Katanya, family dia ada problem. So, dia kena bantu. Dia bagi tahu saya waktu penerbangan dia. Macam biasa, saya wish dia. Saya dah tak nak tengok dia online ke tidak. Nanti saya fikir bukan-bukan. Malam tu, lebih kurang jam 1.00 pagi, saya terima panggilan dari nombor dia. Panggilan biasa, bukan whatsapp. Belum sempat saya jawab, panggilan tu mati. Saya risau kalau dia dalam kesusahan. Saya cuba hubungi dia balik. Dapat. Apa yang memeranjatkan saya, bunyi nada yang saya dengar adalah nada dalam negara. Bila kita call orang yang di luar negara, bunyi nada dia berbeza. Tapi tak tahulah kalau tiori tu salah. Dia tak jawab call saya tapi whatsapp dia online. Saya tanya dia, dia OK tak? Kenapa tak jawab call saya dan kenapa call saya tadi? Bila saya sayangkan seseorang, saya akan risaukan dia. Saya boleh menangis bila dia susah dan ketawa bila dia happy. Dan saya pernah menangis kerana dia susah. Dia tahu hal tu. Maksud saya, dia tahu saya menangis bila dia ceritakan kesusahan dia atau masalah dia. Whatsapp saya dia tak balas. Malam tu, saya gelisah memikirkan dia. Saya tengok tiket penerbangan airline yang ada di Malaysia. Ada tak penerbangan waktu dia cakap tu? Tak ada. Habis, dia naik penerbangan mana? Hati saya mempertikaikan kejujuran dia. Saya pujuk hati saya, mungkin penerbangan Indonesia atau lain-lain penerbangan kot. Pagi esoknya saya try call dia, panggilan tak bersambut. Nada masih seperti malam tadi. Saya cuba call dia lagi tapi dalam waktu yang dia beritahu saya penerbangan balik. Pelik, macam mana dalam penerbangan boleh dapat pulak saya call? Tak off handset ke? Saya whatsapp dia bila tengok dia online. Saja berbasa-basi tanya dia OK ke tak. Dia kata OK. Saya tanya, kata flight pukul 11.30? Dia kata nak off phone dah ni. OK, whatsapp saya tu sent. Saya saja tengok whatsapp tu beberapa ketika kemudian iaitu kalau dia betul dalam penerbangan balik, dia mesti takkan baca whatsapp saya atau online whatsapp dalam masa tu. Tapi memeranjatkan lagi, last seen dia jam 12.30 kot. Kalau betul dia naik flight, dia takkan buka phone waktu tu. Saya bengang. Dia ingat saya bodoh sangat ke dia nak tipu saya macam tu? Dia kat mana sebenarnya? Dalam group, kami bersembang tentang something. So, saya ambil kesempatan tu untuk cakap pasal tipu. Saya cakap, saya bukan bodoh untuk ditipu. Adalah kawan-kawan lain bagi respon. Dua minggu lepas tu, saya cuba dapatkan penjelasan dari dia. OK, dia buat drama pulak. Dia banyak masalah, pening nak fikir, saya pulak buat perangai. Saya layankan aje. Boleh pulak bila saya tanya dia naik flight apa dia lupa. Katanya bukan dia beli tiket. Habis tu, setiap airline kan counter dia berbeza? Lepas tu, kami baik balik. Sebelum puasa, dia minta saya datang KLCC sebab dia nak cerita panjang dengan saya. Saya suruh dia cerita melalui whatsapp. Katanya nak cerita depan-depan. OK, lepas office janji nak jumpa. Tiba-tiba dia call saya. Cakap tak jadi. Kena replace boss dia pergi event. Tak apalah, takkan nak nangis hentak-hentak kaki pulak tak bagi dia pergi event? Urusan kerja pulak tu. Bulan puasa, dia kejut saya bangun sahur. Bukanlah hari-hari. Kadang-kadang, dia wish kat saya selamat berbuka puasa. Mestilah saya balas. Masa raya, dia minta maaf kat saya atas semua salah dia. Sayapun macam tu jugak. Tapi saya cakap dengan dia, tolonglah, lepas ni, jangan buat saya susah hati. Jangan buat saya fikir bukan-bukan. Dia kata, dia cuba. Naik cuti raya, saya cuba whatsapp dia. Sepatutnya dia dah masuk kerja. Tapi whatsapp tak delivered, call tak dapat. Dia ke mana? Ada apa-apa berlaku ke? Tak pernah dia macam ni. Saya risau. Banyak jugak whatsapp saya hantar. Satu petang tu, dia balas. Dia kata dia kat Kedah. Saya tanya buat apa? Dia tak jawab. Tapi dia beritahu saya dia pergi dengan family bagi menjawab soalan saya dengan siapa. Demi membaca dia kat Kedah, hati saya berdebar hebat! Saya cuba tenteramkan hati saya tapi tak mampu! Hati tetap berdebar bercampur sedih, sayu, curiga dan macam-macam perasaan melanda. Saya istighfar banyak-banyak. Kenapa ni? Seakan-akan ada yang memberitahu saya yang dia pergi kahwin atau bertunang dengan mama Icha yang saya tak tahu nama tu.

Sakitnya Bila Cinta Ditolak

Mood nak bercerita tentang hati dan perasaan. Korang layankan jelah. Tak payahlah membawang pulak. Kalau tak suka, jangan baca. Masa saya sedang sakit putus cinta dulu, hahahahahahahahaha... Saya berkenalan dengan seseorang. Tak payahlah saya cerita kenal kat mana. Entah kenapa, boleh jadi rapat pulak. Mula-mula biasa-biasa je. Tapi bila setiap hari dia whatsapp, almaklumlah, hati sedang dirundung duka so, lama-lama rasa kesepian tu terisi. OK, salah sayalah sebab dibuai perasaan. Dia siap cerita kat saya tentang hatinya sakit dicurangi, tentang kawan-kawan yang melukakan hati. Saya faham semua tu. So, kami saling menasihati. Daripada whatsapp, dia mula call saya. Pernah jugak ambil saya dari office dan hantar balik rumah. Bayangkanlah, dia pergi travel pun still ingat nak whatsapp saya kat Malaysia. Dia pernah ajak saya travel berdua dengan dia. Bila saya lambat jawab, "You, you dengar tak apa I cakap ni?" "Dengar." "You macam tak sudi je nak temankan I travel?" Katanya berjauh hati. "Insya-Allah, kalau kena pada masanya, I ikutlah you," Mana boleh janji. Segan dan takut jugak nak travel berdua dengan orang baru kenal. Saya suka dia sebab dia lembut, pandai ambil hati, romantik dan pandai tegur saya dengan halus bila saya salah. Kami berhubung selama beberapa bulan. Dia pernah ajak saya ikut family day keluarga dia. Tapi saya ingat pesan mama dan mummy, anak dara yang tak ada ikatan tak manis bertandang ke rumah orang. Apa lagi ikut family orang pergi bercutikan? Saya menolak dengan lembut. Dia boleh call saya lagi walaupun depan adik dia. Kadang-kadang dalam group saya cakap saya tak ada semangat, dia boleh PM saya 'you tak ada mood sebab I ya?' Lama-kelamaan, dia mula kurang whatsapp. Kalau saya whatsapp pun, jawab sepatah sepatah je. Macam tak berminat. Baiklah, saya rasa, saya perlu buat sesuatu! Ya buat sesuatu iaitu, lupakan dia! Sebelum saya jauh kembara dengan perasaan sendiri, baik saya stop semua ni. Sayapun mula menjauhkan diri. Tiada lagi saya hantar whatsapp kat dia seperti selalu kalau dia tak whatsapp saya. Dia whatsapp pun, saya jawab biasa-biasa je. Tak perlulah nak tunjuk kasih sayang sangat. Nampak macam orang tak berminat dengan kita. Lagipun, kita ni siapa? Bila beberapa hari saya tak whatsapp, dia whatsapp saya setelah tengok saya aktif dalam group 'Assalammualaikum orang sombong,' Saya tanya dia siapa sombong? Dia macam tahu saya berjauh hati. Dia kata, saya boleh whatsapp dia anytime, kalau lewat balas maknanya, dia busy. Bila tak busy, dia akan balas. Baiklah, saya ikut rentak dia. Memang betul, kadang-kadang bila dah free baru dia balas. Tapi saya musykil, kenapa whatsapp dia online? Berbaik sangka, mungkin balas whatsapp penting urusan kerja. Bila saya rasa dia lain, saya cakap 'you, kalau you jatuh cinta kat siapa-siapa, you bagi tahu I eh?' 'Kenapa?' 'Saja nak tahu,' ''I memang dah ada someone,' Demi membacakan whatsapp tersebut, air mata saya bergenang, tangan sejuk dan lutut saya lembik untuk berdiri. Tak apalah. Allah tahu apa yang terbaik. 'Siapa?' Saya gagahkan jari untuk menaip. 'Adalah' Lama-lama dia cakap dengan saya, 'You dah lupa eh apa I cakap kat you?' 'Apa dia?' 'I kan dah tak percayakan perempuan? Tak adalah nak bercinta dah' 'Ya ke? Tapi I tengok you macam dilamun cinta je?' 'Cuba you cakap kat I, kalau I dilamun cinta nanti, kenapa?' 'I akan pergi jauh dari you.' 'Kenapa?' 'I tak suka perempuan lain whatsapp-whatsapp my boy friend. So, I takkan buat benda tu.' 'Tapi kitakan kawan?' Ya Allah, dia anggap saya kawan je? 'Sebab kawanlah kita tak boleh selalu whatsapp. You kenalah jaga hati your love,' Selang beberapa lama, saya tanya lagi soalan sama memandangkan dia ada keluar dengan sorang perempuan. Dan perempuan yang dia keluar tu dengan sorang lagi perempuan, janda beranak satu ikut dia pergi family day. Masa tu, saya whatsapp dia tak balas. Balik dari family day pun, dia still tak balas whatsapp saya. Malah, selang beberapa hari, dia tak whatsapp saya macam selalu. Hati saya rasa tak sedap. Saya masih menerima jawapan sama untuk soalan sama. Banyak kali saya tanya dia tentang hal ni. Saya tanya dia, siapa Rina yang selalu keluar dengan dia tu? Katanya, kawan baik dia yang dah lama dia kenal. Siapa pulak mama Icha tu pada dia? Katanya, pun kawan. Tibalah satu hari, saya rasa sungguh tak sedap hati bila dia kata, dia nak ke Kedah, nak tengok tanah untuk business jagung dia. Saya tanya, kenapa jauh sangat nak buat projek tu? Katanya, tanah tu tanah business partner dia. "Tanah siapa? Mama Icha?" Tanya saya curiga. "Ha'ah, mana you tahu?" Tanyanya peik "I boleh agak. You pergi berdua je ke dengan dia?" Sebaik mungkin saya sembunyikan gejolak hati saya. Bukan tak suka tengok orang kita sayang memajukan diri tapi rasa macam ada yang tak kena. Saya sering dengan soalan saya. Dia pernah cakap, kalau ada pun dia takkan cakap sebab dia tak nak kehilangan saya. Huh! Dasar tamak kasih sayang dan pentingkan diri sendiri. Ingat, orang tamak selalu rugi!

