SELAMAT DATANG KE SURIA KHATULISTIWA

Sunday, April 29, 2018

Nasihat Saya Kepada Kaum Wanita

Hahahaha... Gila tulis malam ni. OK, sebelum saya tidur malam ni, saya nak nasihatkan korang, kau hawa yang sejenis dengan saya. Sebenarnya nasihat ni juga terpakai kepada Kaum Adam. Tapi, lazimnya, Kaum Hawa lebih rapuh hatinya. Masa seorang lelaki menyayangi korang, mencintai korang dan ada dengan korang, cintailah dan hargailah dia dengan sebaiknya. Kalau merajuk pun jangan lama-lama. Merajuk comel-comel gitu. Biarpun korang merajuk tapi biar dia rasa rajuk korang tu rajuk yang comel dan bertambah kasih sayangnya kepada korang. Ingat ya korang, lelaki ni, masa dia sayang kat korang, apapun korang buat, semuanya indah pada pandangan dia. Jahat manapun korang, teruk manapun perangai korang, dia tetap sayang korang. Sampai ada sesetengah lelaki tu tak percaya kalau orang sampaikan pada dia yang korang curang sekali pun. Silap-silap si penyampai tu kena belasah dengan dia. Tapi kalau dia dah tak suka kat korang, korang baik macam malaikatpun tetap buruk pada dia. So, kat sini saya nak pesan. Bukan sekadar saya membaca, tapi melalui pengalaman saya sendiri. Kalau lelaki yang korang cinta berpaling tadah, beralih arah dan apa-apa yang seumpama dengannya, lepaskanlah dia. Biarlah dia pergi. Tak perlulah korang berusaha untuk membaiki hubungan tersebut atau bersusah-payah untuk mendapatkan hatinya kembali. Sebab semua tu adalah sia-sia. Dan korang akan semakin sakit dengan perbuatan korang sendiri yang mahu dia terus bersama korang. Tak salah mencuba. Kita perlu berusahakan? Setelah beberapa episod saya lalui... Saya rasa tak ada istilah cuba dan berusaha. Lebih-lebih lagi kalau dia berpaling tadah kerana telah ada perempuan lain mengisi hatinya. Walau pun sekejap je dia baru jumpa perempuan tu, walaupun perempuan tu tak sebaik korang, tapi bagi dia, perempuan tulah bidadari yang baru turun dari syurga buatnya. Korang faham-faham jelah kalau saya dah sebut bidadari tu macam mana tahap mabuk kepayangnya si dia kepada orang baru tu. Kesilapan korang yang sedikit pun akan jadi besar. Kesalahan bertahun lalu yang telah dimaafkan dan dilupakan pun akan dikorek kembali. Itulah lelaki kalau korang nak tahu. So, nasihat saya, jaga perhubungan sebelum ada orang ketiga. Tapi bila dah ada, korang lepaskan je dia pergi. Sebab lelaki macam ni, memang patut kalau tak ada dalam hidup korang. Dia akan merosakkan hati korang, cinta korang dan seterusnya hidup korang. Korang akan lebih bahagia tanpa lelaki macam ni. Percayalah, korang akan dapat ganti yang jauh berganda lebih baik dari dia. Saya faham, bukan mudah untuk melakukannya. Saya sendiri pernah merasainya dan setahun lebih saya menderita kerananya sehinggakan saya diserang gastrik yang teruk dan berat badan turun mendadak sehingga 45 KG. Kehidupan seharian tak payah cakaplah. Memang langsung tak berseri dan sentiasa berendam air mata. Kerja pun ke laut. Mujur boss memahami. Kalau tak hilang kerja kot saya. Nasihat ni bukan nasihat yang saya tulis sesedap rasa. Tapi berdasarkan pengalaman saya. Dan saya tak mahu lagi mengulangi kesilapan dan kebodohan yang satu ni. Saya tahu ia susah bila korang terlalu sayangkan korang. Tapi inilah hakikat serta rialiti cinta seorang lelaki. Lepaskan saja dia pergi. Berdoa je pada Allah semoga Allah gantikan ia dengan kebahagiaan yang lebih bermakna. Percayalah, kalau korang di pihak yang benar, pasti dia akan menerima kifarahnya. Ia memang sukar, tapi bila korang berjaya menempuhnya, korang akan rasa tenang dan bersyukur kepada Allah. Lepas tu korang akan temui hikmahnya kenapa Allah pisahkan korang dengan dia. OK la korang. Cik Tinta nak tidurlah. Kena tidur awal supaya bangun awal dan pergi kerja awal. Malas nak terserempak dengan mamat tu. Bye bye korang. Good night. Siapa yang sedang bekerja tu, kerja rajin-rajin tau. Cari duit banyak-banyak, nanti bagi saya hahahahaha...

SK-II - Atmosphere Airy Light UV Emulsion SPF 30 PA+++

Hahahaha... Saya kembali lagi. Kali ni nak buat review produk pulak. Blog saya ni kan beragam. OK. Produk penjagaan kecantikan kegemaran saya sememangnya SK-II. Dah tujuh tahun saya menggunakannya. Produk terbaru yang saya gunakan adalah Atmosphere Airy Light Emulsion SPF 30 PA+++. Sayapun tak faham kenapa SK-II letak + kat situ tiga kali. Rasanya tak perlulah saya tulis kegunaannya sebab korang type kat google je menimbun keluar. Nantilah, kalau rajin, lain kali saya tulis. Untuk sun block dari kalangan jenama yang setanding dengannya, ini adalah sun block ketiga yang saya gunakan setelah Bobbie Brown dan Lancome. Dah lama saya teringin nak pakai sun block dari SK-II ni tapi dek kerana harganya yang mahal, saya memutuskan untuk tidak membelinya. Sebaliknya saya beli sun block dari jenama kosmetik yang saya gemari. Sun block dari jenama Lancome dan Bobbie Brown harganya hanya RM100 lebih sahaja. Sedangkan SK-II, harganya sekali ganda. Atmosphere ini misalnya, harga di kaunter adalah RM259.00. Online mungkin murah sikit dalam RM20-RM30 kalau yang origenal. Entah apalah istimewanya sun block SK-II ni. Fikir saya pada mulanya. Bila saya baca review di internet, macam best la pulak. Katanya, sun block atau CC Cream dari SK-II ni boleh melindungi kulit daripada burn walaupun melakukan aktiviti lasak dan mandi laut. Betul ke? Yang ni saya belum try lagi. Sayapun kurang beraktiviti lasak sejak kaki berjahit dulu. Februari lalu, alhamdulillah, Allah bagi rezeki lebih sikit, sayapun belilah CC Cream SK-II ni. Saya dah survey harganya dari penjual online. Memang sekali ganda dari last sun block yang saya pakai dari Lancome. Kalau tak sekali gandapun, hampir sekali ganda. Sales girl SK-II menerangkan bahawa CC Cream jenis ini mempunyai dua pilihan sama ada SPF 30 atau SPF 50. Dia jugaklah yang mencadangkan saya agar membeli Atmosphere ni. Ada beberapa lagi jenis sun block SK-II ni sebenarnya. Lebih mahal pun ada. Kebetulan Atmosphere ni baru keluar. Tak tahulah bila keluarnya. Saya tanya that lady, apa beza SPF 30 dan 50. Katanya jangka masa ia melindungi kulit wajah kita. SPF 30 melindungi kulit wajah 6-8 jam sedangkan SPF 50 mampu melindungi kulit selama 12 jam. Excited nak try. Apa yang mahal sangat kau ni? Apa istimewanya? Kalau sama je macam lancome dan Bobie Brown, ni last aku beli. Lepas ni aku patah balik ke Lancome. Hahahaha... Hati berkata-kata. RM259 hanya untuk satu tiub kecil. Kuantiti sama macam kuantiti sun block saya terdahulu. OK, teksturnya nipis dan ringan berbanding sun block saya terdahulu. Baunya wangi jugak tapi tak kuat. Teksturnya lebih kepada air. Tak payah tekan tiub tu. Takut terbanyak, saya tuang je ke atas jari dia dah keluar. Saya meratakannya ke seluruh kulit wajah. Oleh kerana ia tidak berminyak, ia sangat mudah diratakan. Apa yang paling saya suka dan terpukau dengan Atmosphere ni, dia terus menyerap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan minyak sedikit pun. Ini sangat berbeza dari sun block saya sebelum ni yang berminyak di kulit. Sales Girl yang menjualkannya kepada saya siap pesan waktu saya beli sun block sebelum ni supaya gunakan sedikit sahaja sun block berkenaan takut berminyak. Tapi dengan Atmosphere, kalau terbanyakpun ia tetap tidak berminyak. Apa yang penting, tiada lagi komen-komen yang mengatakan muka saya burn. Tak tahulah kalau saya dah mula kelas renang nanti atau beraktiviti lasak seperti selalu. Ulang beli? Ya. Saya akan ulang beli CC Cream ni seperti saya ulang beli produk SK-II yang saya gunakan sekarang. Kalau ada rezeki, korang cubalah. Sangat best. P/S: Harga yang saya tulis ni adalah harga ketika belian saya pada Februari, 2018.