Bicara Tentang Cinta

Mood jiwang dah datang hahhahaha... Saat yang paling indah adalah saat ketika jatuh cinta. Tapi ianya menyiksakan tatkala cinta kita ditolak. Kita cuba untuk beri yang terbaik, tapi kasih kita dipandang sepi oleh si dia yang tak tahu menilai. Saya pernah rasa semua tu. Bukan setakat saat jatuh cinta, saat ditinggalkan pun dah rasa. Lebih dari itu, saat cinta ditolak pun pernah rasa. Sakit, ianya sangat menyakitkan. Nantilah, kalau rajin, saya akan ceritakan detik-detik penolakan cinta saya oleh seseorang.

Mimpi Di Tengahari

Tengahari tadi, masa baca novel, saya terlelap. Entah apa hal pulak mimpi dia yang dah pergi? Kacau jelah. Rindu? Tak rasa rindu pun. Kalau diberi pilihan untuk mengulangi kisah cinta bersama dia, jawapan saya tidak. Cukuplah sekali dia mempersiakan saya, mencampakkan cinta saya ke tepi seolah tak berharga langsung! Bila saya mencinta, saya akan mencintai sepenuh hati. Memang sukar untuk saya lepaskan. Tapi bila saya dah lepaskan, maka pergilah, jangan menoleh lagi! Apabila saya belajar melupakan, setelah berjaya, saya takkan berpatah balik. Kalau dah Facebook pun saya blok, memang saya tak nak ada kena-mengena dah dengan dia. Mohon berubahlah, usia pun dah tua kan? Esok lusa dah nak balik ke alam abadi. Kalau asyik nak berfoya dan mencari cinta, tak ke mananya.

Assalammualaikum Jodoh

Assalammualaikum awak. Saya doakan awak sentiasa dalam jagaan Allah dan baik-baik selalu. Entah kenapa, hari ni saya rasa terlalu rindukan awak. Mungkin kerana novel-novel cinta yang saya baca menyeru rindu ini bertandang. Namun, saya tak tahu ke mana rindu ini harus dilayarkan kerana saya tak tahu awak siapa dan di mana keberadaan awak. Lalu, saya pendamkan rindu ini sampai ketikanya kita ditakdirkan bertemu. Agak-agaknya, awak rindukan saya tak? Agak-agaknya rindu ni turut menyerang awak tak? Jauhnya perjalanan awak untuk bertemu saya. Awak kat mana sebenarnya? Awak tak kesiankan saya ke? Saya tak ada teman untuk berbicara, untuk meluahkan apa yang saya rasa, untuk berkongsi suka dan duka. Tak apalah. Saya akan terus tunggu awak. Saya yakin, awak mesti dalam perjalanan untuk bertemu saya. Cuma kita sama-sama dirahsiakan tempat dan waktu pertemuan kita. Sementara tunggu awak datang, saya jalani dulu kehidupan saya. Nanti, awak datanglah. Datanglah sebagai seorang yang bertanggungjawab, baik akhlaknya, pemimpin yang berwibawa, yang kaya dengan cinta dan kasih sayang. Saya tunggu awak tau. Okay lah, saya nak solat, nanti saya tulis lagi. Nanti bila jumpa, saya akan bagi awak baca semua ni.

Dari Pandangan Saya Yang Kerdil

Masih lagi dalam mood nak bercerita pasal forum semalam. Dalam banyak-banyak presentation, presentation berkenaan talking ATM Machine from India tu yang saya nantikan. Aspectation to that guy memang tinggi. International la katakan, mesti hebat! At least, datang dengan slide presentation! Tapi, saya hampa. Tak ada slide presentation sedangkan target audience hari ni adalah bankers. Bankers tu orang yang nampak, so they need a slide to see. Biasalah, orang nampak ni, belajar dari penglihatan. Kalau dia nak fokus pun mesti ada something yang dia boleh tengok. For me, the way blind present their presentation melambangkan imej blind keseluruhannya. Tambah pulak dia present benda penting kot, Talking ATM Machine. How they fight and how their government support this issues to be rectified? Mendengarkan presentation dia, banyak slide yang boleh tayang sebenarnya. Tambah menyedihkan, he wanted to shows how the Talking ATM Machine function, saya mengharapkan video yang keluar. Tapi dia just bagi dengar audio sedangkan, audio dimainkan dengan laptop dan projektor. Apalah salahnya, kalau dia buat video? Video pendek menggunakan handphone pun jadilah. Again, orang nampak ni belajar dengan mata bukan dengan telinga. Kalau semua blind dalam tu OK la bagi dengar audio! Tapi organizer pun tayang the demonstration of the use of Talking ATM Machine from Singapore, pun audio jugak, bukan video. Hadoi, target participance siapa sebenarnya ni? Lepas tu, lama sangat that guy ni bercakap. Certain things tu tak related pun dengan tajuk dia. Hmmm... Tak tahulah. Dia ni buat rangka ke tidak apa dia nak cakap? Maaflah, saya bukan suka-suka nak complain, tapi kita ambil pengajaran supaya presentation yang kita buat menarik untuk semua orang serta tersusun. Saya nak tengok semua blind hebat dalam presentation dia orang. Biar presentation tu sama macam orang nampak. Barulah dia menimbulkan rasa wow! di kalangan audience yang nampak. Ada juga penceramah yang kurang bertenaga dan keyakinan sewaktu menyampaikan presentation. Saya rasa masalah membaca teks dalam braille tak boleh dijadikan alasan. Ingat point dan cakap spontan tu lebih baik. Atau kalau perlu jugak menggunakan teks braille, request awal-awal dari penganjur stand mic or clip mic. Supaya presentation tu nampak lancar. Yelah, mungkin present in english tu perlukan teks untuk dibaca so, itulah penyelesaian terbaik bagi saya. Request awal tu beberapa hari sebelum bukan sebelum forum baru request. Aura penceramah tu penting untuk memberi tenaga dan semangat kepada audience untuk mendengarnya. Satu lagi, rangka program pun kena betul. Kalau boleh, elakkan pengulangan isi. Presenter first cakap benda ni, datang second presenter pun cakap benda sama, third presenter pun benda sama. So, orang pun hilang tumpuan. Saya rasa semua orang bertanggungjawab untuk buat program tu menarik walaupun dah banyak kali orang dengar benda sama yang dia cakap. OK la, cakap banyak nanti orang marah pulak. Saya bukan nak kondem orang. Tapi itu komen ikhlas saya sebagai audience. Korang mesti bengangkan kalau korang present orang tak bagi perhatian? Ini juga peringatan dan pengajaran bagi saya.