Terpaksa Demi Mengelakkan Diri

Semalam, sebelum decide nak makan dengan Kak Nor, kami ingat nak makan di KL Sentral or NU Sentral. Dah elok-elok nak makan di dua tempat ni tiba-tiba si Aishah tukar fikiran pulaaaakkkk nak makan kat Kedai Ina. Hadoi, saya tak nak turun Brickfields. Aishah kata dia malas nak jalan jauh. Saya rasa tak sedap hati sebab mamat penjaga site tu duk call saya dari pagi walaupun saya tak jawab. OK, sebelum saya kata OK dengan kemahuan Aishah, saya saja call dan buat-buat tak kenal mamat tu. Saya: En. Ada call saya ke tadi? Mamat: Ya abang call Tinta. Hayyyoooo... Abang pulak dah. Lantak kau la. Mamat: Abang just nak bagi tahu yang abang dah sediakan assistant di tapak pembinaan sampai jam 11.00 malam. Saya: Oh ye ke? Terima kasih. Mamat: Tinta tak kerja ke hari ni? Ingat nak ajak minum. Saya: Tak. Mamat: Tinta kat rumah ke ni. Saya: Kat luar. Hari ni ada ke wakil kontraktor kat site? Dengan nada serius saya bertanya. Soalan saya sebenarnya, awak kat site ke? Mamat: Abang kat site ni. Oh my god!!! Aishah! Kau janganlah nak pedajal aku tanpa sengaja wei. Batalkanlah niat kau nak makan kat Brickfields tu. Aku tak sanggup nak jumpa mamat ni. Malas nak melayan. Kalau dulu mungkin bolehlah saya layan orang macam ni. Tapi sekarang tidak lagi. Kalau dulu saya sibuk nak jaga hati orang. Sampai akhirnya jatuh cinta. Sekarang saya dah malas. Saya harus tetap pendirian. Biarlah untuk kali ni saya jatuh cinta dengan orang yang ada ciri-ciri yang saya suka. Dan izinkanlah Ya Allah untuk saya jatuh cinta dengan seseorang yang buatkan saya rasa selesa dengannya tanpa saya memujuk hati saya untuk menerimanya. Dulu, masa baru-baru jumpa awak, walaupun saya tahu umur wak 20 tahun lebih tua dari saya, saya tetap layan awak dengan baik. Sebenarnya saya tak bersedia untuk couple dengan orang yang jauh sangat usia dari saya. Kalau setakat 10 tahun tu OK la. Tapi disebabkan awak baik saya cuba untuk terima dan akhirnya saya berjaya. Silap saya. Sebab saya tak tegas dengan pendirian saya. Akhirnya, saya dan cinta saya dicampak ke tepi. Saya: OK la. Assalammualaikum. Saya terus mematikan talian setelah mendapat jawapan yang saya inginkan. Saya: Shah, kita makan kat KL Sentral la. Aku tak nak la pergi Brickfields. Kak Nor: Ke makan kat bawah ni je. Cepat-cepat saya menyambut. Saya: OK gak. jom, Shah. Aishah: Ada apa kat bawah tu? Saya: Ala, macam Ina jugak. Mujurlah Aishah setuju. Masa balik, kami ambil Grab. Saya minta Aishah book dengan letakkan add stop untuk drop me off at KL Sentral. Selamatlah saya untuk semalam. Hari ni, mamat tu call lagi. Mujur masa tu saya sedang iron baju kat bilik menggosok sana. Saya perlu hentikan semua ni sebelum ianya berlarutan. Macam mana nak hentikan? Jangan layan. Esok macam mana ya? Sedari pagi lagi saya memikirkan hal ni. Plan A: Malam ni tidur awal dan bangun awal pagi esok. So keluar rumah paling lewat jam 7 pagi supaya sampai Brickfields sebelum pukul 8. Mamat tu masuk kerja jam 9. Bermakna, sebelum jam 9 dia dah ada di Brickfields. Lebih best kalau dapat keluar 6.30 or 6.45 pagi. Lebih selamatkan? Plan B: Kalau rasa duit banyak, kita naik Grab or teksi ke pejabat. Monorel tu lembap sekarang ni. Plan C: Kita naik monorel jelah. Biar lambat asal selamat. Saya tak tahu kenapa. Dengan mamat tu hati saya rasa tak sedap. Saya rasa takut. Saya rasa semacam. Perasaan saya sukar untuk digambarkan. Kalau boleh tak nak jumpa dia. Mungkin sebab cara dia dan percakapan dia kot buat saya rasa tak selesa. Ya Allah, selamatkan saya daripada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas saya dan yang mahu melukakan hati saya. Amin...

Pakej Sauna Yang Murah

Assalammualaikum readers, Banyak benda nak tulis. Tapi tak tahulah tahap kerajinan ni boleh tahan lama ke tak. Hari ni tak ada orang call saya sembang-sembang. Saya pun malas nak call orang. Takut ganggu orang nak beristirehat hari minggu. So, buat kerja rumah, sembang dengan Chiko dan layan Whatsapp. Semalam, saya bersama sorang kawan ke kedai Kak Nor. Kami book set Sauna yang sedang dia promosikan sekarang. Harga promosi RM75, kalau book dalam group dia, RM70. Saya berhenti di KL Sentral and breakfast with my friend before together go to the destination. This is our first time hang out together. Selalu jugak saya dengar pasal kawan saya ni sombong. Sebelum saya berbual dengan dia ada beberapa kali saya terserempak dengan dia. Tahun lepas, ada sekali dia tegur saya dengan ramah di kedai makan. Terperanjat jugak saya dengan keramahannya. Selalu kalau saya jumpa dia, dia tak sembang pun dengan saya. Saya pun sama. Mungkin sebab tak kenal kot. Lately ni, bila jumpa, kami mula berbual. Lepas tu balas-balas whatsapp. Dia siap nasihat saya supaya selalu balik kampung sebab orang tua saya masih ada. Dia pernah menyatakan kesedihannya yang sudah tiada ayah kesayangan dan ibunya. Diapun mula komen FB saya sometimes, dia tak komen pun tapi terus PM saya untuk komen personal status saya di FB. Baru-baru ni saya ada tanya dia fasal facial. Saya teringin nak pergi facial macam dulu. So dialah yang forward pakej sauna tu kat saya. Dia pun suka benda-benda tu cuma diapun macam saya, tak ada kawan nak pergi. Kami sampai di kedai lewat sikit dari waktu yang dijanjikan tapi Kak Nor telah dimaklumkan akan kelewatan kami. Kak Nor just ambil booking kami je siang semalam, so no problem. Kak Nor kata, tak payah rush. Pakej ni dimulakan dengan sauna selama 30 minit. To be honest, this is my first time buat sauna. Saya takut nak buat sauna sebenarnya. Sayakan takut dan tak suka panas. Nasib baik sauna badan je kepala kat luar. OK la kan? Kalau sauna bilik mahu saya tukar plan buat urut badan dua jam. Hahahaha... Because this is my first time sauna, so kejakunan pun berlaku di situ. Kak Nor memberikan saya sehelai tuala dan minta saya tanggalkan semua pakaian. Habis macam mana nak masuk sauna tu nanti? Hahahaha... Sedikit panik di situ. Kak Nor kata berkemban dulu, bila dah masuk dalam sauna tu, bila Kak Nor dah tutup, bukanlah tuala tu. Tuala biarkan di dalam bersama saya supaya senang saya nak keluar nanti. Sauna ni jenis yang balut kita dalam ruang kain dan berzip. Wap panasnasnya akan ditembak dari luar menggunakan periuk yang berdekatan. Satu set la ni. Kak Nor kata, dulu periuk tu kat dalam dan akan diletakkan di bawah kerusi kita duduk. Tapi sekarang tak perlu letak kat dalam dah. Teknologi dah moden. Apabila kain dizip, yang tinggal hanyalah kepala saya yang di luar. Terkejut jugak saya masa mula-mula wap ditembak ke arah sarang saya. Hahaha... Memang moden. Semuanya mesin tu yang buat. Set masa, tembak wap. Macam biasa, saya ni takut panas. Dari awal Kak Nor dah pesan, kalau rasa panas sangat, tak tahan, bagi tahu dia supaya dia boleh adjust suhu. Dua tiga kali jugak saya beritahu dia yang saya panas. Kak Nor ni bab melayan pelanggan memang first class. Dia selalu adjust kepanasan saya supaya saya dapat habiskan sesi sauna tu. Oh ya, dalam periuk tu dicampurkan herba antaranya untuk kelembutan dan kesihatan kulit. Saya tidak keseorangan di bilik yang menempatkan sauna tu. Aishah dan Kak Nor menemani saya sambil berbual-bual. Oh ya, sebelum memulakan sauna, Kak Nor beri saya sebotol air mineral untuk minum. Saya minum lebih separuh kemudian baru sesi sauna dimulakan. Memang banyak sangat air keluar dari tubuh. Menitik-nitik ke lantai sarang sauna. Memang macam mandi. Bukan berpeluh sikit, banyak sangat. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan 30 minit waktu sauna yang diperuntukan. Kak Nor menggunakan rempah untuk sauna tu sekali saja untuk satu pelanggan dan terus dibuang. Lazimnya kalau di spa, satu paket rempah akan digunakan 3 ke 4 kali. Kata Kak Nor, kalau guna kali kedua, hasilnya tak sama dengan penggunaan pertama. Kami lihat Kak Nor sangat menjaga kebersihan saunanya. Setelah saya keluar, dia membersihkan sarang sauna tersebut beberapa kali dan diakhiri dengan semburan anti septik. Kata Aishah, sebelum ni, dia pernah kena, lepas je sorang customer keluar dari sarang sauna, pekerja spa menyuruh dia terus masuk tanpa membersihkan saunanya terlebih dahulu. Sebab tu dia berhenti pergi sauna lepas tu. Katanya mungkin nasibnya kurang baik hari tu. Kesan sauna ni berbeza antara sorang individu dengan individu lain. Aishah tak banyak peluh seperti saya. Tetapi dia berasa gatal-gatal tubuh sebaik sahaja rempah panas dan wap ditembak. Kesian saya dengan nasibnya, kerana ubat asma, badannya menjadi naik. Kak Nor kata, gatal-gatal tu biasa. Sebab sauna juga mengeluarkan toksin dalam badan manusia. Selepas sauna, saya ke tempat tangas di sebelah sarang sauna tetapi masih dalam bilik yang sama. Tangas pun dah moden sekarang. Bangku empat segi yang dilubangkan untuk bahagian punggung dan bahagian sulit wanita. Di bawahnya diletakkan alat tangas di mana haba rempah-ratus akan meruap naik ke bahagian berkenaan. Kata Kak Nor, tangas ni untuk pembersihan dalaman wanita. Controler tangas juga di sebelah bangku tangas. Memandangkan saya masih anak dara, Kak Nor mengurangkan satu rempahnya iaitu manjakani. Manjakani menurut Kak Nor untuk mereka yang telah berkahwin. Bagi proses bertangas, customer perlu berkemban dan duduk di atas bangku berkenaan. Sebelum duduk, tuala perlu diangkat bagi memastikan wap mengenai bahagian sepatutnya namun, setelah duduk, kain perlu menutupi sekeliling bahagian duduk supaya wap tidak mengalir keluar. Setiap customer dikehendaki membuat kemutan bagi setiap minit dalam masa bertangas. Masa tangas juga diset pada peralatan tangas. Seterusnya adalah merendam kaki dengan garam bukit. Kak Nor membancuh garam bukit dalam sebuah bekas. Pada dasar bekas berkenaan mempunyai dua tempat letak kaki kanan dan kiri. Kemudian bancuhan tersebut dicampur dengan ais yang banyak. Memang sejuk gila kaki saya sampai sengal dibuatnya. Tapi biasalah, saya kan suka sejuk. Tak adalah saya complain sejuk. Hahahahaha... Proses ini juga berlangsung selama 10 minit sama seperti tangas. Kemudian steam wajah. Steam wajah ini menggunakan peralatan khas. Kak Nor kata, sayapun boleh beli alat ni dan baik dibuat setiap hari. Ia tak seperti sauna yang tak boleh buat setiap hari. Peralatannya juga boleh di adjust kepanasannya. So saya adjust sendiri suhunya. Bila tak tahan panas, saya perlahankan, bila rasa OK, saya naikkan suhunya. Waktu stem muka ni, kita kena gerakkan wajah kita selalu kerana ruang untuk wajah tidak besar. Gerakan wajah ni untuk memastikan seluruh wajah di wap. Air dalam steamer ini juga dicampur dengan herba. Baunya segar dan mendamaikan. Ada bau pudina. Setelah 10 minit berlalu, saya berpindah masuk ke bilik untuk rawatan terakhir iaitu urut badan selama 30 minit. Saya memang suka Kak Nor urut. Masa duduk Melati dulu, selalu jugak saya pergi berurut dengan Kak Nor. Tangannya kecil, jarinya halus tapi kuat dan sedap. Hadoi sakit sungguh tumit kanan saya bila diurut. Mngkin kerana kerap digunakan dan pemakaian kasut kata Kak Nor. Selain daripada tumit, ada juga urat di bahagian lain saya yang bersimpul. Sakit untuk dileraikan tapi saya tahankan saja. Memang best. Kami cadangkan pada Kak Nor supaya dia turut menyediakan perkhidmatan skrap badan dan mandi rempah, susu dan bunga. Hahahaha... Kak Nor kata dia ada terfikir tapi dia akan buat satu demi satu. Lepas tu kami sembang-sembang dengan Kak Nor setelah menunaikan Solat Zuhur dan Asar. Hari hujan membuatkan kami tidak boleh bergerak balik. Sempat makan malam dengan Kak Nor sekeluarga di kedai makan. Terima kasih Kak Nor buatkan kek coklat untuk kami.