Kenapa Saya Diam?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Macam mana weekend korang? Is it OK? Saya? Kat rumah je baca buku. Sejak-sejak dah pandai beli buku kat Google Books ni semakin banyaklah saya membeli. Petang ni habis baca Kekasihku Jangan Marah. Ingat dah tak nak beli dah. Lepas tu terjumpa pulak buku Muhammad Alfateh Penakluk Konstantinopel, beli lagi. Hahahaha... Rasanya pembelian kali ni lebih bermakna sebab buku bercorak ilmiah. So jangan nak enjoy je. Bak kata En. Fairuz, untuk menjadi bijak, kena banyak membaca. ****************** Semalam saya hadiri satu forum berkaitan Bank Accessibility. Tak banyak bezapun dari forum yang saya hadir tahun lepas. Bezanya kali ni ada presentation from JPOKU representative and someone from India presented about talking ATM machine. Macam biasalah, dah namanya forum, mesti ada soal jawabkan? But, before the Q&A session, I was frustrated when I know, hanya ada tiga representative from bank attended this forum. Lagi membuatkan saya frust, dua daripadanya datang atas inisiatif sendiri, bukan mewakili bank mereka! So, nak bincang apa kalau macam ni? This is not a first time forum. If first time, I still can accept it! Ingat ni forum suka-suka ke? Ke forum shok sendiri? So, releven lagikah forum ni? Tambah pulak forum ni hari Sabtu. Sebelum datang pun saya dah fikir, ada ke representative from bank? So, tak guna cakap banyak. Membazir air liur! Lagipun ramai lagi orang yang boleh cakap dan berpengalaman. Biar dia orang cakap jelah! Saya bincang-bincang dengan Mr. Loh, then dia cakap true microphone. However, I appreciated the effert from NCBM yang buat forum ni. Cuma saya sedih dengan penerimaan bank-bank Malaysia. Bank Negara tak ada wakil, Persatuan Bank pun tak ada wakil, supplier ATM machine pun tak datang! Kalau saya nak cakap, biar related person ada. Puas hati, boleh saya hentam dia orang. Macam 2 years ago, saya bertekak dalam meeting dengan CEO Persatuan Bank Malaysia. Itu baru puas hati! During lunch time, Beberapa orang tertanya-tanya, if I still there? Or dah cabut??? Hahahaha... Dia orang tak dengar suara saya, so dia orang ingat saya dah lari awal kot. Cepat-cepat saya jawab, saya ada. Then, they are wondering, why I just keep quiet during the forum? Masa Miss Chin tanya, saya cakap saya malas nak cakap. Mr. Wong and his wife, Christina also ask me the same question. Saya gelak je. Then I told them, Ramai orang boleh cakap, biarlah dia orang cakap. Mr. Moses also ask me, "Why you are so quiet today?" Saya gelak. "Let other people talk," "I know her, she is very fears one," Mr. Moses bagi tahu saya garang dan dia tahu sangat saya macam mana kepada tablemate dia yang makan dengan dia. Hahahahha... Mr. Moses pun tahu saya garang? Ni mesti dah tengok dalam meeting di Kementerian Pengangkutan dan Rekabentuk Sejagat ni. "Hei, why you are so quiet?" Tanyanya lagi. "Tak apalah, saya jadi baik hari ni. Yang datang pun bukan orang sepatutnya. Kalau MOT, DBKL, tu saya garang. Sebab orang dia ada," Kenapa saya diam sebenarnya? 1. Tak ada person in charge datang. 2. Apa lagi nak komen? Orang lain dah cakap, cukuplah apa yang dia orang cakap. Tak perlu saya nak ulang benda sama. Saya tak suka repeatation! So, saya pun tak bolehlah buat benda saya tak suka. Nanti kalau saya cakap jugak, seolah saya ni tak ada modal, tiru orang lain cakap. Kan nampak saya bodoh. Hahahaha...

Thursday, August 23, 2018

The Worse Website Ever!!!

OK, nak lepas geram kejap! Saya try nak order Mc D melalui desktop dan handset. Yang dekat PC asyik suruh update alamat. Kalau orang dah tak update, maknanya, alamat samalah nak guna! Dekat buku alamat tu tak ada button kemaskinipun. Yang ada hanya tukar atau tambah alamat. Tukar pun sama, tambah pun sama. Dah buat proses dia kata penghantaran tak boleh buat kat address tu. Padahal dah berzaman budak office ni order Mc D. Beralih ke phone pulak, OK, boleh pilih menu. Lepas tu cakap order tak cukup. OK find! Saya tambah menu. Yang bengongnya Mc D ni, masa kita tambah menu, kat troli keluar dua items. Bila kita masuk dalam troli nak bayar, satu hidangan je ada. Harga tak bertambah, yang saya dah tambah tadipun hilang entah ke mana. Banyak kali saya try. First, saya ingat saya yang bodoh, tak reti guna website dia. Ni nak kena panggil untuk perbincangan ni, menyusahkan orang! Yang best tu, suruh kita tonton video panduan tapi video tak ada. Suruh Kak Sha try pun video tu tak ada. Video celah bedah mananya? Iiii... Tak memasal saya hot tengahari ni! Dia tak nak susahkan staff dia ambil order melalui phone, dia susahkan customer. Kau ingat, kau boleh untung besar ke menyusahkan orang ni????? So, hari ni kenalah keluar cari makan! Dahlah orang lapar ni! Kalau tak lapar, OK je tunggu balik rumah petang karang. Masak tomyam pun best jugak. Masalahnya nak makan lunch!

Jangan Cepat Buat Kesimpulan

Hahahaha... Hari ni tajuk entri semuanya jangan. Nasihat, bukan apa. Ingat lagi tak saya pernah post pasal kawan yang cakap dia rasa saya lebih gemuk dari dia? Masa tu, saya rasa down sangat. Gemuk sangat ke saya ni? Bebudak office kata, saya OK je, mana ada gemuk! So baru-baru ni kami tinggal sebilik. Dah namanya kawan baikkan? Kalau tak puas hatipun kejap jelah. Dan saya bagi reaksi muka teruslah. Tapi kami ni kalau tak puas hati kejap je. Marahpun lima minit lepas tu baik balik hahahaha.... Masa tu, saya baru lepas pakai baju. Ingat lagi hari tu saya mengenakan blaus dan seluar slack. Hadisah: Eh, solidnya badan kau? Saya senyum. Mestilah rasa puas sebab orang yang kutuk kita akhirnya terpaksa mengaku bahawa keadaan sebenar adalah sebaliknya. Saya: Hari tu, kau cakap aku gemuk sebab aku pakai baju kurung nenek aku. Baju tu besar, bukan saiz aku. So nampaklah aku gemuk. Kami ketawa bersama. Hadisah: Ha'ah Tinta, macam mana kau solid ni? Saya: Ala, yang penting jaga makan, Lagipun aku pakai gurdile dah lama sejak tahun 2013 walaupun gurdile murah. Lagi satu, jangan lupa senaman. Berenang tu paling elok. Gurdile tu memang berkesan untuk bentuk tubuh kita. Hadisah: Senaman tu lemah sikitlah. Saya: Hei, nak cantik kenalah. Kau pakai apapun, makan supplement apapun, senaman tu tetap kena buat. Hadisah: Aku rasa aku ni dah tak boleh kurus dahlah. Ni je had kekurusan aku. Sebab aku kan dah beranak tiga. Saya: Cubalah kau senaman pulak. Hadisah ni pakai gurdile mahal, Premium Beauty. Tapi dia baru pakai hujung tahun lepas. Memang sayapun teringin nak pakai gurdile mahal tu. Tak payahlah saya beli gurdile setiap berapa bulan sekali. Life waranti kot. Tapi komitmen saya pada benda lain masih tinggi. So, kita pendam jelah dulu hasrat tu. Nanti kalau dah OK, kita beli. Disah kata nak bayar bulanan pun boleh. Masalahnya, bulanan saya tu yang banyak. Nantilah ya. Insya-Allah, ada rezeki saya beli. Nak survey dulu antara Premium Beauty dan Alken, mana lebih elok. Hadisah ni bukan setakat pakai gurdile mahal, supplement pun boleh tahan mahal. Maklumlah, dia berniaga, mestilah kena pakai dan makankan? Barulah boleh cerita kat pelanggan. Bagi saya, mahal atau murah sesuatu produk tu kalau sesuai, kita kena konsisten. Janganlah sekejap makan sekejap tidak. Sekejap pakai, sekejap tak. Tun Mahathir tu makan vitamin kat farmasi biasa je. Tapi dia punya sihat, tak macam orang umur 93 tahun. Saya? Saya makan jugak supplement dan jamu. Nanti ada masa saya update supplement dan jamu yang saya makan. Apa salahnya kita berkongsikan?

JanganSuka Membawang

Assalammualaikum semua. Selamat pagi! Nasib orang tak balik kampung, so bekerjalah kita hari ni. Hahahaha... Yang penting hadir ke pejabat dengan semangat dan keceriaan. Betul tak? **************** Saya pasti, ramai yang tahu istilah membawang ni. Kalau yang tak tahu tu, membawang tu mengata orang. Mengumpat dan yang seumpama dengannya. Kenapa istilah dia membawang? Saya tak tahu kenapa. Tapi pada logic saya, makcik-makcik yang buat kerja rewang, sambil-sambil potong bawang, cili dan sebagainya mengumpat orang. Sebab tulah jadi istilah membawang kot. Tapi... Bukan perempuan je tahu membawang tau, lelaki pun pandai membawang. Adalah sorang ni, jantina dirahsiakan hahahahaha... Dia memang suka membawang. Kat depan, bukan main baik lagi kau! Kat belakang, apa yang kita cakap dengan dia sebagai nasihat pun dia kondem. So lepas ni, tak akan ada lagi peringatan saya bagi kat dia. Tak ada nasihat-nasihat dah. Lantak kau! Kau nak terbalik, terlingkup, menjalar, lantakkan kat situ! Dia ni suka mengata orang. Orang tu tak kena. Orang ni perasan. Orang sana tak patut. Orang situ... Alah, orang ni segala macam yang tak eloklah. So, dek kerana dia yang suka membawang hal orang, baru-baru ni, ada sorang dua kawan cakap kat saya yang mereka nak tengok orang tu. Apa yang dia nak buat? Macam mana dia nak mengemudi sesuatu tu. Dia orang nak tengok kredibiliti orang sebagai .... tak payahlah saya cakap sebagai apa. Nanti orang dapat teka pulak kan? Yang baca blog saya ni pun ramai jugak yang suka membawang. Saya tengokkan je. Baca blog saya lepas tu membawang kat belakang. Blog saya, suka hati sayalah. Kalau korang tak puas hati, buatlah blog sendiri. Tulislah apa korang nak. Dan tak payah datang blog ni. Hahahahaha... Esok kalau saya dah tak tahan, saya letak pass word je kat blog ni. So, pesan saya kepada yang suka membawang tu, jaga kerja sendiri dan hal sendiri elok-elok. Kalau kerjapun tak seberapa, jangan sibuk nak membawang orang. Saya tahu sangat dah kerja dia macam mana. Tapi malas nak mengata atau bagi tahu orang pasal dia. Nanti kalau kita sibuk membawang pasal orang, nanti orang nak tengok pulak kerja kita. Macam dia tu sekarang nilah. Hahahaha... Rasakan, siapa suruh cakap pandai? Membawang je kerjanya. Tapi kat depan, amboi, baik sangat. Pijak semut pun tak mati. Ramai orang tunggu nak tengok hasil kerja dia.