Friday, April 27, 2018

Kenapa Saya Yang Kena Hadap?

Assalammualaikum readers, Selamat tengahari. Korang dah makan? Saya tunggu kawan balik beli makanan. Tunggu chicken chop yang best dan Subway set untuk makan malam. So hari ni tak payah la saya pening-pening fikir nak cari makan malam. Masa on the way ke office pagi tadi, saya terserempak dengan penjaga site kontraktor yang buat siar kaki bahagian Public Bank dan rangkaiannya. Saya bagi tahu dia tentang persetujuan DBKL yang dinyatakan dalam mesyuarat tempoh hari. Saya rasa bengang sebab semalam, ada blind yang sesat kat tempat tu hamper dua jam. Mana assistant yang dijanjikan tu? Macam biskut pulak ya kejap ada kejap tak ada. So, dia pun ajak saya minum untuk membincangkan hal tu. OK, saya setuju sebab saya nak dengar alas an dari kontraktor sendiri kenapa tak boleh sediakan assistant macam yang telah dipersetujui? Kebetulan masa tu dah dekat 8.30 pagi sebab saya bangun lewat hari ni lantaran kesukaran untuk tidur selepas membeli-belah di Lazada jam 3 pagi tadi dan update blog ni. Kami minum di salah sebuah kedai mamak berdekatan office saya. I call my assistant, bagi tahu yang saya ada perbincangan dengan wakil kontraktor tersebut. Lepas order minum, saya nyatakan permasalahan yang berlaku sekarang di sekitar projek berkenaan. Katanya, untuk assistant sampai jam 11.00 malam tak sampai kat dia. OK, setelah saya jelaskan, dia bersetuju untuk beritahu boss dia tentang hal ni. Lepas tu, dia tukar topic, Tanya tentang saya. Masa mula-mula tadi dah Tanya, saya ni cik ke puan? Normallah tu, baru jumpa, kenalah tahu kan. Lagipun saya memang tak suka orang panggil saya puan. So, I told him, I'm a miss. Paling tak best,soalan tu diulang sekali lagi. Lepas tu dia mula bercerita pasal diri dia yang lapan tahun kematian isteri dan mempunyai seorang anak yang dia bawa bersama. Oh my god! Saya ni nak bincang pasal kerja, bukan nak dengar luahan peribadi orang. Kot ya pun nak bercerita, agak-agaklah. Saya luangkan masa saya yang tak berapa nak ada ni untuk bincang pasal masalah blind kat sini. Bukan nak dengar cerita awak tu bersedia nak kahwin dengan blind. Ya Allah, menyesal terima pelawaan ni. Saya tak ada masa la untuk benda-benda ni. Bukan sombong tapi I feel something wrong, sebab saya tak kenal dia pun. Apa hal berulang kali cakap dia terima kalau jodoh dia blind? Terima seadanya katanya. Saya ni ada meeting dengan pihak luar kejap lagi. Tolonglah, saya nak cepat. Saya terima pelawaan ni pun sebab masalah accessibility je. Tak lebih dari tu. Serius saya tak suka. Saya mula resah di tempat duduk. Beberapa kali saya melihat jam bagi memberi isyarat kepadanya yang saya dah lewat dah harus pergi sekarang. Tapi dia ni macam tak faham. Akhirnya, saya cakap, saya kena pergi sekarang. Silap saya sebab bagi name card kononnya nak update saya pasal hal yang dibincangkan. So, cakap pasal kerja, saya balas. Kalau luar topic kerja, minta maaflah. Ingat saya ni apa? Senang-senang nak rapat dengan orang? Semua boy friend saya pun ambil masa nak kenal saya dan nak rapat dengan saya. Saya tak suka lelaki yang macam ni. Maaflah, saya bukan sombong, tapi itulah pendirian saya. Lagipun saya tak berkenan dengan pembawakan diri dia. Mencurigakan. Saya penatlah, saya penat nak layan semua ni. Kalau nak berjodoh dengan blind, saya doakan awak dapat blind yang baik. Stress!!!!!!!!!!!!

Takkan Kau Dah Kurus???