Wednesday, August 22, 2018

Flos Gigi Yang Besar

Kelakarlah dengan Chiko ni. Dia dah faham kot saya tak bagi dia tidur dulu. Saya sentuh je kepala dia, dia mesti cepat-cepat angkat kepala dia. Nak bagi tahu saya yang dia belum tidur kot. Tapi dia tetap setia teman saya. Tak bergerakpun walaupun saya kacau dia tidur. ________________________ Saya pernah tulis tentang rawatan gigi kat sini. Dan saya pernah tulis pasal doktor cadangkan agar setiap orang flos gigi pada setiap hari. OK Doktor Azizah, dua minggu lagi kita jumpa ya untuk pemeriksaan gigi berkala enam bulan sekali. Menyahut cadangan doktor dan kerana rasa sayang pada gigi, saya pun beli flos. Flos pertama saya beli, flos yang ada batang. Halus je benang dia tapi kalau tempat yang sukar susah sikit nak flos sebab dia ada kayu pemegang. Jadi kita tak boleh tarik flos tu terus keluar, kena tarik ke permukaan gigi. Kalau siapa yang biasa buat flos gigi, mesti tahu permukaan gigi tu lebih rapat dengan gigi sebelah berbanding bahagian bawah gigi yang sedikit renggang. Saya beli flos kedua. Balik try guna, apa hal, tak muat nak masuk celah gigi saya? Sudahnya saya bagi adik saya. Saya beli lagi flos ketiga. Kata sales girl Guardian, flos ni flos paling halus tanpa batang. OK, hati berbunga-bunga balik dengan harapan dapat flos gigi setiap hari. Susah jugak nak masuk kat celah gigi tapi saya paksa. Alamak, sekali nak tarik keluar, rasa ngilu dan sengal. Tak bolehlah. Nanti tak memasal gigi saya yang renggang pulak. Rapat betul gigi saya ni. Sudahnya, saya buat keputusan untuk tidak lagi membeli flos. So tak nak flos gigi ke? Flos. Mana boleh tak flos. Sehari tu dua tiga kali saya flos. Tapi saya tak guna flos dah. Saya guna benang menjahit. Benangkan halus. Benang pun susah nak masuk celah gigi saya. Tapi tak adalah sakit bila saya masukkan. Dan saya boleh tarik keluar di bahagian bawah gigi. Betul kata doktor, kadang-kadang kita rasa makanan tak masuk kat celah gigi. Tapi bila kita flos, ada je sisa makanan terselit. Saya pernah buat kajian, gosok gigi dulu kemudian flos. Sekali lagi saya terpaksa bersetuju dengan doktor Azizah. Walaupun kita gosok gigi, ada ruangan gigi yang tak dapat berus gigi bersihkan. Lepas gosok, bila flos pun still ada sisa yang keluar. So, sisa ni la jika dibiarkan akan menjadi plag gigi. Sisa ni akan mengeras serta melekat pada gigi kita. Bayangkan kalau kita bertahun tak flos, gelikan? Nanti 8 September, Doktor Azizah akan cuci gigi saya atau lebih tepat lagi, saya akan buat scaling gigi. Tak apalah berhabis. Yang penting gigi saya sihat. Nanti sakit beribu pulak saya kena belanja. Bercakap pasal gigi rapat ni, angah lagi teruk. Gigi dia sakit sebab terlalu rapat. So, doktor suruh dia potong gigi tu supaya ada jarak. Hahahaha... Macam-macamkan?

Teguran Saya Buat Nurul Izzah

Malam ni memang ada mood nak menulis. Korang bacalah kalau larat. Aurora dah habis buat kerja dia. Si Chiko sedang teman saya. Baring-baring kat sebelah ni. Tapi saya tak bagi dia tidur dulu sebab, kalau dia tidur sekarang, dia bangun awal lepas tu kacau saya tidur. Kalau dia tidur jugak? Saya akan kejut dia bangun hahahaha... Jahatkan? Sebenarnya dah lama saya nak tulis tentang ni cuma tak ada mood. Sekitar serbuan di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak Mei lepas. Nurul Izzah ada komen tentang serbuan tersebut mengatakan, serbuan dibuat pada jam 2.00 pagi tidak wajar dilakukan. Beliau dan keluarga pernah mengalami situasi tersebut. YB, please la, komen YB tu buat rakyat rasa tersinggung. Apakah wajar seorang YB yang kononnya memperjuangkan kebenaran tiba-tiba bersimpati dengan orang yang dituduh sebagai perompak negara? Saya percaya akan kredibiliti pihak polis. Mereka bukan suka-suka nak buat macam tu. Mereka ada prosedur mereka. So, duduk diam-diam. Tak payah nak merapu komen bukan-bukan. Janganlah kerana YB pernah rasa situasi tu YB keluarkan komen macam tu pulak. Seolah-olah ada personal interest. Oooo... Bila YB pernah rasa benda tu YB kata tak patut buat macam tu? Kalau YB tak pernah rasa, so YB rasa tak apalah ya? Saya harap sangat, wakil rakyat or menteri baru, janganlah menunjukkan kebodohan atau kelemahan anda kepada rakyat. Anda sedang diperhati dan dinilai. Sebelum keluar kenyataan, fikir dulu dan tanya pendapat orang lain. Jangan sampai rakyat kecil hati dan marah! Menyirap darah saya baca kenyataan Nurul Izzah ni. Awak tu pengamal undang-undang kot, takkanlah tak tahu prosedur polis? Bukan orang politik je polis serbu lewat malam, rakyat biasapun kena. Habis yang rakyat biasa tu tak kesian ke, YB???

Google Books

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Best ke korang beraya hari ni? Saya? Rasa macam cuti biasa je. Rasa macam bercuti kat resort pun ada. Apa taknya, cuti betul-betul berehat. Malam tadi makan nasi, so lepas Isyak terus tertidur walaupun sedaya-upaya tahan untuk tak tidur. Bangun kejap baca novel, tidur balik. Subuh pun terlepas. Lepas tu bangun basuh baju, jemur baju, lipat baju, kemas dapur kejap, tidur balik sampai jam 5.52. Begitulah dahsyatnya penangan nasi kepada saya. Masa makan memang best. Almaklumlah, orang Melayu, jarang-jarang dapat nasi, lepas tu siaplah. Rasanya kalau saya sakit, tak perlu makan ubat tahan sakit or ubat tidur, makan nasi, terus tidur. OKlah, bercakap pasal Google Books ni, saya baru berjinak dengan dia. Dah lama sebenarnya bila saya search something kat google, saya tengok ada suggestion tajuk dan Google Books Result kat belakang tu. Dua minggu lepas, bosan punya pasal, saya klik la kat tajuk Dia Menantu Rahsia Google Books Result. Alamak, baca sinopsis macam menarik. Saya pun apa lagi, try explore. Dia suruh saya sign in, kebetulan dah ada account google, saya sign in jelah. Lepas tu ada pilihan untuk beli E-Books, saya try tekan. Waaa... Dia minta detail pembayaran. Setelah memasukkan detail saya confirm. Yay!!! Saya dah beli buku tu. Seronoknyaaaaa... Saya baca tak ingat dunia. Dah habis tu, saya cari buku Bagaimana Menjadi Ginious Seperti Leonardo Davinci? Buku ni saya pernah jumpa kat library UiTM mada belajar dulu. Laaa... Tak ada E-books pulak. Takkanlah semua novel je dia jual? Saya nak jadi bijak ni hahahahaha... So mana buku ilmiah lain saya nak baca? Gagal ditemui, saya pilih untuk beli Novel Curahan Cinta Niagara. Sebenarnya saya tertarik pada tajuk novel ni. Niagara Falls la tu. Mesti cerita luar negara ni. Saya memang suka baca pasal negara orang. So saya berangan nak ke sana pulak. Curahan Cinta Niagara baru habis baca malam tadi. So nak baca cerita apa pulak eh? Jap lagi kita search. Best jugak hidup sorang ni kan? Boleh suka-suka nak tidur, nak baca buku, nak search internet, nak menulis, nak buat kerja rumah, nak main Chiko, semuanya ikut kepala saya sendiri hahahaha...

Pendapat Saya Mungkin Tak Sama Pendapat Orang

Saya akan menganjurkan satu program. Dan saya nak program saya tu, setanding dengan program orang biasa walaupun pesertanya OKU Penglihatan. Saya jugak tak nak program yang bosan. Apa yang penting, saya nak program saya tu, diadakan dengan objektif yang telah saya tetapkan. So, saya perlukan mereka yang benar-benar pakar dalam bidang tersebut untuk mengendalikannya. Saya paling tak suka, bila saya jemput jurulatih atau penceramah yang banyak cekadak. Kita nak macam ni, dia suggest benda lain. Kalau suggestion tu lagi better, I have no problem with it. Tapi kalau suggestion tu mengurangkan apa yang saya nak, memang peluang besar untuk saya reject dia. Masa perbincangan dulu, ada kawan cakap: Kawan 1: Kau tak nak panggil aku ke jadi penceramah? (Kawan 2 cepat-cepat menjawab) Kawan 2: Tak nak. Buat apa panggil kau, tak ada kelas. Saya tak tahu apa maksud dia. Mungkin satu sindiran buat saya kot. Saya: Tak adalah, saya nak orang bidang tu yang ajar. Kalau bidang bersesuaian boleh je. Saya mengawal suara saya untuk menuturkan ayat ni dengan lembut. Saya tak nak gaduh dengan orang dan tak nak sakitkan hati orang. Kita memerlukan kerjasama antara satu sama lain. So sebolehnya saya mahu elakkan rasa kurang senang sesama sendiri. Bukan bermakna orang biasa buat sesuatu benda tu dia pakar dalam bidang tu. Kenapa kita mesti nak rendahkan standard peserta kita? Mereka bayar, mungkin tak semahal orang lain pergi kursus tapi they deserve to get better from organizer. Janganlah bila pesertanya blind, kita nak bagi ala kadar je. Lepas tu nak panggil kawan-kawan je bagi ceramah. Saya tak suka cara ni. Bukan saya memandang rendah kepada blind, kalau bidang bersesuaian, dia memang pakar, saya tak ada masalah untuk jemput dia. Tapi kalau tak, lebih baik saya cari mereka yang benar-benar pakar sebab saya nak keluarkan duit yang banyak, kalau tak dapat apa yang peserta perlukan, tak gunalah kan? Lagi satu, bila kawan sendiri yang bagi ceramah, suasana tu lain. Sebab peserta dah kenal penceramah. Tapi kalau orang luar yang bagi, suasana tu lain. Bagilah peserta peluang untuk dapat kursus yang dikendalikan oleh mereka berkaitan. Dahlah nak kursus kat luar tu susah mereka nak involve, yang dalaman pulak, ala kadar je. Saya setuju ianya suatu cara menjimatkan budget. Pendapat saya, kalau nak buat, buat biar puas hati. Kalau semua nak jimat, dapat jimat jelah. Benefit untuk peserta kuranglah. Dalam modul kursus saya, saya dah gariskan pengisian kursus. At first, I tried to deal with government department. Sebagai langkah penjimatan. Saya cukup bengang bila governement staff tu cakap dengan saya, "Puan, kenapa lama sangat ya kursus ni? Saya rasa satu hari pun boleh buat," Ni buat saya marah. Kepala otak kau! Satu hari kau nak cover apa? Boleh cover semua ke yang saya nak? Saya bukan panggil awak datang ceramah dan membebel je kat depan tu. Peserta saya blind, saya nak praktikal. Biar dia orang rasa sendiri and experience it. Setakat nak bagi ceramah, nak bagi dia orang tidur dalam kelas sorry la ya! Tu bukan cara saya! Orang dah tak nak dah ceramah mulut macam tu. Bosan!!! Tak payah! Lagipun saya nak bayar kot, bukan nak suruh kau datang ceramah free! Peserta saya datang dari jauh! So what do you aspect? Dia orang datang pagi balik petang ke? Nampak sangat pemalas!!! Kalau malas duduk pejabat je, tak payah bagi ceramah or involve in training! Saya nak apa yang saya gariskan. Lain dari tu, saya tak nak! Saya rasa sangat bersyukur bila dia kata, date yang saya bagi pilihan semuanya tak free. Free pun akhir tahun. OK, bye byelah kau! Aku pun memang suka kalau kau tak free! Senang aku nak cakap dengan management! So sekarang ni, saya higher consultant. Memang mahal, tapi setakat perbincangan ni, saya puas hati. Saya cakap tiga hari dua malam, dia keluarkan jadual tiga hari dua malam. Adat orang berniaga, mestilah dia nak puaskan hati pelanggan. Saya kata saya tak nak ceramah je, dia dah propose kat saya penceramah dan jurulatih dia. Sijil segala semua dia yang buat. Saya hanya perlu sediakan pengangkutan, penginapan, makan minum dan hal berkaitan. Saya tak payah fikir dah nak jemput penceramah tu, penceramah ni. Bukan saya tak boleh buat, tapi kalau yang nak datang tu banyak songeh, saya menyampah! Jangan nak double standardkan kursus saya ya, saya tak suka! Sebagaimana saya mahukan yang terbaik untuk diri saya, macam tulah high demand saya untuk kerja saya dan program saya anjurkan. Saya tak nak program yang bosan! Saya pun nak kena hadap sama, malas saya nak stay kalau bosan, masalahnya I'm organizer, kalau hilang nanti orang mengata pulak. Kalau sesiapa pernah pergi program Be Your Own Bodyguard atau kursus pencegahan jenayah saya, haaaa... Macam tulah program yang saya nak. Saya nak semua orang enjoy masa kursus and learn something true experience. Bukan duduk dengar je. Nanti nak buat macam manapun tak tahu. Mohon korang doakan program saya dapat sambutan dan berjalan lancar ya.

Selamat Hariraya Aidil Adha

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Awal pagi update blog kau. Siapa suruh makan nasi? Kan dah tidur waktu tak sepatutnya. Peliklah. Dengan nasipun elegik. Hahahaha... Selamat hariraya Aidil Adha semua. Maaf zahir batin. Korang balik ke? Saya tak cuti pun. Just cuti kerajaan bagi hari ni sehari je.

Tuesday, August 21, 2018

Memang Takkan Puaskan Hati Semua Orang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Masa belajar dulu, saya selalu pakai baju kurung besar jatuh bahunya. Sebab malu nak melawa. Kak Ida selalu suruh saya pakai baju-baju cantik yang saya ada seperti kebaya nyonya. Tapi saya tak nak. Takut orang kata. Kak Ida kata, tak perlu fikir apa orang kata. Baju Tinta, suka hati Tintalah. Puas Kak Ida pujuk suruh saya ubah penampilan. Tapi saya tetap tak mahu! Penampilan saya dulu dan sekarang sangat jauh bezanya. Sebab tu kawan-kawan UiTM terkejut lihat saya sekarang. Mereka tak sangka saya boleh jadi macam sekarang. Bercakap pasal puaskan hati orang, memang susah. Hari tu, saya hadir ke satu majlis dengan kawan-kawan blind kebetulan saya lupa nak update kat FB. Bila saya nak update, gambar pun tak ambil. Sebab tak ada orang nak melayan saya ambil gambar. Hari tu ada orang tegur saya: Kawan: Bedak Tinta ni teballah. Blind ni memang suka bagi komen macam ni. Saya senyum je. Dah biasa sangat dengan orang macam ni. Ada je yang tak kena dengan mekap orang. Satu lagi orang yang tak mekap. Pun sama jugak. Habis, nak suruh saya pakai bedak dan foundation gelap ke? Time saya salah beli yang gelap, tak tegur pulak gelap. Kita kena tahu match warna kulit, warna foundation dan warna bedak untuk dapatkan keserian wajah. Saya: Tak adalah. Sukatan selalu saya pakai. Kawan: Memanglah tapi kulit Tinta gelap, bedak ni tebal. Bila tebal nampaklah beza kulit dengan bedak tu. Macam pakai topeng pulak. Hahahaha... Itu melampau tu, Kalau pakai topeng, maknanya warna foundation yang cerah sangat berbanding kulit. Saya ni bukan hitam ya, sawo matang je. Lagipun saya pakai tudung, so mana dia tengok perbezaan kulit dengan bedak saya tu? Leher tutup. Mungkin faktor penglihatan yang membatasi dia untuk melihat secara jelas dan keseluruhan mekap saya. Yang gelap kat pipi berbeza dengan bedak tu, blusher tau. Bukan kulit hahahaha... Saya: Saya ni dah selalu mekap dan inilah bedak harian saya. Sebelum keluar, saya dah Tanya orang dulu OK ke tidak. Kawan: Ya, tapi tebal. Saya senyum je. Maafkanlah dia. Dia rabun. Tak perlu risau dengan komen orang macam ni. Wife diapun bukan jenis orang yang mekap. Lantak kaulah. Malas nak layan! Satu lagi mungkin dia Nampak saya cerah hari ni sebab tudung hitam yang saya kenakan. Kawan-kawan Nampak selalu cakap, saya akan Nampak cerah dan lebih berseri kalau pakai tudung hitam. Warna hitam membuatkan saya Nampak cerah tidak seperti biasa. Cuma saya je jarang pakai hitam kerana bagi saya tu warna klise. Tak berwarna-warni. Saya pernah pakai mekap yang sama dengan tudung berbeza warna. Kawan kata, yang pakai tudung hitam tu memang Nampak saya cerah. Tudung satu lagi tu pulak mekap OK jugak cuma Nampak tak secerah yang tudung hitam. Saya ada beberapa warna tudung yang bila saya pakai ia mampu menambah seri wajah saya. So, hari ni saya pakai mekap sama, kenakan tudung kelabu gelap. Saya send gambar kat Kak Fatimah, dia kata OK je mekap saya. Saya Tanya Qilah, Qilah kata pun OK. Saya suruh dia tengok betul-betul sebab ada orang kata tebal, Qilah kata mana ada tebal? Habis nak pakai bedak macam mana? Takkan nak pakai warna gelap? Qilah kata kalau tak percaya, Tanya si Amjat yang puaka tu. Jap lagi akan minta komen dia pulak. Saya bukanlah orangnya menggunakan mekap untuk tutup wajah buruk saya. Saya pun bukan buruk sangat. Bukan saya tak pernah dipuji walaupun tanpa secalit mekap. Saya tak malu pun untuk keluar tanpa secalit mekap. Sebab kulit saya bukan teruk. Mekap tu sekadar penambah seri. Tak ada apa yang nak saya sembunyikan pada wajah saya. Sebab tu saya rela berhabis untuk skin care saya. Untuk menjaga kulit saya. Begitu jugak untuk mekap saya. Bila cuci mekap, saya ambil masa menyamai waktu mekap sebab untuk kesihatan kulit. Saya bukan macam orang lain pakai mekap tebal-tebal untuk tutup kekurangan kulit. Saya suka orang tengok kulit sebenar saya. Ada waktu-waktunya saya nak bebas mekap. So pergi office pun tak mekap la. Saya akan dengar cakap orang yang mata terang dan tahu pasal mekap dan fesyen je. Yang lain tu, malas layan. Kalau nak dengar cakap semua orang, jenuhlah nak tukar foundation dan bedak. Time salah beli foundation gelap tu tak komen pulak. Budak ofis la yang tegur dan ajar macam mana nak campur foundation tu agar dapat warna sesuai dengan kulit saya. Foundation yang saya pakai ni jugak pernah dipakaikan oleh MUA untuk saya cuma masa MUA pakaikan tu lain cara solekannya sebab saya nak pergi dinner. Takkan MUA nak pakaikan saya foundation yang tak kena dengan kulit saya? Cuma campuran foundation je untuk jadikan mekap tu mekap dinner. Tapi untuk harian, MUA kata foundation ni saja bersama bedak cukup untuk saya. MUA tak bagi saya beli tona lebih cerah. Katanya nanti jadi mawas! Cukup dengan tona ni.