Assalammualaikum readers, Saya tertidur pukul 8.00 tadi. Bangun solat Isyak dan rasa nak menulis. Kejadian ni pada keesokan hari selepas saya dikatakan gemuk oleh kawan saya. Hari tu macam biasa saya ke pejabat. Sewaktu saya mahu ke tingkat atas bertemu acting GM, saya ditegur Amjat yang sedang duduk-duduk di counter receptionist. Saya singgah dan bersembang. Amjat: Eh Tinta, takkan kau dah kurus? Saya: Ala... Kau tak payahlah nak perli aku. Kau saja je kan? Amjat: Taklah wei. Serius beb, nampak kau kuruslah wei. Saya: Kau mengadalah. Takkan semalam orang baru kata aku gemuk hari dah kurus? Kau ingat boleh turun naik dalam masa sehari? Amjat: Taklah dol, nampak kau tak sebesar semalam. Tapi semalam pun taklah besar mana cuma hari ni lebih kecik. Saya berfikir sejenak. Takkan baru turun naik tangga semalam hari ni dah kurus? Saya: Ke baju semalam yang aku pakai tu nampakkan aku ni besar? Amjat: Mungkinlah beb. Hari ni kau kurus je. Lawa pulak hai hijau ni dengan kau. Dress ni nampak OK lak kau pakai. Saya: Waaahhh... Dapat pujian dari pengkritik mulut puakalah hari ni. Amjat: Aku kan jujur. Kalau tak kena tu menanahlah telinga kau. Kalau OK aku cakap OK. Saya: Aku rasa, semalam aku nampak besar, sebab, aku pakai baju kurung nenek aku kot. Baju tu kan besar dengan aku. Bukan saiz aku. Baju ni memang saiz aku. Amjat: Mungkinlah beb. Saya: Tulah, hari aku pakai baju besar tu dia datang pulak. Time aku pakai baju yang OK macam ni tak datang pulak. Amjat: Nasib kau beb. Janganlah risau sangat. Kau OK je. Cuma naik sikit. Tapi tak adalah gemuk. OK je. Tak masuk kategori gemuk pun. Macam ni OK. Kau maintain je. Macam aku cakaplah. Jaga makan, makan sayur, buah. Tak payah makan berminyak sangat beb. Saya: Tulah, aku kena ketatkan disiplin aku macam hari tu sebelum besar lagi. Alhamdulillah, saya masih OK. So, insya-Allah, untuk t-shirt juri bangunan accessible anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur ni tak ada masalah dengan saiz S yang saya dah minta dengan DBKL tu. Barulah hati saya ni lega. Kalau tak, semalaman saya duk memikir, gemuk sangat ke saya ni? Dua orang pengkritik tetap saya kata OK, OK la. Sebab saya tahu pengkritik saya ni orang yang ikhlas. Kalau tak kena, dia orang tegur je. Tak ada nak jaga hati. Sebab dia orang ikhlas tegur untuk kebaikan saya. Seorang lagi pengkritik yang sekarang ni dah tak selalu jumpa saya ada PM saya setelah membaca entri sebelum ni iaitu entri "over excited". Dia dapat mengagak siapakah yang telah mengatakan saya gemuk. Hahahaha... Komen dia, kalau dalam Facebook, antara saya dengan kawan saya tu, nampak saya kurus berbanding kawan saya tu. Cuma tubuhnya nampak fit mungkin kerana gurdle yang dipakainya. Mungkin jugak sebab gurdle yang saya pakai ni dah lama dan perlu ditukar. Sebab tu tak nampak fit. Maklumlah, gurdle murah je saya pakai. So kena tukar bila tiba masanya. Tak apalah. Saya fikir positif je. Mungkin masa tu kawan saya tu nak menjual barang dia. Nak jual gurdle yang dia jual dan mungkin excited sebab ada orang office cakap dia kurus dan cantik. Kalau saya jadi dia pun mesti saya excited. Sebab sebelum ni dia tak susut kerana dia bukanlah orang yang boleh istiqamah diet macam saya. Dia jugak, bukan orang yang beraktiviti senam macam saya. Lagipun sorang tu je yang cakap macam tu, orang yang memang suka melagakan orang. Orang lain tak cakap pun apa-apa. Dan kejadian tu boleh mengingatkan saya supaya berjaga-jaga dan memperketatkan semula diet saya. Terutamanya ais dan makanan berminyak. Lagipun kawan saya tu, memang cakap je apa dia nak cakap. Tak niat pun nak sakitkan hati saya. Cuma saya je terasa lebih. Kami kan dah kenal lama dan dia adalah antara kawan yang sangat baik dengan saya. Saya sayang dia sangat-sangat. Dia pun tak sangka agaknya kata-kata dia tu buat saya tak senang duduk. Hahahaha... Betul kata you, saya perlu kurangkan ais. Tak payah nak blended kerap sangat Tinta. Saya bukanlah tak boleh orang lebih dari saya. Cuma saya risau kalau saya dah masuk kategori gemuk. Yelah, usia kita bukan muda lagi. Takut ada penyakit, takut tak fit bila nak beraktiviti lasak dan takut susah nak turun balik. Saya sendiripun rasa yang saya naik sikit. Sayakan ada penimbang berat badan kat rumah ni. So selalulah saya timbang. Tapi kata pengkritik lagi sorang tu, sekarang better, nampak cutting, tak adalah flat sangat macam dulu. Sedap mata memandang. Maintain je. Baiklah, usaha-usaha mengurangkan lagi berat badan telah dirangka. Naik turun tangga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, tiada nasi kalau nak jugak, sekali je seminggu. Kurangkan dan akhirnya no ais. Sesekali bolehlah kalau teringin. Kurangkan makanan bergoreng, lebihkan sayur dan buah-buahan. Kurangkan manis. Mujurlah saya bukan peminum air panas manis seperti kopi, teh dan seumpama dengannya. So hot coklat pun tak boleh selalu. Tapi saya ni memang kurang air manis. Kalau dah ais tak boleh, confirm saya akan minum air suam je kalau makan. Lepas ni kalau jus pun macam dulu Tinta, jus tanpa ais. Air manis saya mesti sejuk kalau bukan jus. So, sekarang tak bolehlah. Dan tambah satu cara lagi, sauna. Saya dah hubungi orang yang buat sauna. Katanya, tubuh macam saya paling kerappun dua minggu sekali untuk sauna. Tak boleh kerap. Takut kekurangan air dalam badan. Kalau orang yang gemuk, 2-3 hari seminggu. Kalau kurang sikit gemuknya, seminggu sekali. Tapi kalau macam saya, dua minggu sekali je cukup. Kira OK la kan? Belanjapun tak banyak. Sekarang ada promosi, RM70.00 ada lima benda, sauna setengah jam, rendam kaki dengan air panas dan garam bukit, stim muka, tangas dan masaj belakang dengan apa entah. Semuanya menggunakan herba. Masa untuk kelima-lima item tu adalah satu jam setengah. Nak cantik, kenalah usaha dan melabur sikit. Sikit bolehlah. Kalau ribu-riban tu taklah. Hahahaha... Kedekut di situ.

Tuesday, April 24, 2018

Over Excited

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Sedang bersantai ke? Ke tengah kerja? #Buatpengetahuanseseorang #kamisedangberehatdirumah #tulisblogataskatil Hahahaha... Bengang tak? Saya dah mula naik turun tangga rumah ni sebelum angah kahwin lagi. Berhenti balik kampung. So hari ni mula balik. Antara yang jadi semangat tu sebab semalam kawan yang dulu kerja di office saya datang office. Minah ni jual korset Premium Beauty. Asyik promot je kat saya. Memang tak la nak beli set gurdile sampai RM2300. Baik saya renovate tingkap rumah. Memang sejak akhir-akhir ni badan saya naik sikit. Mungkin sebab dah lama tak bersukan. Tapi saya still pakai baju saiz S. Dia jumpa saya, mulutnya macam murai berkicau. Asyik cakap saya gemuk. Siap kata, antara saya dan sorang lagi kawan kami, dia rasa dialah paling kurus antara kami. OK, bagilah chance. Orang tak pernah kurus macam saya so sekali susut sikit bukan main excitedlah kan? Sebenarnya mungkin tu salah satu promotion nak jual gurdile dia. Saya tetap dengan pendirian saya, takkan beli korset harga ribu-riban tu. Ya, saya penggemar gurdile dan memang pakai gurdile hari-hari sejak tahun 2013 dulu. Tapi gurdile saya takat ratus je la. Tak pernah try Elken, Premium Beauty, Kosway dan seumpama dengannya. Mahal sangat. Memanglah waranti seumur hidup tapi tidak untuk masa sekarang. Kesimpulan daripada saya memakai gurdile selama lima tahun ialah: Gurdile bukan untuk menguruskan tubuh jauh sekali membakar lemak. Ia hanya sekadar mengalihkan lemak ke tempat lain mengikut lilitan gurdile tersebut. Pada mulanya, saya sangka ini sekadar tiori saya tetapi hari ni saya terbaca blog Kevin Zahari seorang instruktur senaman dan pakar untuk kurus mengatakan hal demikian. Setiap apa yang saya lakukan terhadap tubuh saya pasti akan saya perhatikan perkembangannya. Saya pakai gurdile sekadar untuk membentuk tubuh saya dan ianya berhasil walaupun sekadar memakai gurdile Skiva yang harganya hanya ratusan ringgit. Kenyataan kawan saya yang dia takkan gemuk kerana memakai Premium Beauty hanyalah sekadar retorik. Lama-kelamaan pasti dia akan merasai apa yang saya katakan ini. Cara yang paling berkesan untuk kurus tiada jalan pintas. Senaman dan jaga pemakanan itu yang paling penting. Ini juga telah terbukti dalam hidup saya di mana saya menjaga makan dengan sebaiknya dari segi kuantiti, kurangkan manis, tanpa nasi, tanpa ais, itu sebenarnya akan menguruskan kita dan mengurangkan berat badan kita. Tambah dengan senaman kalau berenang, lagi cepat memberi kesan. So, apa yang menyebabkan badan saya sedikit naik? 1. Tiada senaman - ini faktor paling utama sebab saya masih kurang pengambilan nasi dalam diet saya. Sejak kaki berjahit tahun lepas, saya belum mula kelas renang dan baru sekali bertandem itu pun sekadar 13 KM je. 2. Tiada kawalan terhadap ais - yelah, asyik minum blended, ais dan Chatime je. Padan muka. 3. Makan coklat - sejak akhir-akhir ni jugak saya banyak makan coklat. Musim gila coklat. 4. Makan makanan bergoreng - asyik makan mihun goreng je. Hambek kau! 5. Kurang sayur, buah-buahan dan air putih - Ikutkan sangat rasa malas minum air tu. Rasakan. Sayur dan buah pun malas nak cari. Malas je kerjanya. 6. Gastrik - Salah satu makan saya kurang berjaga sebab gastrik. So, masa tu saya ambil nasi beberapa kali seminggu untuk elak sakit yang menggila tahun lepas. Hahaha gastrik perasaan. Lepas saya move on dari si dia yang tinggalkan saya, alhamdulillah, gastrik pun hilang walaupun saya makan lewat, tiada sakitnya. Keadaan diburukkan lagi bila makan nasi beberapa kali seminggu masa kat kampung hari tu. Lagi tak ada aktiviti fizikal duk kampung hari tu. Saya tak target banyak, nak turun ke 50 KG je. Berat ideal saya sebelum dirundung duka dua tahun lepas. Tak adalah sampai nak 45 KG sangat macam waktu tu. Tapi kalau dapat alhamdulillah. Lagilah saya suka. Mujur saya sedar cepat. Dan mujur saya masih pakai T-shirt saiz S. Bermakna, tak banyak sangat tubuh saya naik. So insya-Allah kalau istiqamah cepatlah turun berat ni. Saya akan buktikan pada kawan saya, yang saya boleh turun tubuh saya ni dengan senaman dan pemakanan. Saya tak nak kaitkan kurus saya dengan gurdile sebab ternyata senaman dan pemakanan tu menjadikan saya kurus seperti tahun 2014 dulu. Tapi saya tetap akan beli gurdile bagi menggantikan gurdile saya yang dah lama ni. Saya jumpa gurdile Premium Beauty kat Lazada harganya cuma ratusan ringgit. Bolehlah try nanti. Over excited nak bersenam, pukul 5 cabut dari office. Kan dah bawa balik kasut sukan lain sebelah. Hahahahahahahahahahaha... Saya perasan bila lepas buat regangan dan nak pakai kasut untuk turun naik tangga. Memang tak sedap pakai. Tinggi sebelah. Ah, peduli apa saya. Kalau saya dah kata nak buat, hentam jelah. Bukan ada orang tengokpun. Saya naik turun tak jumpapun orang naik turun. Tapi bila ada yang tak kena, ada pulak yang nak menyapa. Orang: Akak, akak naik sampai tingkat 13 ke? Saya: Ya. Orang: Nak buat jugaklah. Betul ke akak sampai atas? Saya: Betul. Ni dah habis dah. Jomlah join. Ada kawan best. Saya terus berjalan laju balik ke rumah. Takut dia perasaan kasut saya yang lain sebelah ni hahahahaha... Dahlah satu bahagian luar warna purple satu lagi warna pink. Mujur kedua-duanya campur warna hitam. Maka selesailah naik turun tangga hari ni. Satu round je. Kan baru nak mula balik. Esok lusa naik sikit bilangannya. Senaman pun kena sikit-sikit dan stept by stept, tak boleh main hentam je. Bahaya. Saya sudahi dengan regangan juga dan sit up. Penimbang berat badan akan menjadi sahabat akrab saya. OK la. ngantuklah. Nak tidur dulu. Bye, bye.