Sunday, August 19, 2018

Mulut Sesedap Rasa 2

Untuk mock up siar kaki bertactile pulak, dia orang buat betul-betul kat depan office saya. Kawan-kawan office report kat saya tactile dia tak betul sebab dia buat zig zag. Saya terus ambil gambar dan hantar pada arkitek yang jaga projek tu. Dia orang betulkan. Lepas tu minta saya tengok. Saya setuju dengan corner yang dibuat. Saya cakap, jangan ada zig zag dan jangan ada warning kat tempat tak sepatutnya. Mereka faham. Saya terus bagi "Jangan sekarang masa bincang ni semua OK, lepas tu hasilnya jadi lain. Saya dah ada banyak pengalaman dengan kontraktor ni," Depan-depan kontraktor saya cakap. "Ha, kontraktor, dengar tu." Balas En. Mahisham. "Tak, tak. Kami cuba yang terbaik," Jawab kontraktor. "Saya akan pastikan mereka buat yang terbaik," En. Mahisham cuba menghalau keresahan bermain di fikiran saya. Lanjutan daripada itu, En. Azhar, wakil consultant datang jumpa saya nak minta sign saya dan cop pejabat saya sebagai persetujuan atas apa yang dibincangkan. Dia bacakan satu persatu. Satu item saya tak setuju apabila dokumen tersebut menyebutkan, tactile akan dipasang berhampiran halangan. Saya tanya dia, tactile ni akan putus-putus ke antara satu halangan dengan halangan lain? Dia kata ya. Dia juga cakap, dia pun confuse. Dia dah bangkitkan kepada DBKL hal ni tapi DBKL kata itu yang dibincangkan. "En. Azhar, saya rasa DBKL yang tak faham apa saya maksudkan. Kan Datuk Mahadi pun cakap, siar kaki yang ada halangan kekal atau tidak boleh ubah, akan dipasang tactile. Macam mana blind nak cari tactile sambungan kalau tactile tu putus. Habis kalau dia tak jumpa tactile, langgar halangan dululah. Blind mana boleh jalan lurus untuk dapatkan tactile sambungan tu?" Saya cuba fahamkan En. Azhar. "Ya, Cik Tinta, saya faham. Bila DBKL kata itu yang dibincangkan dengan cik, saya ingat itu yang cik setuju," "Tak, tak. Saya tak setuju. Minta maaf En. Azhar, saya tak nak sign dokumen ni selagi item ni tak dibetulkan," Saya tegas menzahirkan pendirian saya. "Tak apa Cik Tinta, saya faham. Saya akan balik discuss benda ni dengan DBKL. Saya pn tak nak Cik Tinta sign kalau itu bukan persetujuan Cik Tinta, nanti orang kata saya tipu dan paksa cik pulak," Saya tahu, ianya melibatkan kos tambahan dan pembetulan ke atas lukisan plan siar kaki arkitek. Masa yang diambil mesti sedikit lama memandangkan ianya perlu dibincangkan semula bersama DBKL. Rabu lepas, saya dimaklumkan bahawa DBKL bersetuju memasang tactile ke atas siar kaki yang mempunyai halangan kekal secara keseluruhan. Memandangkan jenis tactile perlu ditukar kepada jenis tactile seperti sebelum ni bagi menjimatkan kos, DBKL mengambil sedikit masa untuk mendapatkan tactile berkenaan. So, apa lagi yang perlu dikecohkan? Kerja-kerja pembinaan ni pun belum melepasi time frame. Masa mula-mula dulu tak ada pun pihak lain nak bising dan tulis surat, bincang sana sini. Bila nampak benda ni macam berhenti dan dah nak siap, baru kecoh macam kita tak buat apa-apa. Padahal, benda ni kita lebih dulu ambil tindakan. Yang sekor cakap tak jalan tu, bukan selalu guna laluan kat office saya ni. Saya ni, hari-hari guna jalan ni. Tapi boleh je sabar. Orang dah bagi layanan baik kat kita, apa hal nak kecoh sampai panggil press? Sorrylah, saya tak suka publisiti murahan. Kalau orang tak endah apa kita cakap tu OK la jugak nak panggil press bagai. Elok-elok orang layan kita baik, esok orang menyampah dengan kita. Langsung tak dapat apa! Korang ingat, saya ni buat magic ke? Ting! Semua siap, semua jadi? Jangan fikir kita punya susah je. Kontraktor, consultant, DBKL, semuanya ada masalah mereka bila terpaksa ubah plan dari yang asal kepada kehendak kita. Jangkaan manusia, bukan tepat nak siap bulan sepuluh, bulan sepuluh siap! Korang tahu tak macam mana susahnya nak gesa dia orang buat meeting, penuhi keperluan kita, macam mana nak berdiplomasi untuk memahamkan mereka tentang blind. Tu semua bukan mudah. Makan masa. Mujur saya kenal boss dia orang, Datuk Mahadi. Kalau tak, belum tentu dilayan! Silap-silap bolayan! So, mulut tu tolong jaga. Jangan sesedap rasa cakap tak jalan dan tak bergerak. Kalau tak bergerak, macam mana ada yang dah simen baru dah siar kaki tu? Saya peliklah, tiba-tiba pulak semua orang concern pasal siar kaki ni? Pada hal dulu, tak ada siapapun nak bising. Saya je yang ke hulu ke hilir, turun naik mengadap DBKL, DBKL dan pihak terlibat jumpa saya, gaduh dengan consultant, tulis surat sana-sini. Hantar whatsapp personal kat datuk. Pukul 1 pagi baru datuk balas. Ingat dia orang tu tak ada kerja lain ke nak hadap kita punya hal je? Kalau korang tak buat dari awal, jangan bising! Sebelum shoot email, bukan nak call tanya saya progress kerja pembinaan tu. Suka-suka je hantar email cakap we must do something. Kita dah buat ber thing-thing dah. Korang yang ketinggalan zaman! Kan bagus kalau masing-masing, gunakan contact yang ada buat kerja masing-masing. Ambil satu bahagian untuk korang buat. Yang orang dah buat, biar orang buat, jangan kacau. Kerja korang tu ada yang belum siapkan? Ada jugak yang tak buat apapun! Sibukkan kerja orang. Lepas tu, mintalah masing-masing keluarkan laporan. Tengok progress! Benganglah saya!