Monday, April 16, 2018

Kuih Yang Dilempar

Assalammualaikum semua. Salam sejahtera... Saya ingin mencatatkan sebuah kisah untuk dijadikan iktibar kepada bakal ibu bapa atau mereka yang telahpun menjadi ibu bapa. Sila ambil perhatian bahawa, perkara yang remeh dan kecil bagi anda namun sangat bererti bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Tindakan anda, kata-kata anda akan memberi kesan seumur hidup kepada anak anda tanpa anda sedari. Baiklah, bacalah kisah simple ini namun fikirkan sedalamnya maksud tersirat agar anda sentiasa lekat dalam hati anak-anak anda sebagai ibu bapa yang dihormati. *** Pagi itu, Puan Rafiah dan En. Azdan seperti hari-hari sebelumnya ke pejabat demi mencari nafkah keluarga. Dua orang anak mereka iaitu Wani dan Ayuni diam di rumah bersama Kak Ha, orang gaji yang diupah menjaga kedua adik-beradik tersebut dari pagi hingga petang. Wani berusia tujuh tahun manakala adiknya, Ayuni berusia empat tahun. Kedua beradik ini sangat suka bermain dan perasaan ingin tahu mereka amat tinggi. Setiap apa yang dilakukan orang dewasa, pasti mereka ingin mencubanya. Minat kedua beradik ini bertukar-tukar. Hari itu, mereka teringin untuk memasak. Keinginan tersebut disuarakan kepada papa mereka, En. Azdan sehari sebelumnya. En. Azdan menyambut baik keinginan anak-anaknya yang ingin membuat jemput-jemput atau cekodok. En. Azdan meminta anak-anaknya tidur terlebih dahulu memandangkan hari telah lewat malam. Tentang keinginan kedua-dua puteri yang dikasihinya, dia meminta agar kedua beradik itu belajar membuat cekodok dari Kak Ha setelah Kak Ha siap mengemas rumah mereka keesokan harinya. Dengan harapan keinginan menjadi kenyataan, kedua beradik tersebut tidur dengan senyuman. Kedua-duanya berangan menguli tepung dan melenyek pisang untuk memasak cekodok. Pagi menjelang bersama mentari riang memancar cahayanya seriang kanak itu menanti Kak Ha orang gaji mereka tiba untuk membuat cekodok. Setelah selesai Kak Ha mengemas, kedua beradik itu memberitahu Kak Ha akan hasrat mereka. Kak Ha enggan menurut, khuatir dimarahi Puan Rafiah. Namun, setelah didesak dan kedua beradik tersebut memaklumkan papa mereka yang menyuruh mereka belajar dengan Kak Ha, orang gaji itupun bersetuju. Maka, kedua beradik tersebut dengan gelak tawa penuh keriangan mula diajar Kak Ha membuat cekodok. Kedua-duanya diberi bekas sorang satu, gandum dan semua bahan untuk membuat cekodok. Masing-masing tekun membuat cekodok. Kedua-duanya berangan bahawa hari ini pasti mama dan papa mereka terkejut dengan surprise mereka. Almaklumlah, fikir mereka, pasti mama dan papa mereka terkejut melihat anak kecil mereka pandai membuat cekodok. Kedua-duanya berangan bahawa papa mereka yang selalu dihidangkan air setelah pulang dari pejabat oleh mama akan memakan cekodok mereka. Pasti papa akan berasa sangat gembira. Mereka mula bersembang menzahirkan angan-angan mereka. Kak Ha amat riang melayan keletah kanak-kanak tersebut. Dengan sabar, dia mengajar kanak-kanak itu satu demi satu cara membuat cekodok. Untuk menjaga kebersihan, Kak Ha sentiasa memastikan tangan kedua kanak-kanak itu bersih sebelum memegang bahan-bahan masakan. Setelah selesai mencampur dan mengacau semua bahan, Kak Ha ingin menggorengkan cekodok tersebut namun ditegah oleh kedua beradik itu. "Laaa... Dah buat gorenglah. Nanti Wani dan Ayuni boleh makan sama-sama," "Tak nak. Nak makan dengan papa. Dengan mama," Ayuni melahirkan keinginannya. "Entah, Kak Ha ni. Kita orang kan masak untuk papa dengan mama," Sokong si kakak. "Kita makan jelah. Tak payah simpan-simpan. Nanti mama marah," Kak Ha cuba memujuk untuk menggoreng cekodok tersebut. "Tak nak. Kenapa mama marah pulak? Hari ni, mama tak payahlah buat apa-apa. Kita kan dah masakkan untuk dia orang. Mesti papa dengan mama suka punya," Akhirnya, Kak Ha mengalah. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang, Puan Rafiah pulang dahulu. Kak Ha kelihatan gelisah. Puan Rafiah terus ke dapur untuk menyiapkan minum petang suaminya, En. Azdan. Si kakak mengekori Puan Rafiah ke dapur dan diikuti oleh Ayuni. "Mama, gorengkan cekodok pisang," Pinta Wani dengan senyum terukir di bibir. "Mana ada cekodok pisang? Jangan merepeklah. Duk luar sana. Mama sibuk. Mama nak buat air untuk papa. Jangan macam-macam, mama penat," Balas Puan Rafiah dengan suara meninggi. "Ada, kita orang dah buat. Belum goring je," Si kak pudar senyuman. Wajah si adik juga mula keruh. Puan Rafiah membuka peti. Dia melihat bekas adunan cekodok dan dikeluarkan. "Siapa buat ni?" Suara Puan Rafiah masih tinggi. "Wani dengan Ayuni la," Balas Wani sambil diperhatikan Ayuni. "Yang korang pandai-pandai main tepung ni kenapa?" "Kita orang tak mainlah mama. Kita orang buat cekodok. Kak Ha yang ajar," Wani sedaya mungkin mempertahankan kuihnya. Ayuni maju ke depan dan merapati kakaknya yang sedang bersoal jawab bersama mamanya. Wajahnya turut keruh sekeruh wajah kakak kesayangannya. "Siapa suruh korang buat semua ni? Kotor! Siapa nak makan? Dah buang!" Tanpa mengendahkan perasaan anak-anaknya, Puan Rafiah terus membuang kesemua adunan tersebut dengan kasar ibarat membuang sesuatu yang sangat jijik dan Kotor ke belakang rumah. Wajah keruh Wani dan Ayuni bertukar menjadi tangisan. Kak Ha yang terdengar bunyi kecoh di dapur lekas-lekas mendapatkan kedua beradik yang mula menangis lalu memeluk dan membawa keduanya ke ruang tamu. Sedang Puan Rafiah terus membebel dengan suara yang tinggi dan mengeluarkan perkataan yang kurang enak didengar. En. Azdan pulang lalu pantas mendapatkan anak-anaknya yang sedang dipujuk orang gaji. Dia ingin tahu apa yang berlaku sehingga kedua-dua anaknya menangis. Kak Ha menceritakan apa yang berlaku kepada En. Azdan setelah didesak. En. Azdan bergegas ke dapur mendapatkan Puan Rafiah. "Mana kuih yang budak-budak tu buat?" "Kuih apa?" Puan Rafiah marah-marah. En. Azdan menahan kesabarannya. "Kuih yang budak-budak tu buat tadi. Mana?" Dia menekankan suaranya meskipun perlahan. "Tak ada. Saya dah buang," Balas Puan Rafiah geram. "Kenapa awak buang?" En. Azdan tidak puas hati. "Budak-budak tu dah main. Kotorlah!" "Siapa kata kotor? Kalau awak tak nak makan, saya makan. Kesian budak-budak tu," Puan Rafiah diam. En. Azdan sekali lagi mendapatkan anak-anaknya. "Dah, jangan nangis eh. Nanti esok, papa ajar buat kuih. Nanti papa gorengkan, kita makan sama-sama," Kedua-duanya lantas memeluk papa mereka yang dirasakan penyelamat dan pembela mereka. *** Tulisan ini amat meninggalkan kesan di hati saya. Maka saya mengharapkan agar kisah ringkas ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa agar tidak memandang enteng akan perasaan anak anda kerana kesannya membawa ke usia dewasa mereka dan akhirnya, kesan tersebut turut mengganggu hubungan baik antara anak-anak dan ibu bapa. Menjadi ibu bapa bukanlah bermakna anda sentiasa betul dan perlu mengarahkan anak-anak anda sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan mereka. Sebaliknya, sokongan, dorongan, pujian dan kasih sayang amat penting untuk membentuk sahsiah cemerlang anak-anak. Nanti kita jumpa lagi dengan kisah yang lebih memberi pengajaran. OK la, nak redakan perasaan sedih saya ni. Nak pergi solat. Assalammualaikum.