Saturday, August 18, 2018

Mulut Sesedap Rasa

Assalammualaikum dan selamat pagi! Rasa tenang sikit hari ni walaupun masih terngiang lagi apa yang orang cakap kat saya semalam. Tengahari semalam, saya terima panggilan dari orang office atau NGO lain bertanyakan bila projek siar kaki sekitar Brickfields ni bermula. Saya tak berapa ingat. Kena rujuk fail. Saya Tanya kenapa? Dia kata nak tulis surat. Saya: Tulis surat kat siapa? Orang: Kat office awak, kat tempat lain. Saya: Surat apa? Orang: Nanti awak tahulah. Saya: Cakap jelah. Orang: Pasal siar kaki tulah. Saya: Buat apa nak tulis kat office saya? Kita orang dah uruskan dengan DBKL dah lama dah. Orang: Ye ke? Tak gerak pun? Tak jalan pun? (Dengan suara yang sinis) Ini membangkitkan kemarahan ni! Saya: Kau nak tak aku baling fail ni kat muka kau? Haaa... Tu tandanya saya dah marah! Dia ketawa. Orang: Janganlah marah. Kepala otak dia saya tak marah! Hello! Kami kat office ni, especially unit ni, sebelum siar kaki pecah lagi kami dah bising kat DBKL. Hari pertama tengok cone dibariskan sepanjang siar kaki, panas-panas buta tu, kami dah pergi snap gambar then hantar dalam group whatsapp yang ada pihak berkuasa tempatan, polis, bomba, JKR bagai! Masa tu, wakil NGO lain semua diam je! Yang ambil perhatian tentang hal ni hanyalah pengerusi Rukun Tetangga dan penduduk setempat. Saya terus contact DBKL. Pengerusi RT pun terus hantar gambar ke DBKL yang saya hantar tu. Saya mengamuk kat office ni sebab masa wakil kontraktor datang hantar notis pentadbiran main ambil je tanpa tahu apa-apa dan tak panggil unit saya untuk bincang. Saya Tanya orang pentadbiran, tahu ke apa dia orang nak buat? Tak tahu. Tahu ke apa yang perlu sepanjang projek berlangsung untuk keselamatan blind? Tak tahu. Tahu ke siar kaki yang macam mana yang accessible untuk blind? Tak tahu. Saya marah sangat! Saya kata lain kali jangan memandai-mandai! Kalau dalam pagar pejabat, itu urusan pentadbiran! Tapi kalau luar pagar, jangan campur! Itu urusan saya! Kalau berlaku apa-apa, kami yang orang cari! Terdiam orang pentadbiran. Habis apa yang you tanya kat orang yang hantar notis tu? Tak ada apa. Amboi, senangnya kerja? Habis tu, terima notis macam tu je? Lantaklah orang nak buat apapun kat kawasan kita. Memang menyirap darah saya. Hari tu saya cuti sebenarnya. Kebetulan saya ke pejabat dan jumpa banyak cone masa on the way to office. Cuti-cuti pun sempat saya mengamuk seround. Duduk tak lama, wakil kontraktor datang lagi sebab dah dapat complain yang saya hantar. Saya terus ajak bincang. Saya Tanya dia apa yang dia nak buat dan cara dia nak buat? Buat saya marah lagi, sebab tak ada tactile. Saya Tanya, habis tiang monorel tu boleh tak encik angkat dan alih letak tempat lain? Dia kata tak boleh. So macam mana blind nak jalan tanpa tactile? Nak suruh blind langgar? Petang esoknya pulak, saya terus keluarkan surat rasmi pertanyaan kepada DBKL tentang projek tersebut! Dalam surat tu, saya gesa supaya satu perbincangan dibuat dengan penduduk Brickfields dan pihak terlibat dibuat immediately! On the spot, saya dapat maklumbalas yang satu perjumpaan akan diadakan di RT dengan wakil DBKL, kontraktor dan consultant esoknya. Apa wakil NGO lain tu cakap? Dia kata, macam tak respek orang bagi short notice macam ni. Sudahnya dia tak hadir ke perjumpaan tu. OK beranggapan baik, dia ada kerja lain yang telah ditentukan sebelum ni. Tapi, tak boleh hantar wakil ke? Dia Tanya saya, saya pergi ke tak perjumpaan tu? Saya kata, saya wajib pergi sebab, saya yang buat bising minta perjumpaan tu diadakan. Kalau perjumpaan diadakan hari yang sama pun, saya akan pergi! Lepas tu berlakulah perbincangan dan soal jawab. Berlakulah luahan perasaan yang emosi antara kami dan pihak terlibat kerana mereka dianggap tidak menghormati hak penduduk sekitar sini. Lepas perbincangan tu, adalah perbincangan susulan antara saya dan pihak terlibat. Sehingga membawa persetujuan untuk mereka letakkan assistant kat laluan tu. Saya request at least dua orang. Ditunaikan. Saya request dari jam 8.00 pagi-11.00 malam, ditunaikan. Saya siap ajar cara nak bawa blind. Dia kata dia akan balik ajar pekerja dia. Saya whatsapp gambar kat dia macam mana nak guide blind. Datang pekerja dia, memang tahu how to guide blind. Selang beberapa hari, wakil kontraktor datang jumpa saya lagi. Dia minta izin nak pecahkan siar kaki berdekatan office saya. Saya minta dia tunggu malam Sabtu, sebab pelatih tak ada kelas hari Sabtu. So, dia setuju untuk tak pecahkan malam Jumaat. Then, kami dipanggil untuk meeting dengan pihak terlibat di office River of Life, Datuk Mahadi pun ada masa tu. Consultant bentang tak nak letak tactile. Saya kata certain tempat boleh. Tapi certain tempat tak boleh. Consultant cuba manipulate statement saya, "So, kita putuskan tak perlu ada tactile ya?" Dia tanya Datuk. Saya cepat-cepat mencelah dan bantah "Eh, you tak bolehlah putuskan hari ni tak nak guna tactile. Kan datuk kata nak buat mock up, tunggulah mock up siap. Kita tengok, sesuai ke tidak tak ada tactile. Kalau you putuskan hari ni tak ada tactile, tiba-tiba I kata tak sesuai, you kena tambah budget pulak." Datuk setuju dengan saya. Masa tu, muka saya memang berubah. Walaupun bercakap perlahan, tapi suara saya tegas! Ingatkan saya sorang je yang ada problem nak bincang, Maxis pun datang nak bincang problem dia. Kemudian, mock up di jalan scott siap. Saya dijemput untuk beri komen. Datuk Mahadi pun turun. Saya komen, ada tebing kat sebelah jalan raya tu. Tak sesuai takut blind tersadung. Kalau nak buat, buat rata antara rumput dan siar kaki tu. OK, mereka setuju. Dia orang buat akan balik. Saya terus bangkitkan isu siar kaki yang ada halangan kekal kepada Datuk. Datuk tanya kat mana? Saya kata dekat office saya. Datuk ajak semua yang ada untuk pergi tengok. Saya dan assistant saya bawa. Datuk kata memang susah tak ada tactile. Kalau yang sebelah depannya pulak banyak tiang bumbung. Datuk kata, kena ada tactile kalau macam ni gayanya. On the spot saya minta mock up. Semua ketawa. Dia orang kata, sayapun dah pandai minta mock up. Datuk setuju dan terus bagi arahan untuk buat mock up. Datuk kata kena siap dalam minggu ni jugak! Alamak. Sayapun terkejut. Saya cakap dengan datuk "Datuk, mana sempat seminggu datuk. Kesian dia orang," Yang lain semua diam. Tak berani bantah. " "Eh, tak bolehlah Cik Tinta. Ni kerja dia orang. Dia orang kenalahbuat. Tak payah tidur malamlah." Hayyyoooo!!! Betullah orang kata arkitek dan engineer ni kerja selalu tak tidur malam. Yang lain tu pasrah je dengar arahan datuk. Kemudian, mock up pertama yang dibetulkan siap. Dia orang panggil saya sekali lagi untuk tengok betul ke tak. OK, pas! Saya puas hati. So, saya cakap, harap semua tempat tak ada tactile jadi macam tu. Jangan jadi lain. En. Mahisham kata insya-Allah mereka cuba yang terbaik.