Tuesday, April 10, 2018

Jam Tangan Braille - Reizen



OK, saya kembali lagi. Nak buat review pasal jam tangan yang mula membuat saya jatuh hati padanya. Korang jatuh hati tak tengok dia kat atas tu? Hahahaha... Citarasa kita ada yang sama, ada yang tak kan? So, saya tak kecil hati kalau korang tak sependapat dengan saya. Demokrasi! Pada awalnya, saya rasa terkilan kerana jam yang saya terima dari Farmingdale, New York, Amerika Syarikat Jumaat lepas tidak seperti yang saya inginkan. Saya nakkan muka jam berwarna emas tetapi yang sampai warna perak atau silver. Setelah membeleknya beberapa hari dan pendapat dari kawan-kawan termasuk penjelasan daripada sales girlnya, maka sayapun bersetuju bahawa jam ini terlihat lebih elegan berbanding jam yang bermuka emas dipadankan dengan tali emas. Menurut sales girlnya, jam buatan Swiss ini tampak elegan dengan muka silvernya. Jika saya mahukan jam bermuka emas dan tali emas, saya perlu membeli jam buatan China di mana saya memang tak percayakan produk buatan China. Menurutnya lagi, jika saya mahukan jam tangan berkualiti tinggi, inilah pilihan terbaik keluaran Swiss di mana Swiss merupakan pengeluar unggul bagi jam tangan dunia. Namun bagi jam tangan braille, permintaannya tinggi untuk jam buatan China kerana harganya yang murah berbanding buatan Swiss yang tinggi harganya setanding kualitinya. Menurut kawan saya pula, Swiss banyak mengeluarkan jam tangan mewah dunia. Katanya, walaupun China mengeluarkan jam tangan berwarna emas tetapi materialnya pasti tidak sebaik Swiss. Saat kali pertama Kak Fatimah melihat gambar yang saya kirimkan padanya, tanpa mengetahui saya tidak berapa puas hati dengan jam ini, Kak Fatimah mengatakan jam tangan saya ini kelas dan elegan. Hadisah meskipun tidak gemarkan warna emas tetap memberi komen bahawa jam ini sesuai dengan muka peraknya. Manakala bagi Amjat, jam tangan bertali emas dan bermuka perak ini sesuai. Nampak simple tetapi elegan. Sementara Kak Sha saat melihat saya membuka kotak jam ini mengatakan jam ini cantik. Waktu saya sibuk-sibuk meminta Kak Sha mengambil gambar jam ini, Yasoda menegur: "Wow, cantiknya jam ni. Ni ke barang yang akak tunggu dari US tu?" Hari Jumaat, saya belum boleh pakai jam ni sebab besar. Takut jatuh. So, Sabtu lepas saya ke Sogo atas nasihat kawan, saya ke sebuah kedai jam di Sogo. Kata kawan, saya tak boleh potong tali jam ni di sebarangan tempat, takut rosak. Untuk setiap tali jam, ia mesti dipotong menggunakan alat sesuai dengan tali berkenaan. Kalau tak, pasti tali akan rosak. Saya teringat jam yang saya beli 11 tahun lalu. Jenis tali yang sama. Saya potong di kedai anei berdekatan office. Potongannya tidak begitu cantik. Mungkin masa tu saya tak begitu alert dengan barang saya miliki. Janji boleh pakai sudah. Kesedaran untuk betul-betul menjaga tu tiada. Mungkin jugak masa tu cikgu belikan jam tu buatan China walaupun di US. Mukanya emas dan talinyapun emas. Melangkah masuk ke kedai jam di Sogo, saya dengar harga jam yang diperbualkan ribu-ribu. Alamak. OK ke? Saya dilayan dengan baik walaupun jam saya sekadar ratusan ringgit. Hampir seribu jugaklah saya habis untuknya walaupun tak semahal jam-jam yang dipamerkan di kedai tersebut. Mereka memotong tali jam saya begitu teliti dan mengambil masa yang lama. Mujur Suzi temankan saya. Kalau tidak mati kutu dibuatnya. Tak mahalpun chargenya. Tersangat murah. Setelah selesai memotong, sales girl pakaikan jam tersebut di tangan saya. Terlalu kecil. Saya meminta dia menambah sedikit kebesaran lilit tali dengan menambah sekeping besi yang telah dipotong. Sales girl melayan saya dengan baik dan bertanyakan kepada saya, adakah saya mempunyai masa untuk menunggu? Saya bersetuju. Dan proses yang lama bermula sekali lagi. Nak tahu berapa dia charge saya? RM6.00 untuk dua kali kerja. Sebenarnya kalau dia charge saya RM12.00 pun saya tak kisah. Dah dua kali dia buatkan. Ahad saya di rumah dan tidak melihat jam saya. Malas nak pakai sebab sentiasa phone ada bersama saya. So, boleh tengok jam di phone je. Rumah sayapun tak besar. Senang je nak dapatkan phone. Semalam, saya kenakan jam di pergelangan tangan kiri. Rasa penuh berkeyakinan di samping penampilan saya yang santai dan semerbak harum Carolinna Herrera di tubuh. Dalam flight, sewaktu menunggu kapal berlepas, saya tengok ada kilauan memancar. Puas saya cari di sekeliling saya punca datangnya gemerlapan tersebut. Mungkin khayalan saya agaknya. Fikir saya. Saya gerakkan tubuh saya tapi kilauan tersebut masih ada. Saya mengangkat tangan. Rupanya, kilauan tersebut datang dari jam yang saya kenakan. Mungkin cahaya mentari petang yang menerobos tingkap pesawat membuatkan cahayanya memantol. Lantaran malas nak bergrak banyak mendapatkan handset, seharian saya memakai jam ni hari ni. Saya duduk di sofa dengan pencahayaan suram sebelum lampu dibuka. Saya lihat cahaya tali jam bergemerlapan. Kuat bebenar kilauan tali jam saya kali ni. Tidak seperti kilauan tiga jam yang saya pakai terdahulu. . Sekali lagi saya dikejutkan dengan kilauannya apabila saya duduk di bawah lampu kuning ruang tamu rumah. Ianya kelihatan seolah-olah diperbuat daripada emas keseluruhannya. Mukanya yang silver juga telah bertukar menjadi keemasan. Biar betul mata saya ni, takkan tiba-tiba muka silver jam ni dah jadi warna emas pulak? Saya melihatnya dalam jarak lebih dekat. Ya, betul. Seluruh jam ni berwarna emas berkilau. Saya beralih ke bawah lampu putih. Sekonyong-konyong, muka yang keemasan tadi bertukar dengan gemerlapan putih perak. Meskipun berubah ke warna asalnya iaitu perak, ia tetap berkilauan perak bergemerlapan. Seronok pulak saya main alih-alih jam ni sekejap di bawah lampu putih, sekejap di bawah lampu kuning. Macam jakun pulak. Mujurlah mama dan abah sibuk dengan kerja masing-masing. Tak adalah yang menegur saya yang sedang xcited dan girang bermain dengan jam ni. So, saya dah mula cintakan jam tangan ni. Jam tangan Reizen buatan Swiss ini talinya berwarna emas dipadukan bersama muka berwarna perak. Dihiasi dengan jarum berwarna emas sementara dotnya pula berwarnna perak lebih gemerlap daripada latarnya yang menyerlahkan keseriannya. Pada permukaan cerminnya pula dikemaskan dengan garisan emas di sekeliling cermin mukanya. Mungkin hasil kilauan jarum, garisan sekeliling permukaan dan talinya yang menyebabkan seluruh mukanya tampak keemasan tatkala terkena cahaya kuning dan matahari. Ia didatangkan dalam kotak biru gelap yang di atasnya ditulis dengan tulisan keemasan beralas baldu putih. OK. Dah penat tulis dah. So, saya dah boleh senyum syukur dan gembira atas kurniaan jam ini buat saya. Terima kasih, Allah. Semoga saya dapat memakainya sehingga mati hahahaha... Atau menjangkau puluhan tahun lmanya.

Good Girl by Carolina Herrera

Assalammualaikum semua. Salam sejahtera. Rasa tention sebab dokumen saya nak tak ada. Untuk baikkan mood saya, jom kita buat cerita pasal perfume. Perfume lagi??? Mestilah. Dah namanya hantu perfume. Rasanya saya kena buka satu label post lagi iaitu perfume. Carolina Herrera ni perfume yang saya pakai sekarang. Baunya semerbak, Wangi sangat. Sekali saya pakai, semerbak satu bilik. Pakaikan pada Chiko, berminggu bau dia. Basuh baju pun still bau lagi. OK. Carolina Herrera ni didatangkan dalam botol berbentuk kasut tinggi perempuan yang sangat tinggi berwarna hitam. Manakala tumit kasut ni berwarna emas. Ia dilancarkan pada September 2016 dengan mesej "It's so good to be bad!" Haruman ini menjanjikan bau yang inovatif, membawa ketagihan kepada yang menggemarinya. Diperbuat daripada sayuran berakar (tuberose), kacang Tonka yang menampilkan watak wanita secara dualiti, digabungkan bersama jasmin putih yang memberi kesan misteri dan ditambah bau koko yang manis. Didatangkan dalam botol bersaiz 50 dan 80 ML Eau De Parfum. Hahahaha.. Macam mana? Boleh jadi perfume reviewer tak? At least boleh bagi gambaran kepada orang yang sedang survey nak beli perfume kan? Saya tengok jarang sangat dan hamper tak ada blog bahasa Melayu yang tulis pasal perfume beserta diskripsi bentuk botol dan campuran sesuatu perfume. Meh saya try buat. Boleh la sikit-sikit bantu mereka yang sedang mengkaji perfume untuk dibeli.

Thursday, April 5, 2018

Rindu Perfume

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Buat apa tu? Kerja ke? Saya baru selesai berbengkel tiga hari. Malaslah nak cerita pasal bengkel tu. Nak cerita pasal perfume. Ada orang Tanya saya: Orang: Rindu I ke? Saya: Tak. Orang: Ah you rindu perfume je. Saya: Memang pun. Hahahahaha... Kejam tak jawapan? Saya memang sangat sukakan perfume. Dan hari ni, saya minta dia belikan saya Sunflowers 100 ML by Elizabeth Arden dan Live Luxe by Jennifer Lopez juga 100 ML. Kedua-duanya berharga 19.99 setiap satu. Darab je dengan tiga. Campur penghantaran ke rumah dia baru RM152.00. OK. Kita stop untuk bulan ni. Bulan depan kita beli yang tinggi sikit harganya tapi beli sebotol je. OK tak? OK. Yang best tu, Sunflowers didatangkan dengan set iaitu selain dari perfume 100 ML, saya akan dapat EDT perfume, cleanser dan lotion Sunflowers. Meow dan Mediterannean dah pun selamat tiba ke tangan kawan saya. Yang tak kunjung tiba hanyalah jam tangan saya. Lambat betullah. Kenapa lama sangat dia kat airport hah? Stress betul saya. Ingat nak pakai jam tu masa majlis kahwin angah nanti. Harap sampailah ke tangan saya esok. Dari 2 April kot dia sampai kat KLIA.

Wednesday, April 4, 2018

Release Tention Bersama Perfume

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Malam ni saya rasa tak ada mood. Malas nak layan orang-orang yang nak bercakap pasal kerja dengan saya. So, saya malas nak jawab call siapa-siapa yang nak tanya pasal akses ke, sukan ke, basikal ke, apa ke. Pleaselah. Saya letih dan tak ada mood. So, tak payah buka whatsapp dulu untuk dua jam ni. Nanti kalau nampak saya online, dia orang whatsapp pulak. Saya tak ada mood, malas cakap pasal kerja. Kenapa saya tak ada mood? Sebab hari ni kasut saya basah kena hujan. Saya sampai kat Ara Damansara je hujan turun. Sedihnya saya rasa. Bukan tak bersyukur Allah bagi hujan. Tapi kasut baru saya tu nanti cepat rosak. Saya sukakan kasut tu. Hari tu dah rosak dah satu kasut yang saya suka. Kasut yang lembut, tak ada tapak dan sangat selesa bila berjalan. Sekarangkan saya dah pakai kasut dah pergi dan balik kerja. Nak jaga kulit kaki saya. Sejak saya pakai kasut ni, dia dah tak kering dan menggelupas macam dulu. Kalaulah dari dulu saya ikut cakap Aqilah, mesti kaki saya OK kan? So, untuk redakan mood yang kurang baik ni, saya nak pergi search perfume yang saya nak. Nak tengok berapa dolar. Kalau OK dengan budget, saya nak beli. Bye bye semua.

Sunday, April 1, 2018

Jual Beli Antarabangsa

Banyak benda nak cerita sebenarnya. Masa je tak ada. Meh hari ni nak cakap banyak sikit. Aik, bukan cakaplah. Tulis. Sejak kehilangan jam tangan braille empat tahun lalu, saya sentiasa mengimpikan untuk memilikinya semula. Jam tu pemberian abah. Tapi bukan saya sengaja hilangkan. Ia dicuri. Abah dah bagi saya macam-macam. Bagi laptop, gantikan iPhone yang hilang. Takkanlah saya nak minta jam lagi? Saya yakin, kalau saya minta, abah mesti bagi. Saya tak sampai hati. Bila ada duit kat tangan, ada je benda lain yang perlu didahulukan. Masa duduk Wangsamaju jangan haraplah. Nak simpan duit macam mana? Bayar sewapun dah RM600.00 sebulan. Gaji saya masa tu tak besar manapun. Keperluan lain lebih penting. Belanja Chiko pun lebih sikit masa tu sebab dia poo dalam pasir. Kena sediakan pasir dia. So antara dia dan jam, pastinya dia lebih diutamakan. Diakan makhluk hidup. Takkan nak susahkan hidup dia semata-mata nak beli apa yang saya nak? Kalau susahkan hidup dia, hidup sayapun susah. Chiko tak boleh poo dalam bilik air masa kat Wangsamaju sebab airnya tak begitu kuat. Macam mana nak bersihkan poo dia dalam keadaan macam tu? Bilik air dia pun tak selesa. Sekarang, rumah sayapun dah tak berbau macam dulu sebab Chiko poo dalam bilik air. Buang poo dia dalam toilet, flash, basuh simen bilik air dengan sabun, siap. Bau pun hilang. Saya pernah berhubung dengan MaxiAid di Amerika Syarikat empat tahun lalu berkenaan dengan jam ni. Bila melihatkan harganya mahal, saya simpan dulu hasrat nak memiliki jam tersebut. Yang dari Jepun pun mahal jugak. Lagi mahal. Kebanyakan di Malaysia ni mereka jual jam yang diimport dari China. Memang murah harganya. Tapi mungkin telah disematkan dari kecil yang barangan China ni tak bagus, saya tak nak. Abah selalu cakap, jangan beli barangan buatan China, kualitinya kurang. Brandnya pun entah apa-apa. Kalau Apple tu lainlah. Buat kat China pun, quality control dan designnya under Apple. Nak guna kad kredit abah boleh je. Tapi saya rasa keperluan yang satu ni taklah begitu mendesak. Saya tak nak susahkan abah. Saya malu sebenarnya. Untuk menyedapkan hati, saya selalu berbisik pada diri sendiri "Jam tu tak penting. Phone kan ada. Nak tahu waktu tengok Phone je la," dan itulah yang saya lakukan. Bila saya dah ada gaji sikit macam sekarang, saya dah confident nak beli. Tapi saya tangguh lagi sebab ianya memerlukan kad kredit atau Paypal. Memang saya dah lama punya Paypal tapi kad abah. Tak naklah guna kad abah selagi ianya tak begitu mendesak. Bila saya dapat kad, so sayapun melakukan proses untuk merialisasikan keinginan saya yang tertangguh sekian lama. Saya contact semula Khim dari New York untuk quotation dan katalog. Setelah memilih saya request quotation. Kali ni saya nekad. Hayyyooo... Susah jugak berurusan dengan US ni. 12 Jam jarak waktu menyebabkan komunikasi agak terbatas. Kita siang dia malam, kita malam dia siang. So satu hari, satu email. Saya hantar email siang. Malam dia balas. Esok, saya balas. Malam esok baru dia balas. Begitulah selanjutnya sampai urusan pembelian selesai. Sekarang, maklumat terakhir saya dapat, jam tu dalam perjalanan ke Malaysia. Dia berada di New York, di Origin airport katanya. Baru sampai dari tempat ia dihantar. Besar betul New York tu sebab dalam New York pun dia naik flight. Tu update 29 Mac lepas. Jumaat dia orang mungkin public holiday for Good Friday kot. Kalau Isnin ni pun dia public holiday jugak, kena tunggu lagilah saya ni. Excited ni nak pakai jam. Dah lama dah tangan ni tak berhias jam. Saya buat tracking pun dia masih kat John Kennedy Airport. Bilalah dia nak bergerak ni? Kepada mereka yang berhasrat nak beli anggaran untuk jam dari jenama Reizen ni kalau tali besi emas dan muka jam pun warna emas kira-kira $174.65 USD dan tambah $50 USD untuk penghantaran. Masa saya beli tu duit Malaysia RM896 berapa sen entah. Ni saya beritahu harga untuk mereka yang berhasrat nak beli supaya mereka membuat perancangan kewangan sebaiknya. Tiada unsur riak dan sombong ya. Sebab kalau saya nakkan sesuatu, saya nak tahu harga dulu baru saya boleh berangan dan rangka kewangan untuk mendapatkannya. Maklumlah, saya bukan kaya. Nak je beli. Saya kena kira perbelanjaan bulanan saya. Bukan nak beli satu benda je. Banyak lagi benda lain nak beli. Oh ya, RM896 tu termasuk pos. Harga jam sahaja lebih RM650. Sekian. Kalau rajin nanti saya tulis lagi.