Friday, August 17, 2018

Dua Perkara Buat Saya Tention

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni tubuh rasa segar sebab tidur cukup malam tadi. Cuma perasaan je tak berapa nak sihat. Tention! Saya tak ada tempat nak luah. So, korang jelah yang baca luahan saya. Memang dasar perempuan, kalau tention, mesti need someone to listen and give support. Tapi saya tak ada siapa-siapa nak call or whatsapp untuk bercerita. Jadi saya nangis sorang-sorang. Lepas tu tention sorang-sorang. Mujur ada Chiko si penawar hati. Bila tention, semua benda tak ada mood nak buat. Lepas mandi, solat, bersihkan buangan Chiko dan bagi Chiko makan, saya ajak Chiko teman saya kat bilik. Saya nak baring dan cuba lupakan apa yang berlaku. But, hal tu tetap datang untuk saya fikirkan. Akhir sekali, saya serahkan segalanya pada Allah. Yang penting, saya ikhlas buat semua ni bukan sekadar kerana gaji lebih dari itu, saya suka buat kerja ni. Akhirnya, saya tertidur dalam tention dan sedih. Tidur awal bersama Chiko. Chiko ni macam faham je saya ada masalah. Kenapa tention? 1. Berkenaan dengan pemasangan warning block di lifts. Waktu seminar semalam saya berbual dengan Datuk Sri Asiah. Dia cakap dengan saya, warning block harus dipasang berhampiran button lifts sebab biar blind stay kat situ takut nanti orang langgar blind. Saya bantah. Letak jelah depan lifts, at least, blind tahu itu lifts dan kalau berlaku lifts rosak ke apa ke, blind dah diberi amaran awal-awal. Kalau letak kat button, kalau blind tu datang dari arah yang tak ada tactile, dia boleh je terus rapat ke lifts, At least kalau ada warning kat situ, dia berhati-hati. Memanglah ada Negara yang pasang tactile tu ke button lifts, tapi Datuk kata, datuk ni pengerusi masa buat MS1184: 2014. Dalam MS dah tulis dah, Tactile attention/warning indicators may be installed at the vicinity of pedestrian crosswalks, the platforms of railway stations, and both the top and bottom of stairs and ramps, and in front of escalators, travelators and lifts, and the like to ensure safety. Tactile guiding indicators may be used in combination with attention/warning indicators in order to indicate the walking route where no other tactual information is available to get from one place to another. Dah terang-terang ditulis depan lifts, dari awal pun kat Malaysia ni pasang depan lifts, bukan kat depan button. So, kenapa nak tukar ikut suka hati pulak? Dengan alas an, dia dah jadi arkitek dah berpuluh tahun. Apa yang datuk buat, tak semestinya itu yang sesuai dengan apa yang blind nak. Kalau macam tu, tak payahlah panggil kami buat audit akses. Siap cakap dengan saya jangan lawan, ikut cakap dia. Hei, saya bukan ikut cakap siapa-siapa, saya cakap apa yang dirasakan sesuai. Blind tu bodoh sangat ke nak berdiri depan pintu lifts kalau dah tahu orang nak keluar lifts? Habis, orang yang Nampak tu berapa ramai berdiri depan pintu lifts masa orang nak keluar? Kalau macam ni, sampai bilapun penyediaan kemudahan akses kat Negara ni sekadar polemic jelah. Bukan menepati keselesaan blind. Dia nak present lepas tu sebenarnya. Kat dalam tu ada MRT, MOT, yang mana saya pernah komen tentang kedudukan warning tactile ni. Nanti apa pulak kata dia orang? Saya cakap tak ada fakta. Pada hal dalam MS1184 tu dah tulis. Cuma yang buat MS ni pun bengong, apa hal pergi letak perkataan may be kat situ? Kalau may be, suka hatilah nak letak mana, tak payah ada garis panduanlah. Dulu beria kononnya nak ada MS sendiri, kalau dah tahu nak ikut Negara lain, tak payahlah susah-susah korang buat MS sendiri, ambil je MS Singapura ke, Jepun ke, Australia ke, ambil dan buat je ikut dia orang punya standard. Benganglah saya. OK, lepas ni saya akan Tanya blind mana satu yang dia orang nak. 2. Projek Siar Kaki Brickfields: Ni pun satu hal. Rukun Tetangga Brickfields dan NGO satu lagi ni pun tak tahu nak menyabar! Tahu nak panggil press je kerjanya. Korang tak tahu apa-apa, janganlah ikut sedap mulut je cakap DBKL tak serius. Kalau tak serius, kenapa dia orang nak buat apa yang kita minta? Delay kat sekitar office saya ni pun rasanya saya salah satu penyumbangnya. Hari tu dia orang dah datang untuk confirmation kemudahan akses yang nak disediakan. Saya tak nak sign dan cop office sebab ada satu benda salah. So, dia orang balik. Yang datang tu consultant dia. Dia balik bincang dengan DBKL semula. DBKL setuju dengan cadangan saya untuk pasang tactile di seluruh siar kaki yang mempunyai halangan kekal dan menghapuskan pemasangan tactile di bahagian halangan sahaja iaitu putus-pputus. Disebabkan persetujuan itu, DBKL yang pada mulanya merancang untuk memasang tactile jenis satu, satu digabung menjadi tactile seperti yang diperlukan memutuskan untuk menggunakan tactile jenis siap digabung dan mereka hanya perlu pasang mengikut susunan guiding. Perubahan ini disebabkan oleh kekurangan kos. Mereka membuat pertukaran sebab tactile jenis ini lebih murah kerana banyak tactile diperlukan untuk membuat guiding di seluruh siar kaki berkenaan. Bukan satu siar kaki, tiga siar kaki rasanya yang mereka perlu pasang. So, delay la. Pada hal, DBKL dah bagi tahu yang stok dia orang belum sampai. DBKL dah bagi penerangan, kenapa perlu buat bising lagi? So, hari ni, boss pejabat satu lagi tu call saya. Baru dia faham apa yang berlaku. Sebab tulah, lain kali, Tanya dulu jangan sibuk nak panggil press je. Kesianlah, orang dah cuba buat yang terbaik untuk kita, kita nak hentam dia pulak. Hentam publicly pulak tu. Dah cukuplah dia orang kena hentam dengan saya masa meeting. Dia orang dah setuju, so apa lagi? Saya bukan simpan je hal ni. Saya tulis kat whatsapp group saya, kat Facebook. Ada yang call dan datang jumpa sayapun saya inform. Tulah, saya dah masukkan dalam group saya left. Siapa suruh? Lepas tu dalam group satu lagi pun dia ada, takkan tak terbaca? Kalau saya tulis something kat group whatsapp, benda tu mesti penting. Bukan main-main. Oooo... Kalau saya update status pergi seminar, pergi kementerian baca, habis status pasal siar kaki Brickfields tak baca pulak? Lepas tu cakap dengan saya office saya kena keluarkan statement. Statement kat mana lagi saya nak keluarkan? Saya terus cakap, saya dah tulis dalam whatsapp group and FB. OK, next week, saya akan letak dalam taley info pulak. Kalau cakap tak tahu jugak, memang sajalah tu. Tahu tak, DBKL tu dah tiga mock up dia buat untuk saya tengok dan komen. Mock up pertama mock up siar kaki yang tak ada tactile. Saya komen, salah. Dia ubah. Panggil saya untuk tengok mock up kedua. Lepas tu, belum siap dia buat mock up siar kaki ada tactile, saya dah complain salah cara pasang tactile. Dia terus ubah. Bila siap, panggil saya tengok. Betul. Tu yang dia nak saya sign tu. Saya tak sign sebab satu keperluan tak dipenuhi. Jadi apa lagi yang kita nak? Dia pun dah inform, jangka siap Oktober. Kita tunggu tengok. Kalau tak jalan jugak, baru ambil tindakan. Masa pun ada lagi dua bulan, korang dah nak bising. Nanti saya yang susah nak deal dengan dia orang. Kita boleh tegas dan kasar, tapi biar bertempat. Jangan nanti, tepuk air kat dulang, kena muka sendiri. Lepas tu, ada NGO lagi satu, Tanya NGO yang call saya ni, tahu tak pasal seminar yang saya pergi? NGO ni kata tak tahu even yang dalam Majlis Kebangsaan OKU pun tak dijemput. Katanya dia orang tahu dari Facebook saya. Apa yang gaduh sangat? Saya pergi atas kapasiti saya sebagai penceramah, bukan peserta. Seminar tu, semua peserta adalah penyedia perkhidmatan pengangkutan awam, bukan NGO. Kenapa semua benda nak persoalkan? Nak Tanya, tanyalah saya sendiri. Kenapa kena Tanya orang lain? Bila korang semua pergi meeting, pergi seminar yang office saya tak dijemput, ada ke office saya kecoh nak ambil tahu? Ada ke saya sibuk mencari tahu? Ruang perjuangan ni amat besar. Bagi saya, masing-masing, mainkan peranan masing-masing. Kalau yang ni dah perjuangkan yang ni, yang lain tu, carilah perkara lain untuk diperjuangkan. Saya dengan Kementerian Pengangkutan dah lama. Malah, office saya dengan MOT ni dah lama menjalinkan kerjasama sejak x-boss saya lagi. Berapa tahun dulu? Dulu, ada yang bincang pasal Marakesh Treaty, ada saya sibuk? Bila MYIPO approach saya baru saya uruskan dengan MYIPO itupun bukan sepenuhnya, sekadar meeting dan bagi feedback je. Lepas tu pergi seminar. Pasal bank semua tu, selesaikanlah. Bila diam macam tu je, tak ada pulak saya nak menyibuk pergi uruskan hal tu. Jangan semua benda nak ambil tahu lepas tu semua diam. Kita bagi-bagi kerja ni. Kalau setiap ofis buat satu, mesti cepat prosesnya. Iiii... Rasa macam nak tukar department la. Malas rasa nak buat Aksesibiliti ni kalau semua orang nak campur tangan.

Tuesday, August 14, 2018

Kuasa Allah

Assalammualaikum dan selamat petang semua! Menunggu masa balik, jom kita sembang kejap. Saya baru faks surat complain kepada DBKL. Hahahaha... Teringat masa wakil DBKL dan kontraktor yang buat projek depan Public Bank tu jumpa saya. Saya memang bengang gila masa tu. Dahlah buat pembinaan tak inform penduduk setempat. Tiba-tiba je siar kaki dah pecah. Bahaya! Dahlah laluan tu jalan utama. Sibuk! Sayapun apa lagi, terus whatsapp Datuk Mahadi, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek. Terus datuk turun petang tu tengok apa yang staff dia buat. Datuk pun akui jalan tu teruk. Esoknya, datuk hantar wakil DBKL dan kontraktor yang buat projek tu jumpa saya untuk bincang keperluan OKU Penglihatan. Kata Kak Sha, hansem dua orang tu. Peduli apa saya, hensem ke, tak ke. Dia dah buat saya marah. Memang saya marah gila! Hujan-hujan dia dating. Basah kuyup. Entah kat manalah dia park kereta or motor? Masa bincang tu, lebih kurang begini bunyi dialog kami: Wakil: Saya minta maaf cik. Kami terlepas pandang. Saya: Tak apalah. Benda dah jadi. (Suara lembut dan perlahan tapi tegas.) Saya: Sebenarnya, you all tak boleh terlepas pandang. Ibarat macam orang masuk rumah, kena minta izin dengan tuan rumah dulukan? Takkan dah masuk, dah ubah TV orang, dah ubah almari orang tanpa pengetahuan tuan? Mesti kena cakap dulu kalau nak buat apa-apa kat rumah orangkan? (Saya tegas) Wakil: Itulah. Kami minta maaf banyak-banyak. Saya: OKlah. So, sekarang ni, saya nak tahu plan dan design siar kaki tu macam mana? Macam-macam saya soal dia tentang MS1184, bagi tahu apa yang boleh dan tak boleh. Macam-macam lagi. Wakil: Insya-Allah cik. Kami akan penuhi keperluan tu. Saya: Saya tak naklah cakap lain, jadi lain. Saya dah banyak pengalaman dengan kontraktor ni. Bincang lain, hasilnya lain. Wakil: Insya-Allah cik. Tu semua dengan kuasa Allah. Kami Saya: Ya, dengan kuasa Allah, tapi atas usaha you all. Allah pun dah berfirman, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tu sendiri yang mengubahnya. So, you kena usaha. Tak boleh harapkan kuasa Allah je. Kata Kak Sha, tersentak dua lelaki tu. Nampak muka dia orang terkejut dengar jawapan saya. Dahlah dari awal terkejut. Yang ni lagi terkejut. Jelas Nampak dia orang macam tak sangka saya jawab macam tu. Yelah, dah bengang. Selalu sangat DBKL ni buat hal. Orang tak duduk kat tempat saya, dia tak faham. Nanti kita yang kena dengan blind ni. Hahahaha... Kak Sha kata, sekali jodoh saya lelaki tu. Saya kata, lantak dia. Kalau baik macam manapun saya, bukan jodoh, tak jadi jugak. Tegas macam manapun saya, kalau dah jodoh, jadi la jugak nanti. Hahahaha... Lupa semua dah pasal jodoh bagai kalau tengah kerja. Nak-naknya bincang hal yang sensitive dan buat saya marah. Bukan sesuka nak marah, tapi bahaya kot untuk semua orang. Yang celik pun rasa tak selamat, ni lagi yang blind. Maaflah ya En. Abang. Siapa suruh cari pasal.