Semangat Perfume Bangkit Kembali

Assalammualaikum dan selamat petang semua. Semua kerja dah selesai so, saya merayau-rayaulah di alam maya ni. Hahahaha memandangkan semangat perfume saya bangkit kembali, saya banyak baca pasal perfume la. OK, perfume idaman seterusnya adalah White Rose dari Floris Paris. Apabila saya melihat campurannya, insya-Allah, saya rasa saya akan jatuh hati dengan perfume ni. Paling penting, saya nak jadikan dia sebagai koleksi kerana perfume ni adalah perfume yang dipakai Ratu Elizabeth sewaktu majlis perkahwinannya 71 tahun lalu iaitu pada tahun 1947. Campuran mawar putih, melati, Iris, Carnation ungu dan anyelir ini pastinya wangi dan segar. Perfume campuran rose adalah antara perfume tangga teratas yang saya gemari seperti Diva Rose dari Emanuel Ungaro dan Incanto Bloom dari Salvatore Ferragamo. Bau-bau ini juga menjadi sebatian yang baik dengan tubuh saya. Ianya terbau kuat meskipun dengan semburan yang sedikit dan kekal lama pada diri saya. Tadi saya dah survey harga White Rose ni kat satu web kalau tak silap Amazon. Murah pulak harganya. RM325 ditukarkan ke RM dan diskaun dapat RM264 kalau tak silap. Biarlah dulu. Biar habis semua bayar kad kredit baru kita beli. Kalau setakat RM100 lebih tu bolehlah bayar guna duit gaji walaupun kad kredit bayar dulu. Lagipun angah nak kahwinkan? Kan saya janji nak sponsor something untuk dia. Sebenarnya sudah lama saya tidak membeli perfume di counter perfume sejak diperkenalkan kepada Jothy, pemilik kedai perfume. Saya hanya membeli perfume yang dijadikan tester di kedainya dengan harga murah kerana mereka hanya menggunakan setiap tester untuk sebulan sahaja dan kemudian mereka akan melupuskannya. Jothy menjual kepada kami di office dengan harga yang murah. Tapi taklah semurah RM40 atau RM50 kecuali kalau kuantiti yang sedikit. Tak apalah, janji origenal. Tapi tak semua brand yang kita nak ada. Bergantung kepada apa yang dibawanya ketika itu. Kadang-kadang saya keluar dari bilik tempat dia tunjukkan perfume dengan hampa sebab tiada bau yang saya gemari. Sampai Jothy pun tahu apa yang saya suka. Kalau ada Diva Rose by Emanuel Ungaro dan South Beach by Paris Hilton, pasti Jothy akan simpankan untuk saya walaupun tanpa saya minta. Tapi Diva Rose tu memang susah sikit nak dapat. Kata Jothy Diva Rose adalah antara perfume yang sukar untuk diperoleh stok. So kalau ada, dia simpan untuk saya. Dia pasti tunjuk kat saya dulu. Kalau saya tak nak, baru Jothy akan tunjukkan pada orang lain. Diva Rose pernah menjadi rebutan di office saya lantaran keharumannya. Pernah sekali Jothy bawa lima botol, kawan-kawan yang memang teringinkan Diva Rose sambar sorang satu. Saya? Mestilah orang paling awal menyambar. Hahahaha... Kalau saya ke Sogo, saya akan pergi tengok perfume yang offer di tingkat 7. Harganya boleh jatuh sampai RM100. Tapi situasi meriangkan ini sangat jarang berlaku. Kalau adapun, bukanlah dari jenama yang popular. 2014 dulu, saya beli Incanto Bloom di airport. Masa tu harganya RM200 lebih hampir RM300 untuk 100 ML. Lepas tu saya tak beli dah perfume di counter. Asyik beli dengan Jothy je. Bila beli dengan Jothy, saya malas nak ambil tahu pasal perfume sebab nanti saya berkenan kat certain brand, tapi Jothy tak ada yang nak dilupuskan. Lagipun, penjual minyak wangi ni, bukan semua brand dia jual. Pendek kata minyak wangi ni dia ada group dia. Kalau Jothy jual pelbagai perfume, ada dari kalangan group yang lain Jothy tak jual. So kita tunggu je apa yang dia bawa. Ada yang berkenan, kita ambil. Kalau tak, tunggu dia bawa dua perfume kegemaran saya tu. Tahun lepas, sales girl Lancome, Aishah tu offer saya nak tak beli Miracle by Lancome? Dia nak bagi saya harga staff RM375 for 100 ML kalau tak silap. Harga sebenar RM400 lebih. Mak ai, gila betul harga perfume kat Malaysia ni! Terkejut beruk saya dengar harga tu. Dah lama tak beli di counter, tak sangka tinggi macam tu harga semasa perfume. Mujurlah saya tak berkenan dengan bau Miracle tu. Kalau tak, beli jugak hahahaha... 50 ML pun dah RM300 lebih. Dahlah saya ni jenis pakai perfume pagi, petang, siang malam. Berapa bulan sekali nak beli dengan harga mahal gitu??? Tak makanlah jawabnya. Lately ni, Jothy dah jarang datang. Adoi, susah betul hati saya. Kalau perfume tak ada macam mana? Tak lengkaplah hidup ni rasanya. Hahahahha... Melampau kan? Kebetulan saya ke Romania, masa transit kat Singapura dapatlah sambar dua botol perfume. Tu pun yang 50 ML dah habis. Tinggal satu je sekarang ni. Ada satu lagi tapi saya tak suka sangat baunya. Tu kawan belikan masa dia bercuti di Singapura beberapa tahun lalu. Sebenarnya saya ada duit lagi masa balik dari Romania tu. Boleh beli dua botol perfume 100 ML lagi kot. Memandangkan duit tu abah yang bagi, saya rasa sayang. Rasa tak berbaloi habiskan duit abah dengan beli perfume. So saya simpan duit tu untuk tambah buat rumah nanti. Abah tanya saya kenapa tak habiskan duit tu? Saya kata tak apalah, nak simpan. Nak tambah dalam duit buat rumah. Baru-baru ni sewaktu bersembang dengan kawan yang duduk kat overseas, saya tanya kat dia pasal perfume. Memang perfume kat tempatnya murah. Murah yang melampau dan tak disangka kalau waktu offer. Katanya paling murah bulan Jun sebab dia orang close account dan bulan Disember sebab Krismas. Katanya boleh dapat $30 sebotol. Wow! Sangat memberangsangkan. Terasa bintang-bintang bergemerlapan di langit tinggi. Saya lantas minta dia belikan untuk saya pada kedua-dua bulan berkenaan. Target saya, nak beli 3 botol. Tapi tak adalah saya excited sangat masa tu. Jun kan lambat lagi. Tapi minggu lepas, dia minta saya senaraikan jenis beserta brand perfume yang saya nak. Katanya, kalau nasib baik, ada je offer. Masa duk sembang tu jugak dia search. Memang saya rasa nak menjerit kegembiraan dan melompat-lompat apabila perfume yang saya nak tu tak sampaipun $20 kalau tukar duit kita baru RM54. Origenal lagi ya, bukan tester. Baru dan berbungkus dalam kotak. So, seperti dalam entri yang saya tulis sebelum nilah. Dia suggest kat saya, beli sebulan sebotol dan kumpul sampai dia balik Malaysia. Lepas tu bila dia balik saya dah ada banyak botol dan tak payah beli untuk beberapa tahun. Memang menjadilah kalau ada orang yang melayan saya. Perfume tu akan sampai kat saya sekiranya ada yang nak balik Malaysia, dia akan kirimkan untuk saya. Nanti tengoklah pengiraan luggage ke macam mana. Alah, bukan banyakpun nak kena bayarkan? Kira OK la. Tulah sekarang ni semangat duk kaji perfume. Saya dah boleh berangan dan mengimpikan macam-macam perfume. Sebulan sebotol. Ya, syarat saya, mestilah tidak melebihi $30. Lagi murah, lagi bagus. Dapat yang berbelas dolar macam hari tu memang cantik, RM50 je untuk perfume origenal. Kalau setakat RM50 tu, boleh bayar cash terus ke credit card saya lepas buat pembelian. Harapnya bulan enam nanti lagi merudum harga perfume mahal yang saya nak macam Paco Rabanne, Thiery Mugler dan Cristian Dior. Minggu lepas harga ketiga-tiganya $70 ke atas tapi bawah pada $90. Still murah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia terutamanya Angel Thiery Mugler. Tapi saya ni kan kedekut jugak. Tak payahlah buang duit beli yang mahal macam tu kalau boleh dapat yang lebih murah. Sayang jugak kat duit saya hahahahaha... Tunggu jelah bulan enam dan bulan 12 nanti. Ada rezeki adalah. Kalau tak, tunggulah ekonomi bagus sikit kita beli. Takkan lari gunung dikejar hahahahaha..